AlFatihah:Blogger Ambuyat El-Binangkit Kembali Kerahmatullah
Mon Jan 04, 2010 10:59 am by Admin
Oleh Abu Nuha
Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali. Ustaz Abidin Omar, 52 tahun, guru di Sekolah Menengah Agama Islamiah Papar kembali ke rahmatullah jam 6 pagi ini di Hospital Papar. Janazah akan dikebumikan di Taman Perkuburan Kg Benoni Papar.
Para anggota parlimen konservatif Mesir menyerukan larangan mengimport alat selaput dara buatan China. Seorang tokoh agama juga telah memfatwakan agar pengimport atau pengguna alat itu ditangkap.
Alat bernama Artificial Virginity Hymen itu diedarkan oleh perusahaan China, Gigimo, dengan harga 30 dollar AS (RM103.97). Alat itu membantu w...
Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit. Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi :
"Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?"
Berkata malaikat yang seorang lagi : "Enam ratus ribu orang."
Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.
BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.
"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Nega...
Satu blog yang sering mendedahkan pergolakan dalaman PAS tetap mempertahankan artikelnya yang mendakwa penglibatan seorang bekas calon parti itu dalam "konspirasi" menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Suwardi Yaakob, bekas calon ADUN di Perlis yang didakwa dekat exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali, dituduh mengumpulkan maklumat kerajaan sehingga pemimpin PKR itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendapat perintah untuk menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong.
Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini menolak permohonan SPR bagi mendapatkan perintah penangguhan itu tetapi suruhanjaya itu telah merujuk perkara berkenaan kepada Mahkamah Rayuan dengan mengemukakan satu lagi permohonan untuk perintah penangguh...
Pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak lima bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan kuliah, ditahan reman sehingga esok untuk siasatan.
Muhammad Saufi Jelani, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang berhubung insiden 24 Jun lalu, juga disiasat berkaitan kejadian meletakkan kepala khinzir di surau Akademi Pe...
KEM CUTI SEKOLAH 2 hari 1 malam. untuk para pelajar dan adik-adik berumur 13-17 tahun dijemput menyertai KEM PENGHAYATAN ISLAM & SAINS ini, InsyaAllah para peserta akan menemukan kelainan dari segi pengisian, akktiviti dan modul yang dirangka khas oleh Nisa' Puchong (selaku penganjur utama dengan kerjasama Penggerak Belia MPSJ serta Ahli Majlis) untuk mengoptimumkan waktu cuti sekolah...
Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.
Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. ...
Sekumpulan pengikut Dr Mohd Asri Zainul Abidin termasuk mereka yang sering mengikuti kuliah mantan mufti Perlis itu akan hadir menyatakan sokongan di mahkamah syariah di Gombak, esok.
Kira-kira 40 penyokongnya itu akan bertolak 10 malam ini dengan sebuah bas dari Perlis dan Pulau Pinang, kata satu sumber yang dekat dengan mereka.
Hanya tujuh laman web atau 0.65 peratus daripada 1,192 portal dan laman web kendalian kementerian serta agensi kerajaan
yang disenaraikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) memperoleh penilaian lima bintang, kata ketua setiausaha negara.
Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata maklumat daripada laporan 'Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2009' itu ternyata amat mengecewakan kerana ia jelas men...
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi...
Umno Selangor akan mendapatkan penjelasan pemimpin veterannya Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang didakwa memuji kerajaan negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sejak Mac tahun lalu.
"Buat masa ini kita kena tengok dulu. Kita kena siasat kebenaran kenyataan itu. Kalau betul, kenapa jadi begitu?" kata ketua penerangan Umno negeri, Shukor Idrus.
Ah Long kini menggunakan laman web sosial percuma yang popular iaitu facebook untuk mengugut dan memalukan peminjam yang
gagal menjelas hutang.
Ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA Datuk Michael Chong berkata cara itu diguna bagi menakutkan mangsa dengan menyiarkan identiti mangsa seperti gambar, maklumat peribadi dan jumlah hutang yang tidak dijelaskan.
Selepas kontroversi hangat dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Dr Mohd Asri Zainul Abidin kini sudah tawar hati untuk mengetuai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
"Tidak usahlah. Saya tidak mahu pergi (ke Yadim)," kata bekas mufti Perlis itu.
Dr Mohd Asri diminta mengulas sama ada beliau masih berminat dengan jawatan yang dipertua yayasan berpengaruh itu setelah diura-urakan bakal menggantikan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad sejak penghujung bu...
Empat sekeluarga termasuk seorang bakal pengantin wanita maut ketika dalam perjalanan ke kuil bagi melangsungkan upacara
perkahwinan dalam satu kemalangan ngeri yang berlaku di Km 17 Jalan Kuantan-Gambang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, dalam kejadian pukul 6.15 pagi itu, kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki tujuh sekeluarga itu sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Gambang.
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan.
Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Noordin - yang sentiasa lantang bersuara - hari ini mencabar R Sivarasa supaya meletak jawatan naib presiden PKR dan bertanding melawannya.
"Saya cabar Sivarasa letak jawatan dalam tempoh 24 jam dan lawan saya - satu lawan satu," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
"Serahkan kepada ahli PKR untuk melaksanakan hak demokrasi mereka untuk memutuskan sama ada ianya dasar parti ini untuk mempertahankan hak Is...
DAP menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat bekas presiden MCA yang juga bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung peranannya dalam meluluskan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ekoran pendedahan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam siasatannya terhadap skandal tersebut.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menggesa pihak kerajaan supaya mendeklasifikasikan...
Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.
Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan d...