1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 SIS – TUNGGULAH KEADILAN ALLAH KE ATAS KAMU!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
2012Disaster
journalist active
journalist active


Posts : 18
Join date : 2009-10-21
Location : 21.12.2012

PostSubject: SIS – TUNGGULAH KEADILAN ALLAH KE ATAS KAMU!   Thu Oct 22, 2009 10:54 am



Sehingga kini, hukuman ke atas Kartika, model yang mengaku salah meminum arak dan dijatuhkan hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Syariah Pahang, masih belum dilaksanakan. Kartika yang mengaku telah insaf dan redha disebat masih tidak berganjak dari pendiriannya. Namun ada pihak lain yang terpekik terlolong ingin membela nasib Kartika kerana hukuman sebat tersebut yang dikatakan zalim ke atas wanita. Siapa lagi kalau bukan Sisters in Islam (SIS) dan sekutu-sekutu mereka dari aliran liberalisme? Dari mula kes ini diputuskan lagi, SIS telah berkokok di sana sini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah hingga mereka akhirnya memfailkan satu permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah penggantungan atau pindaan atau pembatalan terhadap pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika.

Tidak cukup dengan itu, satu perisytiharan bersama telah dikeluarkan oleh Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) yang terdiri daripada SIS, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Women's Aid Organisation (WAO), All Women's Action Society (AWAM) and Women’s Centre for Change, Penang (WCC); Suara Rakyat Malaysia (SUARAM); dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM) [http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=972&Itemid=1]. Dari kenyataan bersama ini, tidak ada lain yang terzahir darinya kecuali wajah hodoh SIS dan golongan liberal yang semakin terselak dengan menampakkan segala kudis dan kurapnya.

Dalam menangani isu Kartika ini, sebagai Muslim kita hendaklah sedar bahawa hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah bukanlah hukum Islam. Sememangnya tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan keputusan mahkamah tersebut kerana mahkamah telah jelas-jelas menjatuhkan hukuman sekular berdasarkan enakmen syariah negeri Pahang yang tunduk kepada Perlembagaan Persekutuan. Kedua-duanya merupakan undang-undang buatan manusia yang bercanggah seratus peratus dengan Al-Quran dan Sunnah. Kejahilan dan kekeliruan SIS adalah apabila mereka menganggap bahawa hukuman 6 sebatan itu sebagai hukuman syariah. Ini jelas dari kenyataan mereka yang berbunyi,

“Jika hukuman sebat dilakukan ke atas seorang wanita di bawah undang-undang Syariah, ia akan mewujudkan satu preseden yang buruk di Malaysia - terutama sekali apabila kaum wanita telah dinyatakan dengan jelas - tidak boleh disebat di bawah S289 Kanun Acara Jenayah”.

Dari kenyataan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa SIS bukan sahaja menolak hukuman 6 sebatan, malah mereka menolak hukum syariah dan mereka lebih rela berhukum dengan hukum taghut buatan manusia di bawah Kanun Acara Jenayah! Firman Allah SWT,

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):60].

Kita semua maklum bahawa hukuman ‘sebat’ (dengan jumlah yang betul) adalah sebahagian dari hudud Allah, namun kita menyaksikan betapa jahil, angkuh dan sombongnya SIS yang langsung tidak mahu hukuman sebat dan hukuman syariah dijatuhkan ke atas wanita. Jika dengan hukuman 6 sebatan tersebut SIS telah pun meracau dan merapu tak tentu hala, apatah lagi jika hukuman Islam sebenar (yakni) 40 atau 80 kali sebatan dijatuhkan? Tentunya SIS akan semakin dirasuk syaitan. Alangkah beraninya SIS menolak hukum Allah!

SIS – Rosak Lagi Merosakkan

Lebih buruk, dalam kenyataan mereka, SIS dan sekutu-sekutu liberalnya menyatakan bahawa

“Sebagai pembela hak asasi manusia, kami berkomited untuk mendapatkan perlakuan yang melindungi hak asasi beliau serta juga mereka yang lain dalam keadaan yang serupa, serta untuk memastikan bahawa tidak terdapat kemerosotan standard hak asasi manusia di Malaysia. Keputusan yang dibuat oleh Kartika boleh dibandingkan dengan keputusan yang dibuat oleh balu beragama Hindu pada masa lampau. Amalan ‘sati’ (kini terlarang di India) di mana balu yang masih hidup dibakar bersama-sama mayat suaminya.”

Apakah patut pengakuan dan redha Kartika untuk disebat dibandingkan dengan undang-undang Hindu yang sesat lagi menyesatkan? Secara logiknya SIS yang memperjuangkan hak wanita sepatutnya bersetuju dan memberi sokongan padu kepada Kartika untuk menjalani hukuman tersebut, ini barulah dikatakan membela wanita. Sebaliknya, kita melihat betapa songsangnya SIS yang kononnya ingin membela wanita, namun mereka sendiri telah menafikan hak wanita (Kartika) yang telah rela dirinya dihukum. Dari sini jelas bahawa SIS sebenarnya bukannya membela wanita, jauh sekali menjadi pembela Islam, tetapi sebenarnya SIS adalah pembela hukum kufur! SIS sesungguhnya adalah pembela ‘hak asasi’ yang berasal dari Barat. Hak asasi manusia (human rights) merupakan senjata yang diciptakan oleh kuffar Barat untuk mengelirukan dan menjauhkan umat Islam dari hukum Islam. Dengan adanya konsep ‘hak asasi’, Barat telah berjaya menjadikan ‘standard’ atau pegangan hidup seorang Muslim untuk dinisbahkan kepada hak asasi, bukan lagi dinisbahkan kepada hukum syarak. Betul atau salah sesuatu perbuatan atau hukuman itu hendaklah diukur dengan hak asasi, bukannya dengan Al-Quran dan Sunah. Inilah kehendak Barat dan inilah perjuangan yang dibawa SIS (yakni) meninggikan atau memartabatkan hak asasi manusia dengan meninggalkan Al-Quran dan Sunnah.

Lebih jauh, kenyataan media tersebut menyebut

“Kami menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap hukuman sebat dan bentuk hukuman dera yang lain sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.”

Sekali lagi SIS menggunapakai undang-undang taghut hak asasi manusia antarabangsa sebagai hujah. Sedangkan telah nyata bahawa deklarasi hak asasi manusia yang diasaskan pada tahun 1948 itu adalah sebuah prinsip yang dicipta oleh kuffar Barat. SIS nampaknya telah menjadikan orang-orang kafir (yang mewujudkan deklarasi) sebagai ‘kayu ukur’ dalam menentukan kesesuaian sesuatu hukuman. Di manakah SIS letakkan Al-Quran dan al-Hadis? Butakah SIS bahawa perbuatan meminum minuman syaitan itu sendiri adalah suatu yang tidak bermaruah menurut Islam? ‘Perbuatan’ terkutuk itu tidak pula dipersoalkan oleh SIS (dari segi bermaruah atau tidak), sebaliknya ‘hukuman’ ke atas peminumnya pula yang dipersoalkan. Tidakkah SIS pernah mendengar sepanjang hidup mereka bahawa Allah SWT berfirman,

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

Jadi, siapakah pihak yang kejam di sini? Orang yang ingin berhukum dengan hukum Allah, atau pihak SIS yang ingin berhukum dengan hukum hak asasi manusia antarabangsa?

SIS menganggap hukuman sebat sebagai mencabul hak asasi manusia dan tidak berperikemanusiaan. Inilah pendapat SIS yang ‘sefikrah’ dengan orang-orang kafir dalam perjuangan hak asasi manusia. Anehnya SIS tidak pula mempertikaikan atau memperjuangkan penghapusan sebat yang telah lama wujud dalam kes sivil, yang jauh lebih kejam cara pelaksanaannya. Namun, bila hukuman tersebut ada ‘unsur syariah’, maka SIS terus mempertikaikannya. Hati SIS nampaknya benar-benar telah tertutup dari memahami ayat-ayat Allah,

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan; dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” [TMQ an-Nur (24):2].

Betapa jauhnya SIS dan sekutu-sekutunya terpesong dari kebenaran. Alangkah sesatnya cara berfikir golongan liberal ini yang menjadikan pemikiran kufur Barat sebagai sandaran hukum dengan mengenepikan nas-nas sahih dari Al-Quran dan Hadis. Sesungguhnya golongan inilah yang disayangi dan dimuliakan oleh Barat, dan menjadi agen mereka dalam usaha mereka untuk menghancurkan Islam. Bertambah malang, apabila para pemimpin sekular tetap membenarkan golongan ini bergerak di dalam masyarakat, malah menyokong serta memberi bantuan kepada pergerakan ini.

SIS Penyokong Sekular

Sejarah Islam telah merakamkan berapa ramai pesalah wanita yang mengaku dengan kesalahan yang mereka lakukan dan redha dengan hukuman sebat ke atas mereka. Hal ini menunjukkan ketundukan mereka kepada hukum Allah dan kesedaran mereka akan azab Allah di Akhirat. Kes perempuan Ghamidiyyah sebagai contoh, demi untuk meraih keredhaan Allah SWT dan kebahagiaan di akhirat, Ghamidiyyah telah mengakui perzinaannya dan bersedia untuk dihukum. Beliau mendatangi Rasulullah SAW untuk disucikan (dari dosa) dengan meminta Rasulullah menjalankan hukuman rejam ke atasnya yang telah berzina. Ghamidiyyah kemudian direjam hingga mati. Rasulullah SAW seterusnya bersabda,

“Sungguh dia telah bertaubat, seandainya dibahagi (taubatnya) antara 70 penduduk Madinah, sungguh akan mencakup semuanya.”

Seorang Muslimah yang sedar dan takut akan azab Allah di Akhirat, akan pasti meminta agar Negara menjatuhkan hukuman Allah ke atas kesalahan mereka semasa di dunia agar seksa akhirat bagi mereka gugur, sebagaimana permintaan Ghamidiyyah kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, sucikanlah aku!” Mereka mengakui kesalahan yang mereka lakukan dan mahu dihukum menurut hukum Allah sehingga mereka terlepas dari azab Allah di Akhirat. Mereka rela menanggung sakitnya had Allah di dunia, kerana takut akan azab Allah yang lebih berat menanti di Akhirat. Inilah sifat seorang Muslimah yang beriman kepada Allah, tidak sebagaimana SIS yang bukan sahaja tidak redha dengan hukuman syariah, malah menentangnya habis-habisan dan ingin diganti dengan hukum kufur buatan manusia! Masya Allah!

Kita mengingatkan SIS dengan Firman Allah,

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Wahai Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” [TMQ An Nisa’ (4):65].

Kita wajib yakin bahawa hukuman yang wajib dijalankan ke atas Kartika adalah had Allah, sama ada 40 atau 80 kali sebatan. Dan hudud Allah sama sekali tidak boleh diubah, dipinda atau dihapuskan. Hudud adalah hak Allah dan wajib dijalankan biarpun golongan kafir, munafik, golongan liberal dan sekular membencinya sekalipun. Berdasarkan ayat ini, jika seseorang itu menolak hukum Allah dan Rasul, serta tidak pasrah/redha kepadanya, maka tidak ada lagi keimanan dalam diri seseorang itu.

Selain mendedahkan kesongsangan pemikiran SIS, kami juga ingin mengingatkan kepada golongan wanita mahupun lelaki mahupun gerakan Islam yang bersetuju dan menyokong Kartika untuk menjalani hukuman 6 sebatan, sedarlah bahawa hukuman 6 sebatan yang akan dijalani oleh Kartika itu bukanlah hukuman Islam dan kita tidak boleh bersetuju dengannya. Kita sewajibnya bersetuju jika hukuman yang dijatuhkan adalah benar-benar hukuman hudud yakni sama ada 40 atau 80 kali sebatan. Sekiranya kalian adalah golongan yang ingin memperjuangkan hukum Allah, janganlah berjuang di jalan yang keliru. Dalam kalian memperjuangkan hukum Allah, janganlah terjerumus dengan tindakan atau kelakuan yang sama seperti mana golongan liberal/sekular yang membelakangkan undang-undang Allah dan Rasul. Dalam pada kita tidak bersetuju dengan SIS yang menolak hukum syariah, janganlah pula kita terkeliru dan bersetuju dengan hukuman 6 sebatan yang hakikatnya juga bukan hukum syariah. Sesungguhnya hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan oleh mahkamah juga adalah hasil produk sekularisme. Hukuman itu bukannya datang dari Quran dan Sunnah, tetapi hasil produk pembuatan undang-undang di Parlimen di bawah sistem demokrasi yang membenarkan manusia membuat undang-undang dengan suara majoriti.

Allah Azza wa Jalla mengingatkan kita,

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” [TMQ al-Ahzab (33):36].

Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah semata-mata. Manusia, baik lelaki mahupun wanita tidak ada hak untuk memilih hukumnya sendiri. Siapakah SIS yang ingin mempersoalkan hukum Allah? Malah lebih hina, SIS sanggup mengatakan undang-undang syariah sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak bermaruah. Alangkah dahsyatnya pemikiran sekular yang ada pada SIS sehingga ke tahap mereka ingin merubah hukum Allah. Sesungguhnya SIS bukanlah pembela wanita, sebaliknya pembela hawa nafsu yang mahu menundukkan Islam mengikut kehendak mereka. Demi Allah! SIS sebenarnya bukanlah pembela Islam, sebaliknya mereka adalah pembelot Islam. SIS langsung tidak layak untuk digelar Sisters In Islam, namun selayaknya mereka digelar Sisters In Secularism!

Khatimah

Wahai Sisters In Secularism! Tidak pernahkah kamu takut dan bertaubat kepada Allah, yang menciptakan kamu dari tidak ada kepada ada, dari setitis air mani kemudian menjadi segumpal daging dan kemudian Allah meniupkan ruh (ciptaan)Nya kepada kamu dan dengan ruh itu kamu hidup. Setelah itu kamu dilahirkan ke dunia melalui rahim ibu-ibu kamu. Allah membesarkan kamu dan memberi rezeki kepada kamu. Dan Allah mengurniakan akal kepada kamu yang tidak dikurniakanNya kepada binatang. Namun, akal itu kamu gunakan untuk mempertikaikan dan merubah hukum Allah, bukan untuk memahaminya dan menerapkannya. Tidak takutkah kamu kepada Allah, Zat Yang Maha Kuasa yang akan merentap nyawa kamu dalam masa sesaat sahaja. Kemudian kamu akan ditelan bumi dan Allah akan bangkitkan semula kamu untuk disoal dari segala perbuatan yang telah kamu lakukan di dunia ini. Pada hari itu, hanya Allah sahajalah yang berkuasa mengampuni segala dosa-dosa kamu, jika Dia menghendakinya. Dan pada hari itu Allah jualah yang pasti akan mengazab kamu, jika Dia menghendakinya. Maka, tunggulah keadilan Allah ke atas kamu pada hari itu..
Back to top Go down
View user profile
 
SIS – TUNGGULAH KEADILAN ALLAH KE ATAS KAMU!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Islamic riots over "un-Islamic" art exhibition - one man dead
» Turn To Allah - Islamic Forums

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: