1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim

Go down 
4 posters
AuthorMessage
langau
Moderateur
Moderateur
langau


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim Empty
PostSubject: Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim   Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim EmptyTue Aug 25, 2009 11:56 pm

Salhan K Ahmad
Ogos 25, 09
6:22pm
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti hari ini menangkis laporan media antarabangsa bahawa Malaysia mengamalkan undang-undang yang zalim terhadap wanita susulan hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata hukuman sebat dan denda maksimum yang dikenakan ke atas model sambilan itu atas kesalahan minum arak tidak merendahkan kredibiliti Mahkamah Syariah.

“Saya kesal apabila kes ini mendapat perhatian pihak media antarabanga yang menggambarkan seolah-olah syariah di negara ini menzalimi semua wanita.

"Isu ini mendapat perhatian banyak pihak. Ini juga mencemarkan nama baik negara kita yang amalkan undang-undang adil dan saksama,” katanya.

"Pentadbiran undang-undang Islam di negara ini tidaklah senegatif yang disangka. Saya lihat sistem perundangan syariah kita masih belum jatuh kredibilitinya... Ini membawa gambaran negatif krepada sistem syariah.

"Saya percaya sistem syariah, walau perlu dipertingkatkan, masih boleh dibanggakan," katanya lagi dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan sedang memulihkan imej yang terjejas akibat isu berkaitan.

"Ini bukan damage control, kita nak pastikan semangat Islam ditegakkan dalam kes-kes seperti ini," katanya.

Beliau bagaimanapun menyifatkan keputusan mahkamah ke atas Kartika sebagai "sesuatu yang keterlaluan."

"Kes ini dapat perhatian ramai dan banyak pihak temasuk saya sendiri melihat hukuman maksimum yang dijatuhkan adalah satu hukuman yang boleh dikatakan keterlaluan," katanya lagi.

"Kita semua sedia maklum, tiada siapa pertikai bahawa undang-undang syariah Pahang menyatakan dengan jelas minum alkohol di tempat ramai adalah satu kesalahan, ini kita tidak pertikai," jelasnya lagi.

"Tapi walaupun ini (menjatuhkan hukuman) hak hakim, yang saya amat terkilan dalam menegakkan syariat Islam, kita mesti bijaksana, mesti adil dan saksama dan dengan belas kasihan.

“Saya khuatir undang-undang sebegini dikuatkuasa kerana beliau seorang wanita... Kalau nak mengajar pesalah, tidak boleh aibkan, apalagi kalau dia wanita," katanya lagi.

Beliau juga menyambut baik tindakan Ketua Hakim Syariah Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus, yang mahu menyemak semula keputusan terhadap Kartika sebagai satu langkah positif apabila wanita berkenaan enggan merayu hukuman ke atasnya.

"Hak (untuk merayu) itu berada di tangan Kartika. Dia patut gunakannya," katanya, yang beranggapan ibu beranak dua itu mngkin bertindak demikian kerana trauma dengan keputusan tersebut.

Beliau yang turut mengakui tidak pernah menemui Kartika berhubung isu berkenaan juga berharap wanita berkenaan akan mengubah pendirian dan menggunakan ruang undang-undang yang ada bagi mendapatkan keadilan bagi kesnya.

"Saya tidak mahu kes ini dilihat sebagai kes duluan (untuk kes seterusnya)," tambahnya.

"Hakim mahkamah syariah telah beri sebatan maksimum tapi Kartika tidak membuat apa-apa usaha untu rayuan, oleh itu beliau diminta oleh pelbagai pihak untuk buat semakan terhadap keputusan tersebut.

Tambahnya, hukuman tidak hanya untuk mendera tetapi juga berperanan memulihkan pesalah.

Beliau sebelum itu mengumumkan bahawa Dasar Wanita Negara yang digubal pada 1989 akan dipinda tahun ini dan akan dilancarkan pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan.
Back to top Go down
langau
Moderateur
Moderateur
langau


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim Empty
PostSubject: Re: Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim   Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim EmptyTue Aug 25, 2009 11:56 pm

well done Sharizat....hukuman syariah 6 rotan..... Rolling Eyes
Back to top Go down
patriot
Moderateur
Moderateur
patriot


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim Empty
PostSubject: Re: Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim   Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim EmptyWed Aug 26, 2009 3:52 am

sudah lah kak izat...nak seribu daya...tak mau seribu dalih..
Back to top Go down
fooxie
moderator
moderator
fooxie


Posts : 40
Join date : 2009-08-13

Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim Empty
PostSubject: Re: Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim   Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim EmptyWed Aug 26, 2009 4:25 pm

sharizat bila nak pakai tudung?

hukum rotan 6x tu belum menepati kehendak undang2 syariah lagi. ia lebih merupakan bid'ah atau meminda hukum Allah ikut akal manusia spt amalan yahudi.
Back to top Go down
talikasutkayu

talikasutkayu


Posts : 9
Join date : 2009-08-22
Location : bandar tasek selatan

Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim Empty
PostSubject: Re: Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim   Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim EmptyThu Aug 27, 2009 9:32 am

macam lalang ...kejap A ...kejap B No
Back to top Go down
http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/
Sponsored content





Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim Empty
PostSubject: Re: Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim   Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim Empty

Back to top Go down
 
Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM
» PAS jawab BN, terus dakwa diserang
» debat...sebat umno.
» Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir
» forum khilafah masih tidak pulih lg.

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: