1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Jomfikir
moderator
moderator


Posts : 7
Join date : 2009-08-11

PostSubject: UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?   Tue Aug 11, 2009 5:34 pm

UMAT ISLAM bila berpolitik produknya ialah kecundangan. Sejarah banyak membuktikan politik umat Islam akhirnya menemui kecundangan apabila berjuang dalam politik yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an dan Sunnah.

Lebih-lebih lagi pula Hendry Adams sendiri mengatakan:
“Politics as a practice, whatever its profession; has always been the systematic organisation of hatred.” [Hendry Adams (1838 – 1918)].

Buktinya sebagaimana apa yang dikatakan oleh Hendry Adams itu adalah benar di negara Malaysia juga, lihatlah UMNO, dan bagaimana sikap UMNO terhadap PAS sedangkan apa yang diperjuangkan oleh PAS (baca Perlembagaan PAS) adalah untuk menegakkan hukum-hukum Allah dikuatkuasakan sebagai undang-undang kerana:

Quote :

إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَٮٰكَ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآٮِٕنِينَ خَصِيمً۬ا (١٠٥)
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Qur’an) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahiNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." [An-Nisaa’: 105].
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 217.].

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ (٤٤)
".....dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir." [Al-Maidah: 44]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 260.].

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ‌ۗ وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ (٤٩) أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ (٥٠)
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menuruti kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan engkau dari suatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasiq." [Al-Maidah: 49]

Kenapakah UMNO begitu membenci PAS? Itulah padahnya apabila berpolitik tidak mengendahkan pengajaran dari Al-Qur'an, sehinggakan hak untuk memperjuangkan apa yang Allah Perintahkan dilaksanakan, menjadi kebencian oleh pihak UMNO.

Kenapa UMNO jadi begitu terhadap PAS?
Jawapannya ada di dalam Al-Qur'an, iaitu:

Quote :


وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦)
"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. [Surah Al-Zukhruf : 36.]

وَإِنَّہُمۡ لَيَصُدُّونَہُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ (٣٧)
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [Surah Al-Zukhruf : 37.]


Justeru rakyat yang beragama Islam sedarlah... bahawa politik UMNO adalah selama-lamanya akan memberikan kecundangan kepada rakyat Melayu khususnya rakyat di peringkat akar umbi.

.


Last edited by Jomfikir on Tue Aug 11, 2009 5:41 pm; edited 3 times in total
Back to top Go down
View user profile
taufan
moderator
moderator


Posts : 23
Join date : 2009-08-11
Location : Klinik Kesihatan Jaya Gading

PostSubject: Re: UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?   Tue Aug 11, 2009 5:37 pm

semoga kemenangan akan berpihak kepada PAS yang mengamalkan politik islam!
Back to top Go down
View user profile
subangman
moderator
moderator


Posts : 3
Join date : 2009-08-11
Location : johor, selangor

PostSubject: Re: UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?   Tue Aug 11, 2009 7:08 pm

taufan wrote:
semoga kemenangan akan berpihak kepada PAS yang mengamalkan politik islam!

rakyat malaysia patut bersyukur kerana ada badan politik yang masih istiqomah dengan perjuangan islam
Back to top Go down
View user profile
Jomfikir
moderator
moderator


Posts : 7
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?   Tue Aug 11, 2009 7:12 pm

APAKAH UMNO sebuah parti yang melakukan kezaliman atau tidak?

Untuk menentukannya sama ada UMNO itu sebuah parti politik yang zalim atau tidak, kita kenalah memahmi apa itu kezaliman mengikut perspektif ajaran Islam.

Quote :


"Asal ma’na “kezaliman” ialah aniaya dan melampaui batas yang telah ditentukan. Arti zalim menurut ahli bahasa dan kebanyakan ulama’ ialah: “Meletakkkan sesuatu bukan pada tempat yang semestinya”, baik mengurangi, menambah atau mengubah waktu, tempat atau letaknya.”. Oleh kerana itu kata kezaliman diartikan sebagai penyimpangan dari ketentuan, baik besar ataupun kecil. Dikatakan orang itu zalim apabila melakukan dosa kecil sekalipun, Apatah lagi dosa besar. Sebagian Hukama’ membagi kezaliman itu menjadi tiga:

(a) Kezaliman manusia terhadap Allah s.w.t;

(b) Kezaliman manusia dengan sesamanya, iaitu berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain rugi kerana perbuatannya seperti melanggar janji, takbur, membuat keonaran dan sebagainya.

(c) Kezalimam manusia terhadap dirinya sendiri, iaitu berbuat maksiat dan kederhakaan, seperti berzina, minum minuman keras dan melanggar larangan Allah, mengurangi atau menambah ketentuan yang ditetapkan Allah s.w.t. dan sebagainya."

[K.H.M. Ali Usman, “Hadits Qudsi”, C.V. Diponogoro, Bandung, Indonesia, 1976; ms.151-152.].

Apakah yang dimaksudkan dengan (a) Kezaliman manusia terhadap Allah s.w.t itu? Sudah tentulah yang dikatakan kezaliman manusia terhadap Allah itu adalah mereka yang enggan mematuhi Perintah Allah, iaitu enggan mengendahkan pengajaran dari Al-Qur'an.

Justeru, apakah Perintah Allah terhadap manusia yang melakukan kezaliman?


وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Hud : 113.].

Bagaimana pula status bagi mereka membantu orang melakukan kezaliman itu dan berjuang bersama-sama mereka?

Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya, sedang ia mengetahui kezaliman orang tersebut, maka telah terkeluar ia dari Islam” [Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi.]


.
Back to top Go down
View user profile
Kerishijau
moderator
moderator


Posts : 3
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?   Tue Aug 11, 2009 7:52 pm

Walaupun PAS tak perfect... tapi, PAS lah yang terbaik dlm memperjuangkan Islam di Malaysia.

Sebab tu para alim ulamak kebanyakkannya menyertai dan menyokong PAS. Ia didokong oleh golongan profesional yg menjalankan gerak kerja PAS.

Mana-mana kelemahan ahli-ahli PAS, bukan kelemahan dasar PAS yg meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan...

Umat Nabi s.a.w. pada zaman Baginda hidup pun tak perfect... sbb tu ada hukum yg ditetapkan al-Quran dan Sunnah utk mengatur hidup umat pada masa Baginda jadi pemerintah...
Back to top Go down
View user profile
Jomfikir
moderator
moderator


Posts : 7
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?   Tue Aug 11, 2009 10:45 pm

Quote :


PERLEMBAGAAN PAS – Ringkasan.




Di peringkat awalnya, PAS ditubuhkan sebagai Persatuan Islam SeTanah Melayu pada 23hb Ogos 1951. Ia dianggap sebagai lanjutan daripada pergerakan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948. Kewujudan PAS merupakan langkah pemimpin Islam di Tanah Melayu yang mendapati UMNO, setelah ditubuhkan pada tahun 1946, tidak berhasrat untuk membawa Undang-undang Islam ke dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

PAS berpegang dengan Surah Al Maidah ayat ke 54 yang menyatakan sekiranya sesuatu kaum itu berpaling dari agama, ALLAH akan mendatangkan kaum yang lain untuk memperjuangkan agamaNYA. Dengan ini PAS menganggap pendaftarannya sebagai sebuah pertubuhan politik pada tahun 1955 sebagai satu usaha Tajdid, iaitulah usaha pembaharuan untuk menyingkirkan fahaman Sekularisma dan Nasionalisma.

Fasal 2.1 Perlembagaan PAS menyebutkan, “Dasar PAS ialah Islam”

Manakala Fasal 2.2 menyebutkan,
“Tujuan PAS adalah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini masyarakat dan pemerintahan Islam yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum yang menuju keredhaan ALLAH SWT”

Seterusnya Fasal 3 menyebutkan, “Adapun hukum tertinggi di dalam perjuangan PAS ialah Kitabullah, Sunnah Rasul, Ijma’ dan Qias, yang terang dan nyata dengan tertakluk pada hukum tertinggi itu kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Majlis Tertinggi Syura Ulama.”




PARTI lslam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS adalah sebuah parti politik yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan Registration No. 733 (Penang). Pada awalnya ia didaftarkan atas nama Persatuan lslam Se-Malaya dengan rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52.

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangan tersebut, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:


1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

2. Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.

Dengan tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.

Akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat PAS.

Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan itu dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam hukum tertinggi PAS dan tidak berlawanan pula dengan dasar PAS, maka sebuah majlis yang dinamakan Majlis Syura Ulama ditubuhkan.

Majlis Syura Ulama berkuasa menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang tidak menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya serta membuat ketetapan mengenainya, mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan parti dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS serta memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.

Majlis ini juga berkuasa melantik ahli-ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang terdapat pada fasal 75 Perlembagaan parti.

Mengenai ahli PAS, hanya terdapat satu jenis sahaja keahlian di dalam PAS, iaitu dinamakan Ahli PAS. Untuk menjadi ahli PAS, seseorang itu mestilah Warganegara Malaysia, beragama lslam, akil baligh menurut hukum syarak, menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS dan peraturan, arahan-arahan serta keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa.

Seseorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh menjadi ahli PAS tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor universiti berkenaan.

Permohonan menjadi ahli PAS hendaklah dibuat melalui Setiausaha Cawangan di mana ia berkehendak masuk menjadi ahli atau jika ada sesuatu sebab yang munasabah, maka permohonan bolehlah dilakukan terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun Setiausaha Agung PAS.

Seseorang ahli PAS boleh berhenti atau diberhentikan daripada menjadi ahli apabila memohon atau mengisytiharkan diri keluar daripada PAS, dipecat atau menyertai mana-mana parti politik yang lain.

Semua ahli-ahli PAS hendaklah taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran lslam yang menjadi dasar PAS, taat dan patuh kepada Perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya, taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah parti, melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh parti sedaya upaya yang boleh, menjaga dengan cermat segala rahsia-rahsia parti, mengamal akhlak lslam, mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti dan menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan lslam bagi diri di dalam negara ini.

Semua ahli PAS berhak memilih atau dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti, berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya, berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti, berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti serta berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.

Antara kewajipan-kewajipan ahli kepada parti selain daripada yang disebutkan tadi termasuklah menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa, melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus, menghadiri mana-mana kursus, tamrin, atau perhimpunan parti sebagaimana yang ditetap dan diarahkan, memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum lslam, memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti sama ada di dalam atau di luar negeri. Pada amnya semua ahli hendaklah melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.


.
Back to top Go down
View user profile
taufan
moderator
moderator


Posts : 23
Join date : 2009-08-11
Location : Klinik Kesihatan Jaya Gading

PostSubject: Re: UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?   Wed Aug 12, 2009 9:04 am

subangman wrote:
taufan wrote:
semoga kemenangan akan berpihak kepada PAS yang mengamalkan politik islam!

rakyat malaysia patut bersyukur kerana ada badan politik yang masih istiqomah dengan perjuangan islam

namun apabila islam cuba ditegakkan, maka banyaklah penghalang nya muncul. bahkan penghalang itu adalah dari kalangan melayu dan yang mengaku islam pulak tu!
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?   Sun Aug 16, 2009 6:19 pm

berpolitiklah berlandaskan islam pasti berjaya
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?   Today at 12:32 am

Back to top Go down
 
UMAT ISLAM berpolitik - pasti kecundang?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» MILLION - MAN PROTEST OVER ANTI-ISLAM FILM
» RADICAL ISLAM SPARKS CONTROVERSY DOWN UNDER
» National Representative of the Nation of Islam Louis Farrakhan in brief
» ISLAM IN JAMAICA
» Yusuf Islam/Cat Stevens

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: