1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA

Go down 
2 posters
AuthorMessage
langau
Moderateur
Moderateur
langau


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

“ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA Empty
PostSubject: “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA   “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA EmptyThu Aug 27, 2009 11:22 pm

Posted on August 27, 2009 by pemudasarawak

Oleh Presiden PAS

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 – 80 rotan jumlahnya. Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.
Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

http://presiden.pas.org.my
Back to top Go down
langau
Moderateur
Moderateur
langau


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

“ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA Empty
PostSubject: Re: “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA   “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA EmptyThu Aug 27, 2009 11:37 pm

Quote :
Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

dah lah benda pun salah....dibuat pun cara salah....last-last...tangguh... drunken
Back to top Go down
patriot
Moderateur
Moderateur
patriot


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

“ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA Empty
PostSubject: Re: “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA   “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA EmptyFri Aug 28, 2009 3:34 am

Haji Hadi membuat kenyataan berdasarkan takut pada Allah...sedangkan menteri2 umno..najib, Kak ijat, Hisyamuddin menbuat kenyataan berdasarkan niat takutkan dunia....
Back to top Go down
langau
Moderateur
Moderateur
langau


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

“ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA Empty
PostSubject: Re: “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA   “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA EmptyFri Aug 28, 2009 9:04 am

patriot wrote:
Haji Hadi membuat kenyataan berdasarkan takut pada Allah...sedangkan menteri2 umno..najib, Kak ijat, Hisyamuddin menbuat kenyataan berdasarkan niat takutkan dunia....

betul...makin nampak "cool" aje dia sekarang.... “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA 336968
Back to top Go down
Sponsored content





“ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA Empty
PostSubject: Re: “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA   “ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA Empty

Back to top Go down
 
“ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”...TGHHA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 11 tahun lagi Imam Mahdi muncul.?
» Yang Diingati Dan Yang Dilupai....
» KUASA ALLAH atas makhluqNya
» Hukuman rotan syariah tidak melukakan....Abdul Hadi Awang
» SIS – TUNGGULAH KEADILAN ALLAH KE ATAS KAMU!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: