1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!!

Go down 
3 posters
AuthorMessage
langau
Moderateur
Moderateur
langau


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!! Empty
PostSubject: Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!!   Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!! EmptyThu Aug 20, 2009 10:40 am

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Kira-kira 350,000 pekebun kecil getah bakal menikmati faedah tambahan menerusi penubuhan dua jabatan baru di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, kedua-dua jabatan baru itu akan berfungsi memberikan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil getah sekali gus mampu meningkatkan pendapatan mereka.

Menurutnya, penubuhan Jabatan Produktiviti dan Jabatan Keusahawanan itu telah pun dipersetujui pada mesyuarat ahli lembaga pengarah RISDA yang diadakan semalam.

''Dalam mesyuarat itu, agensi telah bersetuju untuk menubuhkan Jabatan Produktiviti bagi menggantikan unit produktiviti yang ada sebelum ini.

''Manakala Jabatan Keusahawanan pula kini sedang dalam proses pertimbangan untuk diwujudkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Turun ke Ladang yang diadakan di Kampung Indra Muda, Permatang Pauh di sini hari ini.

Turut hadir adalah Pengarah Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Risda, Omar Paimin dan Pengarah Risda Pulau Pinang, Awiskarni Zulkarnaini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jabatan Produktiviti diwujudkan bagi memberi fokus kepada peningkatan hasil pekebun kecil.

''Sebelum ini Risda hanya memberi bantuan kepada pekebun kecil sejak pokok mula ditanam sehingga mula membuahkan hasil dan selepas itu ladang dijaga oleh pekebun.

''Melalui jabatan ini, kita akan beri bantuan kepada golongan itu dari mula pokok ditanam sehingga ditebang sejajar usaha menggalakkan amalan pertanian baik," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Jabatan Keusahawanan pula diwujudkan bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan baru dari kalangan pekebun kecil.

Abdul Rahim menjelaskan, sebelum ini, Risda hanya memberi bantuan kepada pekebun kecil yang ingin terlibat dalam keusahawanan di bawah program aktiviti tambahan.

''Tetapi sekarang, kita akan bantu pekebun kecil yang berkebolehan dalam keusahawanan supaya mereka lebih berjaya dalam pasaran yang lebih luas.

''Bagi menjayakan usaha tersebut, pihak Risda akan memastikan jumlah kakitangannya mencukupi," ujarnya.

...........................................................
tak tau kenapa..sejak dua menjak ni...alergic kalau dengar "getah"..... scratch
Back to top Go down
awang_trasher
Moderateur
Moderateur
awang_trasher


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!! Empty
PostSubject: Re: Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!!   Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!! EmptyMon Aug 24, 2009 3:01 am

banyak juga tu. takut tak sampai kat yg berhak je Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!! 721905
Back to top Go down
patriot
Moderateur
Moderateur
patriot


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!! Empty
PostSubject: Re: Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!!   Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!! EmptyMon Aug 24, 2009 3:20 am

sejak bila pekebun getah diambil perhatian oleh kerajaan ni....oooo...sejak duit pekebun getah kena songlap oleh calun mereka... Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!! 721905
Back to top Go down
Sponsored content





Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!! Empty
PostSubject: Re: Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!!   Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!! Empty

Back to top Go down
 
Faedah tambahan untuk350,000 pekebun kecil.....yeeehaaaaa!!!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bersih: Kemungkinan 10 lagi p'raya kecil
» 2012 Doomsday Movie

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: