1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 79
Join date : 2009-08-10
Location : menanti seruan dilangit

PostSubject: Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan   Sun Aug 16, 2009 10:53 pm

Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Tindakan terdesak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melarang Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berperang secara terbuka menerusi media mendedahkan lagi pekung yang selama ini disorok oleh Barisan Nasional (BN).

"Percubaan yang baik, Muhyiddin. Tetapi, setelah rakyat mendengar dakwaan Tiong bahawa beliau memberi RM10 juta kepada Ong, kini mereka hendak tahu pula siapa lagi yang mendapat habuan?

"Adakah pemimpin Umno juga dapat duit seperti itu? Adakah mereka mendapat habuan lebih besar?" kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai perisytiharan yang jelas bahawa kerajaan BN enggan mengamalkan ketelusan.

"Kalau ada dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan BN kononnya mengamalkan ketelusan, kenyataan Muhyiddin itu dengan jelas membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah pembohongan besar.

"Mereka sebenarnya amat takut kepada ketelusan. Muhyiddin sendiri yang mendedahkan pekung itu," kata Mohamad.

Kedua-dua tokoh penting BN itu terbabit dalam perbalahan secara terbuka mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila Tiong mendakwa Ong yang juga Presiden MCA, menerima RM10 juta daripadanya.

Tiong (gambar) ialah Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, iaitu pemaju PKFZ.

Beliau mendakwa, wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.

Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.

Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong dan mengadakan sidang akhbar mengenai tindak balasnya itu.

Ong juga mahu menyaman Tiong jika bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu tidak menarik balik tuduhan tersebut.

Tidak gentar dengan tindakan Ong itu, Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.

Beliau juga mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.

"Beliau boleh teruskan dan saman saya," tegas Tiong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Beliau juga enggan memohon maaf kepada Ong.

"Kenapa saya harus memohon maaf?" soal beliau. "Atas alasan apa saya harus memohon maaf?"

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.
Back to top Go down
View user profile http://khalifah.forum.st
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan   Mon Aug 17, 2009 2:26 am

dok bergaduh tak habis lagi tu
Back to top Go down
View user profile
finecarbure
Moderateur
Moderateur


Posts : 65
Join date : 2009-08-13
Location : disini...

PostSubject: Re: Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan   Mon Aug 17, 2009 6:28 pm

"duit- duit dimana kau duit".... ooo dlm poket pemimpin UMNO
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan   Mon Aug 17, 2009 10:06 pm

selagi kuasa ditangan, apa nak heran
SPERM boleh jalan
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan   Wed Aug 19, 2009 3:57 am

sesama BN bergaduh...aku tepuk tangan aja lahh...
Back to top Go down
View user profile
ekin
Moderateur
Moderateur


Posts : 107
Join date : 2009-08-13
Location : kat atas buaian ni..

PostSubject: Re: Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan   Wed Aug 19, 2009 10:09 am

patriot wrote:
sesama BN bergaduh...aku tepuk tangan aja lahh...

cam dialog mak sy masa kecik2 dulu waktu kami adik beradik dergaduh..

"HAH!! SORANG AMBIK PARANG, SORANG LAGI AMBIK KAPAK.. BERGADUH LA SAMPAI PUAS!"

HEHEHE..selalunya kalau dah dengar dialog tu dari mak, kami akan terus behenti begaduh.. tp dalam kes umno ni biar je dema bergaduh sampai dua dua kiiokk.. kan bagus cam tu.. Laughing Laughing
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan   Thu Aug 20, 2009 6:09 am

ekin wrote:
patriot wrote:
sesama BN bergaduh...aku tepuk tangan aja lahh...

cam dialog mak sy masa kecik2 dulu waktu kami adik beradik dergaduh..

"HAH!! SORANG AMBIK PARANG, SORANG LAGI AMBIK KAPAK.. BERGADUH LA SAMPAI PUAS!"

HEHEHE..selalunya kalau dah dengar dialog tu dari mak, kami akan terus behenti begaduh.. tp dalam kes umno ni biar je dema bergaduh sampai dua dua kiiokk.. kan bagus cam tu.. Laughing Laughing


memang bakal kiok lah nanti BN ni...mudah2an majoriti kerusi BN di Sarawak akan berkurangan...
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan   Mon Aug 24, 2009 3:05 am

MCA lwn Tiong
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan   Today at 10:23 am

Back to top Go down
 
Derma RM10 juta: Muhyiddin didakwa takut ketelusan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: