1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Replika Najib di Batu Caves jadi isu

Go down 
+7
Syahid
paku_laris
ulor_senduk
Kerishijau
taufan
tokJongos
Admin
11 posters
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 79
Join date : 2009-08-10
Location : menanti seruan dilangit

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyTue Aug 11, 2009 11:27 am

Replika Najib di Batu Caves jadi isu

Replika Najib di Batu Caves jadi isu 8461a09e2122f5ce36131a8a51bee1a1

Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak di situ dijadikan isu.

Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan "tidak ada masalah apa-apa" kerana "kami tidak pernah menganggapnya haram".

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat - selain dianggap "patung" yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.

"Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib)," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.

"Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama."

Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.

Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahim enggan mengulas mengenai replika presiden Umno itu buat masa ini dengan alasan "belum melihat sendiri imej tersebut".

Sementara blog rasmi Amirudin semalam menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan Dr Asri yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar.

"Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.

"Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu," artikel penulis Shahabaker dipetik.

Dalam tulisan 'Kata dulang paku serpih, dulu kata orang, sekarang kau pula lebih-lebih', penulis itu memuatkan kenyataan dua pemimpin Umno yang mengkritik isu replika Anwar, antaranya:

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam
Back to top Go down
https://khalifah.forum.st
tokJongos
moderator
moderator
tokJongos


Posts : 5
Join date : 2009-08-11
Location : Di bumi Allah

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyTue Aug 11, 2009 4:15 pm

Sudah menjadi lumrah bila menyebut pasal UMNO ni.........jika mereka buat semuanya diperbolehkan.......tetapi jika ianya datang dari PR.........semuanya haram.......ini tidak terkecuali aktiviti Perhimpunan dan Demonstrasi........

Dimanakah puak2 dan gerombolan2 ni yg menyatakan dgn penoh hangat dan emotional sewaktu bila replika DSAI diadakan..........tetapi menikus dan menyepi diri bila replika Najib dinaikkan........yg saiznya lebih besar Dewa (apatah) di Batu Cave tu.......

Dan di Gerbang MYKMU pergolakan perbincangan semakin hangat bertempur...........

Quote :
Monday, August 10, 2009
Patung Najib pula di Batu Caves


KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Para pengikut Kelab Maya Umno (Mykmu) sedang bertempur sesama sendiri ekoran terbinanya patung raksaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Batu Caves sempena lawatan beliau ke sana semalam.


Patung itu, menurut saksi, lebih besar dari gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibina di situ tahun lalu.

Yang menjadi isu adalah, ketika gambar Anwar dinaikkan pada Oktober tahun lepas, para pemimpin Umno melalui medianya secara besar-besaran mengutuk PKR yang menaikkan patung itu sehingga ia diturunkan semula.

Antaranya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar Anwar di Batu Caves merupakan satu simbol yang memperlihatkan parti itu mendewakan pemimpinnya.

Beliau menegaskan adalah lebih baik wang yang digunakan untuk membinan replika tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin.

"Saya nak tanya pada PAS, apakah pembinaan replika Anwar ini diluluskan oleh PAS," katanya.


tokJongos: Itulah jgn mengata orang lelebih.....Allah byr cash lagi!!!!!
Back to top Go down
taufan
moderator
moderator
taufan


Posts : 23
Join date : 2009-08-11
Location : Klinik Kesihatan Jaya Gading

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyTue Aug 11, 2009 5:30 pm

replika najib dah akan diruntuhkan./...
maka takde dah replika oiii
Back to top Go down
Kerishijau
moderator
moderator



Posts : 3
Join date : 2009-08-11

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyTue Aug 11, 2009 7:39 pm

taufan wrote:
replika najib dah akan diruntuhkan./...
maka takde dah replika oiii

Gambarnya tetap ada ooiii.

Ia sebagai bukti, pengampu hanya berani komen bila ia dilakukan oleh pembangkang. Terutamanya Mufti yg banyak dianugerahkan banyak jawatan (Lembaga Pengarah, Pengarah dan Pengerusi syarikat GLC) yg mendatangkan kekayaan melimpah ruah di Perak... Replika Najib di Batu Caves jadi isu 721905
Back to top Go down
ulor_senduk
moderator
moderator
ulor_senduk


Posts : 9
Join date : 2009-08-11

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyTue Aug 11, 2009 8:12 pm

http://www.malaysiakini.com/news/110283

Quote :
Replika Najib di Bt Caves diroboh
Jimadie Shah Othman | Aug 11, 09 11:11am

kemaskini 2.57pm Replika gergasi perdana menteri di perkarangan kompleks kuil Batu Caves telah dirobohkan semalam, tidak lama selepas ia menjadi isu di internet, khususnya di kalangan penyokong pembangkang.

Mereka menyifatkan imej besar itu bertentangan dengan sikap Umno yang membantah keras replika Datuk Seri Anwar Ibrahim, di simpang utama kira-kira dua kilometer dari kuil tersebut, tahun lalu.

Blog rasmi ADUN Batu Caves Amirudin Shari kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Najib.
Back to top Go down
paku_laris
moderator
moderator
paku_laris


Posts : 9
Join date : 2009-08-11
Age : 53
Location : dalam umah depang komputer

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyTue Aug 11, 2009 8:13 pm

taufan wrote:
replika najib dah akan diruntuhkan./...
maka takde dah replika oiii

Boleh amek sikit cebisan dia tak...
Back to top Go down
Syahid
Moderateur
Moderateur
Syahid


Posts : 105
Join date : 2009-08-11

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyTue Aug 11, 2009 8:52 pm

ada dengar Asri bersuara tak .
Back to top Go down
awang_trasher
Moderateur
Moderateur
awang_trasher


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyTue Aug 11, 2009 9:01 pm

Syahid wrote:
ada dengar Asri bersuara tak .

Dr Asri: Replika Najib juga tidak patut didirikan

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendirian bahawa replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak patut didirikan sepertimana juga dalam pendiriannya yang sama sebelum ini terhadap replika Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Dr. Asri, beliau konsisten dalam pendirianya berhubung dengan perkara itu dan mahu pihak yang mempertahankan perkara ini satu masa dahulu turut konsisten dengan pendirian mereka.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meminta Dr. Asri menyatakan pendiriannya mengenai replika Najib yang didirikan di perkarangan kuil Batu Caves.

"Saya konsisten menyatakan seperti mana replika Anwar tidak patut didirikan, maka begitu juga replika Najib.

"Apabila saya menegaskan konsistensi saya dalam perkara ini, saya juga ingin melihat sejauh mana konsistensi pihak (PKR) yang membolehkannya dahulu," kata Dr. Asri.

Dr. Asri menyatakan perbuatan itu berunsur pemujaan pemimpin secara berlebihan dan ia tidak akan menguatkan kedudukan politik seseorang.

Tegas beliau, seorang pemimpin bukan dinilai pada besar kecil saiz patutungnya sebaliknya pemimpin dinilai pada pemikiran, sikap dan kerjayanya.

Dalam pada itu Dr. Asri menegur sikap PKR yang sering berubah pendirian apabila hanya membolehkan pemimpin mereka yang mendirikan replika.

"Haram itu untuk musuh, halal itu untuk diri sendiri, musuh semua salah, diri sendiri semua betul.

"Sepatutnya mereka yang mempertahankan untuk Anwar, mereka juga kena mempertahankan untuk Najib kali ini," ujar beliau lagi.

Sebelum ini Adun Batu Caves, Amirudin Shari menjadi kontroversi ekoran replika penasihat PKR yang didirikan akhir tahun lalu.

Mstar
Back to top Go down
ulor_senduk
moderator
moderator
ulor_senduk


Posts : 9
Join date : 2009-08-11

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyTue Aug 11, 2009 10:56 pm

taufan wrote:
replika najib dah akan diruntuhkan./...
maka takde dah replika oiii

ader... tapi... pengampu dalam UMNO tak bersuara langsung... takut kena tindakkan disiplin...
Back to top Go down
patriot
Moderateur
Moderateur
patriot


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyTue Aug 11, 2009 11:16 pm

ulor_senduk wrote:
taufan wrote:
replika najib dah akan diruntuhkan./...
maka takde dah replika oiii

ader... tapi... pengampu dalam UMNO tak bersuara langsung... takut kena tindakkan disiplin...


bukan pengampu umno..tapi pembodoh 'yes sir'...halal tak halal itu belakang kira..
Back to top Go down
taufan
moderator
moderator
taufan


Posts : 23
Join date : 2009-08-11
Location : Klinik Kesihatan Jaya Gading

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyWed Aug 12, 2009 8:54 am

patriot wrote:
ulor_senduk wrote:
taufan wrote:
replika najib dah akan diruntuhkan./...
maka takde dah replika oiii

ader... tapi... pengampu dalam UMNO tak bersuara langsung... takut kena tindakkan disiplin...


bukan pengampu umno..tapi pembodoh 'yes sir'...halal tak halal itu belakang kira..

dalam UMNO pengampu dan yes sir..... atau pun semua ok sir...
Back to top Go down
patriot
Moderateur
Moderateur
patriot


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyWed Aug 12, 2009 3:30 pm

taufan wrote:
patriot wrote:
ulor_senduk wrote:
taufan wrote:
replika najib dah akan diruntuhkan./...
maka takde dah replika oiii

ader... tapi... pengampu dalam UMNO tak bersuara langsung... takut kena tindakkan disiplin...


bukan pengampu umno..tapi pembodoh 'yes sir'...halal tak halal itu belakang kira..

dalam UMNO pengampu dan yes sir..... atau pun semua ok sir...


bab 'semua ok' tu yg buat umno kalah satu persatu...sebab nak bodek punya pasal...segala maklumat salah telah diberikan pada org2 atasan umno.. Replika Najib di Batu Caves jadi isu 710277
Back to top Go down
Syahid
Moderateur
Moderateur
Syahid


Posts : 105
Join date : 2009-08-11

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyWed Aug 12, 2009 4:50 pm

awang_trasher wrote:
Syahid wrote:
ada dengar Asri bersuara tak .

Dr Asri: Replika Najib juga tidak patut didirikan

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendirian bahawa replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak patut didirikan sepertimana juga dalam pendiriannya yang sama sebelum ini terhadap replika Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Dr. Asri, beliau konsisten dalam pendirianya berhubung dengan perkara itu dan mahu pihak yang mempertahankan perkara ini satu masa dahulu turut konsisten dengan pendirian mereka.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meminta Dr. Asri menyatakan pendiriannya mengenai replika Najib yang didirikan di perkarangan kuil Batu Caves.

"Saya konsisten menyatakan seperti mana replika Anwar tidak patut didirikan, maka begitu juga replika Najib.

"Apabila saya menegaskan konsistensi saya dalam perkara ini, saya juga ingin melihat sejauh mana konsistensi pihak (PKR) yang membolehkannya dahulu," kata Dr. Asri.

Dr. Asri menyatakan perbuatan itu berunsur pemujaan pemimpin secara berlebihan dan ia tidak akan menguatkan kedudukan politik seseorang.

Tegas beliau, seorang pemimpin bukan dinilai pada besar kecil saiz patutungnya sebaliknya pemimpin dinilai pada pemikiran, sikap dan kerjayanya.

Dalam pada itu Dr. Asri menegur sikap PKR yang sering berubah pendirian apabila hanya membolehkan pemimpin mereka yang mendirikan replika.

"Haram itu untuk musuh, halal itu untuk diri sendiri, musuh semua salah, diri sendiri semua betul.

"Sepatutnya mereka yang mempertahankan untuk Anwar, mereka juga kena mempertahankan untuk Najib kali ini," ujar beliau lagi.

Sebelum ini Adun Batu Caves, Amirudin Shari menjadi kontroversi ekoran replika penasihat PKR yang didirikan akhir tahun lalu.

Mstar

he he he, sambil sambil tegur umno, sempat lagi kondem pkr study
Back to top Go down
finecarbure
Moderateur
Moderateur



Posts : 65
Join date : 2009-08-13
Location : disini...

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptyThu Aug 13, 2009 2:45 pm

sblm PRK, robohla.. pas abis PRK??
Back to top Go down
cahayaku
moderator
moderator



Posts : 7
Join date : 2009-08-16

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptySun Aug 16, 2009 3:24 pm

mana tak jadi isu,dulu sedap mulut sangat mengata kat DSAI.kecoh satu negara pasal isu tu.sekarang terkena batang hidung rasalahkan lah....
Back to top Go down
awang_trasher
Moderateur
Moderateur
awang_trasher


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu EmptySun Aug 16, 2009 6:04 pm

dah kena kat muka sendiri baru sedar salah ke tak Replika Najib di Batu Caves jadi isu 229198
Back to top Go down
Sponsored content





Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty
PostSubject: Re: Replika Najib di Batu Caves jadi isu   Replika Najib di Batu Caves jadi isu Empty

Back to top Go down
 
Replika Najib di Batu Caves jadi isu
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Najib lulus 10 lesen JUDI
» Apa sudah Jadi?????
» Iklan 'potong' jadi isu di Parlimen
» 11 tahun lagi Imam Mahdi muncul.?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: