1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Pemuda PAS gesa umat Islam boikot SIS dan JAG

Go down 
AuthorMessage
kingsolo
journalist active
journalist active
kingsolo


Posts : 68
Join date : 2009-09-27

Pemuda PAS gesa umat Islam boikot SIS dan JAG Empty
PostSubject: Pemuda PAS gesa umat Islam boikot SIS dan JAG   Pemuda PAS gesa umat Islam boikot SIS dan JAG EmptySat Oct 03, 2009 10:49 am

Pemuda PAS gesa umat Islam boikot SIS dan JAG AminaWadud_01

Dewan Pemuda PAS menggesa rakyat, khususnya umat Islam supaya menolak dan memboikot dua NGO wanita - Sister in Islam (SIS) dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) - mereka didakwanya bukan sahaja menghina mahkamah syariah dan memperlekehkan undang-undang syariah.

Dewan itu juga menyifatkan tindakan SIS dan JAG menentang hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno sebagai "berniat jahat terhadap Islam".

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketuanya, Nasrudin Hassan menyifatkan, SIS dan JAG sebagai berpandangan salah, jahil dan gagal melihat hikmah di sebalik pelaksaan hukum Islam.

Beliau mendakwa, mereka bukan sahaja biadap, tetapi terus menghina keputusan mahkamah syariah yang menjatuhkan hukuman itu, tetapi dalam masa yang sama mendiamkan diri terhadap hukuman sebat dalam undang-undang sivil.

"Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpretasi yang bersimpang siur... Orang yang beriman dan bertakwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam (secara) amnya dan mahkamah Syariah khasnya," katanya.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan terbaru JAQ kelmarin yang mempertikaikan cara permohan SIS di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 18 September lalu supaya hukuman sebat Kartika ditangguhkan sementara ia dikaji semula.

Aktivis SIS, Zainah Anwar yang juga bekas pemimpin NGO itu dilaporkan menimbulkan persoalan bagaimana permohonan mereka dinilai dan siapakah pihak yang menghakiminya kerana perkara itu tidak dihebahkan.

Dalam kenyataan itu, Nasrudin turut membandingkan beberapa prosedur sebatan mengikut hukum Islam dan kaedah sivil yang menurutnya sangat jauh berbeza, menyakitkan dan mncederakan.

Beliau sekali lagi mencabar Pengarah Eksekutif SIS, Dr Hamidah Merican berdebat bagi membahaskan sama ada sebatan ke atas kartika kejam dan menjatuhkan maruahnya.
Back to top Go down
 
Pemuda PAS gesa umat Islam boikot SIS dan JAG
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?
» S'gor digesa boikot program BTN
» Pemuda Umno serah bukti pengundi hantu
» UMAT KRISTEN TIDAK SUKA KLONING MANUSIA
» Pemuda Umno tubuh 'bilik perang' pilihan raya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: