.
Sejarah pandemik demam selesema.Wabak Peloponnesian - 30,000 maut Seramai 30,000 penduduk Athens mati pada 430 Sebelum Masihi
ketika peperangan Peloponnesia antara penduduk Athens dengan
Sparta. Selain pening, gejala lain seperti ruam kulit,
demam, batuk darah, sakit perut, muntah dan dahaga yang
teruk hinggakan ada yang terjun ke dalam perigi.
Wabak Antonine Plague - Lima juta mati Wabak sempena nama Maharaja Rom, Marcus Aurelius Antoninus
yang mati pada 180 Selepas Masihi. Wabak ini dibawa ke Rom
oleh tentera yang pulang daripada berperang dari
Mesopotamia. Ia merebak ke benua kecil Asia, Mesir, Greek
dan seluruh empayar Rom dan meragut lima juta nyawa dalam
masa 15 tahun.
Wabak Justinian Plague ? Kira-kira 25 juta hingga 100 juta kematian Namanya sempena Maharaja Byzantine, Justinian dan wabak ini
dipercayai berasal sama ada di wilayah Asia Tengah atau
Ethiopia (Habsyah). Ia menjadi kes pertama wabak bubonik
dicatatkan dan berlaku selama 50 tahun yang meragut 25 juta
hingga 100 juta nyawa. Perdagangan dunia turut lumpuh.
Wabak 'Black Death' - 25 juta kematian Ia melanda pada zaman pertengahan Eropah dari akhir 1347
hinggalah awal 1351. Ia dikatakan disebarkan oleh kutu dan
tikus. Mangsa lazimnya mati dalam kesakitan dalam masa lima
hari selepas dijangkiti kuman itu.
Wabak Selesema Sepanyol - Lebih 50 juta kematian Ia berlaku pada 1918 dan menjadi kes terburuk pernah berlaku
dalam era sejarah moden dan disebabkan sejenis virus
selesema H1N1 dijangkiti kira-kira 40 peratus jumlah
penduduk dunia ketika itu. Ia meragut lebih 50 juta
kematian, majoritinya mereka golongan muda.
Wabak Selesema Asia - Empat juta maut Berlaku pada 1957, membabitkan itik liar di Guizhou, selatan
China dan melalui proses mutasi dengan jenis virus manusia.
Menular ke Singapura pada Februari 1957, Hong Kong pada
April dan Amerika Syarikat pada Jun tahun sama. Jangkitan
paling ramai di kalangan pelajar sekolah, golongan muda,
wanita hamil serta orang tua yang mencatatkan kumpulan
paling ramai mati.
Wabak Selesema Hong Kong - Sejuta maut Dikesan pada 1968, kes pertama dikesan di Hong Kong yang
disebabkan jenis virus dikenali H3N2 yang meragut sejuta
nyawa di seluruh dunia. Ia kembali pada pada 1970 dan 1972.
Mangsa berusia 65 tahun ke atas paling ramai mati.
Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) - 800 kematian
Dikesan di Guangdong, selatan China pada 2002 tetapi menjadi
tumpuan ramai pada Februari 2003 selepas kematian seorang
ahli perniagaan Amerika Syarikat dalam pesawat pulang dari
Shanghai. Virusnya mudah tersebar secara pantas ke Kanada,
Amerika dan beberapa negara Asia. Daripada 8,096 kes, 774
kematian dilaporkan.
Selesema Burung Ada banyak jenis selesema burung. Jenis paling bahaya H5 dan
H7 sering menyebabkan kematian unggas dan jenis yang paling
dibimbangkan adalah H5N1. Ia hanya diketahui menyerang
unggas sehinggalah kes pertama jangkitan manusia dikesan di
Hong Kong pada 1997. Data WHO menunjukkan 256 maut di
seluruh dunia sejak 2003 dan saintis turut memantau
perkembangannya kerana bimbang mutasi berlaku dan boleh
dijangkiti berjuta-juta penduduk dunia.
Demam Selesema - Meragut 250,000 - 500,000 kematian setiap tahun Tersebar ke seluruh dunia setiap tahun dan memuncak ketika
musim sejuk.