1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah

Go down 
2 posters
AuthorMessage
langau
Moderateur
Moderateur
langau


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah Empty
PostSubject: Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah   Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah EmptyTue Aug 25, 2009 11:49 pm

Abdul Rahim Sabri
Ogos 25, 09
9:16pm
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN menerima kekalahannya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan calon BN, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi.

"Bagi kita, walaupun peratusan yang keluar undi adalah rendah berbanding pilihanraya umum 2008, daripada pemerhatian kita, ada sedikit sahaja perubahan di beberapa peti undi, tapi tidak begitu ketara," kata Muhyiddin.

"Di Permatang Pasir, sikap pengundi nampaknya tidak banyak berubah walaupun masa lawatan-lawatan kita, nampak adalah sedikit sebanyak minat mereka untuk mengundi BN.

"Tapi apa pun, kita terima keputusan ini kerana seperti apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen. Saya menghormati keputusan rakyat," katanya kepada pemberita malam ini.

Beliau berkata, BN harus memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut serta menganalisa, menilai serta meneliti sokongan masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain.

"(Bagi) majoriti (pengundi) Melayu, jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lepas, kita lihat tidak ada berganjak sokongan yang diterima oleh BN," katanya.

Pengundi hantu

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata, proses pilihanraya kecil ini membolehkan BN membuat penilaian dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Menjawab pertanyaan pemberita, beliau berkata, faktor calon mungkin menjadi salah satu sebab kekalahan BN.

"Pembangkang sedikit sebanyak mengekploitasi masalah yang dihadapinya. Tetapi jika diambil kira pada peringkat akhirnya, ada penerimaan, kita kaji (keputusan) tidak banyak berbeza dengan yang lepas," tegasnya.

Ditanya mengenai saranan untuk memperkuatkan Umno dan BN di Permatang Pauh, Muhyiddin berkata:

"Kita harus bekerja keras untuk mendampingi rakyat dan juga pengundi. Kita harus memahami sikap mereka dan hubungan akrab dengan pengundi.

"Kita perlu ambil kira daftar pemilih walaupun SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kata tidak ada pengundi hantu, mungkin ada yang daftar di Permatang Pasir tidak ada di sini.

"Jadi perkara ini harus diberi perhatian oleh kepimpinan umno di Permatang Pauh," tambahnya.

Serangan peribadi

Sementara itu, Rohaizat juga menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka.

"Ini adalah suara rakyat dalam amalan demokrasi. Dalam pertandingan, ada yang kalah dan yang menang. Tahniah kepada PAS," katanya.

Ditanya mengenai sokongan yang diterimanya, Rohaizat berkata: "Tidak banyak berbeza dengan sahabat saya yang dahulu.
Sokongan kepada saya masih tetap tidak berubah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedikit kecewa kerana sebilangan penduduk di Permatang Pasir gagal memahami gagasan yang hendak dibawa oleh BN.

Katanya, BN mahu memberi status anak emas kepada Permatang Pasir tetapi ia ditolak oleh pengundi.

Menjawab pertanyaan media, Rohaizat menolak isu serangan peribadi terhadapnya sebagai salah satu faktor kekalahannya.

Katanya, ini kerana jumlah undi yang diperolehinya - berbandingan dengan calon BN dalam pilihahraya umum lalu - adalah lebih kurang.

"Jadi saya rasa ia bukan faktornya," tambah Rohaizat.
Back to top Go down
langau
Moderateur
Moderateur
langau


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah Empty
PostSubject: Re: Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah   Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah EmptyTue Aug 25, 2009 11:50 pm

dua kali "anak emas" ditolak bang.......tak laku lah tu.... Laughing
Back to top Go down
patriot
Moderateur
Moderateur
patriot


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah Empty
PostSubject: Re: Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah   Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah EmptyWed Aug 26, 2009 4:00 am

Dr Ahmad Hasbullah dalam Astro Awani menganalisa..."Pada hari penamaan calun dan 3 hari sesudah itu, kajian saya mendapati sokongan kedua belah pihak adalah agak seimbang..namun apabila media memainkan peranan menghentam Nik Aziz, maka didapati pola sokongan penduduk P.Pasir terutamanya golongan muda berubah secara drastik kepada PAS"

dari situ kita dapat lihat dari siapakah punca kekalahan UMNO...jika tak kerana muhyiddin yg kuat menghentam nik aziz dan mempergunakan majlis fatwa..tak pernah nak sedar diri org tua umno ni...
Back to top Go down
langau
Moderateur
Moderateur
langau


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah Empty
PostSubject: Re: Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah   Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah EmptyWed Aug 26, 2009 9:11 am

patriot wrote:
Dr Ahmad Hasbullah dalam Astro Awani menganalisa..."Pada hari penamaan calun dan 3 hari sesudah itu, kajian saya mendapati sokongan kedua belah pihak adalah agak seimbang..namun apabila media memainkan peranan menghentam Nik Aziz, maka didapati pola sokongan penduduk P.Pasir terutamanya golongan muda berubah secara drastik kepada PAS"

dari situ kita dapat lihat dari siapakah punca kekalahan UMNO...jika tak kerana muhyiddin yg kuat menghentam nik aziz dan mempergunakan majlis fatwa..tak pernah nak sedar diri org tua umno ni...

lagilah berangin puak-puak ni dengan TGNA....makin dihina...makin dibela..
Back to top Go down
Sponsored content





Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah Empty
PostSubject: Re: Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah   Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah Empty

Back to top Go down
 
Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan
» Hadiah pada isteri menteri kesihatan, polis digesa siasat
» forum khilafah masih tidak pulih lg.
» RAYUAN KEPULANGAN PENGUNDI LUAR DAN SOKONGAN PENGUNDI MUDA - PRK N11: PERMATANG PASIR
» Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: