1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan

Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySun Sep 13, 2009 1:47 am

26.
"Kita ingat kita mahu pakai itu bikin ayam punya makan lo...", jelas Cina itu. Ayahku bertanya, apa halnya kepada aku. Aku pun menjelaskan kepada Ayahku....
"Suruhlah masuk...!", kata Ayahku kepada aku. Itulah Ayah, kalau tetamu datang dia cepat-cepat suruh aku layan, suruh dijemput masuk....
______________________

DUA orang Cina itu pun masuk, membongkokkan badan sedikit-sedikit tanda hormat kepada kami semua, dan aku pun terus menjemput mereka duduk di sofa.

"Soli-la, kita datang malam-malam, tadi kita olang sudah datang lu tatak.", kata seorang daripada Cina itu.... "Ini macam la, lu ingat lu belapa mau, kita boleh bayar." katanya lagi kepada aku.... Hai... hati aku berkata.. Apa pula yang hendak dibeli oleh Cina ni..., Aku bukan ada jual apa-apa.... Rezeki apa pula yang hendak datang menggolek ni! .....

“Lu mau beli apa?... “, aku tanya.

“Itu formula bikin ayam makan punya, lu menang dalam TV itu hali, ada tunjuk dalam TV punya..”, jawab salah seorang Cina itu, kelihatan wajahnya seperti orang yang berharap sangat...

Setelah mendengar kata-katanya itu,; barulah aku fahami apakah tujuannya mereka datang itu.; Minda aku berkata ...Minta lima ratus pun jadilah, boleh kut..., tetapi aku tidak jawab soalan itu lagi, di sebaliknya aku tanya macam mana mereka boleh tahu alamat rumah aku.

"Wa punya anak ada tengok itu TV ploglam, dia lekod itu punya ploglam, lu angkat haliah, itu TV punya olang ada bilang lu punya nama, address ini lumah...", jawab Cina itu. "Wa tengok lecording punya, ulang-ulang boleh tahu ini nama kampung, lu punya nama wa tanya itu kedai punya olang, dia bilang ini lumah lu duduk..." , tambahnya lagi, tetapi Cina yang seorang lagi itu, hanya diam saja.

"Kalau boleh lu tunjuk itu formula bagi wa beli itu formula, wa boleh kasi dua libu lima latus, okay ka?..", kata Cina yang hanya diam saja tadi.... Rasa tersentak aku mendengar tawarannya itu.... يا الله .... Emak... Ayah ....
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Aku pun pasang strategi... "Mana boleh itu murah sangat.. satu Malaysia tahu saya dapat nombor satu wooo saya menang bikin itu formula!... Mesti empat ribu la... itu pun sudah murah!", kataku serius.

"Haiya, manyak mahai ooo! Tak apa la.. wa kasi tiga libu, jangan tak jadi...", mintanya. Mendengar tawarannya itu aku terus tersedar bahawa rezeki datang menggolek yang Allah Kurnia, jangan pula bersifat tamak kerana dalam hati tadi pada mulanya sudah berkata memadai hanya lima ratus saja. ... Ikut sajalah jika Cina itu mahu beri lebih dari itu, nanti zakatnya mesti kena dibayar juga.

Hatiku menekan mindaku, lalu berkata... jangan tamak sangat, rezeki datang menggolek.. terima sajalah. Dan aku pun memberi tahu mereka aku bersetuju. Nampak sangat suka benar hati dua orang Cina itu. Lalu aku pergi mengambil salinan formula aku itu dan aku salin, pendek sahaja, tak sampai pun satu halaman kertas A4. Aku serahkan formulaku itu. Cina itu pun menyerahkan wang tunai berjumlah tiga ribu... Aku kira baik-baik, betul ada tiga ribu. Kepada kedua-dua Cina itu aku jelaskan satu-persatu formula dan cara membuat makanan ayam itu... nampaknya mereka faham dan berpuas hati.

Ayahku dan anak-anak muridnya itu yang juga duduk di sofa terpinga-pinga. Hatiku bahagia sungguh malam itu ketika itu. Selepas bersalaman, kedua-dua Cina itu pun berdedar, meninggalkan rumahku.

Dalam keaadaan Ibuku kini di Hospital Taiping, tentulah urusan itu dan ini memerlukan adanya wang yang cukup, tiba-tiba datang pula rezeki yang tidak disangka-sangka begitu. Kepada murid-murid Ayahku yang ada di rumahku itu, aku beri lima puluh ringgit seorang... terperanjat mereka lalu terus bersyukur, الْحَمْدُ للّهِ

Kepada Ayahku, aku serahkan kesemua baki wang itu...... Duit ni Ayah punya ni.... Ayah aku pun terima lalu mengangkat kedua belah tangannya berdoa... Aku dan murid-murid Ayahku turu mengamiinkan doanya.

Aku kembalii ke kamarku... dan segera aku tunaikan solat sunat syukur... Seperti biasa dalam sujudku, aku bersyukur kepada Mu, يا الله .... dan aku juga tidak lupa dalam sujud syukur aku itu, aku juga berdoa...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Aku teringat semula peristiwa aku menang menjadi johan mencipta formula membuat makanan ayam itu... Selepas saja disiarkan oleh TV upacara aku menerima hadiah kemenangan aku itu, esoknya aku pun pergi berjumpa dengan pengerusi Kelab Peladang di kampungku, kerana aku berhajat hendak mengajarkan kepada ahli-ahli kelab itu bagaimana hendak memproses menghasilkan makanan ayam dari ubi kayu itu. Tetapi sampai ke hari ini pihak kelab itu buat tak reti saja terhadap saranan aku itu....

Dalam hatiku berkata:... Itulah Melayu.... Aku nak ajar secara percuma pun, tak sudi nak terima... diorang ingat aku ni budak kampung yang tak reti bab formula-formula tu....

Ahhh... hatiku teringat pula kepada pesanan Ayahku kepada satu syarahannya kepada murid-muridnya yang juga aku ada tumpang mendengarnya saja. Katanya: Jangan lupa.... iaitu hidup ini jangan riak, jangan takbur kerana kesemuanya adalah hak Allah... Hidup ini kena selalu ingatkan DIA....setiap masa.... Itulah sebabnya, apa-apa pun kena sebut
بِسۡمِ ٱللهِ, barulah kita dapat selalu bersama DIA, sebab kita gunakan Nama DIA!... Bila sebut بِسۡمِ ٱللهِ, pakai Nama DIA... kita kena ingat kita adalah bersama DIA....! Itulah cara amalannya. Dengan sebab itu, jangan hanya pandai di mulut sebut بِسۡمِ ٱللهِ tetapi buat perangai yang Dibenci dan Dimurkai oleh ٱللَّهُ...

Aku masih ingat lagi Ayahku itu selalu saja beri tahu murid-muridnya...Bumi ini Allah sudah bagi untuk kita... Kita boleh dapat apa saja yang ada di bumi ini dengan syarat kita kena ikut patuh pada apa yang Allah sudah Aturkan. Orang Melayu kita ni hendak itu hendak ini tapi apa yang ٱللَّهُ Aturkan tak mahu ikut, langgar pulak lagi tu... Pada halnya ٱللَّهُ sudah bagi tahu dalam Surat A-Takwiir Ayat 29 tu....
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. [At-Takwiir: 29].

Ayah aku itu yang paling dia suka beri contoh apa yang Allah Aturkan ialah solat... Katanya selalu kepada murid-muridnya: Allah sudah Aturkan kita wajib dirikan solat. Jika kita tak dirikan solat, kita ni manusia un bukan, jin pun kita bukan...Tubuh badan saja kita ni rupa manusia tetapi jiwa dan hati kita ialah jiwa dan hati syaitan kalau kita tak solat. Orang yang tak solat maknanya dirinya sudah bersyaitan... Bukan susah sangat nak tengok tengok syaitan, tu.. yang tak solat itu bersyaitanlah tu...

Mengenai makanan ayam itu tadi aku memahamkannya..... bahawa orang, kalau kita beri tetapi dia tidak mahu terima... itu maknanya DIA tidak Izinkan orang itu menerimanya. DIA tak izinkan rezeki itu sampai kepadanya, dan tentulah ada sebab-sebabnya. Begitulah juga jika kita minta apa-apa kepada orang kerana kita memerlukannya tetapi orang tidak mahu beri, ... itulah tandanya DIA yang tidak izinkan orang iu berikan apa-apa yang kita minta itu, dan tentulah juga ada sebab-sebabnya, ... Antara sebabnya ialah diri kita yang meminta itu sendiri tidak pun memenuhi syarat-syarat yang melayakkan diri kita boleh diberi apa yang kita minta itu kerana kita sendiri ada buat sesuatu yang tidak ikut apa yang Allah telah Aturkan....

Untuk mendapatkan ni'mat الرحمن dan الرحيم daripada Allah adalah tidak cukup hanya setakat menyebut-nyebut
بسم الله الرحمن الرحيم itu saja semata-mata tanpa adanya sahsiah diri kita sendiri kena juga pada masa yang sama mesti bersifat pemurah dan pengasih kepada sesama makhluk Allah di bumi Allah ini... iaitu mestilah dengan nawaitu hanya kerana Allah semata-mata bila melaksanakannya........

Bersambung ........ ke No. 27.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySun Sep 13, 2009 1:56 am

26.
Untuk mendapatkan ni'mat الرحمن dan الرحيم daripada Allah adalah tidak cukup hanya setakat menyebut-nyebut
بسم الله الرحمن الرحيم saja semata-mata tanpa adanya sahsiah diri kita sendiri kena juga pada masa yang sama mesti bersifat pemurah dan pengasih kepada sesama makhluk Allah di bumi Allah ini... iaitu mestilah hanya dengan nawaitu kerana Allah semata-mata ........
______________________________________

ITULAH peristiwa dalam bulan April 1972 yang aku alami. Ibuku mulainya dirawat di di Hospital Perempuan di Kuala Kangsar, dan diikuti pula dirawat di Hospital Taiping. Apa yang berlaku kepada Ibuku ialah Ibuku itu ingin sangat menyaksikan aku menerima ijazah di majlis konvokesyen... ... kisahnya sehingga menjadi berita dalam surat khabar di mana gambarku besar tersiar di muka hadapan di akhbar Utusan Melayu pada 13 Mei 1972 itu....
[Anak saudara aku Asnah, dia bekerja di Perpustakaan Negara. Ada dia ada beri tahu aku bahawa surat khabar Utusan Melayu bertarikh 13 Mei 1972 itu masih lagi ada, boleh dirujuk di Perpustakaan Negara itu]

Dan kucing yang Ibu aku minta aku memeliharanya dengan baik itu, aku pun peliharalah sebaik-baiknya... sedaya upayaku...Kalau ia sakit aku bawa ke Kelinik Haiawan Kuala Kangsar.

Ibuku itu telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Mei 1972 iaitu sehari sebelum hari konvokesyen aku di Universiti Malaya. Kini Ayahku pula diserang sakit jantung dan berada di wad Hospital Kuala Kangsar. Malam itu Ta-a menemani Atoknya di hospital itu.... Pakcik Tua yang anak-anaknya entah di mana yang dia sendiri pun tidak tahu itu sudah pun tiada di katil di sebelah katil Ayah aku di dalam wad itu. .......
_____________________________

AKU terus bangun menuju ke katilku, kiranya aku dapat terus saja tidur, karana hari pun sudah jam satu pagi..... .... ....

MEIL kucingku yang arwah Ibu aku minta aku memeliharanya itu mengiau-ngiau, halus bunyinya meminta aku membuka pintu kamarku. ... Pintu kamar dicakar-cakarnya.... ini mengejutkan aku... biasalah ia begitu. Malasnya aku rasa hendak bangun melayaninya....,; tetapi aku teringat pesan Ibuku: “Jaga kucing tu elok-elok, buat kenangan ingatkan Mak!”.

Aku pun bangun membuka pintu kamarku. .... Meil ke mana lambat balik ni...?, tanyaku....miiiiaau, miiau.. halus, kecil dan lembut saja bunyinya manja, sambil kedengaran olehku bunyi getaran lidahnyanya. Aku tahu dan faham, bunyi getaran itu menandakan kucingku itu hendak minum susu dan minta digosok-gosok badannya. Aku pun terus pergi ke ruang dapur, membancuh susu untuknya. ... Heish.. aku menguap, kerana aku mengantuk sungguh!

Aku terus bawa bekas minum susu khas Meil berisi susu untuk Meil masuk ke kamarku, dan ia berlari-lari mengikuti aku ke dalam kamarku. Aku letakan bekas susu itu dengan mebaca بسم الله الرحمن الرحيم dan berkata: Minumlah Meil... menjemput dia minum sambil dalam hatiku meniatkan memberi ia minum susu itu: Lillahita'ala. Dan Meil pula sebelum minum ia mesti menghidunya terlebih dahulu, kemudian ia mendongokkan kepalanya memandang aku. Setelah begitu, barulah ia minum susu yang aku berikan kepadanya itu. .... Entah apakah yang didoakan oleh Meil kerana aku melayani dan memberinya minum susu itu, ... entahlah.....

Jam di dinding kamarku sudah pukul 2.00 pagi, aku rasa mengantuk sangat, dan terus saja aku tidur bersama Meil di atas katilku.; Kali ini mudah saja aku melelapkan mataku dan terus terlena.

Aku terkejut dari tidur bila Meil menjilat-jilat pipiku... ia memang selalu begitu, kemudian mengiau-ngiau minta keluar dari kamarku... Aku kena bangun membuka pintu kamarku supaya ia boleh keluar. Jika tidak dibuka pintu ia akan terus-terusan mengiau-ngau membuat bising. Aku sedari bagaikan ada hikmahnya pula ia berperangai begitu, bahawa itu adalah bagaikan ia membangunkan aku dari tidur supaya aku dirikan Solat sunat Tahajud.... Aku pun membuka pintu, tetapi tidak pula ia mahu pergi keluar.... Ia hanya duduk saja di atas karpet di kamarku itu menjilat-jilat bulunya.

Aku pun terus ke bilik air mengambil wuduk, dan terus aku dirikan saja Solat sunat Tahajud. Selepas salam, seperti biasa aku munajatkan doa lazimku.... Aku bertafakur sebentar....dan biasanya aku ulang-ulangi berdoa ....رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً ... Aku ikut apa yang diberitahu oleh Prof. Dr. Syed Mohammad Naquib Al-Attas pensyarahku semasa aku di universiti dulu: Hendaklah selalu amalkan bertafakur dan berdoa رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً kalau hendak supaya Allah bagi ilmu, katanya kepada aku.....

Selepas bertafakur, aku capai Al-Qur'an, lalu aku sambung membacanya lima-enam ayat seterusnya..iaitu bagi menyambung bacaaan ayat sebelumnya di mana aku berhenti... dan aku meneliti apakah maksudnya sebagaimana yang diterjemahkan... serta sambil itu aku memfokuskan di mindaku bagimanakah dari segi pelaksanaan amalan praktiknya dalam kehidupan ini, kerana Ayahku tidak jemu-jemu setiap kali dalam syarahannya kepada murid-muridnya memperingatkan dirinya dan juga mereka bahawa: Barangsiapa mengamalkan ilmu yang diketahui akan Dianugerahi oleh Allah ilmu yang belum diktetahui...

Selesai solat, aku pun ingin menyambung tidurku. Dan aku pun terus baring di atas katilku, lalu aku menarik selimut bagi menutup seluruh tebuhku hingga ke leherku. Bila aku padam lampu, Meil pun melompat ke atas katil dan terus hendak tidur sama di sisiku.

Tidak pula mata aku ini mahu pejam..., tadi mengantuk sangat, kata mindaku.... lalu aku teringat pula pada Ayah yang kini berada di hospital.... Aku berdoa dan harap agar Ayah cepat kembali sihat seperti sedia kala... Aku teringat-ingat juga bekas tunangku Normawati walau pun hati aku ini tahu dia bukan lagi boleh menjadi teman hidupku... Dan teringat juga sidiaku yang baru, Zaharah yang kini sudah pun mantap rasa cinta kepadanya mengisi di hatiku ini; ... Juga aku teringatkan sahabat karibku Shahril, Leftenan Muda, ... Teringat juga aku kepada surat-surat Azmin... teringat... teringatkan itu; dan teringatkan ini...; Oh.. di sekolah esok Guru Besar hendak jumpa, ... hendak membincangkan hal yang berkaitan dengan keadaan Perpustakaan Sekolah.

Disebabkan kakiku ni cacat, aku ditugaskan sebagai Guru Perpustakaan saja....Guru Besar nak bincangkan dengan aku.... masalah apa? ... Biarlah esok saja, .. dan aku pun baca 21 kali بسم الله الرحمن الرحيم, lalu aku pun terus lena. ........

Bersambung ........ ke No. 27.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Oct 10, 2009 9:22 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptyTue Sep 15, 2009 1:53 am

27.
Disebabkan kakiku ni cacat, aku ditugaskan sebagai Guru Perpustakaan saja....Guru Besar nak bincangkan dengan aku.... masalah apa? ... Biarlah esok saja, .. dan aku pun baca 21 kali بسم الله الرحمن الرحيم, lalu aku pun terus lena. ........
_________________________

AKU terkejut bila Meil mengiau-ngaiu lagi....... Eiish Meil niii! ... Ia berdiri di depan pintu kamar meminta keluar.... Nak ke mana Meil pagi-pagi buta niiii? Tak-kanlah pagi-pagi buta ni nak cari jantan pula...? Biarlah jantan Meil tu yang cari Meil... Takkanlah telaga pula yang mencari timba pagi-pagi buta niii ... kata aku kepadanya bagaikan merungut.

Aku pun bangun, dan membuka pintu kamar supaya Meil terus pergi keluar. Suara azan pertama Subuh tiba-tiba berkumandang dari Masjid yang berada hanya 1 km saja dari rumahku.

Bagaimanalah agaknya Ayah di hospital?...agaknya subuh-subuh begini... Tentu Ayah tidak selesa solat di hospital itu, .. mindaku berkata. Ibu pula di pusara, sudah jauh di alam barzah, bagaimanalah agaknya.... Sudah tentu di pusara suasananya menghening sepi di waktu-waktu subuh begini..tiada siapapun di dunia ini yang peduli di pusara itu... Lalu hatiku menjawab mindaku: Emak, Ayah...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Ayah masih di hospital.... Ta-a ada tolong menjaga Ayah. ... Apa boleh buat, aku tidak dapat hendak berada bersama-sama Ayah di wad kerana waktu pagi-pagi lagi, aku kena pergi ke sekolah.

Aku terus bergegas mandi, kerana apabila azan subuh pertama berkumandang, biasanya aku masih sempat berbasikal ke masjid dengan menaiki basikalku, untuk dapat aku solat subuh berjemaah bersama-sama di masjid itu. Setiap hari, selesai saja solat Subuh aku terus bergegas balik ke rumah, menukar pakaian untuk pergi ke sekolah, kerana tepat jam 7.00 pagi aku mesti berada di jalan raya di hadapan rumahku menunggu bas untuk aku boleh sampai awal ke sekolahku yang jauhnya kira-kira 4 km dari rumahku. Jika lewat, aku akan sampai ke sekolah juga jadi lewat, dan bila sampai lewat aku pasti akan terasa malu.....

Macam mana boleh tidak malu? .... Orang beragama Islam mengabaikan Surah Al-Asr yang ada di dalam Al-Qur'an itu; ... kerana bila lewat, itu tandanya aku tidak mempedulikan Demi Masa.... Rasional kenapa malu itu pun, Ayah aku yang kata; dalam syarahannya kepada murid-muridnya yang aku pernah dengar. Katanya: Mengabaikan Surah Al-Asr ini samalah mengabaikan Allah.... Macam mana orang Melayu nak maju? Mengabaikan bererti tidak mengendahkan Al-Qur'an... Aa jadi pada orang yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an? ... Tu, boleh baca Ayat dalam Al-Qur'an tu Ayat 36 Surah Al-Zukhruf itu....
وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬
"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.....

Aku memang selalu ingat kata-kata Ayah aku itu. Itulah sebabnya setiap hari aku baca Al-Qur'an.

Di sekolah aku bertugas seperti biasa. Waktu kedua, kebetulan aku tiada kelas, iaitu aku free..., tetapi bagi aku tidaklah maksudnya free itu untuk aku mahu bersembang sesuka hati sebab bilik guru itu bukan milik peribadiku... Ia adalah milik Kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kerana Sekolah adalah kepunyaan Kerajaan.. .. Maknanya bila di situ, segala urusan di bilik itu, dan juga di kawasan sekolah mestilah hanya untuk melaksanakan Urusan Seri Paduka Baginda semata-mata...

Aku pun terus pergi menemui Guru Besar sebab dia yang hendak jumpa aku.

Masuk saja aku ke biliknya, aku lantas memberi salam dan salam aku dijawabnya, dan juga diucapkannya kepadaku: Sleamat Pengantin Baru.... Ahad depan ya?, tanyanya. ...

"Ya, jemputlah Cikgu sekeluarga datang", aku mengundangnya sekali lagi, selain kad jemputan yang telah aku sampaikan tempoh hari.... "InsyaAllah!", katanya.... Tetapi di mindaku... bagaimanakah Normawati sidia lamaku itu.. Bukankah dia yang sering mengatakan berkorban apa saja? Dan bukankah dia juga yang tidak jemu-jemu dengan ikhlasnya mengungkapkan... Bang, HACKS.... Bang..HOLLAND.... Abang..ITALY.... kepadaku? ..... Malahan dialah juga yang suka sangat sering menyanyikan lagu Berkorban Apa Saja sebagaimana lirik dan nada lagu yang dinyanyikan oleh P. Ramlee itu semasa aku sentiasa berada bersama-samanya di kampus dulu.... .....

Bersambung ........ ke No. 28.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Oct 10, 2009 9:24 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptyTue Sep 15, 2009 1:56 am

28.
"Ya, jemputlah Cikgu sekeluarga datang", aku mengundangnya sekali lagi, selain kad jemputan yang telah aku sampaikan tempoh hari.... "InsyaAllah!", katanya.... Tetapi di mindaku... bagaimanakah Normawati sidia lamaku itu.. Bukankah dia yang sering mengatakan berkorban apa saja? Dan bukankah dia juga yang tidak jemu-jemu dengan ikhlasnya mengungkapkan... Bang, HACKS.... Bang..HOLLAND.... Abang..ITALY.... kepadaku? ..... Malahan dialah juga yang suka sangat sering menyanyikan lagu Berkorban Apa Saja sebagaimana lirik dan nada lagu yang dinyanyikan oleh P. Ramlee itu semasa aku sentiasa berada bersama-samanya di kampus dulu.... .....
_________________________

GURU BESAR; terus berkata kepada aku: "Saya nak bincangkan dua perkara,", . ... "Pertama mengenai Perpustakaan, keduanya Cikgu kena beri ceramah mengenai disiplin pelajar semasa Mesyuarat Agung PIBG bulan depan, sebab Cikgu adalah guru berijazah yang pertama bagi sekolah ini. Pengerusi PIBG minta Cikgu berikan ceramah kepada ibubapa 40 minit lebih kurang sempena mesyuarat PIBG bulan depan, boleh...kan?", tanyanya. ...

"إن شاء الله", aku memberikan persetujuan. Bagiku, dengan mengungkapkan begitu, bukan aku yang menentukan boleh atau tidak aku laksanakan bila tiba masanya nanti...

"Mengenai Perpustakaan,", katanya, "Sebelum Cikgu ambil alih tempoh hari, bebudak taklah penuh sesak, tetapi sekarang ini penuh selalu, macam di panggung wayang pula...., kenapa tu?", tanyanya....

Aku menjelaskan: "Ramai bebudak yang tak balik kalau mereka ada aktiviti ko-kurikulum di sebelah petang, ... mereka berada melepak di kantin, di bawah-bawah pokok, tidak buat apa-apa, cuma bersembang buang masa; jadi saya arahkan mereka semua supaya pergi ke perpustakaan, baca buku atau buat kerja sekolah. Bebudak Tingkatan 5 yang tak balik saya jadikan mereka mentor dan menteenya bebudak Tingkatan 4 dan Tingkatan 4 jadi mentor bebudak Tingakatn 3 pula. Tingkatan 3 jadi mentor bebudak Tingakatan 1 dan 2.... itu sebab perpustakaan jadi penuh... Mereka buat home-works, mentee yang tak faham tanya mentor.".

"Habis, takpanas, ramai sangat tu?", ditanyanya....

"Memang panas, tetapi kalau kita gabungkan 2 bilik supaya Perpustakaan tu jadi lebih besar, mugkin kurang panas...", jawab aku.... ", Lepas itu kita pasanglah air-con, boleh tak?", aku menyarankan kepadanya....dan dia kelihatan positif, terhadap sarananku itu.

"Dua bilik darjah digabung dijadikan perpustakaan tidak jadi masalah," katanya.... "Tetapi peruntukan kewangan tidak adalah nak pasang air-con tu,".

Aku pun menyarankan: "Kalau kita boleh pasang air-con, sekolah kitalah sekolah di luar bandar yang pertama di Malaysia ni yang perpustakaanya ada air-con", jawab aku.

"Pejabat saya pun belum ada air-con lagi..", katanya, ketawa. ... "Mustahil boleh pasang air-con, sebab kos air-con tinggi; satu unit kalau 2hp pun tiga ribu lebih, kalau perpustakaan kita tu, mahu-mahu kena ada 8 unit, 4 unit bagi satu biilik.. mahal.. nak cari wang di mana nak pasang air-con?", tanyanya.... "Mau-mau mesti ada dua puluh lima ribu termasuk nak tutup lubang-lubang udara yang sedia ada di bilik-bilik itu."......

Aku terus mencadangkan kepadanya: "Cikgu benarkanlah saya cuba dapatkan bantuan kewangan, saya akan usahakan. ...Kalau Cikgu beri saya autoriti uruskan, insyaAllah saya akan usahakan.", kataku penuh yakin bahawa aku mampu dan tahu; kerana sejak aku berada di sekolah itu, mindaku telah mengvisualisasikan apa yang harus dibuat bagi membantu sekolah itu supaya ia boleh setanding dengan sekolah-sekolah di bandar dari segi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para pelajar.

"Itu sudah bagus!", katanya. "Bolehlah, saya benarkan, asalkan tidak ada apa-apa yang melanggar peraturan.",... jawabnya. ...

الْحَمْدُ للّهِ ... Laku juga sarananku ini. Bila saranan laku, semangat aku pun menggelegak, keikhlasan hati jadi memuncak, dan menjadi lebih luaslah terbukanya minda dapat melihat apa jua masalah dan bagaimana pendekatan bersistem dapat diaplikasikan menjadi lebih terserlah bagi menyelesaikan apa jua masalah.

"Itu sajalah, Cikgu.", katanya... lalu aku pun bangun hendak beredar, dan sempat aku beritahu dia yang Ayahku telah masuk wad di hospial, kerana diserang sakit jantung.... kelmarin petang....

"Macam mana keadaannya?", tanyanya....

"Nurse kata; dah okay, cuma kena berehat dulu di wad sehari-dua.", jawabku.

"Kalau saya ada kelapangan petang ini, saya ziarahlah nanti...", balasnya.

"Tereima kasilah Cikgu..... Oh ya Cikgu, waktu ini saya masih free. Kalau Cikgu izinkan saya nak pergi keluar ke kedai sekejap, nak telefon abang saya.", aku memohon. ....

"Boleh, boleh, silakan... Eh... kalau Cikgu nak cuti hari ini pun Cikgu boleh ambil cuti tanpa rekod sebab ayah Cikgu dah masuk hospital tu.... Isi saja borang tu,; Cikgu ambil cutilah saja termasuk esok Jumaat. ..Minta borang cuti pada kerani, isi borang tu." katanya simpati.

"Tak apalah Cikgu untuk hari ni... tajuk pelajaran nak ajar hari ini penting, saya sudah siapkan. Kalau esok, tu saya nak ambillah cuti tu...", kataku. ...

"No problem, katanya, silakan .... Cikgu nak beli apa di kedai?; Ada banyak barang nak beli ke? Kalau banyak, boleh saya minta peon hantar Cikgu dengan motor.", katanya. ...

"Tak banyak, cuma nak beli rubber-band dua tiga ikat, kemudian saya nak telefon abang saya sekejap guna public phone.", jawabku.

"Alahhh., takpayah pergi kedailah" ...... Tinnng... ditekannya loceng di atas menjanya, lalu peon pun masuk. "Beri Cikgu ni getah rubber band empat-lima ikat!", arahnya. Peon itu pun bergegas pergi mengambilnya.... "Cikgu, sila gunakan telefon ni...!", kata Guru Besar mengizinkan aku menggunakan telefon yang berada di atas mejanya itu.; Aku pun menelefon Nyah, abangku yang bekerja sebagai Guru Pelawat di Pejabat Pelajaran di Kuala Kangsar.

"Nyah, السلام عليكم... Maaflah Nyah... Bongsu tak sempat nak bagi tau Nyah, Ayah masuk wad yesterday petang....Nurse kata tak ada apa, hari ini Ayah mungkin boleh balik! .... Nyah boleh tak tengok Ayah sekejap di wad, kalau dia boleh balik, nanti Nyah bawalah Ayah ke rumah Nyah!..... Boleh... okay, thanks. Assalamualaikum wbt Nyah..", kataku.

الْحَمْدُ للّهِ .... kata hatiku.... satu, satu, satu.. beres saja. ... Aku pun mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, dan sebelum beredar dari biliknya itu, aku ucapkan salam keagamaan kepadanya.... وعليكم السلام jawabnnya.

Aku kembali ke Bilik Guru... di hatiku berkata:; Petang ini aku boleh uruskan hal hendak tunaikan nazar Emak aku esok di masjid. ... Rupa-rpanya Emak ada bernazar bahawa kalau aku berjaya dapat ijazah, aku kenalah sedekahkan seringgit seorang kepada setiap jemaah bagi satu solat Jumaat.... Tapi kini Emak sudah tiada... Esoklah akan aku tunaikan nazar Emak ..., kata hatiku. Wang yang Cina bagi itu masih ada.. cukup, ... kataku lagi di dalam hati.
Di dalam hatiku terus berdoa:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Bersambung ........ ke No. 29.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Oct 10, 2009 9:25 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptyTue Sep 15, 2009 2:09 am

29.
Aku kembali ke Bilik Guru... di hatiku berkata:; Petang ini aku boleh uruskan hal hendak tunaikan nazar Emak aku esok di masjid. ... Rupa-rpanya Emak ada bernazar bahawa kalau aku berjaya dapat ijazah, aku kenalah sedekahkan seringgit seorang kepada setiap jemaah bagi satu solat Jumaat.... Tapi kini Emak sudah tiada... Esoklah akan aku tunaikan nazar Emak ..., kata hatiku. Wang yang Cina bagi itu masih ada.. cukup, ... kataku lagi di dalam hati.
Di dalam hatiku terus berdoa:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
______________________________________________

HABIS waktu sekolah aku pun terus segera balik, berjalan kaki untuk pergi ke tempat menunggu bas, ... kebetulan Guru Besar dengan keretanya tiba dari belakang dan berhenti apabila sampai berhampiran dengan aku, lalu dia berkata dari dalam keretanya: "Cikgu nak balik, marilah naik...!", katanya....
الْحَمْدُ للّهِ..., kata hatiku, kebetulan memang aku hendak balik cepat, tiba-tiba pula akan dapat menumpang keretanya.....

“Cikgu nak ke mana?”...tanyaku setelah aku duduk di kerusi depan di sebelahnya.

"Nak ke Kuala Kangsar nak pergi ke bank.", jawabnya, sambil dia memandang kepada aku, senyum.

Guru Besar terus memandu keretanya dengan perlahan-lahan menuju ke kawasan luar sekolah, memang kena perlu perlahan kerana terlalu ramai pelajar yang juga hendak balik, yang menyebabkan jalan raya dalam kawasan sekolah itu menjadi sesak. Aku memang sudah lama berharap dapat bersama dengan Guru Besar secara peribadi begitu sebab ada perkara yang ingin aku sampaikan secara peribadi, bukan secara rasmi.

Di kawasan sekolah atau di waktu dalam pejabatnya, aku tidak boleh bercakap perkara peribadi yang bukan rasmi kerana bagi aku sekolah adalah hak kerajaan, ... itulah prinsipku.... Itulah sebabnya apabila aku berada di kawasan sekolah, aku dikenali sebagai guru yang serius dan tegas; tidak suka hendak berborak hal-hal peribadi dengan rakan-rakan sejawatanku, terutamanya bila aku berada di bilik guru. Lagi pun kerja sebagai seorang guru amat banyak menggunakan masa.

"Rumah Cikgu berapa kilometer dari Kuala Kangsar?", dia bertanya...

“Enam kilometer lebih kurang, jawabku.

"Tidaklah jauh sangat, kalau kita lihat dalam peta, tentu tak sampai pun seinci jaraknya, kan?", dia bertanya, sambil terus memandu keretanya dengan berhati-hati kerana para pelajar ada yang tiba-tiba saja berlari melintas jalan, dan ada yang bagaikan tidak mempedulikan kereta-kereta guru yang keluar yang bergerak perlahan-lahan di jalan raya itu.

Aku hendak tergelak mendengar lawaknya itu... Aku terus membuka mulut bertanya: “Rumah Cikgu di mana?”... aku beranikan diri bertanya kerana jenakanya itu tadi telah memecahkan auranya sendiri.. membuka ruang perbidanya sendiri. Ini bagiku bolehlah aku bertanya hal mengenai peribadinya.

"Rumah saya?", tanyanya balik... "Biasalah, seperti juga dengan rumah orang lain terletak atas tanah... di atasnya langit...", jawabnya selamba saja. Yang ini menyebabkan aku tergelak jadinya... Suka melawak juga orangnya Guru Besar ini, kata hatiku... semakin bertambah pecah aura dirinya yang selama ini menjadi benteg melindunginya supaya dirinya dihormati. Patutlah guru-guru di sekolah itu ada yang berani datang lambat ke sekolah, tak berdisiplin, malah ada yang begitu berani mempertikai arahannya... kata mindaku....Orang yang suka melawak dan bergurau mesti tidak disegani oleh orang lain; dan orang boleh mudah tidak hormat, dan kuasa yang ada untuk mengawal disiplin akan menjadi lemah, kata hatiku mengkritiknya dalam hati.

Bersambung ........ ke No. 30.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Oct 10, 2009 9:28 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptyThu Sep 17, 2009 4:04 am

.

SELAMAT HARI RAYA EUIDILFITRI
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
&
Maaf Zahir Batin


Klik Di Sin
&
Klik Di Sini
Kenanglah Daku Dalam Doamu ...

Drpd.:

Ziarahmenilai


.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySat Sep 26, 2009 2:03 am

Sambungan ..... KISAH SI BONGSU ........

30.
"Rumah saya?", tanyanya balik... "Biasalah, seperti juga dengan rumah orang lain terletak atas tanah... di atasnya langit...", jawabnya selamba saja. Yang ini menyebabkan aku tergelak jadinya... Suka melawak juga orangnya Guru Besar ini, kata hatiku... semakin bertambah pecah aura dirinya yang selama ini menjadi benteg melindunginya supaya dirinya dihormati. Patutlah guru-guru di sekolah itu ada yang berani datang lambat ke sekolah, tak berdisiplin, malah ada yang begitu berani mempertikai arahannya... kata mindaku....Orang yang suka melawak dan bergurau mesti tidak disegani oleh orang lain; dan orang boleh mudah tidak hormat, dan kuasa yang ada untuk mengawal disiplin akan menjadi lemah, kata hatiku mengkritiknya dalam hati.
Guru Besar memandu keretanya tidak laju., dan aku sudah jadi tidak rasa segan kepadanya kerana aku sekarang sudah ketahui sahsiahnya suka bergurau sebegitu... ....
_______________________________________________________

TERINGIN juga aku hendak tahu hal keluarganya, berapa orang anaknya dan isterinya bekerja apa... tapi itu terlalu peribadi pula tidak ada kena-mengenanya dengan sekolah. Lebih baik aku tanya pendapat peribadinya yang ada kaitan dengan sekolah.

"Sekolah kita, bebudak sesi sebelah petang itu pukul 6.30 ptg baru sekolah tamat, sudah pasti ramai yang tidak solat Asar, kan Cikgu?... Bila mereka balik sampai ke rumah, bebudak yang duduk jauh tu tentu ramai yang dah masuk waktu Mahgrib baru sampai ke rumah.... Tidak bolehkah kalau kita masukkan peruntukan masa selama 15 minit dalam jadual waktu untuk semua bebudak tu supaya mereka boleh mendirikan solat Asar ramai-ramai berjemaah, .... Biarlah semua pelajar Islam boleh solat berjemaah, atas padang pun tak apa, boleh, kan?", aku menyuarakan sarananku.

"Idea Cikgu tu bagus,", katanya, .. "Tapi... tiada arahan daripada kementerian sekolah-sekolah boleh buat macam itu. Lagi pun kena ada tempat ambil wuduk beratus-ratus pili air kena dibina, atau kena buatlah kolah-kolah air yang besar; untuk bebudak dapat serentak mengambil wuduk dalam masa yang pendek itu.", katanya. ...

“Tapi, ... Kalau di bahagian belakang setiap bagunan sekolah itu kita pasang paip panjang ada beratus pilinya, tentu boleh bebudak ambil wuduk misalnya seratus orang sekaligus, serentak. Sekolah kita ada tiga blok, maknanya serentak ambil wuduk sudah boleh tiga-empat ratus orang.. ... Bolehlah mereka nanti ramai-ramai diriknan solat berjemaah atas padang sekolah kita, dan setiap mereka boleh bawa sendiri sejadah, atau tikar plastik; masing-masing bentang atas padang, atau kita beli saja tikar plastik jenis gulung panjang itu...", kataku kepadanya menyampaikan ideaku.

"Mana ada peruntukan hendak memasang paip air ada pili banyakk-banyak begitu..!", balasnya. ... "Lagi pun, mana ada sekolah-sekolah lain buat?”, katanya lagi, bagaikan dia tidak bersetuju, yang mungkin baginya saranan aku itu tidak praktikal untuk dilaksanakan. ......

“Tak mengapalah Cikgu, biarlah sekolah kita akan jadi sekolah di luar bandar yang pertama buat begitu di Malaysia ni ... Sebab solat tu wajib, Cikgu!”, kataku bagaikan mendesak....

"Kalau ada wangnya, boleh, tetapi lebih elok cadangan Cikgu itu biar PIBG yang buat sebagai projek PIBG, biar atas nama PIBG....kerana kalau atas nama sekolah, mungkin pihak atasan tak bersetuju.", katanya pula.... Aku rasa hairan pula masakanlah solat yang merupakan satu Perintah Allah yang hukumnya dalah wajib, ada pula pihak atasan tidak setuju? Bukankah agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan? Namun Lega hatiku apabila Guru Besar berkata boleh dicadangkan biar PIBG yang buat projek itu. Ini bermakna dia bersetuju jugalah pada dasarnya terhadap sarananku itu...

“Ehhh, orang atasan bukankah orang Melyu beragama Islam, Cikgu!?? Semua mereka tentu tahu, mendirikan solat adalah wajib dalam Islam, kan?”, aku sekadar membuat komen dalam bentuk pertanyaan.

"Beginilah...,", kata Guru Besarku itu.... "Cikgu sediakan satu kertas kerja, dan Cikgu bentangkan saja nanti dalam mesyuarat Agung PIBG. Nanti bolehlah Cikgu yang akan usulkan supaya PIBG laksanakan projek pembinaan tempat mengambil wuduk itu, perbelanjaannya akan ditanggung oleh PIBG.", katanya..... الْحَمْدُ للّهِ[/i] kata hatiku. ... "Tapi PIBG kita ni tak pandai cari duit, nak buat program apa pun jadi payah...", sambungnya pula.

"Saya pun boleh tolong ikhtiarkan macam mana nak dapatkan bantuan kewangan untuk projek itu nanti... kalaulah Cikgu benarkan saya ni yang usahakan......", kataku kepadanya.

"Hai Cikgu ni ada banyak kebel...ke?", Guru Besar bagaikan kehairanan. ... "Tadi Cikgu juga yang nak dapatkan bantuan kewangan untuk perpustakaan sekolah kita. Lepas itu untuk buat projek supaya bebudak boleh dirikan solat berjemaah di sekolah pula....", katanya kepada aku.

“Bukan kebel, Cikgu..”, balasku... tetapi di dalam hatiku berkata: Aku nak minta juga jasa baik kepada Pak Pian (Hakim), dia sendiri pun tentu ada banyak duit, anak pun dia tak ada, dan Tan Sri Abdul Aziz Yeop misalnya boleh aku hubungi, sebab Mohd. Nazri [sekarang Menteri] anaknya itu semasa aku mengajar di Lenaggong dulu, dia itu anak murid aku ..... Tunku Iskandar Abdullah cucunda Agong Pertama dulu itu juga adalah best friend aku, bila aku satu kelas dengan dia di Clifford School dulu... itulah antara kabel-kebel aku.... Banyak lagi boleh dijejak-cari...

“Adalah juga sedikit sebanyak idea bagaimana hendak cari bantuan kewangan tu...”, jawabku bagi meyakinkan bahawa diriku ini memang boleh dalam hal-hal seperti itu, إن شاء الله
"Berhenti... berhenti kat sini, rumah saya kat sini!", kataku kepadanya... Dia pun memberhentikan kereta betul-betul di jalan raya di hadapn rumahku. “Itu rumah saya.", kataku kepadanya sambil menunjukkan kepadanya dari dalam kereta....

“Besar rumahnya.”. katanya.

"Rumah papan jer.. . Cikgu dah tahu rumah saya ni, nanti Cikgu sekeluarga datanglah ke majlis kenduri kahwin saya nanti... Saya harap Cikgu dapat ikutlah sama pergi ke rumah pengantin perempun pada hari Ahad depan, .. Kita akan bertolak jam 11.00 pagi dari sini,", kataku menjemputnya......

إن شاء الله, ...”, katanya, lalu dia memandang kepadaku, senyum..

"Terima kasihlah Cikgu berikan saya menumpang kereta Cikgu ni..", kataku, sambil aku membuka pintu kereta untuk turun....

“Okay... not at all!”, katanya. “Oh ye, Cikgu dah isi borang mohon cuti tadi, cuti esok?, tanyanya. ...

“Sudah, saya sudah serah kepada kerani. Terima kasih, Cikgu.”, jawabku. ...

“Ni?... ayah Cikgu itu di wad apa, nanti kalau sempat bolehlah juga saya singgah ziiarah sekejap”, katanya. ...

“Ayah saya tu di wad Kelas 3A, Tapi mungkin sudah keluar hospital pun, sebab tadi ada saya minta Abang saya ambil Ayay sata tu bawa ke rumah dia kalau Ayah saya tu keluar hospital hari ini.", jawab aku.

"Abang Cikgu tu kerja apa?", ditanyanya aku.

"Dia Guru Pelawat, pejabat dia di Pejabat Pelajaran Kuala Kangsar. Yahaya namanya.", jawab aku.

"Laaaa, Cikgu. Dia kawan saya, dah kenal lama. Awat Cikgu tak bagi tahu saya?", katanya kepada aku.... Aku diam tidak menjawab...

"السلام عليكم ورحمة الله , Cikgu!”, aku ucapkan salam keagamaan kepadanya...

“وعليكم السلام..”, jawabnya.

Dengan senyuman aku pun mengangkat tanganku, dan dia pun begitu, lalu keretanya meluncur pergi ke arah menuju ke Kuala Kangsar.... Aku berasa puas hati sungguh kerana apa yang sekian lama tersimpan di dalam hati aku ini iaitu perihal supaya para pelajar dapat mendirikan solat berjemaah setiap hari itu yang hendak aku sampaikan kepadannya sudah pun aku sampaikan, dan diterimanya pula dengan positif....

Aku terus melintas jalan raya apabila tiadanya kenderaan lalu-lintas, dan aku terus melangkah ke rumahku yang hanya 50 meter saja dari jalan raya itu.. .......

Bersambung ........ ke No. 31.

.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySat Oct 10, 2009 9:34 am

31.
Dengan senyuman aku pun mengangkat tanganku, dan dia pun begitu, lalu keretanya meluncur pergi ke arah menuju ke Kuala Kangsar.... Aku berasa puas hati sungguh kerana apa yang sekian lama tersimpan di dalam hati aku ini iaitu perihal supaya para pelajar dapat mendirikan solat berjemaah setiap hari itu yang hendak aku sampaikan kepadannya sudah pun aku sampaikan, dan diterimanya pula dengan positif....

Aku terus melintas jalan raya apabila tiadanya kenderaan lalu-lintas, dan aku terus melangkah ke rumahku yang hanya 50 meter saja dari jalan raya itu.. .......
_______________________________________

DI rumahku senyap saja. Aku beri salam dan aku buka kunci pintu rumahku, lalu aku masuk. Ja sedang menghidangkan nasi di atas meja makan. Meil kucingku mengiau-ngiau minta makan.

"Ta-a tak balik lagi ke?", aku tanya Ja anak suadaraku yang rajin di ruang dapur itu, lebih-lebih lagi sejak Opahnya kembali ke Rahmatullah.

”Belum.”, jawabnya sepatah... Ja memang pendiam orangnya. Sepatah ditanya sepatahlah dijawabnya.

Aku terus masuk ke kamarku diikuti oleh Meil, yang mengiau-ngiau. “Nantilah duluuu Meil.... Nak mandi... nak solat dulu”, kataku kepadanya. ... bagaikan ia faham, lalu ia terus keluar dari kamarku. Ja pun memanggilnya untuk memberinya makan nasi dan lauk. Lauknya mesti lebih banyak daripada nasi, kena digaul hampir lumat, jika tidak, ia tidak mahu makan nasi, ia makan lauk saja.

Selepas aku dirikan solat Zohor, aku pun makan tengah hari sendirian kerana Ja telah makan lebih awal sendiri. Teringat aku akan Ayahku, nanti petang ini selepas pergi ke Bank bolehlah aku singgah ke rumah Nyah berjumpa dengan Ayah. Sekarang ini tentu Nyah sudah pergi ambil Ayah di hospital dan membawanya balik ke rumah dia di Bandar.

Esok aku hendak tunaikan nazar Ibuku di masjid. Bagaimana hendak dikendalikan? Setiap jemaah kena diberikan seringgit seorang... Itulah nazar Ibuku. ... Aku tahu, pintu masjid ada 5, jadi setiap pintu itu kena ada seorang menunggu, tetapi di pintu utama kena ada dua orang atau tiga orang. Jika tidak begitu, nanti ada pula yang terlepas tidak sempat diberikan wang itu sebab biasanya para jemaah akan keluar berpusu-pusu.

Nanti bila selesai saja solat, yang ditugaskan kena terus berada dekat dengan pintu, kena cepat-cepatlah pergi menunggu di setiap pintu supaya setiap orang yang keluar melalui pintu akan boleh dihulurkan seringgit.... Lebih baik aku ikat wang seringgit itu dalam satu ikatan lima puluh ringgit, jadi ada 20 ikat... Setiap yang menunggu dipintu nanti akan diberi seratus ringgit.

Biasanya masjid di kampungku itu ada lebih kurang 500 orang solat jumaat, dan termasuk kanak-kanak, adalah agaknya dalam 700 lebih... Aku hendak minta Ja tolong ikatkan wang dengan getah rubber band tadi yang Guru Besar beri..... Banyak benar pula rubber-band itu, di rumah pun ada, sepatutnya tidak perlu di ambil di sekolah tadi... Esok aku akan pulangkan balik ke pejabat.

Aku pun masuk ke kamar Ayahku dan mengambil wang dari laci almari Ayahku itu, iaitu wang yang Cina beri kepadaku kerana mereka membeli formula makanan ayam ciptaanku itu. Aku kira wang lalu aku ambil seribu lima ratus... Laci aku kunci semula dan aku pun bawa wang itu ke dalam kamarku. Dari tingkap aku pangil Jamil jiran terdekat aku ....

“Jamil!... Jamil... Jamil ada tak? Mari sekejap!” aku melaungnya.

Jamil menjengokkan mukanya di tingkap rumahnya dan bertanya: “Ada apa Cikgu..... ?”, tanyanya dengan suara yang kuat agar aku dapat mendengarnya. “Mari laaa!”, aku memanggilnya. Dia pun datang berlari-lari... barang kali ada kecemasan lagi pada fikirannya.

Dia pun sampai. Aku pun terus mengajakanya pergi ke bank kerana hendak menukarkan wang supaya ada wang kertas seringgit seribu keping... Jamil kata no problem... Dialah yang memandu kereta tua Ayah aku itu.

Sekejap saja di bank, wang pun dapat ditukarkan.. Tiba-tiba teringat aku, mana boleh gunakan wang yang Cina bagi itu sebab aku sudah kata pada Ayahku yang wang itu Ayah yang punya. Aku pun bergegas kembali ke kaunter di mana aku menukarkan wang itu tadi. Aku minta balik wang seribu tadi dan aku kembalikan wang seringgit yang jumlahnya seribu tadi kepada kerani bank itu.

"Kenapa?", kerani itu tanya aku.

"Saya silap. Saya bukan nak tukar duit tu tadi, saya nak keluar duit seribu, duit seringit-seringgit.", kata aku kepadanya lalu aku berikan buku bank aku kepadanya. Dia beri borang mengeluarkan wang, aku isi dan tandatangan. Aku keluarkan seribu lima ratus, dan seribu aku minta dia beri wang kertas seringit-seringit.

Aku dan Jamil keluar dari bank itu dan berjalan kembali ke kereta. Aku ternampak ada kedai penjual barangan letrik lalu aku ajak Jamil masuk ke kedai itu. terlintas di fikiran aku bila aku lihat di kedai yang menjual radio dan tv itu ada juga menjual seperti interkom... Aku ajak Jamil pergi melihatnya dan terus bertanya kepada cina di kedai itu....

"Satu unit lapan puluh lima ringgit"..kata penjual itu bila aku tanya berapa harganya. Akun mengira berapa unit mesti ada untuk Rumah aku; ... kalau di ruang tamu mesti ada satu, kamar aku satu, bilik Ja satu, bilik Ta-a satu, bilik Ayahku satu, untuk study room aku di tingkat atas satu pula, ... jumlahnya sudah enam unit. Tapi elok kalau ada sambungan satu juga ke rumah Jamil, senang berhubung, kena beli tujuh unit kesemuanya, kata hatiku ..

Tawar menawar pun berlaku.. penjual itu beri tujuh unit itu dengan harga empat ratus lima puluh ringgit saja, tetapi kena beli wayar lagi, dan kira-kira punya kira harga semua lebih lima ratus ringgit... Aku kata tak mahulah, lantas aku ajak Jamil baliklah saja...

"Tak apalah, lu angkatlah, empat ratus lima puluh, wayar seratus ela kita kasi lu..", kata penjual itu... Fikir punya fikir, jadilah... lalu aku beli. Aku beri tahu Jamil supaya dialah yang memasangkan wayarnya nanti di rumah aku. Dari rumah aku ke rumahnya elok wayarnya di tanam dalam tanah, kataku. No problem, kata Jamil yang sebenarnya dia pun seronok ada interkom itu ke rumanya juga. Penjual itu juga memberikan conector selengkapnya termasuk paku-paku untuk wayar itu dipaku melekat ke dinding.

"Hang ni gilalah Cikgu, benda macam ini pun hang beli.... ", kata Jamil yang suka memanggil aku kadang kala Bongsu dan ada kalanya pula Cikgu...

"Aku beli tu sebab di rumah tu kekadang bila aku panggil Ta-a, Ja, dari tingkat atas tu, dia orang bukan dengar; tak larat aku nak menjerit selalu... Nak panggil hang pun kena menjerit.. Kalau ada orang nak mencuri, kan senang aku panggil hang guna intercom ni..", kata aku.

"Nampak moden la rumah kita nanti... Bagus juga idea hang ni, rumah orang kampung pun dah ada pakai benda ni...", kata Jamil....

"Jomlah cepat kita balik, nak singgah tengok Ayah aku lagi di rumah Nyah..", kata aku.

Di dalam kereta aku bincangkan rancanganku untuk hari esok di masjid. Dia sendiri mencadangkan agar biar dia yang dapatkan tujuh lapan kawan-kawan yang boleh membantu memberikan wang kepada para jemaah dewasa dan juga kanak-kanak di masjid nanti. Beres, kataku kepadanya.

Di rumah Nyah, Ayahku sedang berehat di bilik tidur tamu. Nyah belum balik dari pejabat lagi. Ayahku kata biarlah dia berehat dulu di rumah Nyah, nanti kalau sakit semula hospital pun dekat.

Selepas minum teh yang dihidangkan oleh Che Nyah, aku dan Jamil pun minta diri hendak balik. Aku pelok Ayahku, dan aku cium dahinya, lantas aku berdoa di dalam hatiku:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Sampai saja aku ke rumah, aku terus masuk ke dalam rumah. Ja datang menghampirku lalu diunjukkanya sepucuk surat.

“Tadi ada posman, ini surat Pakcu...”, kata Ja. Aku pun ambil surat dari tangan Ja, dan Ja pun beredar. ... Bukan surat, tetapi Kad Jemputan Kahwin...

Aku membuka sampul nya. – Bukan kad, tetapi kertas berwarna merah jambu dijadikan sebagai jemputan kahwin.... Daripada siapa pula yang hendak kahwin juga ini? ... mindaku bertanya. Aku pun baca, .... Terperanjat aku...aku terkedu,. Nafasku menjadi sesak tidak menentu... Aku baca nama pengantin lelakinya ialah nama sahabat aku Leftenan Muda Shahril, dan ....nama pengantin perempuannya senama dengan nama Normawti pula. Alamat rumah pengantin perempuan pula sama dengan alamat rumah Normawati di Tapah.

Minda aku tertanya-tanya; macam mana pula ni...Takkanlah Shahril yang nak kahwin dengan Normawati.. Apakah itu sebabnya ayah Normawti menulis surat kepada aku membatalkan perkahwinan aku dengan anaknya itu tempoh hari. Aku pula telah memberi tahu keputusan aku kepada ayah saudara Normawati bahawa diri aku ini tiada jodoh dengan Normawati...

Apa halnya boleh pula jadi begini... Masakanlah sahabat karib aku sendiri tergamak merampas tunang aku itu.. Di sebaliknya, kalau dia merampas Normawati, masakanlah pula tempoh hari dia datang pula menjemput aku. Apakah Normawati teraniaya? Jika dia teraniaya aku tiada sepatutnya memberi tahu keputusan aku kepada ayah saudara Normawati bahawa diri aku ini tiada jodoh dengan Normawati...

Hatiku pula berkata:Ahhh, pedulikanlah, aku membuat keputusan bukannya memandai aku sendiri tetapi aku sudah dirikan solat istikaharah , kata hatiku memberi tahu mindaku sendiri.

Tetapi pelik sungguh, ... Siapakah yang mengirimkan kad jemputan kahwin yang satu lagi itu.. ? .... Bukankah kad itu dulu dikirim oleh Shahril sahabat setiaku Leftenanan Muda itu...? ... berkecamuk bagaikan sedang berlaku peperangan antara minda aku dengan hatiku.... Macam mana boleh jadi macam ni.. Bagaimana sidiaku Normawti sebenarnya.....? Rasa cinta aku kepada masih lagi menebal juga... Berpeluh dahiku....... nafasku jadi rasa sesak dan aku pun terasa hendak pitam.... Siapakah yang mengirimkan kad jemputan kahwin yang satu lagi itu.. ? ....

Bersambung ........ ke No. 32.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySat Oct 10, 2009 9:36 am

32.
Tetapi pelik sungguh, ... Siapakah yang mengirimkan kad jemputan kahwin yang satu lagi itu.. ? .... Bukankah kad itu dulu dikirim oleh Shahril sahabat setiaku Leftenanan Muda itu...? ... berkecamuk bagaikan sedang berlaku peperangan antara minda aku dengan hatiku.... Macam mana boleh jadi macam ni.. Bagaimana sidiaku Normawti sebenarnya.....? Rasa cinta aku kepada masih lagi menebal juga... Berpeluh dahiku....... nafasku jadi rasa sesak dan aku pun terasa hendak pitam.... Siapakah yang mengirimkan kad jemputan kahwin yang satu lagi itu.. ? ....
________________________________________________

BUKANKAH kad itu dulu dikirim oleh Shahril, sahabat setiaku Leftenanan Muda itu...? ... Bagaikan sedang berlaku peperangan antara minda dengan hatiku.... Macam mana boleh jadi macam ni.. Bagaimana dengan Normawati, apakah yang sudah terjadi.....? .... Berpeluh dahiku....... nafasku jadi rasa sesak dan aku pun terasa hendak pitam....

Tiba-tiba berdesing di telingaku ..... dan teringat pesanan Ayahku....Ingat DIA...kalau lupakan DIA....syaitanlah yang menghampiri kita.... syaitanlah yang menguasai kita....!!!

Aku meneliti apa yang terpapar pada kad jemputan kahwin itu, dan aku lihat ada nombor telefon disertakan... Melihat itu aku bergegas ke kamarku lalu mengambil wang syiling yang ada banyak di dalam sebuah gelas di atas meja tulisku. .... terus aku menaiki basikalku lalu mengayuhnya dengan laju ke pondok telefon awam yag tidak jauh dari rumahku itu.. ... Minta-minta biarlah dapat aku hubungi Shahril, Leftenan Muda sahabat setiaku itu. Sebagai sahabat, bukannya kawan; yang wajar aku berterus terang bertanya kepadanya. Tiada salahnya sekadar untuk bertanya?

Kalau benar sekali pun dia merampas tunang aku, lebih baik aku ingat pada pesan Ayahku, .. Jodoh bukannya kita manusia yang menentukannya, . ... ..Inilah payah jadinya, dulu aku yang minta telefon di rumah aku supaya dipotong kerana anak-anak jiran suka sangat hendak tumpang bergayut di telefon di rumah aku itu.... Tidak boleh lagi begini, kena sambung baliklah telefon itu, kata hatiku.

Sampai saja ke pondok telefon awam itu, aku terus memasukkan wang syiling agak mencukupi lalu mendail nombor telefon itu. ... Suara Shahril yang menyambut panggilanku..
الْحَمْدُ للّهِ kata hatiku.

“السلام عليكم ورحمة الله
Ril, aku ni...!", aku mengenalkan diri

“وعليكم السلام...
Heh, kenapa kau semacam sesak nafas jer? ... Apa hal?", Shahril bertanya....

“Tolonglah Ril, aku ada problem besar niiii!.”, jawabku.

“Apa hal, financial ke, berapa kau nak...?”, tanyanya.. Shahril memang anak orang kaya, ayahnya seorang peniaga.

“Bukan Ril, ....Engkau boleh datang tak ke rumah aku, sekarang ni juga!”, aku meminta.

“Aku memang tengah bersiap ni nak balik ke KL ni, memang aku nak singgah pun kat rumah kau nanti..., kenapa?”, tanya Shahril.

“Tolonglah singgah, Ril..nanti aku beri tahu kau!.”, jawab aku.
“Okay... 45 minit lagi aku sampailah tu, إن شاء الله!”, jawab Shahril....

“السلام عليكم ورحمة الله
kataku. ... “وعليكم السلام”.... jawabnya. Terasa lega hatiku sedikit.

Aku kembali ke rumah dengan basikalku.. Sampai saja ke rumah, aku terus ke kamarku. Aku buka laciku dan tanganku pun mencapai kad jemputan kahwin yang aku terima yang nama Normawati adalah pengantin perempuannya. Aku teliti kad jemputan itu... kadnya nipis dibuat menggunakan secra fotostat saja.... simple saja.... Semasa aku terima tempoh hari tidak aku fikir pun untuk menilai kualiti kad jemputan orang... tidak pula aku nak pertikai adakah patut macam itu kualiti kad jemputan kahwin seorang Leftenan Muda..... Bagi aku ini keikhlasan jemputan itulah yang lebih penting.

Dalam keadaan begitu, aku fikirkan, seandainya boleh aku ikut Shahril ke Kuala Lumpur, aku ingin ikut dia. Aku mesti selesaikan perkara ini kerana sepatutnya lusa, iaitu hari Ahad ini pihak sebelah keluarga aku akan menghantar wang hantaran kerana janjinya begitu dulu dipersetuji di majlis pertunangan. Tapi macam mana sebab aku sudah beri tahu bapa saudara Normawati aku dengannya sudah tidak ada jodoh.....

Aku mesti tahu siapakah yang mengirimkan kad jemputan kahwin palsu itu.... dan siapakah laki-bini yang datang ke rumahku menghantar surat pembatalan perkahwinan dan kenapa Normawati mengirim surat melalui si laki-bini itu yang mengaku sebagai ayah saudara Normawati dan isterinya, mengatakan neneknya mengamuk sebagai alasan kenapa ayahnya terpaksa membatalkan perkahwinan ........dan kenapa sudah begitu lama Normawati sendiri tidak mengirim surat kepadaku... Dan kenapa pula Azmin menghantar surat dua kali mengatakan sahabat karibku Shahril yang sering mengangkut Normawati entah ke mana-mana itu....

Terasa lambat benar menanti ketibaan Shahril. Tiba-tiba aku tersa hendak muntah, loya ...... .Ta-a pun sampai. ..... Aku pun memberitahunya supaya esok dia kena membantu memberikan wang seringgit seorang di masjid kepada para jemaah....

"Kamu pegang di tangan kamu lima ratus, yang enam orang lagi kamu beri lima puluh seorang, kataku kepada Ta-a. Bagi mana-mana yang nak kehabisan duit, mereka akan angkat tangan sebagai isyarat, kamu kena cepat berikan kepadanya lima puluh, baki kamu pegang. Mata kamu mesti memerhati kesemua mereka.

"Yang mengangkat tangan, cepat kamu pergi bagi lima puluh...", kataku lagi memberikan penerangan.... "Jika ada baki, kamu bawa balik, jangan lupa bagi duit kepada bebudak juga. Duit tu sekarang ada pada Ja. Nanti kamu bincanglah dengan Jamil supaya ditetapkan siapa yang kena berada di pintu masjid yang mana satu.", kataku lagi. Ta-a memahami, lalu dia pun beredar meninggalkan aku. .....

Bersambung ........ ke No.33.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySat Oct 10, 2009 9:38 am

33.
"Yang mengangkat tangan, cepat kamu pergi bagi lima puluh...", kataku lagi memberikan penerangan.... "Jika ada baki, kamu bawa balik, jangan lupa bagi duit kepada bebudak juga. Duit tu sekarang ada pada Ja. Nanti kamu bincanglah dengan Jamil supaya ditetapkan siapa yang kena berada di pintu masjid yang mana satu.", kataku lagi. Ta-a memahami, lalu dia pun beredar meninggalkan aku. .....
_______________________________

ENTAH kenapa aku terasa nak muntah saja pula, dan kepalaku berdenyut-denyut sakit. Shahril belum juga sampai lagi. Lebih baik aku baring di katilku kalau macam ini, kalau boleh biar mata aku lelap, ... tidak mahu aku memikirkan masalah yang aku hadapi ini. Aku pun terus pergi ke kamarku, baring..... dan terus terlelap ....

“Pakcu, Pakcu... ada orang datang!”, Ta’a dari luar kamarku memberi tahu aku sambil diketuk-ketuknya pintu kamarku; setelah aku terlelap tidur agak lama. Aku bergegas bangun, lalu terus ke pintu menyambut Shahril, dan menyambui salamnya... Aku jemput dia masuk ke dalam rumahku dan dia pun duduk di sofa.

“Shahril, tolong aku....”, aku mulakan mencurah apa masalahku yang aku sedang hadapi..

“Kenapa...?”, tanyanya serius, kerana dia melihat wajahku yang dia kenal keadaannya adalah berubah, kesan hatiku yang kecewa dan jiwaku dihantui oleh panik serta dukacita.

AKU mengambil kedua-dua kad jemputan kahwin itu lalu aku menyerahkan kepadannya. Dilihatnya kad yang ia sendiri kirimkan, tetapi terus diletaknya di atas meja di hadapan kami berdua. Dia meneliti pula kad jemputan kahwin yang satu lagi... Aku tidak berkata apa-apa sementara dia meneliti kad itu..... Biar dia sendiri komen nanti, kata hatiku.

“Apa fasal nama aku pula dalam kad ini?.... Lagi pun, tunang aku bukannya macam nama dalam kad ini....”, kata Sharil kepada aku.... “Alamat pengantin perempuan dalam kad ini... aku bukan kahwin dengan orang di kampungnya. Aku kahwin dengan orang Tapah Road, tapi yang dalam kad ini orang Tapah tempat lain....”... Mungkin ada Leftenan Muda Shahril bin Ghazali, pelanduk dua serupa, tak?”, Sharil bertanya kepada aku.

“Tetapi nama pengatin perempan itu nama tunang aku, Ril! Alamat rumahnya memang di kampung itu di Tapah itu betul....Lagi pun ayah tunang aku itu sudah batalkan perkahwinan aku dengan anaknya, Wati; sepatutnya pada hari Ahad depan aku kahwin dengan Normawati, sama hari dengan hari kau kahwin...

"Lagi pun jada room-mate aku kat univeristi dulu kirim surat mengatakan kau angkut tunang aku entah ke mana-mana...”, kataku lagi. .. “Tapi aku tak layan surat macam itu., sebab aku dah pun bertunang dengan Normawati itu... Dah tak lama, sudah nak kahwin pun dengan aku ni, takkan-lah dia nak ikut jantan lain?.. Kalau kau; tak-kanlah kau sanggup rampas tunang aku, sahabat karib kau sendiri...”, kata aku memberi tahu Shahril.

“Ini sudah melampau....ni!”, kata Shahril sahabat setiaku itu. “Mana surat Azmin yang kau kata tu, ada kau simpan lagi, tak?, tanya Shahril....

“Ada..., kataku... Nanti aku ambil..... ", kata aku kepada Shahri lalu aku pun meluru pergi ke kamarku mengambil dua surat Azmin itu yng aku simpan di dalam laci dan aku kembali duduk di sofa, lalu aku serahkan kepadanya. Shahril pun membaca kedua-dua surat itu.

“Kau pastikah surat ini daripada Azmin?“, tanya Shahril kepadaku....

“Apa pula tidak pasti,” jawabku. “Tulisannya pun aku kenal, tandatangannya juga aku kenal, dia room-mate aku setahun lamanya kat universiti..”, jawab aku.

“Macam mana boleh jadi macam ini, niii!??”, tanya Shahril.... “Sampai boleh bapa mentua kau batalkan perkahwinan kau?”, tanya Shahril lagi. ...

“Aku pun sudah buat keputusan setuju perkhwinan itu dibatalkan”, aku beri tahu Shahril.

"Habis, kalau kau yang sudah setuju dibatalkan, apa pula lagi problemnya yang nak menyebuk sangat lagi?... Biarkanlah dengan siapa pun Wati tu nak kahwin...", kata Shahril...

"Aku nak tahu, sebab mungkin Wati teraniaya... Kalau benar ia teraniaya, aku hendak tarik balik keputusan aku itu, Ril..", kata aku.

“Kenapa pula kau setuju dibatalkan, sekarang kau kata nak tarik balik... Kau gila ke?”, tanya Shahril kehairanan.

“Sebab tunang aku sendiri ada tulis surat kepada aku, dia memberi tahu aku dia dipaksa oleh ayahnya batalkan perkahwinan.”, jawabku. “Lagi pun Surat Azmin itu memberi tahu aku yang kau sudah angkut tunang aku itu ke mana-mana.... kau sendiri dah baca apa yang Azmin tu tulis tu, kan?”, jawab aku lagi.

“Ini kes berat ni... aku boleh saman Azmin ni kalau nama aku pula dia guna dalam surat-suratnya ini!”, kata Shahril kepada aku. Mukanya jelas kelihatan seperti muka orang marah, bergerak-gerak pipinya... Aku diam... Aku terasa yang diri aku ini begitu bangang benar, boleh pula adanya orang buat hal menganiaya aku dengan begitu mudah saja begitu.

“Jom ikut aku ke KL, alaamak.. esok engkau mengajar... tapi kau boleh tak ambil cuti esok?”, tanya Shahril. ....

“Aku memamng cuti esok, sebab Ayah aku masuk wad, dia diserang sakit jantung. Tapi Ayah aku sudah pun keluar wad, dah sihat.”, kataku.

“Jom sekarang kita bertolak....!”, kata Shahril kepada aku.

Aku teringat esok Jumaat, nak kena bayar nazar Ibuku di masjid.... Lalu aku memanggil Ta-a, meminta dia pergi panggil Jamil, jiran aku. Terfikir pula oleh aku nanti Ta-a tidak faham atau terlupa, kena tangguh pula membayar nazar Ibuku itu.

Jamil dan Ta-a datang. Aku pun memberitahu mereka yang aku hendak ke Kuala Lumpur. Kepada mereka aku menjelaskan bagaimana caranya hendak memberi wang itu kepada para jemaah di masjid itu nanti dan aku minta Jamil carikan empat orang lagi untuk membantu.

"No problem... kata Jamil. “Hang nak pergi KL, apa hal?”, tanya Jamil kepada aku.....

“Nak teman kawan aku ini, ada hal sedikit nak settle.”, ... kataku kepada Jamil.

Aku terus bangun untuk bersiap ke Kuala Lumpur mengikut Shahril... Kebetulan waktu solat Asar sudah lama masuk. Aku mesti solat Asar dulu. Aku tanya Shahri, sudah solat atau belum. Sharil kata, belum... Bolehlah kita solat sekali, katanya kepada aku.

Jamil dan Ta-a minta diri.... Aku dan Shahril mengambil wuduk dan kami dirikan solat berdua. Dia jadi imam, aku makmum. Ja menghantar air minum dan meletakkannya di atas meja sofa, berserta dengan goreng pisang yang masih panas yang baru saja digorengnya.

Aku jemput Shahril minum dan aku pergi ke kamarku untuk memakai baju dan seluar, dan dalam beg sandangku, aku masukkan dua helai kain pelekat, dua pasang baju dan seluar, dua sependar, serta berus gigi. Beres..., lalu aku mengambil dompetku dan pergi ke kamar Ayahku, untuk aku ambil wang iaitu baki wang yang Cina beri itu sebanyak tiga ratus ringgit. Cukuplah tiga ratus, kata hatiku.

Aku pun keluar dari kamar itu, dan memanggil Ja yang ada di kamarnya.

“Pakcu nak ke Kuala Lumpur, ada hal sikit. Esok atau lusa Pakcu balik.”, kataku kepadanya. “Malam ini, Ja pergi tidur kat rumah Makcik Lijah.”, kataku. Makcik Lijah ialah jiranku aku juga, seorang janda, berseorangan di rumahnya..... “Beri Meil minum susu dan makan.”, kataku lagi.

“Ta-a....!”, aku memangil anak saudaraku yang berada di dalam biliknya. Ta-a pun datang menghampiri aku. “Beri ayam makan seperti biasa...”, kata aku. “Waktu malam jangan ke mana-mana; tunggu rumah, jangan tinggalkan rumah!... Nanti tolong Jamil pasangkan wayar intercom yang Pakcu baru beli tu...”, kata aku kepadanya. Ta-a diam saja tanda faham. Demikian juga Ja, dia diam saja tanda faham, dan juga faham kenapa aku minta dia supaya dia tidur di rumah Makcik Lijah sebab dia dengan Ta-a bukan mahram.

Aku pergi menemui Shahril di sofa, di ruang tamu. Aku duduk dan minum bersamanya, turut makan pisang goreng yang Ja sediakan.

“Ok jom kita buat operasi... Ni, kau nampak ni..... Ini penumbuk tentera ni, dah menggeletar dah ni, tengoklah nanti!”, kata Shahril kepadaku, sambl menggoncangkan penumbuknya. “Dah lama dah aku tak boxing.”, katanya lagi.

Kami pun menaiki kereta FIAT kepunyaan Shahril. Di dalam kereta itu aku teringat kepada Ayahku.... Aku perlu memberi tahu Ayahku itu terlebih dahulu yang aku ini hendak ke Kuala Lumpur. Aku minta Shahril singgah di rumah Nyah, abangku di bandar.

Dalam kereta menuju ke rumah Nyah, aku teringat kepada arwah Ibuku. Hatiku berkata: Kalau Emak masih ada... . Lalu aku menahan sebak di dada.. Emak, kenapalah anak bongsu Emak ini,... kenapa boleh jadi macam ini.. Emak... Ayah... Lantas di dalam hatiku aku berdoa...
©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Doa
.
Bersambung ........ ke No. 34.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySat Oct 10, 2009 9:42 am

34.
Dalam kereta menuju ke rumah Nyah, aku teringat kepada arwah Ibuku. Hatiku berkata: Kalau Emak masih ada... . Lalu aku menahan sebak di dada.. Emak, kenapalah anak bongsu Emak ini,... kenapa boleh jadi macam ini.. Emak... Ayah... Lantas di dalam hatiku aku berdoa...
©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Doa
____________________________________________

SAMPAI di rumah Nyah, iaitu di sebuah kuaters kerajaan hanya beberapa minit saja kerana Shahril memandu keretanya dengan laju. Abangku yang ini anak kedua Ibu dan Ayahku, dia amat tegas orangnya, usianya dua puluh tahun lebih tua daripada usiaku. Dialah yang paling perihatin menegnai pelajaranku sejak aku bersekolah rendah lagi hinggalah aku ke menara gading. Isterinya, kakak iparku; juga menyayangi aku.

Salam aku ucapkan, dan disambut dari dalam rumah oleh Nyah, abangku itu. Aku bersalamn dengan abangku itu; Sharil juga begitu. Aku memperkenalkan Sharil kepada abangku itu. Anak-anaknya yang masih kecil menerkam aku dan berebut-rebut memeluk dan memaut aku. ...Pakcu.... Pakcu.... suara-suara mereka menyambut kehadiranku.

Ayahku yang terbaring di atas sofa, melihat kedatangan aku yang sampai di muka pintu, terus saja bangun lalu duduk. Shahril dijemput masuk oleh Nyah abangku itu dan dijemputnya duduk di sofa. Aku bersalaman dengan Ayah dan memeluknya lalu mncium dahilnya sambil di hatiku tidak lupa berdoa: Allaahummaghfirlii waliwaalidayya warhamhumaa kamaa rabayaanii soghiira.

Shahril juga bersalaman dengan Ayahku dan bertanya... Apa khabar, Pakcik?.... “الْحَمْدُ للّهِ”, jawab Ayahku... Sharil pun duduk di sofa dan abangku pun berbual-bual dengan Shahril.

“Ayah sihat?”, tanyaku kepada Ayah…..

الْحَمْدُ للّهِ”, jawabnya.. "Itu siapa...", tanya Ayahku....

“Shahril, yang datang ke rumah kita tempoh hari..”, jawabku. “Bongsu ni tak boleh lama, Bongsu nak ikut Shahril ke Kuala Lumpur, dia ada hal sikit...”, aku memberi tahu dan minta izin Ayah.

"Pergilah,", jawab Ayahku.

"Ayah, Bongsu ambil duit Ayah dalam laci Ayah yang cina bagi tu.. Minta halal ye Ayah.", kata aku kepadanya.

"Ishhh kamu ni Bongsu... Duit kamulah tu.. Ambiklah semuanya.", kata Ayahku.

"شكرا ، جزاكم الله خيرا كثيرا
Bongsu sayang Ayah....Ayah sayang ke Bonsgu anak Ayah ni?", aku tanya Ayahku. Mendengar pertanyaan aku itu Ayahku sebak... Dipeluk dan diciumnya aku. Aku cium dahinya.

"You tengok Shahril... bongsu kawan you tu pelek sikit... Dengan arwah Emak, dengan Ayah kami tu... Dia buat diri dia macam umur dia baru dua tahun. Depan orang ke tak depan orang ke dia buat begitu.", kata Nyah memberi tahu Shahril.

"Dalam Al-Qur'an kan ada suruh macam itu... hadis pun ada suruh, kan Ayah?", kata aku kepada Ayah bagi menjawab kata-kata Nyah aku itu tadi kepada Shahril.

Nyah terus berbual-bual dengan Shahril. Che Nyah, kakak ipar aku muncul... “Kita makan malam ni di sini le, ajak kawan tu sekali...”, sambut kakak ipar aku itu....

“Bongsu ni.. tak boleh lama ni Che Nyah..., sebab Bongsu nak ikut Shahril ke KL.”, kataku....

“Takkan taknak makan dulu...,”, balas Che Nyah.

“Tak apalah.”, jawabku.

Aku pun menggenyitkan mata kiriku kepada Shahril untuk pergi.... Shahril memberi tahu Nyah abangku itu, meminta diri.

“Hai, takkan cepat sangat, minumlah dulu. Makan malamlah dului di sini..”, Nyah abangku itu mempelawa...

“Tak apalah, abang. Nanti sampai KL lambat pulak”, jawab Shahril, sambail menghulurkan tangannya bersalam dengan abangku itu.

Aku merapati Ayahku, dan terus bersalam dengannya, dan sekali lagi aku peluk dan aku cium dahinya, lalu dibalasinya dengan mencium dahiku....
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
..… doaku di dalam hatiku.

Shahril juga menundukkan badannya dan bersalam dengan Ayahku. ...”Minta diri dulu, Pakcik.”, katanya.

“Hati-hati, jangan laju sangat bawa kereta tu”, kata Ayahku kepada Shahil.

”Tak... tak laju.”, jawab Shahril, senyum.

Kereta Shahril bergerak menuju ke Kuala Lumpur.... memecut laju... Aku beri amaran kepada Shahril, "Kau dah menipu ayah aku, Ril.... tadi kau kata tak bawa kereta laju.... akibat menipu tu nanti; padahnya.. kau kena ingat...", kataku.

“Jadi macam mana cerita kita tadi, kita sambung semula....”, jawabnya, sambil memperlahankan kelajuan keretanya.

”Alahai.... surat Azmin dengan kad jemptan kahwin tadi, aku lupa bawalah, tertinggal pulak di rumah....Jadi nanti, apa kita nak tunjuk bukti..?”, kataku kepada Shahril.

"Jangan bimbanglah, ada pada aku."... jawab Shahril..... Aku terlupa surat-surat dan Kad Jemputan Kahwin itu tadi aku sudah beri kepada Shahril ketika dia berada di rumah aku.

“Aku pun tak tahulah Ril, boleh sampai jadi macam ini... Yang aku hairan satu saja, sejak konvo, surat-surat aku kepada Normawati, tak ada satu pun yang dia balas...", aku memulakan cerita....

“Habis, kenapa kau tak pergi jumpa dia?...”, tanya Shahril... “Dah bertunang, takkan jadi payah sangat nak berjumpa....?”, kata Shahril yang terus memandu keretanya.

“Itulahhh, aku pun silap juga. Bagi diri aku ni Ril, dah sama-sama ikrar ITALY satu sama lain dengannya, takkanlah perlu sangat nak jumpa.... lagi pun keraja sekolah aku banyak sangat.", kata aku.... “Lagi pun....”, sambungku lagi.... “Sabtu Ahad, ada–ada saja projek aku dengan bebudak sekolah tu. Aku bawa diorang buat gotong-royong.... mana-mana sawah ibu bapa diorang yang miskin tak siap, kami sama-sama siapkan. Mana-mana ibu bapa yang ada tanah terbiar, kamu bersihkan, kami tanam dengan pokok ubi kayu....”.

“Heh, kau ni jadi cikgu ke apa, sampai macam itu?”...tanya Shahril.

“Aku?...Aku ni jenis cikgu yang praktikkan ilmu, sebab ilmu kalau tanpa amal adalah seperti pokok yang tak berbuah....kan?”, jawabku.

“Ni, fasal Kad Jemputan Kahwin tu, fasal apa pula nama aku digunakan dalam kad jemputan kahwin itu?... Mana dia orang tahu nama aku Leftenan Muda Shahril bin Ghazali..?”, tanya Shahril kepada aku.

Mendengar soalan Shahril itu tadi...baru aku teringat.... Diri aku ini kerap juga terima surat Shahril semasa aku di universiti dulu... Suarat-suratnya itu aku simpan dalam laci meja aku di bilik asrama, dan banyak kali juga aku letak di atas rak buku selepas aku membacanya. ... Kepada Normawti juga selalu aku selalu ceritakan siapa Shahril sahabat setiaku itu...

“Aku perasan.... dah boleh jawab bagaimana nama kau itu digunakan.... tetapi aku tak berani nak pastikan sebab kita tak boleh agak-agak...!”, kataku kepada Shahril.....

“Kenapa pula tak boleh agak-agak?”, tanya Shahril.

“Sebab apa tak boleh agak-agak?.... Sebab dalam Al-Qur’an ada Ayat 10 dalam Surah Adz-Dzaariyaat... Maksudnya: "Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja." , kata aku kepada Shahril.

“Sebab itu?.. Itu saja sebabnya?”...tanya Shahril lagi.

“Ya-lah... Aku tak berani nak buat cerita agak-agak, bila dah Ayat Al-Qur’an beri amaran begitu...”, kataku.

“Ayat itu bukan larang kita agak-agak, tetapi yang ditegah ialah ceritakan atau sampaikan kepada orang lain apa yang kita agak-agak itu...”, jelas Shahril.

”Ya-lah... apa yang aku agak-agak, aku beri tahu kau... Itu aku ceritakan yang aku agak-agaklah, kan?”, kata aku kepadanya.

"Betul juga, kalau tak tahu lebih baik diam... Ini kalau agak-agak yang kita cakapkan kepada orang, kalau tak betul, susah juga kalau orang pulak percaya.", balas Shahril.

“Macam inilah... Azmin tu memang tahu nama kau sebab kepada dia juga aku ada ceritakan, kau sahabat aku yang sejati.... Pada Normawati juga aku selalu ada sebut-sebut nama kau; aku ceritakan kau ni sahabat setia aku di sekolah lagi dulu, kita tinggal seasrama...... Lagi pun dulu, kau selalu ke kampus jumpa aku, kau belanja kami makan; masakanlah kau tak ingat, tak kenal tunang aku tu...?”.

“Jangan-jangan Azmin tu sendiri yang kebas dia, tak?”, kata Shahril.....

Bersambung ........ ke No. 35.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySat Oct 10, 2009 9:44 am

35.
"Macam inilah... Azmin tu memang tahu nama kau sebab kepada dia juga aku ada ceritakan, kau sahabat aku yang sejati.... Pada Normawati juga aku selalu ada sebut-sebut nama kau..... Lagi pun dulu, kau selalu ke kampus jumpa aku, kau belanja kami makan; masakanlah kau tak ingat, tak kenal tunang aku tu...?”.

“Jangan-jangan Azmin tu sendiri yang kebas dia, tak?”, kata Shahril.....
__________________

MENDENGAR kata-kata shahril itu aku memang tidak berkenan sangat sebab kata-katanya itu bersifat agak-agak dia saja.

“KAU ni dah beri pendapat agak-agak tu..”...jkata aku kepada Sharil.

“Ehh, itu bukan agak-agak, dah ada bukti dia yang tulis surat kepada kau. Dia sebut nama aku, kan? ... jawab Shahril.

“Tapi Ril, enam bulan yang lalu, Wati ada bagi surat kat aku, surat daripada ayah dia minta aku tolong bantu duit pada dia sebab dia nak bayar balik kat Cina tokeh pengedar dadah....”, ... lalu aku pun menceritakan kisah tersebut kepada Shahril...

“Kau percayakah ayah Wati tu buat kerja macam itu, iaitu melibatkan dirinya dengan pengedar dadah?...”, tanya Shahril...

“Wati sendiri yang bagi kat aku surat ayahnya itu..., dia juga kata memang betul ayahnnya terlibat. ... Katanya kalau tak bantu bagi duit itu, nyawa ayahnya akan melayang....”.

“Okay... sekarang kita rancang macam mana nak jumpa Azmin dan macam mana nak jumpa Wati itu di kampus.... Kita kena ada strategi Jika tidak, nanti kalau silap lagkah, dia orang akan sembunyi pula dalam asrama, kita tak boleh paksa mereka turun jumpa kita. .... Begini, mula-mula biar aku jumpa Azmin dulu, tapi kau tak boleh ikut aku sebab dia kenal kau... Nanti dia nampak saja muka kau, dia pasti lari... rosak program kita...”, Shahril bagaikan mula memberi taklimat mengenai operasi yang ada di dalam kepalanya kepada aku.

“Dia juga kenal kau, Shahril, kan dulu masa kau datang jumpa aku kat Kampus, aku kenalkan diri kau kepda dia.. Lagi pun dalam suratnya itu dia kat kata kau yang angkut Wati, kan?”, kata aku pula.

“Mula-mula, aku tinggalkan kau di restoran di kampus tu.. kau tunggu di situ.”, kata Sharil meneruskan taklimatnya kepada aku. “Azmin di asrama mana?”, tanya Shahril kepada aku....

“First College – Kolej Tuanku Abdul Rahman.”, jawabku.

"Nanti kau tunjuk kat aku asrama itu, lepas tu aku hantar kau ke restoran tu...Kau tunggu aku, jangan ke mana-mana..”, kata Shahril.

“First College, dulu aku tinggal kat situ, Kolej itulah. Kau dah lupa ke?... Habis kau nak buat camana?”, aku tanya.

“Aku nanti terus pergi ke asrama, minta nak jumpa Azmin. Bila jumpa, pertama sekali, aku akan tunjuk kad jemputan kahwin itu.. Aku akan tanya dia, siapa yang buat.... kalau dia tak mengaku, aku akan ambil balik kad itu dari tangannya... Aku akan tunjuk pula suratnya yang kau terima itu kepadanya.....

"Sebaik-baik saja dia baca, aku akan sentap balik surat itu dari tangannya, baru aku kenalkan diri aku. Akulah Leftenan Muda itu... Aku akan katakan kepada Azmin, Rampa yang berhak kahwin dengan perempaun yang namanya ada dalam kad jemputan kahwin itu.....”, Shahril menerangkan kepada aku apa yang hendak dilakukannya nanti.

“Lepas tu...?”, aku tanya.....

“Lepas tu... aku akan paksa dia bawa aku jumpa Wati... Kalau dia taknak, aku akan ugut dia bahawa aku nak buat report polis, dia buat fitnah. Buat fitnah ni jenayah... Aku akan ugut, aku akan kata pada dia Rampa akan saman tuntut ganti rugi... Dia mesti turut cakap aku nanti!... Wati tu tinggal kat asrama mana?,”, tanya Shahril.....

”Asrama Fourth Colllege”, jawab aku.

“Nanti kau tunjuk kat aku asrama tu.... Lepas itu aku akan minta bukan Azmin yang panggil Wati tu, tapi aku akan minta warden asarama tu yang tolong panggilkan.”, tambah Shahril lagi.

“Bukan warden, fellow..”, jawabku. .... “Fellow pun fellow-lah, atau sesiapa orang lain yang boleh panggilkan, tapi bukan Azmin.”, balas Shahril.

“Bijak juga kau mengatur strategi...!”, kataku kepada Shahril ...

“Itulah hikmahnya sahabat sejati.... jika seorang menghadapi masalah yang seorang lagi pula lebih nampak dan tahu nak selesaikan masalah sahabat... bukankah hadis ada kata bersaudara bagaikan satu tubuh?..”, katanya kepada aku, lantas diambilnya keset dan dimainkannya pada pemain kaset di keretanya itu ... kaset Orkes El-Suraya Medan... kedengaran lagu Pinta Dan Doa nyanyian Asmidar Darwis yang aku juga minati.

“Aku rasa.. hadis-hadis itu semunya adalah sains, ada formula dalamnya. Kalau kita apply formula yang ada dalam hadis itu, akan terserlah hasilnya.”, kataku...

“Majoriti kita orang Melayu ni, mengaji saja bab hadis, tetapi taknak apply formula-formula yang ada dalam hadis itu. Bila tak apply, maknanya tak amalkan Bila tak amalkan, itu maksudnya macam pokok tak berbuah tu...”, kata Shahril mambals kata-kata aku tadi.

Shahril memandu laju. Sekali sekala aku melihat Shahril menguap bagaikan mengantuk... lalu aku ingatkan Shahril tentang janjinya dengan Ayahku tadi, iaitu supaya tidak memandu kereta dengan laju. Setiap kali aku ingatkan supaya jangan laju, setiap kali itulah juga Shahril pun mengurangkan kelajuan keretanya.

Hampir sampai ke bandar Tanjung Malim, waktu solat Maghrib juga hampir tiba. Aku ajak Shahril singgah di Masjid Tanjong Malim. Selepas solat Mahgrib di masjid itu, kami pun pergi pula ke restoran untuk makan malam. Shahril yang bayar. ......

Bersambung ........ ke No. 36.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySat Oct 10, 2009 9:47 am

36.
Hampir sampai ke bandar Tanjung Malim, waktu solat Maghrib juga hampir tiba. Aku ajak Shahril singgah di Masjid Tanjong Malim. Selepas solat Mahgrib di masjid itu, kami pergi pula ke restoran untuk makan malam. Shahril yang bayar. ......
________________________________________

“DALAM sejam lebih nanti sampailah kita...kalau aku pandu laju.”, kata Shahril setelah kami berada dalam kereta semula untuk meneruskan perjalanan.

“Ril... Jangan laju... kau jangan melanggar janji kau dengan Ayahku tadi.”, jawab aku.

Shahril terus menukarkan kaset dan menekan pemain kaset di keretanya itu... Kedengaranlah lagu nyanyian Broery Marantika... Mimpi Sedih..... Mendengar lagu dan lirik lagu itu, terasa di hatiku bagaikan lagu itu mendendangkan apa yang terjadi kepada diri aku sendiri; seolah-olahnya diriku juga tidak akan pernah lepas dari penderitaan bila aku ini mengharungi lembah dunia percintaanku sendiri.

“Ehhh, kau ada lagi tak member kat kampus tu?, ...Kalau dapat dua orang pun cukuplah.", kata Shahril......

“Nak buat apa?”, aku bertanya.

“Kita kena ada saksi... Nak buat kerja macam ni, jangan buat main-main. Nak tangkap orang ni, kalau silap langkah, kita pula yang kena tangkap nanti, .. Azmin tu boleh tuduh kita yang kita ugut dia... Mengugut juga jenayah..”, jawab Shahril.

“Member junior tu banyak, tetapi aku tak tahulah dia orang ada kat asrama mana sekarang ni, ...mungkin sudah bertukar asrama”, jawabku. ... “Tak apa, aku ada member, Pak Gad, ... Dia tu baik sangat dengan aku....Minta-minta dia ada bertugas malam ni. Harap-harap malam ni dia ada di pos keselamatan di gate ke kampus tu.”, kataku.

“Kalau ada dia, senanglah kita nanti. Dia ada kuasa boleh panggil Azmin turun, boleh juga panggil nak jumpa Wati tu... Tambah pula kalau Pak Gad tu pakai uniform..., senang cerita. ... Kita carilah dia... Kalau dia tak bekerja kita boleh tanya gad yang bertugas di mana rumah dia. Kita ambil dia. Beres... Harap-harap, Pak Gad member kau itu ada!”, kata Shharil.... Sekali lagi dia menguap.

“Kau mengantuk ye Ril?",.. tanyaku.

“Alaa, biasalah.. tapi aku tetap waspada...”, jawabnya, sambil memandu, sederhana saja lajunya... Sepanajang jalan seterusnya, bila Shahril pandu laju saja, aku ingatkan janjinya dengan Ayahku tadi, iaitu jangan bawa kereta laju...

Shahril patuh setiap kali aku ingatkan janjinya itu; sentiasa saja mengurangkan kelajuan keretanya. Yang sebenarnya diri aku ini yang takut kerana masih ada lagi terpengaruh dengan kata orang tua-tua kononnya menjelang perkahwinan hendak tiba, darah itu manis.

“Begini, .... tak habis lagi..”, kata Shahril.... “Nanti di restoran, aku tinggalkan kau di situ. Lepas itu bila saja aku sampai nak ambil kau semula aku akan berhentikan saja kereta aku dekat-dekat dengan kau Bila Pak Gad turun, kau masuk duduk di kerusi depan ambil alih tempat dia Lepas tu Pak Gad akan masuk duduk di belakang di sebelah Azmin dengan Wati. Pak Gad akan menjaga supaya diaorang tak terjun lari...”, kata Shahril memberi tahu aku apa yang mesti aku lakukan.... “Ingat pesan aku ni, kau jangan berkata walau sepatah pun... Sekarang kau ambil kep topi aku ni, nanti kau pakai; tutup dahi kau.... boleh?”, tanya Shahril.

“Bolehhh. Tapi kau kena berhenti agak rapatlah dengan aku yang menunggu nanti, kalau kereta kau jauh dari aku, cara aku berjalan nanti dia orang boleh kenal aku.", jawabku.

“Aku fahamlah tu... Lepas itu kita bawa diorang terus ke masjid... Kalau di masjid nanti diorang tak mengaku, kita minta diorang berusmpah dalam masjid.”, kata Shahril lagi.

“Betul juga strategi kau tu... kita pakai cara Islam kita, nak tuduh-tuduh orang, biarlah berakhir dengan bersumpah...”, kataku.

Kereta pun sampai ke pintu kampus, lalu masuk dan terus berhenti di hadapan Pak Gad di hadapan Pos Keselamatan. Aku serta merta turun di hadapan Pak Gad yang sedang berdiri di situ. Aku ingin bertanya kiranya Pak Gad member aku itu ada bertugas pada malam itu.

Melihat aku, Pak Gad itu berkata: “Ehhh hang.... lama noo kita tak jumpa! Aku dah terima kad jemputan kahwin hang."... katanya..... “Hang apa khabak?, .. Nak ke mana pulak ni...?”, tanyanya. ......

“Adooooi... “, kataku dan terus aku memeluknya dan dia juga memeluk aku, kerana lama sudah tidak berjumpa....

“Ni... ada nak minta kat abanglah... tolong saya ni...ada hal besar ni.”, kataku.

“Aku dah agak dahhh, aku dok selalu tengok.. jantan lain pulak yang dia ikut, lagu mana cerita..?... Ehhhih, Kad jemputan tu kata betina tu yang nak kahwin dengan hang.... tetapi aku tengok ... eiish pelik sungguh laaaa!”, kata Pak Gad, member aku itu.."Dia lalu depan mata aku, aku tengok dengan jantan lain pulak... !", Pak Gad mula bercerita.

“Siapa jatan tu, Bang..?.”, aku bertanya. ... ... Siapa lagi la... Si Azmin kawan hang dulu tu laaa... Aku taknak la campor hei diorang tu... Aku ni ada mata aku tengok saja laaa Nak buat lagu mana...”, jawabnya. ... Sah, kata hatiku... Minda aku berkata: Kalau sudah sah, untuk apa lagi hendak bersemuka..., Biarkan sajalah... Lebih baik balik saja.....

“Abang tunggu sekejap...”, kataku. Aku pun menemui Shahril yang menunggu di dalam kereta, dan terus aku sampaikan maklumat yang aku terima daripada Pak Gad tadi.. Shahril minta aku ke tepi kerana dia hendak mletakkan keretanya di tepi jalan supaya tidak menganggu lalu-lintas. Kemudian dia keluar dari keretanya dan menemui aku dan Pak Gad itu di situ.

Shahril mendesak mahu bersemuka atas alasan namanya dilibabitkan. Aku pasrah.... Shahril memberitahu Pak Gad strateginya, dan meminta Pak Gad itu turut bekerjasama. Pak Gad pun bersetuju.

"Kalau macam tu, ....kau Rampa tak perlu tunggulah di restoran! Kau tunggu saja di Masjid!”, kata Shahril kepada aku. Masjid Ar-Rahman tidak jauh dari situ.

Pak Gad pun masuk ke dalam pondok posnya dan menuliskan sesuatu dalam buku rekod, dan terus dia memberi tahu sesuatu kepada tiga lagi rakannya yang sedang bertugas di pos keselamatan di situ... kemudian dia keluar membawa bersama-sama set walkie-talkie lalu menuju ke kereta Shahril dan terus masuk ke dalam kereta. Shahril bersama Pak Gad pun beredar untuk menjalankan operasi..... Aku pula terus berjalan kaki menuju ke Masjid Ar-Rahman, untuk menunggu di situ....

Di Masjid Ar-Rahman, masih ada lagi orang mendirikan solat Isya. Aku terus mengambil wudhuk, lalu masuk ke dalam masjid, ... aku dirikan solat tahyatulmasjud dan diikuti dengan solat Isya sendirian. Dalam sujudku, aku tidak lupa mendoakan:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Selepas saja solat, aku pergi mengambil Al-Qur’an, lalu duduk, dan membacanya. .. sedang membaca hampir sehalaman, datang hamba Allah dari belakang memegang bahuku mengucapkan salam keagamaan. Aku memandang kepadanya.... Aku sungguh terperanjat....

Bersambung ........ ke No. 37.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySat Oct 10, 2009 9:49 am

37.
Di Masjid Ar-Rahman, masih ada lagi orang mendirikan solat Isya. Aku terus mengambil wudhuk, lalu masuk ke dalam masjid, ... aku dirikan solat tahyatulmasjud dan diikuti dengan solat Isya sendirian. Dalam sujudku, aku tidak lupa mendoakan:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Selepas saja solat, aku pergi mengambil Al-Qur’an, lalu duduk, dan membacanya. .. sedang membaca hampir sehalaman, datang hamba Allah dari belakang memegang bahuku mengucapkan salam keagamaan. Aku memandang kepadanya.... Aku sungguh terperanjat....
_____________________________________

"وعليكم السلام ....Ehhhh, Jali”, kau ada di sini?”, aku menegur-sapanya kembali.... ... Dia adalah memberku, seorang yang juga sahabat baik aku, satu kuliah sama aku di universiti dulu.

“Aku... sambung belajar, buat Masters”, katanya.... Aku pun menutup Al-Qur'an, dan meletakkannya semula ke dalam rak yang terlekat di dinding masjid itu. ... dan aku ajak Jali keluar untuk bersembang di luar masjid itu...

“Aku balik ke kampung aku tempoh hari, aku ada terima kad jemputan kahwin kau..tetapi aku ada juga nampak sidia kau tu di kampus ni, dia dengan orang lain pulak..., Apa hal?”, sambung Jali lagi.

“Itulah sebabnya aku datang ni, nak selesaikan malam ini juga. Habis, kenapa kau tak tulis surat bagi tahu aku bila kau dah tengok dia macam itu?”.., aku tanya Jali.

“Kau faham sendirilah, kan?... Benda-benda personal, peribadi macam tu, aku tak mahulah nak jadi reporter tak bergaji pula...”, jawabnya.

“Masalah inilah yang menyebabkan aku ada di sini sekarang ni..”, aku mula menceritakan kedudukannya. Jali mendengar saja, tidak pun bertanya apa-apa kepada aku. Aku memintanya supaya dia dapat menjadi salah seorang saksi malam itu.. ... ini bererti sudah ada dua orang yang boleh menjadi saksi, iaitu Pak Gad dan Jali. Setelah aku ceritakan semua hal kepada Jali, dia pun bersetuju menjadi salah seorang saksi apa yang akan terjadi nanti.

Tidak beberapa lama lepas itu ... Shahril, Pak Gad, Azmin dan Wati tiba. Mereka terus masuk ke dalam masjid, dan duduk di satu sudut di bahagian belakang dalam masjid....tidak jauh dari pintu. Rupa-rupanya Shahril tidak perlu banyak soal-jawab dan kerja, untuk memaksa Azmin dengan Wati mengikutnya dengan Pak Gad ke masjid malam itu kerana kedua-dua mereka mengikut saja arahan Pak Gad member aku itu. Aku bayangkan, hari ini semua perkara yang aku hadapi seperti air yang mengalir deras lajunya .... dan senang saja bagaikan ada kuasa yang mengaturnya yang memudahkan aku; tanpa sebarang halangan.

Aku hendak masuk ke dalam masjid, tetapi Jali menahan aku, jangan masuk dulu, katanya. Aku patuhi. Aku mengintai dari pintu masjid yang terbuka itu, dan Shahril nampak aku. Aku cepat-cepat beri isyarat kepadanya supaya dia boleh menerima kehadiran Jali untuk turut sama. Shahril faham lalu menggenyitkan matanya, bersetuju. Jalil pun masuk dan terus duduk bersama dalam kumpulan itu.

Aku terus mengintai-intai dari luar masjid melalui pintu masjid yang dekat dengan tempat mereka berkumpul duduk itu, dalam keadaan supaya kehadiran aku itu tidak dapat dilihat oleh Azmin dan Wati yang kebetulan pula kedua-dua mereka duduk tidak menghadapi pintu di mana aku sedang mengintai itu.

Pak Gad minta kad pengenalan dan kad matrik Azmin dan Wati, dan masing-masing mereka patuh, menyerahkannya, dan Pak Gad menyalin butirannya ke dalam buku kecil yang dibawanya....

“Hang ni jantannya, Azmin bin Mohd Ali...?”, tanya Pak Gad. Azmin aku lihat mengangguk

“Hang pula betinanya... Normawati binti Abdul Rahim...?”, tanya Pak Gad, memberku itu; bergerak-gerak kedua-dua otot pipinya. ...."Awat hang berdua buat lagu ni, h’a? .... Hang Azmin, hang tak tahu ka dosa besaq ganggu tunang orang... Orang dah bertunang dah nak dekat menikah dah; haram hukumnya kalau hang nak pinang punnn!.. Hang tak belajaq agama ka?”, kata Pak Gad, member aku itu.

“Kamu berdua, baiklah mengaku saja; ... ini Kad Jemputan Kahwin ni, libatkan nama aku..., mengaku atau tidak, kad ini kamu yang buat, Azmin?”, Shahril menghempaskan kad jemputan palsu itu ke atas karpet masjid di hadapan Azmin dan Normawati. ..... Azmin tidak mengaku. Normawati juga tidak mengaku. Mereka tunduk membisu.

“Baiklah, kalau tak mahu mengaku, aku akan buat report polis. . Aku akan bawa kes ini ke mahkamah melalui peguam. Aku akan saman kamu berdua menuntut ganti rugi kerana memfitnah....”, kata Shahril memberi tahu apakah tindakannya jika mereka tidak mahu mengaku.

“Saya tak tahu apa-apa...”, Normawati akhirnya bersuara. .... Dia cuba menafikan dirinya ada terlibat....

“Ingat, kamu sekarang berada dalam masjid.., jangan cuba berbohong!”, Shahril terus menempelak dengan suara meninggi.....

“Betul, encik ... saya tak tahu-menahu... .”, kata Normawati lagi.

Shahril membuka begnya lalu mengambi surat Normawati yang dikirimkan olehnya melalui dua orang laki-bini yang datang menyampaikannya kepada aku di rumah aku tempoh hari, lalu mengeluarkannya dari sampulnya, dan menghempas surat itu ke atas karpet masjid di hadapan mereka sambil berkata kepada Normawati: “Ini surat siapa?”, herdik Shahril.... .... Normawati mengambil surat itu dan terus membacanya, lalu terus menangis...

“Menangis.... tetapi dah beribu-ribu, ... beribu duit Cikgu Rampa tunang kamu tanggung masa kamu sekolah dulu... Apa kamu lupa? Sampai dah bertunang dengan kamu pun, masih sanggup kamu buat dia macam tu, macam jambatan; setelah kamu samapi ke sebarang; dia kamu lupakan? ... Semudah itu?..”, kata Shahril lagi..... “Bukan saja kerana dia cintakan kamu tetapi dia bantu kamu sebab emak ayah kamu orang susah, msikin dulu...”, tambah Shahril. ... “Bila kamu sudah berjaya ke univerisiti.. macam ini pula kamu balas kat dia..?”, kata Sharil lagi.... “Apa, mentang-mentang sebab kaki Cikgu Rampa tu cacat, kaki Azmin tak cacat, kan.... kamu tinggalkan saja Cikgu tu?...”, Shahril melepaskan geramnya membela aku....

Aku yang mendengar dari luar pintu masjid, terus sebak dan mengalirkan air mata... ....terasa bagaikan bengkak hatiku ini kerana menahan pilu.. Bagaikan diri aku ini dilahirkan ke dunia ini... tiada harga diri, dan cacat kakiku itu bagaikan tiada yang sudi lagi ....Tetapi rupa-rupanya masih ada Shahril sahabat sejati aku yang tetap mahu membela diriku ini.

“Cikgu... mari sini”.... Shahril memanggil aku... . Aku pun masuk dan duduk di sebelah Shahril. Melihat aku, Normatie terus berkata “Abanggg...”, kemudian rebah, terus pitam...

Pak Gad bergegas bangun pergi keluar untuk mengambil air di dalam kolah masjid, dan membawa masuk segayung pelastik air dan direnjis-renjisnya ke muka Normawati.... masih tidak sedar juga. Azmin mengambil gayung air dari tangan Pak Gad, lalu menyapukan air itu ke muka kekasihnya.... dan Normawati pun sedar dari pitam, terus bangun duduk semula; mengesat-ngesat air di mukanya dengan sapu tangannya.

“Sekarang, kamu berdua hendak mengaku atau tidak...?”, tanya Shahril lagi kepada Azmin dan Normawati... Mereka terus diam tidak menjawab.

“Ini dalam masjid ni... eloklah mengaku bersalah.... dan memohon maaf.”, Jali memberi nasihat. Namun Azmin dan Normawati tetap mendiamkan diri, tetap juga berdegil tidak mahu mengaku.....

“Beginilah....”, kata aku sambil aku menangis teresak-esak... lalu aku mengambi balik surat Normawati yang ada di atas karpet itu....”Saya pakai surat inilah.....Surat ini ada mengatakan kerana kaki aku ini cacat... itulah sebabnya kamu Wati, ... ayah kamu batalkan perkahwinan..... Ya Allah... bukan aku minta kakiku ini cacat...”, kataku dalam tangisan..... “Ingatlah Normawati, apakah kaki kamu berdua tak akan boleh menjadi cacat....?”, kataku.. meremang bulu rumaku, berderau darahku.. naik marah hatiku ini.. “Ingat...!”, lalu aku hentak penumbukku ke atas karpet di hadapan mereka semua; terus aku hamburkan kata-kataku: “Tuhan Maha Berkuasa, kalau aku cacat kaki, ...kamu pun nanti akan cacat kaki!”, kata aku kepada Normawati....

Mendengar kata-kata aku itu kesemua mereka terperanjat...diam.

"Tak mengapalah, Jali, Abang dan Ril, jomlah kita balik.”, kataku kepada Pak Gad dan Shahril. ... “Semuga Allah akan mencacatkan kaki kamu berdua pula!”, kata aku sambil menangis teresak-esak, berbaur-baur di dalam hatiku yang amat marah dengan kesedihan hati apabila orang yang pernah aku cintai memperlakukan sedemikian rupa terhadap diriku ini, di dalam masjid itu, ... Aku pun terus bangun keluar meninggalkan mereka, lantas menunggu Shahril di luar masjid..

Shahril mengambil kad jemputan kahwin palsu itu dari karpet, sedang surat Normawati tadi berada di tangan aku. Mereka semua keluar dari masjid.. Di luar masjid, aku serahkan balik surat yang ada di tangan aku itu kepada Normawati, tanpa aku berkata-kata. Dia ambil surat itu lalu pergi bersama Azmin meninggalkan aku, Shahril, Jali dan Pak Gad, member aku itu.... ...

Dalam hatiku berkata Bukan aku minta dilahirkan cacat begini, namun aku punya hati dan perasaan sebagaimana kamu wahai Azmin dan Normawati... Walaupun aku ini marah, ...... amat marah tetapi aku tidak akan membenci kerana ....... jangan ada benci, iaitu sifat dan sikap yang telah dididik dan dibelai oleh Ibu dan Ayahku sendiri di minda dan juga di hatiku ini, yang berfungsi di sudut hatiku hingga kini....

Bersambung ........ ke No. 39.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySat Oct 10, 2009 9:51 am

39.
Dalam hatiku berkata Bukan aku minta dilahirkan cacat begini, namun aku punya hati dan perasaan sebagaimana kamu wahai Azmin dan Normawati... Walaupun aku ini marah, ...... amat marah tetapi aku tidak akan membenci kerana ....... jangan ada benci, iaitu sifat dan sikap yang telah dididik dan dibelai oleh Ibu dan Ayahku sendiri di minda dan juga di hatiku ini, yang berfungsi di sudut hatiku hingga kini....
________________________

AKU jemput Pak Gad, Jali dan Shahril pergi makan di restoran. Selesai saja makan, kami kembali ke pos Pak Gad. Di sana Jali dan Pak Gad pun keluar dari kereta, dan aku juga turut sama keluar. Kepada Pak Gad dan Jali aku jemput menghadiri perkahwinan aku pada harii Ahad depan sekali lagi walau pun mereka telah pun menerima kad jemputan daripada aku. InsayaAllah, kata Jali. Aku akan bawa Pak Gad sama.....

"Boleh-boleh. Tunggulah, saya akan pergi." kata Pak Gad.

Aku terus memeluk Pak Gad, megucapkan terima kasih kepadanya. Kepada Pak Gad, aku hulurkan wang lima puluh ringgit....

“Eiiih duit apa pulak, hanng niii..”, kata Pak Gad. “Hang nak bagi rasuah sebab aku tangkap depa tadi nooo!!, kata Pak Gad, dengan gurauannya......

"Tak eh..", kataku. ....

“Rasuah apa pulak... Abang dah kata tadi “nooo”, maknanya "tidak"...No...tu bahasa Inggeris tu...”, kata Jali pula. Pak Gad ketawa. Jali juga ketawa..., tetapi aku, hatiku masih tidak membenarkan aku ketawa bersama mereka.

Aku juga ucapkan terima kasih kepada Jali, dan sekali lagi aku memintanya bawalahah Pak Gad sama datang ke majlis perkahwinan aku... Ahad depan. . Pak Gad dan Jali bersalaman dengan Shahril, dan aku pun masuk ke dalam kereta, dan terus mengikut Shahril ke mana saja yang hendak dibawanya aku; ... aku pasrah.

“Kita pergi ke PJ, ke rumah pak saudara aku, ... kita tidur di sanalah malam ni,”. Kata Shahril. "Di rumah tu tak ramai orang, tinggal diaorang suami isteri saja, anaknya semua dah beli rumah, ada rumah sendiri.”, kata Shahril memberi tahu aku. “Eh... kau perasan tak tadi, Azmin dengan Normawati tu, berdegil sungguh, hinggakan dalam masjid pun, berdegil tak mahu mengaku!”, kata Shahril lagi

"Bagi akulah, Ril ... Manusia ni memangnya akan berdegil dan terus tidak akan mengaku bersalah bila syaitan sudah menguasai di minda dan juga di hati .... sebagai mana Iblis berdegil tidak mahu sujud apabila Allah perintahkan ia sujud menghormati Adam a.s. ...., Manusia itu sebenranya baik, tetapi apabila dibenarkan minda dan hati itu dikuasai oleh syaitan... itu yang jadi masalahnya.", kata aku.

“Begini, pagi esok aku akan ke Mindef, aku nak uruskan hal aku... Walau pun aku ni cuti, ada call penting bos aku suruh aku balik sekejap... Kau bersembanglah dengan pak saudara aku itu.... dia nanti banyak ada cerita, kau nanti tak larat nak layan dia sementara aku pergi ke Mindef tu...”, kata Shahril. ... No.. problem, jawabku.

Shahril memandu dengan perlahan saja. Aku juga rasa penat. Shahril juga begitu nampaknya, lantas dia pun hanya diam saja, dan aku juga turut diam tidak berkata apa-apa.

Hatiku ini yang sebenarnya masih berperang dengan peristiwa di masjid itu tadi.... Walau pun hatiku amat kecewa dan pilu, namun pada masa yang sama hatiku juga amat marah, .... hinggakan aku di masjid itu tadik aku terlupa pula kepada pesanan daripada guruku Lebai Johan iaitu Profesor idolaku, bahawa diri aku ini tidak boleh marah dan berkata sesuatu seperti menyumpah ketika air mataku mencurah, .... iaitu ketika dalam keadaan sebegitu aku tidak boleh mengeluarkan kata-kata yang sifatnya mendoakan supaya orang yang aku marahi itu akan mendapat balasan buruk supaya ia atau sesiapa jua akan menerima kecelakaan atau padah ......

Tetapi tadi di dalam masjid pula, aku telah lafazkan sumpah aku kepada Azmin dan Normawati dalam keadaan diri aku ini sedang menangis mengalirkan air mata, .... Dalam masjid pula tadi aku telah berkata Semuga Allah akan mencacatkan kaki kamu berdua pula! .... Entahlah ...Apakah akan jadi nanti akibat aku melupakan pesanan guruku Lebai Johan di masjid itu tadi.... ....

Bersambung ........ ke No. 40.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 EmptySat Oct 24, 2009 1:17 pm

40.
Tetapi tadi di dalam masjid pula, aku telah lafazkan sumpah aku kepada Azmin dan Normawati dalam keadaan diri aku ini sedang menangis mengalirkan air mata, .... Dalam masjid pula tadi aku telah berkata Semuga Allah akan mencacatkan kaki kamu berdua pula! .... Entahlah ...Apakah akan jadi nanti akibat aku melupakan pesanan guruku Lebai Johan di masjid itu tadi.... ....
______________

AKU dan Shahril menginap di rumah bapa saudara Shahril. Badan aku terasa letih sungguh... Lepas saja mandi dan mendirikan solat Isya Mak Jah menghidangkan kopi. Pak Samad bapa saudara Shahril ajak berbual-bual dia bertanya itu dan ini. Aku jawab seadanyanya saja kerana aku mengantuk amat. Lagi pun aku rasa tidak berminat hendak berbual-bual kerana di mindaku masih terbayang peristiwa di masjid tadi.

Menyedari aku mengantuk begitu Pak Samad mempersilakan aku supaya pergi tidur di bilik tamu. Aku lelap terus sehingga azan subuh dari surau yang tidak jauh dari situ yang mengejutkan aku. Aku dan Shahril bangun menunaikan solat Subuh, Shahril mengimamkan solat itu.

Ibu saudara Shahril menghidangkan sarapan, dan selepas saja menikmati sarapan, Shahril terus tergesa-gesa saja keluar pergi ke Mindef. Terlintas juga di minda aku kenapa Shahri tidak bawa saja aku bersama pergi ke Mindef itu, boleh juga aku ni pergi berjumpa dengan Major Musa, bapa saudara adik angkat aku, iaitu Kama... Tak mengapalah...

Aku dan Pak Samad, dan isterinya Mak Jah berbual panjang. Memang betul kata Shahril, macam-macam bapa saudaranya itu bercerita... dan Mak Jah pula ramah dan mesra pula. Bagi aku antara banyak cerita itu ialah mengenai ceritanya bagaimana Tunku dapat dipermain-mainkan oleh Lee Kuan Yew hingga Singapura terlepas begitu mudah ke tangan Lee Kuan Yew sehingga Lee Kuan Yew dapat memiliki sebuah negara di dunia ini dengan percuma saja.

Mudah saja kesimpulan yang diberikan olehnya kepada aku, yang aku rasa aku tidak akan dapat melupakannya sampai bila-bila. Katanya: “Tunku tidak faham ajaran yang ada dalam cerita penglipura Melayu iaitu mengenai Pak Kadok., lalu Tunku sendirilah berwatak Pak Kadok itu, yang membawa orang-orang Melayu terus bertemasya sampai ke hari ini; iaitu terus menerus leka dan alpa, tidak mahu memahami apa yang dimaksudkan oleh pepatah Melayu iaitu menang sorak kampung tergadai!”, katanya.

Entah mengapa hati aku tidaklah mahu menerima pendapatnya itu kerana aku sendiri tidak berminat kepada sejarah, lagi pun aku tidak tahu apakah yang sebenarnya sebab kenapa Tunku serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew itu. Sejak itu, di hatiku ini aku mempunyai hasrat jika dapat satu masa nanti aku sendiri hendak jumpa Tunku, hendak tanya dia sendiri; hendak aku dengar daripada mulutnya sendiri kenapa dia serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew itu.

Jam 11.20 pagi, Shahril kembali... Dia berehat sejenak sambil menjamah kuih yang Mak Jah hidangkan bersama dengan teh kelat, yang aku juga turut minum bersamanya, rasanya enak, tetapi ada sedikit berbau daun pandan. Aku tanya Mak Jah, “Sedap teh ni, Mak Jah, teh cap apa?”

“Teh biasa tapi dibancuh dengan daun inai kering, daun pokok durain belanda dengan daun pandan kering yang sudah dicincang halus-halus. Daun inai dengan daun duraian belanda tu bagus diminum airnya buat ubat menyihatkan badan.”, ... katanya kepadaku. ... ... ...

DALAM perjalanan balik, di dalam kereta Shahril itu, Shahril memainkan kaset nyanyaian Broery Marantika juga ... Hati Yang Terluka... Mendengar senikata lagu itu, aku merasakan hatiku tidaklah akan menjadi seperti iu, iaitu sampai menjadi benci...

Sharil terus memandu keretanya .... Ada banyak perkara juga yang aku dengan Shahril bincang dan perkatakan, termasuklah juga masing-masing bercerita kisah mengenai diri, setelah selepas saja berpisah apabila tamat Form 5 dulu. Aku mengikuti kursus perguruan, tetapi Shahril mengikuti kurus ketenteraan di Sandhurst.

Katanya, sekembalinya ke tanah air, dia ditugaskan di Sarawak, lepas itu terpilih pula berkhidmat di kedutaan Malaysia, di Mesir.... Di Kedutaan sana kerja tidak banyak, dapatlah aku juga belajar agama, bolehlah juga aku berbahasa Arab tu sikit-sikit... katanya.

“Semasa di Mesir, aku ada mengirim surat kepada kau, tetapi tiada satu pun aku terima balasan kau”, kata Shahril.. “Ababila aku balik ke Malaysia, aku ada juga menghantar surat kepada kau, tetapi kau tak balas juga. Mungkin salah alamat, agaknya...”, katanya kepada aku.. “Akhirnya aku tengok gambar kau di dalam Utusan Melayu..., baru aku dapat cari kau semula..”, katanya. ...

"Kenapa kau tak pergi ke rumah aku? “, aku tanya.

"Aku pergi sekali, Ayah kau ada bagi alamat kau di sekolah di Lenggong. Aku tulis surat, kau tak balas pun.. Yang kau tu pula kenapa tak tulis surat kat aku?", jawab dan tanyanya.

"Aku ada sekali tulis surat alamat ke rumah kau, tak ada kau balas pun. Mungkin kau sudah ke Sandhurst dah kut..", jawab aku.

"Eiiih, kenapa sampai gambar kau tu boleh masuk ke dalam surat khabar..?”, tanya Shahril.....

“Sebenanrya tak ada apa-apa pun,”, kataku... “Cuma orang surat khabar itu kenal aku, kerana aku semasa di U dulu rajin menulis. Ada cerpen, ada rencana yang tersiar....”, jelasku kepada Shahril.... “Emak aku meninggal sehari sebelum konvo.., itu pun dia orang nak jadikan berita.”, kata aku lagi kepadanya. ....

“Emak kau meninggal sakit apa?"... tanya Shahril.

“Limpanya bengkak, terlalu banyak makan ubat kampung dan ubat cina sinseh... itulah yang doktor beri tahu aku...!”, jawabku. ... “Itulah, Ril, Emak aku tu nak tengok sangat aku ni menerima ijazah... maklumlah akulah anak kampungku yang pertama yang berjaya memperolehi ijazah, .... tetapi Emak aku tak sempat, tidak sampai hajatnya. Walau macam mana pun, aku sempat mengipas-ngipasnya juga dengan topi-empat segi itu.”, kataku.

”Sedih juga kisah kau tu..... Kau ceritakanlah kepada aku... “, kata Shahril.

“Begini ceritanya, Ril ..... Sebelum aku ke universiti untuk mendaftarkan diri dan mengambil jubah, hood dan topi empat segi itu untuk dipakai bagi upacara konvo itu, Emak aku berada di wad kelas dua di Hospital Taiping... ... ..... .....

"Ja anak suadara aku menunggu menemani Opahnya selang sehari dengan Kak Angah aku...di wad itu. Sampailah sehingga ke hari Ahad, 7 Mei 1972 begitu. Tahun itu juga Ja mengambil peperiksaan STPM dengan belajar secara sendirian melalui kusrus pos Maktab Federal yang aku tanggung bayarannya. Sesungguhnya Ja anak saudara aku ituyang banyak berbakti kepada Emak aku itu semasa dia sakit.", kata aku kepada Shahril.

Bersambung ........ ke No. 41.
.
Back to top Go down
Sponsored content





©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan - Page 2 Empty

Back to top Go down
 
©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan
Back to top 
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2
 Similar topics
-
» Sembang Dengan Pak RAMPA
» Borak Santai - Sambungan dari TKO
» MANFAAT KESEHATAN DARI PUASA
» Gambaran Api Neraka dari ( SIMULASI MATAHARI )
» Gempa di Indonesia pengetahuan Allah signifikan dari ayat al-Quran

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: