1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi...

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 79
Join date : 2009-08-10
Location : menanti seruan dilangit

GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi... Empty
PostSubject: GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi...   GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi... EmptyTue Aug 11, 2009 6:36 pm

GMP bincang demo kedua anti-PPSMI

GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi... 09d388b691ced1f7d89c0b77490fd6ef

Cadangan demonstrasi susulan bagi mendesak kerajaan memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) minggu ini.

"Pak Samad (A Samad Said) penasihat GMP. Cadangan itu ditimbulkan beliau. Apabila disebut dalam mesyuarat nanti, bolehlah dibincang.

"Dulu kita pun tidak sangka, (pemansuhan PPSMI) akan meleret macam ini," kata setiausaha gerakan itu Hasni Abas kepada Malaysiakini semalam.

Beliau diminta mengulas kemungkinan GMP mengadakan demonstrasi kedua selepas peristiwa 7 Mac lalu yang menghimpun ribuan penunjuk perasaan di ibu negara, termasuk seniman dan budayawan bagi menuntut pemansuhan PPSMI.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini akur terhadap desakan kuat pelbagai pihak supaya PPSMI dimansuhkan.

Bagaimanapun, ia dilaporkan hanya akan berkuatkuasa pada tahun 2012 dan sebahagian kumpulan pelajar akan tamat pada 2014.

Mengulas lanjut tuntutan pemansuhan serta-merta dasar itu, Hasni berkata, perkara itu merupakan tuntutan GMP sejak awal lagi.

Tambahnya, isu teknikal yang digunakan bagi menangguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam dua subjek tersebut, antaranya penyediaan buku teks baru, tidak seharusnya ditimbulkan.

"Buku darjah 1 (contohnya), macam one plus one (satu campur satu), apa yang teknikal sangat? Lagi pun, dulu buat (dasar baru dalam bahasa Inggeris) tidak ada masalah pun, boleh buat serta-merta," katanya.

Menurut Hasni lagi, kerajaan juga boleh menggunakan kembali buku teks asal yang digunakan enam tahun lalu ketika PPSMI belum diperkenalkan.

Sementara itu, Hasni juga berkata pihaknya masih berminat menemui Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, bagi memberikan pandangan mereka secara langsung.

Katanya, surat permohonan untuk bertemu dengan Muhyiddin dihantar sebelum demonstrasi besar di Masjid Negara Mac lalu, tetapi sehingga kini masih belum dijawab dan dilayan.

Kenyataan rasmi terkini gabungan itu dijangka dikeluarkan awal minggu depan selepas jawatankuasanya selesai bermesyuarat.
Back to top Go down
https://khalifah.forum.st
finecarbure
Moderateur
Moderateur



Posts : 65
Join date : 2009-08-13
Location : disini...

GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi... Empty
PostSubject: Re: GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi...   GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi... EmptyThu Aug 13, 2009 12:51 pm

hapuskan PPSMI!
Back to top Go down
awang_trasher
Moderateur
Moderateur
awang_trasher


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi... Empty
PostSubject: Re: GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi...   GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi... EmptySun Aug 16, 2009 6:16 pm

sepatutnya dimansuhkan secepat mungkin bukannya nak tunggu lagi
Back to top Go down
Sponsored content





GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi... Empty
PostSubject: Re: GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi...   GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi... Empty

Back to top Go down
 
GMP nak buat demo anti-PPSMI lagi...
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pak Samad usul nak demo anti-PPSMI lagi...
» Usain buat hal lagi....19.19saat
» Undi pos: PAS buat lagi laporan polis
» Wak ada hati nak buat forum sendiri.
» Blog disaman lagi orang PAS

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: