1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Blog disaman lagi orang PAS

Go down 
AuthorMessage
kingsolo
journalist active
journalist active
kingsolo


Posts : 68
Join date : 2009-09-27

Blog disaman lagi orang PAS Empty
PostSubject: Blog disaman lagi orang PAS   Blog disaman lagi orang PAS EmptyWed Nov 25, 2009 11:31 am

Satu blog yang sering mendedahkan pergolakan dalaman PAS tetap mempertahankan artikelnya yang mendakwa penglibatan seorang bekas calon parti itu dalam "konspirasi" menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Blog disaman lagi orang PAS 699269

Suwardi Yaakob, bekas calon ADUN di Perlis yang didakwa dekat exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali, dituduh mengumpulkan maklumat kerajaan sehingga pemimpin PKR itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penulis blog Malaysian Waves Abdul Rahman Abdul Talib sebaliknya berkata beliau akan terus membuat lebih banyak pendedahan serta mempertahankan beberapa tuduhan di blognya itu.

"Merujuk kepada surat (peguam) tuan dengan nombor rujukan: ZE(E)/L/1185/09/bob, saya ingin memberitahu pihak tuan bahawa saya tidak akan membawa turun artikel saya kerana saya mempunyai bukti kukuh terhadap pendedahan saya," katanya, Jumaat lalu.

Abdul Rahman, atau lebih popular dengan nama samarannya Tulang Besi, menjawab ugutan saman Suwardi bertarikh 19 November lalu.

Surat itu antaranya menuntut blog itu menarik balik siaran artikel 'Suwardi Yaakob di Belakang Konspirasi Menjatuhkan MB Selangor' dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan notis.

Selepas lima hari, semakan Malaysiakini hari ini mendapati artikel masih dimuatkan di blog berkenaan.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen Suwardi setakat ini belum berhasil. Manakala peguammnya Azizul Asharaf Abdul Aziz pula difahamkan sedang bercuti dan tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Tulisan yang sama turut diterbitkan dalam blog Perisik Rakyat - milik penulis blog Topeng Perak Unmasked - pada tarikh yang sama. Abdul Rahman antara penyumbang artikel di blog tersebut.

Suwardi juga turut menuntut Abdul Rahman mengeluarkan surat permohonan maaf yang dihantar kepadanya beserta ganti rugi am dan teladan.

Pada 14 Ogos lalu, Abdul Rahman yang mendakwa pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Dr Hasan pernah menghadapi tindakan undang-undang serupa daripada Suwardi berhubung artikel 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungib dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor'.

Pendedahan panas itu, yang didakwa dikirim kepada blog tersebut, mendakwa Dr Hasan terlibat menjatuhkan beberapa ADUN dan ahli parlimen PAS di Selangor yang pro-Pakatan Rakyat.

Abdul Rahman yang mendakwa tidak menerima notis tuntutan Suwardi tersebut bagaimanapun menarik kembali artikel itu atas alasan "permintaan tuan punya surat" dan "isu itu terlalu panas".
Back to top Go down
 
Blog disaman lagi orang PAS
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» PengKHIANATan Umno terhadap orang Melayu
» Usain buat hal lagi....19.19saat
» 32 orang telah mati selsema babi sejak kes pertama 23 Julai lalu.
» “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA
» GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: