1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Siswa disiasat kes kepala babi di surau

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kingsolo
journalist active
journalist active


Posts : 68
Join date : 2009-09-27

PostSubject: Siswa disiasat kes kepala babi di surau   Sat Nov 21, 2009 9:37 am



Pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak lima bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan kuliah, ditahan reman sehingga esok untuk siasatan.

Muhammad Saufi Jelani, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang berhubung insiden 24 Jun lalu, juga disiasat berkaitan kejadian meletakkan kepala khinzir di surau Akademi Pengajian Islam (API) universiti, Januari lalu.

Polis membawa pelajar pengajian Islam itu ke kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini untuk mendapatkan perintah tahan reman sehingga tengah hari esok, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin kepada Malaysiakini.

Muhammad Saufi ditahan di bangunan peperiksaan UM kira-kira jam 10.30 pagi semalam, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Pada 16 Januari lalu, kepala babi yang dibelah dua ditemui diletakkan di atas bendera PAS di dalam surau tersebut sewaktu kampus tersebut sedang sibuk menghadapi pilihan raya kampus.

Kepala haiwan itu ditemui oleh seorang pelajar yang pergi ke surau tersebut untuk menunaikan solat Subuh.

Polis asalnya menjejaki suspek berhubung siasatan kes awal, contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan kuliah utama API.

Selain kes menceroboh dewan tersebut awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Dihubungi hari ini, Mohd Radzlan berkata anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan seperti empat rakannya berhubung insiden contengan dan simbahan petrol.

Seksyen 427 bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25, manakala Seksyen 436 pula kesalahan khianat dengan api dengan niat merosakkan harta benda.

Peguam itu berkata, beliau hanya mengetahui anak guamnya akan dibawa ke mahkamah pada pagi ini, setelah dihubungi seorang rakan Muhammad Saufi.

Tambahnya, beliau tidak mengetahui bahawa polis ingin menyambung reman pelajar itu bagi menyiasatnya berhubung kes kepala khinzir.

"Saya dapat tahu, apabila dibaca di hadapan majistret bahawa polis juga nak siasat berhubung kepada khinzir yang diletakkan di surau itu," katanya.

Ekoran itu, kata Mohd Radzlan, polis memohon tahanan reman selama empat hari di hadapan majistret.

Bagaimanapun, beliau membantah kerana anak guamnya seorang pelajar universiti yang boleh dipastikan kehadirannya untuk siasatan lanjut.
Back to top Go down
View user profile
 
Siswa disiasat kes kepala babi di surau
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: