1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 79
Join date : 2009-08-10
Location : menanti seruan dilangit

PostSubject: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Sat Aug 15, 2009 5:36 pm

59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.

Kematian H1N1 meningkat kepada 59



Jumlah kematian akibat Influenza A (H1N1) meningkatkan kepada 59 orang apabila Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga orang lagi dilaporkan meninggal dunia kerana penyakit tersebut.

Sebanyak 209 kes baru turut dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhannya meningkat kepada 3,574 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican berkata, tiga kematian tersebut mempunyai faktor risiko, iaitu obes, masalah jantung dan asthma.

Korban pertama ialah seorang lelaki berumur 22 tahun, obes, dimasukkan ke hospital pada 9 Ogos kerana simptom infuenza.

Palitan tekak diambil dan rawatan antiviral dimulakan keesokannya. Dia meninggal dunia pada 12 Ogos kerana viral pneumonia dan disahkan positif Influenza A(H1N1).

Seorang kedua pula ialah seorang lelaki berumur 29 tahun, mempunyai faktor risiko penyakit jantung dimasukkan ke hospital pada 10 Ogos kerana simptom influenza yang teruk selama dua hari.

Palitan tekak diambil dan antiviral diberi pada 10 Ogos. Dia bagaimanapun meninggal dunia pada 12 Ogos kerana bronchopneumonia yang teruk.

Dia disahkan positif Influenza A(H1N1) semalam (14 Ogos).

Korban ketiga pula ialah seorang wanita berumur 44 tahun dengan sejarah asma.

Dia dimasukan ke hospital pada 8 Ogos kerana simptom influenza selama lima hari.

Wanita itu diberi antiviral pada 9 Ogos dan disahkan positif influenza A(H1N1) pada 10 Ogos. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos disebabkan oleh pneumonia.

Dr Ismail berkata, orang ramai yang mempunyai simptom influenza yang ringan masih mengunjungi tempat awam seperti pusat membeli-belah, pergi melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta masih lagi menaiki kenderaan awam.

Katanya, mereka juga tidak memakai topeng muka dan kebanyakan yang memakai topeng muka adalah mereka yang sihat.

"Amalan ini boleh meningkatkan penularan jangkitan virus influenza A(H1N1) melalui batuk atau bersin. Sepatutnya orang awam yang mempunyai simptom influenza yang ringan tidak melakukan amalan-amalan di atas.

"Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai simptom influenza untuk berada di rumah sehingga tiada simptom dan sihat dan tidak mengunjungi tempat awam, tidak menggunakan pengangkutan awam, menangguhkan rancangan untuk melancong ataupun tidak ke tempat kerja atau sekolah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Ismail berkata, daripada pemantauan terhadap pertanyaan orang ramai melalui talian terus dan emel, didapati persoalan masih berkisar kepada rawatan antiviral dan vaksin influenza A(H1N1).

"Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa ubat antiviral hanya untuk tujuan rawatan dan bukan pencegahan. Ubat antiviral ini boleh didapati di hospital atau klinik kerajaan secara percuma.

Menurutnya, rawatan antiviral hanya diberikan kepada tiga kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

Individu yang mempunyai simptom sepeti influenza dan mempunyai faktor risiko.

Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).

Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

"Orang ramai perlu mengambil maklum bahawa vaksin khas untuk influenza A(H1N1) belum dihasilkan lagi. Vaksin yang ada di pasaran pada masa ini adalah vaksin untuk seasonal flu," tambahnya.
Back to top Go down
View user profile http://khalifah.forum.st
pensil 2B
Moderateur
Moderateur


Posts : 112
Join date : 2009-08-14

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Sat Aug 15, 2009 6:58 pm

jumlah ini akan terus meningkat!
Back to top Go down
View user profile
wakjeng
moderator
moderator


Posts : 14
Join date : 2009-08-15
Location : Nilai-sepang

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Sat Aug 15, 2009 8:03 pm

Makin takut jer dgn virus nie..
Back to top Go down
View user profile http://wakjeng.blogspot.com/
patriot
Moderateur
Moderateur


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Sun Aug 16, 2009 2:50 am

tak nampak kerajaan menitik berat soal ini..paling kurang pun kerajaan kena bantu keluarkan subsidi topeng percuma kepada murid2 sekolah..nampak juga lah ada kesungguhan..ini kerajaan buat derk jer..
Back to top Go down
View user profile
fikirlahsendiri
moderator
moderator


Posts : 2
Join date : 2009-08-16
Age : 58

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Sun Aug 16, 2009 2:29 pm

Siapa yang perlu disalahkan didalam kes ini...... jangan sampai rakyat menyaman kerajaan kerana lambat respon dan tidak mengambil langkah langkah sewajarnyer....

Mengikut anggaran kematian rakyat mesia berkaitan virus HINI adalah didalam lingkungan 5,500 hingga 28,000 yang akan mati angkara virus tersebut..... dan virus tersebut dijangka berterusan antara 6 hingga 12 bulan lagi.....

Apa pendapat tuan tuan berkaitan hal nie.....?????
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Sun Aug 16, 2009 6:08 pm

ntahle. kerajaan salahkan rakyat sebab lambat pi jumpa doktor
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Sun Aug 16, 2009 8:08 pm

kerajaan sekarang lebih mementingkan penugasan parti mereka...cadangan PR untuk mengadakan sidang parlimen tergempar bagi membincangkan perkara ini pun ditolak mentah...sakit betul hati....jgn esok dah terantuk baru nak tergadah..
Back to top Go down
View user profile
SilverSky
Moderateur
Moderateur


Posts : 37
Join date : 2009-08-16

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Sun Aug 16, 2009 10:18 pm

Dengar kata lagi ramai yg mati...bukan angka tu..disorok atas sebab tertentu..
betul ke tak, wallahua'llam..
Back to top Go down
View user profile
Syahid
Moderateur
Moderateur


Posts : 105
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Sun Aug 16, 2009 11:30 pm

Mungkinkah mereka ada strategi politik yang mengambil kesempatan dari masalah selsema babi ni. atau apakah mereka ingin populasi rakyat malaysia berkurang. aku difahamkan, orang yang makan babi tidak akan dijangkiti penyakit ini, benarkah begitu ?
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Mon Aug 17, 2009 2:24 am

dengar cite masa kes mula2 yang meninggal tu, yang sebenornye dah hampir 100 yang mati. cuma tidak dihebahkan
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Mon Aug 17, 2009 2:47 am

Kanak-kanak istimewa antara 3 korban terbaru H1N1

SERDANG: Seorang kanak-kanak istimewa berumur enam tahun yang mengidap Sindrom Down merupakan salah seorang daripada tiga korban terbaru Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 62 orang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan tiga kematian terbaru itu menjadikan 283 kes baru dan sejumlah 3,857 kes disahkan positif H1N1 setakat ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu yang juga menghidap penyakit jantungberlubang mengalami penyakit meninggal dunia Khamis lalu dan dimasukkan ke hospital pada 9 Ogos setelah dua hari mengalami simptom H1N1.

Beliau berkata seorang lagi kanak-kanak berusia tiga tahun turut menjadi korban H1N1 setelah dimasukkan ke hospital pada 1 Ogos selepas mengalami demam dan batuk selama lima hari dengan kesukaran bernafas.

"Kanak-kanak itu meninggal dunia pada Jumaat disebabkan "pneumonia yang teruk", katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival Sihat sepanjang Hayat Kawasan Serdang, Selangor di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Serdang Baru 1 di sini.

Liow berkata korban terbaru yang ketiga ialah seorang lelaki berusia 50 tahun yang meninggal dunia pada Jumaat setelah dimasukkan ke hospital pada 3 Ogos kerana mengalami demam, batuk, cirit birit, muntah dan sukar bernafas.

Katanya lelaki itu meninggal dunia disebabkan oleh "septisemia dengan pneumonia yang teruk".

Liow berkata sehingga kini terdapat 283 kes baru dengan 213 pesakit sedang dirawat di wad biasa dan 33 lagi di rawat di Unit Rawatan Rapi di mana 16 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (tujuh) asma (tiga), obesiti (dua), kecacatan otak (dua), hamil (satu) dan peringkat selepas bersalin (satu).

Liow berkata kementeriannya mendapati masih ramai pesakit yang mengalami simptom H1N1 tidak memberikan kerjasama yanng baik dalam mengawal penularan penyakit itu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mempunyai simptom H1N1 serta mengingatkan para doktor supaya tidak menangguhkan pemberian antiviral kepada pesakit.

Katanya di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, setiap orang yang mengetahui penyakit yang boleh merebak kepada orang awam, dan sengaja tidak mengendahkan larangan dikuarantin sehingga menyebabkan orang lain dijangkiti akan didenda RM2,000 atau dikenakan penalti maksimum sehingga RM10,000 atau dipenjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali. BERNAMA
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Mon Aug 17, 2009 5:07 am

H1N1 kini tahap tenat

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.

Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.

Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.

Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.

Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.

“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.

Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.

“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.

utusan malaysia
Back to top Go down
View user profile
SilverSky
Moderateur
Moderateur


Posts : 37
Join date : 2009-08-16

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Mon Aug 17, 2009 9:25 am

huhhh...sape yea awang trasher ni....
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Mon Aug 17, 2009 10:27 pm

SilverSky wrote:
huhhh...sape yea awang trasher ni....
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Tue Aug 18, 2009 3:28 am

awang_trasher wrote:
SilverSky wrote:
huhhh...sape yea awang trasher ni....


awang bpr kot.... Laughing
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Tue Aug 18, 2009 12:13 pm

patriot wrote:
awang_trasher wrote:
SilverSky wrote:
huhhh...sape yea awang trasher ni....


awang bpr kot.... Laughing
salah2. hari ni takde pulak cite H1N1
Back to top Go down
View user profile
fooxie
moderator
moderator


Posts : 40
Join date : 2009-08-13

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Tue Aug 18, 2009 12:54 pm

hari ni kerajaan dah istiharkan DARURAT Kesihatan.
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Wed Aug 19, 2009 3:41 am

fooxie wrote:
hari ni kerajaan dah istiharkan DARURAT Kesihatan.


sekadar isytihar atau bersungguh2 melaksanakan darurat...ermm..kita tunggu aja lah apa tindakan selanjutnya... scratch
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.   Today at 11:59 pm

Back to top Go down
 
59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Lost password / E-mail address

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: