1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 'Bertenang tangani isu M'sia-Indonesia'

Go down 
AuthorMessage
metafizik

metafizik


Posts : 2
Join date : 2009-09-13

'Bertenang tangani isu M'sia-Indonesia' Empty
PostSubject: 'Bertenang tangani isu M'sia-Indonesia'   'Bertenang tangani isu M'sia-Indonesia' EmptySun Sep 13, 2009 1:28 pm

'Bertenang tangani isu M'sia-Indonesia'

Dewan Pemuda PAS menyeru semua pihak supaya bertenang dalam menangani isu hubungan Malaysia-Indonesia yang agak tegang kebelakangan ini.

"Pemuda PAS juga berharap kita semua mengambil kesempatan dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini untuk mencari penyelesaian terbaik supaya ia tidak berlarutan," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS, Dr Raja Mohammad Al-Hiss.

Menurutnya, kemelut yang timbul itu boleh diselesaikan secara hubungan 'adik beradik' kerana Malaysia dan Indonesia berasal dari rumpun Melayu-Islam yang sama.

"Bak kata pepatah Melayu, 'carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.

"Pemuda PAS yakin masalah hubungan yang tegang antara Malaysia dan Indonesia boleh diselesaikan secara kekeluargaan dan harmoni," tegasnya.

Tambahan pula, katanya, ini bukanlah kali pertama kedua-dua 'adik-beradik' ini menghadapi situasi sebegini, malah pernah melalui zaman yang lebih sukar suatu ketika dahulu.

"Mengenai isu 'tarian pendet', ia telah diberi penjelasan oleh pemimpin negara bahawa ia adalah kesilapan Discovery Networks Asia-Pacific - dan bukannya pihak berkuasa Malaysia - yang mendakwa ia adalah budaya Malaysia," katanya.

Dalam klip video komersial yang mengandungi elemen tarian tersebut bagi mempromosi siri dokumentari Enigmatic Malaysia di Discovery Channel itu, terdapat rakaman selama 30 saat memaparkan tarian pendet sebagai salah satu tarikan Malaysia.

"Permohonan maaf telahpun dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab dan ia juga telah pun disampaikan kepada pihak berkuasa Indonesia," kata raja Mohammad.

Justeru, katanya, Pemuda PAS yakin kedua negara tidak seharusnya menjadikan isu itu untuk mengeruhkan suasana yang ada.

"Pemuda PAS berharapap agar kedua-dua negara bertenang dan mencari titik pertemuan dalam isu ini, bukan mencari titik permusuhan dan seterusnya konflik ini dapat diselesaikan secara aman dan harmoni," tambahnya.
Back to top Go down
 
'Bertenang tangani isu M'sia-Indonesia'
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 59 org dah mati bukti kerajaan lemah lembab tangani selsema babi.
» earthquake padang indonesia, Samoa Tsunami
» Gempa di Indonesia pengetahuan Allah signifikan dari ayat al-Quran
» Ulama Indonesia Sudah Bersatu Untuk Khilafah: Malaysia Bila?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: