Posts : 18 Join date : 2009-10-21 Location : 21.12.2012
Subject: 2012 Doomsday Movie Tue Nov 03, 2009 8:44 pm
1 Ramadan pada tahun 2012
Buat renungan teman-teman.
Cuba kira... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.
(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)
Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu... ALLAH sahaja maha mengetahui... cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2010 Calendar Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*) Aashura: December 27, 2009 Ramadan: August 11 - September 8, 2010 Eid ul-Fitr: September 9, 2010 Hajj: November 14 - November 17, 2010 Eid ul-Adha: November 16, 2010
2011 Calendar Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*) Aashura: December 16, 2010 Ramadan: August 1 - August 29, 2011 Eid ul-Fitr: August 30, 2011 Hajj: November 4 - November 7, 2011 Eid ul-Adha: November 6, 2011
2012 Calendar Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*) Aashura: December 5, 2011 Ramadan: July 20 - August 18, 2012 Eid ul-Fitr: August 19, 2012 Hajj: October 24 - October 27, 2012 Eid ul-Adha: October 26, 2012
2012 Islamic Calendar
2012Disaster journalist active
Posts : 18 Join date : 2009-10-21 Location : 21.12.2012
Subject: Re: 2012 Doomsday Movie Tue Nov 03, 2009 10:08 pm
NIBIRU 21-12-2012 - Bencana Alam Terbesar
Salam
Ust.Harun Din .. korang kenal kan?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamt ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye .... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak.. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase)
untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi...so sama2 kita nantikan... mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan)
AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)
untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube(nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR
lain-lain artikel tentang kiamat.....
Kajian....ALLAH je mengetahui.. ..
Assalamualaikum .....
* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah..... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...
* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi.... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....
* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... .. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066....
* Wallahu a'lam. .. Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...
Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula....aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..
wallahu a'lam bish shawab....
2012Disaster journalist active
Posts : 18 Join date : 2009-10-21 Location : 21.12.2012
Subject: TANDA-TANDA KIAMAT KECIL Tue Nov 17, 2009 9:42 am
Telah dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya. Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
Tanda-tanda menurut dalil
Penaklukan Baitulmuqaddis “ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari”
Zina bermaharajalela “ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”
Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik Bermaharajalela alat muzik “ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”
Menghias masjid dan membanggakannya “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik “ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan Ramai orang soleh meninggal dunia “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”
Orang hina mendapat kedudukan terhormat “ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang “ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
Bulan sabit kelihatan besar “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita “ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar “ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan) “ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda “ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”
Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi. -hadis bawah-
Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat. -hadis bawah-
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi. -hadis bawah-
Orang akan melakukan homoseksual. -hadis bawah-
Akan terdapat ramai anak luar nikah. - Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.) Berkurangnya sifat amanah -hadis bawah-
Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang) -hadis bawah-
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya -hadis bawah-
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya -hadis bawah-
Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid -hadis bawah-
Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik -hadis bawah-
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”
Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan -hadis bawah-
Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara... -hadis bawah-
Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang) -hadis bawah-
Memandang rendah kepada darah
“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ” Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ” Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ” Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ” Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim ” Banyaknya berlaku gempa bumi Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari ” Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba -hadis bawah- Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”
Tanda-tanda kiamat besar
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Tanda-tanda kiamat besar menurut agama Islam merupakan suatu peralihan dari tanda-tanda kiamat kecil dan juga petanda ini menunjukkan bahawa dunia semakin amat dekat dengan hari kiamat.
Antara tanda-tanda berikut menurut hadis
Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.