langau Moderateur
Posts : 253 Join date : 2009-08-15 Location : ipoh, rinching, tokai
| Subject: RAYUAN KEPULANGAN PENGUNDI LUAR DAN SOKONGAN PENGUNDI MUDA - PRK N11: PERMATANG PASIR Wed Aug 19, 2009 8:33 pm | |
| Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dengan rendah diri merayu kepada para pengundi luar yang berdaftar di DUN Permatang Pasir agar pulang pada hari mengundi untuk memberi sokongan penuh kepada Calon PAS, Haji Mohd Salleh Man bagi memastikan kemenangan perjuangan rakyat yang di dokong oleh PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya pada hari pembuangan undi 25hb Ogos nanti.
Biarpun pilihanraya ini berlangsung hanya di peringkat dewan undangan negeri tetapi ia sangat besar nilainya untuk sebuah perjuangan yang di dokong oleh PAS.
Dewan Pemuda PAS Pusat juga merayu kepada para pengundi muda di DUN Permatang PAsir agar memberi sokongan dan undi kepada Haji Mohd Salleh Man - calon PAS sebagai satu signal kepada UNMO/BN yang selama ini gagal memberi perhatian serius pada anak muda negara yang sebahagian besar mengganggur, berpeleseran, merempit, dan tiada perhatian khusus dari kerajaan Pusat.
Kesempatan ini juga DPPP mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para petugas dari semua parti pakatan rakyat dan terutama kepada para pengundi yang akan memberi dan bakal memberi sokongan pada PAS di Permatang Pasir sehingga memberi kemenangan kepada Islam...., InsyaAllah.
Dari DPP Pusat | |
|
patriot Moderateur
Posts : 168 Join date : 2009-08-11
| Subject: Re: RAYUAN KEPULANGAN PENGUNDI LUAR DAN SOKONGAN PENGUNDI MUDA - PRK N11: PERMATANG PASIR Thu Aug 20, 2009 5:32 am | |
| insyaallah..PAS akan menang..tak akan dibiarkan oleh penduduk P.Pasir PAS tewas...inilah satu2nya peluang yg ada untuk penduduk P.Pinang meneruskan wakil PAS didalam Dewan Undangan Negeri | |
|
awang_trasher Moderateur
Posts : 206 Join date : 2009-08-10
| Subject: Re: RAYUAN KEPULANGAN PENGUNDI LUAR DAN SOKONGAN PENGUNDI MUDA - PRK N11: PERMATANG PASIR Mon Aug 24, 2009 3:10 am | |
| hari bekerja tu. susah kot nak balik | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: RAYUAN KEPULANGAN PENGUNDI LUAR DAN SOKONGAN PENGUNDI MUDA - PRK N11: PERMATANG PASIR | |
| |
|