Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Seperti yang dinanti-nantikan oleh penggemar teori konspirasi Kumanddie, di bawah ini saya nukilkan suatu amalan yang dapat menjadi perisai daripada segala bentuk fitnah, termasuklah fitnah dajjal laknatullah alaihi. Ianya adalah suatu amalan terpenting di dalam amalan Nabi s.a.w. dan Para Sahabat . Itulah 5 amalan Perisai Armageddon.
Tujuan saya paparkan Perisai Armageddon ialah supaya Umat Islam dapat menyelamatkan diri ketika hadirnya dajal kelak. Dan kalau berdasarkan kepada hadis-hadis dan setelah dibandingkan dengan keadaan semasa, maka Imam Mahdi akan muncul di sekitar tahun 2010-2013 manakala dajal akan muncul di sekitar tahun 2017-2024.
Hadis-Hadis dajal .
Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai manusia! Sesungguhnya tidak pernah terjadi fitnah di muka bumi ini yang lebih besar dari fitnah dajjal sejak ALLAH menciptakan ana cucu Adam. Saya adalah Nabi terakhir dan kamu semua adalah umat terakhir. Pasti ia akan keluar pada masa kamu”. (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim).
Huzaifah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda , “Dia (dajjal) memiliki tiga teriakan yang boleh didengari oleh penduduk bumi di timur dan barat dan ia akan menangkap burung dari angkasa dan memanggangnya di matahari sehingga menjadi daging panggang”,”. (HR Al-Hakim dan Ibnu Asakir).
Huzaifah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dia mandi tiga kali dalam sehari dan air laut hanya berada di paras pinggangnya sahaja. Salah satu tangannya lebih panjang. Kemudian dia menghulurkan tangannya yang panjang tersebut di dalam laut sehingga sampai ke dasarnya. Selepas itu, dia mengeluarkan binatang-binatanag laut yang diingininya”,”. (HR Abu Naim).
Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasululllah s.a.w. bersabda, “Al-masih (dajjal) akan datang dari arah timur, dia hendak menuju ke Madinah. Ketika dia sampai di sebalik gunung Uhud, malaikat memukul wajahnya berpaling ke arah Syam. Di sanalah dia akan binasa”.” (HR Al-Tarmizi dan Ahmad dalam Silsilah Al-Ahdith As-Sahihah).
Dajal bukan bersaiz normal macam kita. Semua hadis-hadis sahih menunjukkan bahawa dajal bersaiz besar secara luarbiasa. Beliau akan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan ketika bumi semua telah kehabisan makanan. Ramai manusia akan mati kelaparan. Hanya mereka yang berzikir sahaja yang akan berasa kenyang. Dajal akan membawa makanan setinggi gunung, satu syurga dan satu neraka. Mereka yang memasuki syurga dajal akan terus ke api neraka. Mereka yang memasuki neraka dajal akan terus ke syurga. Terdapat tidak kurang daripada 70,000 ulama’ akan sujud ke kaki dajal .
Memandangkan fitnah dajal merupakan fitnah terhebat yang pernah ada di mukabumi ini, maka penawarnya adalah amalan utama Nabi-Nabi a.s. sahaja (selain 10 ayat awal dalam Surah Al-Kahfi).
Tujuan ALLAH SWT menjadikan alam semesta ini adalah untuk mewujudkan Nabi Muhammad s.a.w. . Jadi amalan harian Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang layak menjadi Perisai Armageddon bagi melawan dajal laknatullah alaihi. Apakah Amalan Harian Nabi Muhammad s.a.w.??? Amalan harian Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang menjadi amalan harian kepada semua 124,000 Nabi-Nabi a.s. dan semua 124,000 Para Sahabat r.a. . Amalan ini dipanggil sebagai Perisai Armageddon.
Perisai Armageddon ini mampu melawan kepada semua jenis fitnah termasuklah dajjal, bom nuklear, israel, USA, Russia , illuminati, freemason dan sebagainya. Disebabkan bantuan ALLAH melalui Perisai Armageddon ini , maka dajal akan lari keluar dari tempat tersebut. Perisai Armageddon ini merangkumi 5 perkara yang menjadi amalan harian kepada seseorang. Inilah juga amalan harian yang diamalkan oleh Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. Ianya berkisar dalam Amalan Armageddon iaitu dakwah, menunut ilmu, ibadat khusus dan kerja khidmat masyarakat setempat. Terdapat 5 perkara yang menjadi perkara pokok dalam amalan Perisai Armageddon :
1. FIKIR HARIAN
Timbulkan fikir berkaitan taraf amalan agama di dalam kampung dan taman perumahan anda. Cuba lihat di sekeliling anda, berapa ramai yang tidak bersembahyang, berapa ramai yang hanya bersembahyang Jumaat, berapa ramai yang bersembahyang 5 waktu , berapa ramai yang bersembahyang di Masjid beberapa waktu dan berapa ramai yang bersembahyang di Masjid 5 waktu. Apa yang anda kena lakukan hanya berfikir dan timbulkan rasa risau dalam hati. Anda kena lakukan selama 2 minit setiap hari.
2. BELAJAR DAN MENGAJAR
Menuntut ilmu. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu bukan ilmu yang belum didengar. Walaupun anda sudah mendengar sejak anda berumur 1 tahun lagi. Dan sekarang umur anda sudah mencapai 100 tahun , anda masih perlu untuk mendengar Hadis dan Quran berkali-kali lagi. Itulah maksud ilmu – iaitu bodohkan diri dan dengar lagi dan lagi tentang Hadis dan Quran yang sama. Ramai orang komplain ilmu diulang-ulang bukan dikira sebagai ilmu. Ini adalah lahir daripada kata-kata orang munafik sebab benci kepada Hadis dan Quran yang diulang-ulang adalah sifat musuh ALLAH. Dan ilmu Hadis dan Quran mesti dibaca 2 kali sehari, iaitu di surau anda dan di rumah anda. Ramai orang masjid yang pergi menghadiri kuliah Maghrib setiap hari tetapi anak-anak di rumah semuanya manusia jahil dan menjadi sampah masyarakat. Ini tidak betul. Hadis mesti dibaca di rumah anda juga pada setiap hari sebagaimana dilakukan di masjid/surau anda. Ini supaya anak-anak dan isteri anda tidak ketinggalan dalam mendapat Cahaya ALLAH.
3. DAKWAH UMUM KENABIAN
Perniagaan Nabi-Nabi a.s. . Setengah orang menyebut sebagai gaj. Tertib kesemua Nabi-Nabi a.s. ialah dengan menjumpai kesemua manusia dan menyeru mereka kepada kalimah tauhid. Sekiranya anda inginkan bantuan ghaib, anda terpaksa lakukan perkara yang sama. Anda kena lakukan 2 kali seminggu . Sekali di surau anda dan sekali lagi di surau bersebelahan. Kalimah tauhid di sini bermaksud anda kena nafikan kebesaran makhluk dalam hati manusia dengan cara berkata, “Makhluk tiada kuasa, kuman H1N1 tiada kuasa, bom nuklear tiada kuasa, US tiada kuasa, Russia tiada kuasa, illuminati tiada kuasa, freemason tiada kuasa, Israel tiada kuasa, yahudi tiada kuasa dsb. Yang Berkuasa Hanyalah ALLAH Rab Sekian Alam”. Kemudian anda kena tambah sedikit dengan berkata, “Kejayaan seluruh manusia adalah di dalam agama ALLAH SWT iaitu sejauh mana beliau dapat mentaati perintah ALLAH SWT dan meninggalkan laranganNYA dan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.”.
4. MASA AGAMA
Masa bertanya khabar. Setiap hari anda kena peruntukkan 2 1/2 jam bagi menjumpai saudara-saudara anda di kawasan kampung/taman perumahan anda. Dengan ini anda boleh bermuzakarah secara langsung secara informal dengan saudara-saudara anda tentang ehwal agama dan dunia mereka.
5. JIHAD 3 HARI SEBULAN
Fisabilillah selama 3 hari. Setelah anda dapat mengumpul mereka yang sanggup mengorbankan diri, harta dan masa di Jalan ALLAH, maka anda kena bentuk satu jemaah lengkap yang diketuai oleh satu amir/ketua. Anda kena bawa jemaah tersebut ke masjid yang berlainan selama 3 hari untuk mengamalkan 4 Amalan Armageddon iatu dakwah, ilmu, ibadat khusus dan khidmat masyarakat.
Bila terjadi WW3 nanti , ada negara Islam akan diserang. Satu ketika nanti Jemaah Dakwah (mungkin dari Malaysia dan Pakistan) akan dibunuh juga di Timur Tengah. Bukan itu sahaja, malah Masjid AlAqsa juga akan dirobohkan. Ketika itu baru muncul planet Nibiru X yang berwarna merah. Mengikut hadis , planet Nibiru X hanya berlaku sekali dalam seluruh sejarah bumi. Planet Nibiru X akan muncul pada awal bulan Ramadan. Setelah itu baru Imam Mahdi diisytihar dan kemuncak Perang Armageddon pun bermula.
sumber: Kumanddie.blogspot