1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan

Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptyFri Aug 28, 2009 9:23 am

©RAMPA: KISAH SI BONGSU - Dari Diari Sebuah Kehidupan.


1.

SEBELUM masuk U diri aku ini sudah pun jadi cikgu, ... Biasalah, sudah juga ada kekasih yang dicintai; dan sudah ada gaji; tanggunglah dia belajar juga sebab dia anak orang miskin. Aku ambil STPM (HSC) dan berjaya pula, lalu aku dapat masuk U.

Biasiswa pun senang dapat pada masa itu; cukuplah untuk aku dapat tanggung kekasih hati hingga aku boleh belikan dia sebuah basikal, buku, baju... biasalah, supaya dia boleh berjaya sebagaimana aku juga dalam pelajaran. Dia pun masuk U akhirnya; maka sakanlah aku bercinta dengannya apabila kami dapat berada di kampus yang sama di Universiti Malaya itu!

Sejak kekasihku itu masuk U keluarganya juga berubah dari kehidupan yang miskin, tiba-tiba saja ayahnya dapat rezeki yang kelihatannya berjaya mengubah dari keluarga miskin bertukar menjadi keluarga yang sederhana dari segi sosio-ekonominya.

Ibu dan ayah aku pula suruh aku bertunang supaya cepat boleh kahwin; maka betunanglah aku dengan kekasih aku itu; bagaikan pucuk dicita, ulam pula tiba bagiku!

Habis belajar di U aku kembali jadi cikgu, … dan berpisah-berjauhanlah aku dengan si dia yang tercinta; kerana dia terus berada di U sedangkan aku adalah Cikgu di sebuah sekolah menengah di Perak. Sewaktu pertemuan terakhir aku dengannya di kampus dulu, menangis dia.

Ibu dan Ayah aku suruh aku kahwin cepat; dah ada gaji apa hendak tunggu-tunggu lagi; kata mereka. Pihak keluarga kekasih aku pula bersetuju. Hari perkahwinan pun ditetapkan iaitu dua minggu selepas Konvo. .... Persiapan pun dibuat; kad jemputan kawhin pun diedar/kirim.

Sehari sebelum konvo 11 Mei 1972 Ibuku kembali ke Rahmatullah kerana Ibu aku itu memang sudah lama juga sekejap sakit dan sekejap sihat.

Majlis konvo pada 12 Mei 1972. … Pemergian Ibu aku itu menyebabkan hati aku jadi tawar untuk menghadiri majlis konvokesyen itu… nak pergi ke taknak, nak pergi ke taknak, …. kerana Ibu sudah tiada; lebih-lebih lagi janji dulu bahawa Ibu dengan Ayahku hendak ikut, hendak tengok aku terima ijazah; tetapi bila Ibuku sudah tiada; tiba-tiba konvo itu bagi aku sudah menjadi tidak bermakna lagi. Namun Ayah aku kata: Kamu pergilah, ayah ni tak payah pergilah, sebab malam ni nak buat tahlil emak kamu… nanti ayah dapat tengok gambar saja pun, jadilah!

Apabila Ayah aku kata begitu, maka pergilah aku ke KL petang itu juga selepas selesai Ibuku selamat disemadikan; … Lagi pun sebuah kereta memang sudah siap aku sewa; dan anak-anak saudara aku Ja, Biah dan Harizah sajalah yang ikut pergi mengiringi aku, … kereta yang aku sewa itu dipandu oleh Kama, adik angkat aku kerana aku tidak boleh memandu disebabkan aku adalah seorang OKU.

Sampai saja di Sungkai, sebuah kereta merces dari arah Kuala Lumpur tiba-tiba makan jalan lalu melanggar kereta yang sedang kami naiki; pecah habis lampu di sebelah kanan, terkopak. Nasib baik kami tadak apa-apa, dan mujurlah lampu signal di sebelah kanan masih berfungsi. Tuan punya kereta merces itu kata jangan report police lalu dia beri Business Card-nya kepada aku dan minta kereta sewa yang kami pakai itu dibaiki di alamat yang ada di dalam Business Card-nya itu.

Tertera pada kad itu namanya seorang cina - General Manager Cycle & Carriage pada masa itu. Lega hati aku rasa kerana tentulah dia tidak tipu; aku bersangka baik. Kereta sewa yang kami naiki itu masih boleh berjalan pada malam itu kerana enjinya tidak rosak dan lampu sebelah kirinya tiada terjejas, bahkan signal sebelah kanan boleh digunakan. Sampai ke KL kami menginap di rumah sepupu aku di Datuk Keramat.

Pagi esoknya kami terus ke Universiti Malaya untuk aku ke Majlis Konvo. Di hadapan Dewan Tunku Canselor itu mata aku mencari-cari tunang aku, kekasih aku yang tercinta, tetapi anehnya tiada kelihatan. Bayangnya pun tiada…..
[Masa itu dalam tahun 1972 manalah ada HP, tidak ada.]

Hairan juga aku; tiada nampak-nampak pun si dia aku itu sedangkan dari awal-awal dulu lagi aku sudah tulis surat beritahu dia dan dia pula balas mengatakan bahawa dia akan tunggu di depan Dewan Tunku Cancelor itu, di hadapan Bank Bumiputra. Parah rasa hatiku ini kerana ketiadaannya…. Ke mana pula perginya? …..

Upacara konvo: beratur masuk ke Dewan, para graduan terus mengambil tempat sajalah … dengan hatiku sedih pilu aku duduk di kerusi …. Sudahlah kelmarin Ibuku pergi tiada akan kembali, tiba-tiba hari ini tunang aku pula tiada bersama-sama sebagaimana yang aku harapi dan dijanji untuk bertemu dengannya di sini.

Waktu nama aku diumumkan untuk giliran aku naik ke pentas menerima ijzah, air mata aku tidak dapat aku tahan-tahan, …. Sudahlah Ibuku tiada, Ayah juga tiada bersama; tunang yang dicintai pula tidak nampak pula mukanya, dia pergi entah ke mana.

Sufian Hashim (Tun Sufian - bekas Ketua Hakim Negara) selaku Pro-Canselor Universiti yang sampaikan skrol ijazah, … Bila aku bersalam dengannya, dia tanya aku: “Kak Wan ada datang sama?”….. Aku beritahu dia Ibuku itu sudah kembali ke Rahmatullah yesterday. Terperanjat dia! ….

Dia kata tak apa, nanti lepas saja selesai konvo ini kamu jumpa aku di dewan makan di sebelah belakang Dewan.
[Agak lama juga aku berdiri berada di atas pentas itu, sebab dia tanya: Ayah kamu datang ke? Ayah kamu sehat ke? Kamu sambung jadi cikgu ke? Kak Wan meninggal sakit apa? Berapa lama Kak Wan sakit? Kenapa tak bagi tahu aku yang Kak Wan sakit? ].

Selepas Majlis Konvo itu selesai, aku tunaikan janji pergi menemui Pak Pian, iaitu Tun Sufian itu adalah sepupu Ibuku. Aku bagi tahu guard yang menjaga pintu dewan di mana mereka siap sedia untuk makan itu, yang Hakim Sufian hendak jumpa aku. Dia buka pintu. Dan bila Pak Pian nampak saja aku lalu terus dia gamit aku. Aku pun pergi menghampirinya.

Orang-orang VIP yang menjadi tetamu di situ semua perhati tengok. …. Pak Pian seluk saku seluarnya lalu dia keluarkan dari dompetnya sekeping wang kertas RM500 (masa itu ada wang kertas RM500 masih diguna-pakai) dan dia terus bersalam dengan aku sambil dia beri wang itu. Katanya: Buatlah kenduri tahlil untuk Kak Wan. Sampaikan salam aku kat Abang ...( Ayah aku).

Di luar Dewan Tunku Canselor aku bertemu semula dengan anak-anak saudara aku dan juga Kama. Para graduan sebok bergambar. Mata aku ini mencari-cari.. Ke mana kau wahai kekasih, …. janji nak bertemu di sini, kata hati ini. Sambil bergambar dengan anak-anak saudara; aku terserempak dengan Siti Zaharah Ibrahim (kini Allahyarham), iaitu Pengarang di Utusan. Beliau ialah kakak kepada Abdul Khalid Ibrahim [sekarang Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim – MB Selangor] yang juga menghadiri konvo itu kerana dia juga turut menerima ijazahnya.

Aku mengenali Kak Siti Zaharah itu kerana semasa aku mahasiswa aku diberinya peluang mengendalikan dua ruangan dalam Utusan Pelajar, iaitu ruangan Kemusykilan Anda dan ruangan Tahukah Anda?. Semasa menjadi mahasiswa itu juga Abdul Khalid berjiran dengan aku di Tan Yew Lai Garden, di samping aku ini berjiran juga dengan A. Samad Said, Pengarang Berita Minggu.

Bergambarlah aku dengan rakan-rakan sekonvo termasuk Khalid Ibrahim yang diambil oleh jurugambar Utusan yang mengiringi Kak Siti Zaharah. ... Kak Siti Zaharah lihat wajah aku mosot saja, lalu dia tanya kenapa? Aku ceritalah habis - Ibuku sudah tiada, meninggal semalam. Terus saja dia minta juru gambar ambil gambar aku; dan gambar itulah esoknya terpampang di muka depan dalam Utusan Melayu (jawi) bertajuk "CERITA SEDIH SEORANG SISWAZAH", yang ceritanya hanya cerita mengenai kematian Ibuku sehari sebelum Majlis Konvo - itu saja. Dulu Konvo memang glamour.

Tunggu dan terus aku terkapar-kapar bagai kelemasan, seakan-akannya seperti mana yang dirintihkan dalam lirik lagu Merisik Khabar dendangan Sudirman itu, aku tertanya-tanya di hatiku ini: Ke manakah kau pergi wahai Normawati; kekasih hati; kenapa tiada kelihatan pula sehingga kini?... Risau amat melanda mengasak-ngasak hati aku, .... apakah yang sudah terjadi kepada diri tunangku itu.

Pada mulanya terlintas juga di hatiku ini, ingat juga nak pergi ke Fourth College (asrama) tempat dia menginap, nak jumpa; tetapi hatiku ini jadi merajuk pula; taknak pergi. Sampai ke-sudah aku menunggu bagai menunggu ara tidak bergetah; .....akhirnya melangkahlah kaki aku menuju ke kereta bersama-sama dengan anak-anak saudara aku dan juga Kama meninggalkan kampus; lalu terus pergi membawa hatiku ini yang parah terluka ke bengkel kereta untuk kereta itu diperbaiki, tetapi bukan pergi untuk hatiku yang remuk redam ini yang akan diperbaiki.
___________________

DI Bengkel membaiki kereta, cina tu kata 2 hari baru boleh siap. Harizah anak saudara aku terus gunakan public phone, dia telefon beritahu ayahnya (Abang ipar aku iaitu Abang Ti-an) bahawa kereta eksiden di Sungkai, kena baik 2 hari. Ayahnya itu seorang yang pekak badak. Sementara menunggu kereta siap kami terus menginap di rumah sepupu. Hari esoknya tiba-tiba Abang Ti-an datang menaiki kereta dengan 2 orang abang aku, Abang Usop dan Abang Pi. . Apa hal? ... Abang Usop menangis, dan Abang Ti-an juga menangis. Apa hal?

Terperanjat kami bila Abang Usop kata: Orang dah gali 2 lubang kubur, kata 2 dah mati kerana eksiden tu! Tanya kat Hospital Sungkai tak ada! Nak telefon tanya kat sini tak tahu nombornya kat rumah ni.

Abang Ti-an, iaitu abang ipar aku pula marah-marahkan anaknya Harizah; katanya: Belum sempat Ayah tanya, kamu dah letak telefon, kamu kata eksiden di Sungkai 2 dah mati!

Harizah kata: Bukan 2 dah mati, nak baik kereta tu kena 2 hari! Ayah tu yang pekak badak!

Bagi aku yang mendengar hal itu, tidak ada sedikit pun terasa hendak gelak, senyum pun aku tidak kerana hatiku hiba lantaran Ibu aku sudah tiada, .... tunang aku pula sudah entah ke mana!

Bersambung ........ ke No. 2.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Sep 05, 2009 5:00 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptyFri Aug 28, 2009 9:27 am

2.
Bagi aku yang mendengar hal itu, tidak ada sedikit pun terasa hendak ketawa, malah senyum pun aku tidak kerana hatiku hiba lantaran Ibu aku sudah tiada, .... tunang aku pula sudah entah ke mana!
__________________

APABILA kereta siap dibaiki, kami pun balik ke kampung. Sampai ke rumah dah petang, masih ramai juga orang yang menziarah ayah yang baru kematian Ibuku.

Belum sempat duduk di kerusi, ayah tanya macam mana boleh kata dua orang yang mati tu, orang dah korek dua lubang kubur? Anak saudra aku Harizah pun jelaskan kepada Atoknya itu, yang ayahnya itu selalu jadi macam itu. Katannya: Orang cakap lain dia dengar lain; pekak badak! .... Aku masih ingat lagi, aku kata kepadanya: Dahlah tu, tak baik kata ayah kamu macam tu! Benda nak terjadi nak buat camana!

Kak Angah, kakak aku yang tunggal dalam keluarga kami itu tanya aku pula: Macam mana dengan hal hendak buat kenduri kamu kahwin ni; emak baru sangat pergi? Tak seronok nak buat kenduri ni!

Aku kata kepadanya yang pergi dah tentu pergi, ... kita yang hidup lagi ni kenalah teruskan kehidupan, selagi hidup. ... Tetapi di hati aku sendiri yang sebenarnya rasa dilanda satu macam yang tidak tahu hendak aku gambarkan apabila tunang aku itu tidak aku temui semasa di majlis konvo itu, .... dan kini hinggakan hati aku terbawa-bawa pula balik ke rumah perasaan bercampur-baur rasa marah, rindu, cinta; sakit hati; dan juga rasa tidak apalah, kalau ada jodoh, adalah, tetapi kalau tidak ada hendak buat macam mana. .... Aku terima sajalah apa-apa pun!

Emak saudara aku yang seorang itu, yang aku panggil dia Mak Ngah, dia masih tidak balik ke rumahnya lagi selepas kematian Ibu aku itu. Dia adalah kakak Ayahku, yang sudah lama janda, dan dia pun sudah tua. Dia datang dan duduk di sebelah aku di sofa lalu berkata: Kamu janganlah marah ye! Ayam kamu banyak kami sembelih buat kenduri tahlil mak kamu!
Aku kata: Tak apalah tu! Tujuan bela ayam itu pun niat memang nak buat lauk kenduri! Memang, aku ada banyak memelihara ayam di belakang rumah, ada lebih kurang 130 ekor ayam, jenis ayam kampung; yang mana makanannya aku buat sendiri dari ubi kayu.

Esoknya di sebelah petag balik dari sekolah, aku terus ke bandar kerana hendak mengambil baju melayu yang aku tempah tiga pasang dan juga sepasang baju melayu songket perempuan aku tempah, ditempah sama jenis kain dan warnanya untuk dipakai oleh bakal isteri aku pada hari perkahwinan kami berdua.

Apabila balik ke rumah dari bandar itu, sampai saja aku ke rumah dengan menjinjing dua tiga beg kertas berisi pakaian yang telah siap itu, aku lihat kakak aku menangis, dan Ayah aku pula duduk termenung menyandar saja di sofa. Aku tanya mereka, kenapa...?

Kakak aku kata: Malu kita, ni surat, kamu bacalah sendiri!

Aku pun ambil surat itu dan membacanya, .... surat itu datang daripada ayah tunang aku, pendek saja mesejnya iaitu memohon maaf terpaksa dibatalkan perkahwinan aku dengan anaknya.

Surat itu dialamatkan kepada ayahku. Alasannya ialah tunang aku telah pun buat keputusan muktamad bahawa dia tidak mahu kahwin dengan aku. Dalam surat itu juga disebutkan juga bahawa pihaknya akan mengembalikan wang hantaran, dan segala benda yang sebelum ini pihak aku telah berikan semasa majlis bertunang dulu.

Tersandar aku di sofa apabila membaca surat itu. Patutlah aku tunggu di majlis konvo bagaikan menunggu ara tak bergetah! Semakin parah hati aku. Tetapi aku telah dididik oleh ayah yang mengajar Ilmu Tasawuf di kampungku itu bahawa apa-apa jua yang terjadi adalah Ujian Daripada Allah. Terima sajalah dengan redha! Yang pentng mesti dijaga, kawal diri sendiri jangan ada apa jua kesalahan adalah daripada pihak aku yang melakukannya! Itulah pesan Ayah, pesanan yang sentiasa dapat mendamaikan hati aku yang sekeping ini.

Walau bagaimana pun, baju melayu dan sepasang pakaian songket berserta sampinnya, dan pakaian untuk si dia yang ada dalam beg-beg kertas yang baru aku ambil di bandar itu tadi, aku lemparkan melalui tingkap ke tanah. Aku menagis juga teresak-esak. Dalam hatiku ini memulas-mulas pertanyaan: Apakah salah aku? Apakah salah aku dibuat aku begini? .....

Tiba-tiba, bagaikan Ayah aku tahu apa yang ada dalam hati anaknya ini lalu dia berkata kepadaku, di mana kata-katanya itu aku masih ingat lagi: Dahlah tu! Jodoh bukan di tangan kita! Ingat pesan Ayah, kita ada Tuhan! Selain itu, kita ni tak ada apa-apa pun. Yang ada hanya Dia saja! Ingat, jangan sekali-kali kamu lupa!

Kakak aku pula berkata: Tapi ayah, kita dah jemput orang, kad jemputan kahwin pun tentu ramai orang yang dah terima, nak buat camana?

Ayah kata: Kita buatlah juga kenduri, bukannya salah buat keduri berkumpul dengan adik-beradik yang dekat, ... dari yang jauh datang!

Aku terus bangun lalu masuk ke kamar aku, kemudian mandi, ... terus aku dirikan solat Zohor – sudah agak lewat. Aku tidak tahu kenapa dalam setiap sujud, aku menangis teresak-esak menjadikan setiap sujudku jadi lama... Aku mengadu kepada-Mu ya Allah!........ Dan Dalam sujud itu, juga aku berdoa:
©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Doa

Bersambung ........ ke No. 3.

.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Sep 05, 2009 5:01 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptyFri Aug 28, 2009 9:31 am

3.
Aku terus bangun lalu masuk ke kamar aku, kemudian mandi, ... terus aku dirikan solat Zohor – sudah agak lewat. Aku tidak tahu kenapa dalam setiap sujud, aku menangis teresak-esak menjadikan setiap sujudku jadi lama... Aku mengadu kepada-Mu ya Allah!........ Dan Dalam sujud itu, juga aku berdoa:
©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Doa
____________________________________________

TIDAK beberapa lama selepas menangis sepuas-puasnya; ada 15 orang bebudak Tingkatan 5 di kampung aku datang; sebagai rutin biasa sebelum ini ke rumah pun mereka datang kendak belajar, kerana aku berikan kelas tambahan percuma di ruang tamu di rumah aku. Ruang tamu rumah aku itu memang ayah bina adalah cukup luas sebab dia juga mengajar murid-muridnya, iaitu orang-orang kampung; juga datang belajar setiap malam berguru dengan ayahku itu.

Untuk tidak menghampakan bebudak itu, aku mengajarlah selama sejam lebih kurang. Sebelum kelas tambahan itu berakhir, sempat aku tanya mereka: Sebagai anak, kamu selalukah atau tidak doakan untuk emak-ayah kamu dengan doa apa-apa?

Tiada siapa pun yang menjawab, melainkan mereka hanya terpinga-pinga memandang aku dan mereka juga memandang antara satu sama lain, sambil tersengih-sengh, macam malu; ada yang macam nak sorokkan diri takut disuruh bacakan doa; tidak boleh hendak bacakan.

Tidak mahu membuang masa, maka aku pun menyuara-ungkapkanlah doa itu agar mereka mendengarnya empat-lima kali: Allaahummaghfirlii waliwaalidayya warhamhumaa kamaa rabayaanii soghiira...

Ayah aku yang biasanya selalu duduk di sofa melihat aku mengajar sebagai rutinnya juga, terus bangun dari sofa, lalu menghampiri ke papan kapur dan mengambil sebatang kapur tulis; terus menuliskan ayat doa tersebut di papan kapur; siap dengan baris atas bawah depan serta sabdunya sekali:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Lantas Ayahku minta bebeudak itu semua menyalinnya.

Ayah pun ambil alih mengajar bebudak itu doa tersebut dengan maknanya dalam bahasa Melayu serta tafsirannya sekali ......... Aku pun terus mengundurkan diri untuk melayani hati aku yang sekeping ini, ... pergi mengadu kepada Allah di kamar sepiku, iaitu sebuah kamarku yang aku rasakan bagaikan sudah tiada mempunyai apa-apa erti lagi.

Sebelah malamnya hari itu juga, bapa saudara aku, Ayah Alang (adik ayah aku) datang menziarah. Apabila ayah ceritakan halnya kepada Ayah Alang dan isterinya serta seorang anaknya Hasnan di hadapan kami semua mengenai pembatalan perkahwinan aku itu; wah melentinglah dia. Katanya: Ini tak boleh jadi ni! Kita mesti saman orang sebelah sana! Kita boleh tuntut ganti rugi, kita buat saman malu di mahkamah!

Ayah aku kata: Nak buat apa saman-saman! Kamu nak saman Tuhan ke?

Ayah Alang menjawab: Itulah gunanya law, kita ada undang-undang boleh tuntut ganti-rugi. Apa guna mahkamah? Apa guna lawyer di dunia ini!?

Ayah jawab: Kamu ni, bercakap macam orang tak berilmu, pakai pengetahuan saja, itulah jadinya! Tuhan suruh kita solat, bukan suruh kita sembahyang. Haiii, memandanglah hati tu sikit, kewujudan Allah. Tergamak kamu nak saman Tuhan? Orang tu bukannya kaya pun nak kamu saman ganti rugi. Lebih baik kita semua minta pada Dia!

Ayah Alang aku pun terus terdiam - membisu! Bagaikan baru dia sedar bahawa Abangnya itu adalah gurunya juga.

Anaknya yang juga merupakan sepupu aku turut sama ada pada malam itu tiba-tiba terus mencelah dengan suaranya yang meninggi: Diaorang tu bukan Tuhan Pak Long! Diorang tu manusia macam kita! Kenapa pula kita tak boleh saman?

Aku terkejut mendengar kata-kata sepupu aku itu. Nampak benar dia juga turut sama rasa marah! Bagaikan dia tahu bagaimana seksanya hati aku yang hanya sekeping ini, ... senang-senang saja boleh dibuat orang bagaikan aku ini tiada harga diri, bila sudah lulus pengajian di universiti pun; masih boleh dibuat orang bagaikan aku ini adalah jambatan buruk yang telah disebarangi; lantas ditinggalkan pergi, tidak memandang ke belakang lagi! [Memang betullah sekarang ini adanya lagu Aku Jambatan Buat Mu .... nyanyian oleh Kumpulan Pelangi itu]

Mak Alang, isteri Ayah Alang aku menegur Hasnan, anaknnya: Heh, kamu tak faham cakap orang, jangan campur! Kamu belum "menuntut", apa kamu tahu? ...

Sepupu aku itu diam, tersengih. Dia baru berusia 16 tahun, Tingkatan 4 Sekolah Menengah, dia belum lagi tahu apa yang ayah aku itu maksudkan.

Ayah Alang bangun menghampiri aku lalu duduk di sebelah aku di sofa. Dia tanya aku: Camana? Beginilah! Aku fikir supaya kita seluruh keluarga tak malu sangat nanti, hari kenduri pun dah dekat sangat ni....; kita mesti cari juga pengganti betina tu! Kamu mesti kahwin juga pada hari kenduri tu nanti! Kamu anak jantan! Kamu bukan koman, dah lulus universiti, gaji tentu tinggi dari dulu, mesti ada orang nakkan kamu! Esok lepas sekolah jom ikut aku, kita pergi tengok anak dara kawan aku di.... ! Jangan kamu taknak ikut aku pulak; Kalau kamu taknak ikut aku, h'ah, aku tak mahu lagi campor hal hidup-mati kamu nanti!....

Keesokan harinya apabila aku sampai ke rumah, Ayah Alang dan Mak Alang sudah pun menunggu di rumah aku dengan keretanya. Aku menjadi seperti orang bingung, serba salah; lulu aku ikut sajalah sebagaimana yang Ayahku selalu ungkapkan kepada murid-muridnya yang aku selalu dengari: "Tuhan Beradun" [Bahasa orang di kampungku yang maksudnya: "Kalau sudah tak tahu nak buat apa-apa' serah segala-galanya kepada Allah yang Menentukannya!"].

Selepas mandi dan solat Zohor, makan; aku pun ikut saja Ayah Alang dan Mak Alang. Ayah Alang minta ayah aku ikut sama, tetapi ayah kata: Tak apalah, kamu pergilah! Kamu pun aku jugak! Aku pun kamu jugak!

Dalam hatiku ini jadi satu macam pula... tertanya-tanya... lawa ke orang yang nak pergi ditengok itu.. Kalaulah emak ada, tak tahulah apa jadi... Tetapi emak sudah tiada...., emak sudia bersemadi di pusara.... Teringatkan Ibuku, hati aku berkata: Allaahummaghfirlii waliwaalidayya warhamhumaa kamaa rabayaanii soghiira....

Di hati aku terus bercampur-baur teringatkan kekasih yang telah membatalkan perkahwinan,... nak ke mana pula Ayah Alang ajak ni... dan membayangkannya bagaimanalah emak di dalam pusara.
Hati lebih banyak ingatkan emak. Bila ingat saja emak terkeluarlah dari mulut in sendiri-sendiri tidak dipaksa-paksai: Allaahummaghfirlii waliwaalidayya warhamhumaa kamaa rabayaanii soghiira...

Itulah yang aku wiridkan sepanjang perjalanan yang aku sendiri tidak tahu entah ke kampung mana yang hendak dituju itu. Jika tidak ada orang lain, aku bersuara mewiridkannya, bagaikan menyanyi-nyanyi; dengan suara yang antara dengar dengan tidak; tetapi jika ada orang yang aku segani; aku wiridkan dalam hati!

Entah apa nama kampung yang ditujui itu, Mak Alang dan Ayah Alang pun tak mahu cakap, kerana apabila ditanya, jawab mereka: Jangan tanya! Ikut saja! Ayah Alang aku berulang kali kata: Kamu tengoklah nanti, macam hindustan, sepuluh kali lebih lawa daripada betina itu.

Mendengar kata-kata Ayah Alang itu, seram bulu ruma, lantas aku katan: Ayah Alang, tak baik kata macam tu! .. Sebab jauh di lubuk hati aku ini, aku masih mencintai tunang aku itu... sekali pun diriku ini tidak diingi olehnya.

Sepanjang perjalanan hendak pergi tengok anak dara orang itu, dalam kereta, itulah doa yang aku tak henti-henti wiridkan; sehingga dapat didengar oleh Ayah Alang dan Mak Alang.

Mak Alang kata: Kamu ni asyik berdoa saja.... Sayang benar kamu kat emak dengan ayah kamu tu ye?

Ayah Alang menyampuk: Hai, emak-ayah! Siapa yang tak sayang...?

Bengkak rasanya hati dan dada aku ini menahan sebak mendengar Ayah Alang kata begitu. ....

Lajunya kereta Ayah Alang bawa, satu jam dah sampai.... di hadapan rumah entah siapa yang aku tidak kenali... ! Tetapi akhirnya aku tahu juga nama kampung itu. Di hati ini: Ah, lawakah orangnya yang nak ditengok ni, ... hati tertanya-tanya sendiri; dan terus tertanya-tanya apabila turun dari kereta ... dan disambut oleh orang yang aku tak kenali....

Di hatiku berkata: Kalaulah emak ada! ..... .....emak pun dapat tengok sama. Tapi emak dah tak ada... Emak..... Ayah pun tak ikut sama nak tengok..... Emak, Ayah... .
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Bersambung ........ ke No. 4.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Sep 05, 2009 5:08 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan.   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Aug 29, 2009 7:06 am

4.
4.
Di hatiku berkata: Kalaulah emak ada! ..... .....emak pun dapat tengok sama. Tapi emak dah tak ada... Emak..... Ayah pun tak ikut sama nak tengok..... Emak, Ayah... .
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
____________________________________________

MATAKU ni mencari-cari juga kiranya ternampak anak dara orang itu, teatpi tak ada nampak pun! Lawakah orangnya, bertanya di hati sendiri; tetapi tak ada siapa yang menjawabnya!

Kami dijemput naik ke rumah, nampaknya biasa saja rumah orang kampung; tetapi bagaikan orang berada juga jika di lihat perkakas yang dalam rumahnya di ruang tamu. Di dinding ada gambar Dato' Asri (Pemimpin PAS) ketika itu.

Dalam hati ni dah bersangka, ini mesti orang PAS! Ah, risau pula melintas di hati, sebab Abang Chik orang kuat UMNO. Haru...! Abang aku yang ini masih belum kahwin lagi walau pun usianya dah 34 tahun, sebuk dengan UMNO-nya, mewah menyebedang, kata orang Perak; tetapi dalam pada itu tak pula ada nak bagi ayah dengan emak duit mewah-mewah banyak! Why?

Ayah Alang dengan Mak Alang bersembang sakan dengan tuan rumah suami isteri. Aku ni gelisah tak juga habis-habis, hati tertanya-tanya mana anak orang ni, lawa sangat ke yang Ayah Alangaku ni bawa aku ni ke sini! ....

Tak lama kemudian datanglah gadis melangkah ayu, di tangannya membawa air dan kueh untuk kami. Hahhh, lawa, kulit putih melepak, macam emaknya juga, hidung mancung; betul Ayah Alang kata macam Hindustan! Hati teringat pada arwah emak aku, kalau emakku ada, tentu dia juga berkenan! Ayah pun tentu berkenan. Emak... dah tak ada. Dalam hatiku hanya berkata berdoa jua: Emak, ayah...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Anak dara itu datang! Nampak saja aku, terus saja dia berkata: "Ah... la.. lama kita tak jumpa! Ingat tak masa kita main pondok-pondok kekecik dulu?”....Aku tergamam! ... “Manalah nak ingat, kan? Orang dah lulus U, gambar pun keluar kat akhbar; cuma nama saja yang saya tengok baca beritanya. Tak tulis cerpen lagi ke?", tanyanya. Aku jadi tersipu-sipu.

Alahai rupanya dia mengenali aku, tetapi aku yang sudah dah lupa, bila dan di mana. Kepada ayah dan emaknya dia kata: "Nilah ayah, mak; yang gambar keluar kat Utusan tu....!”… Emak dan ayahnya nampak macam senang hati saja! Ada chance... bisik hati aku!

Rupa-rupanya dia adalah kawan satu sekolah dulu… Barulah aku ingat semula waktu aku Darjah 5, dia darjah 3, duduk kat kampung; dia dipelihara oleh atuknya sewaktu ayahnya menjadi tentera.

Memang kami pernah ada main-main pondok dengan kekawan lain; selalu mengusiknya, dan antara kami berdua selalu bertukar-tukar kertas yang kami saling tulis balas-membalas ialah seperti: "HACKS", "ITALY", "HOLLAND" dan lain-lain lagi, semasa di zaman bebudak dulu.

HACKS maknanya "Harap Adik Cinta Kat Saya"; kalau dia pula yang tulis maksudnya "Harap Abang Cinta Kat Saya". Jika tulis ITALY maksudnya I Trust And Love You; dan kalau HOLLAND pula maksudnya: Hope Our Love Lasts And Never Die.

Tetapi tak lama kerana atuknya sekluarga pindah entah ke mana; tak tahulah apa pula sebabnya mereka pindah; dah tak ingat aku; cuma yang masih aku ingati, tanah dan rumah yang mereka duduk itu, orang beli.

Aku masih ingat lagi buat kali terakhir kami berjumpa, bila dia beri tahu aku dia nak pindah, nak pergi jauh, ... mengalir air matanya. Aku pula rasa sedih sangat juga, tetapi entahlah... fikir-fikir pula pada masa itu, nak sedih buat apa, pindah, pindahlah! Itulah masa zaman bebudak lagi, memang tahu makna cinta, tetapi cinta yang tak tahu bagaimana nak berfungsi.

Dia meletakkan hidangan, lalu terus duduk di sebelah emaknya. Emaknya tanya dia: Kenal tak? Dia jawab: Kenal.. Tadi dah tegur-sapa dah, kenal le! Dulu main sama-sama. Ingat dah tak jumpa-jumpa dah! Jumpa jugak!

Mak Alang aku terus mengusiknya: Zaharah nak tak kawin ngan Bongsu ni? … Tapi takkan kamu nak kut, maklumlah, kakicnya cacat tak macam kaki orang lain, macam kaki boy flen kamu tu, kan?

"Alaaaa, macik ni, manalah aku ada boy friend! Tak adalah!", jawabnya. Eih, hati aku berkata: Buat apalah Mak Alang ni cakap macam tu, buat malu saja! Kemudian Ayah Alang bagaikan tahu perasaan aku lalu berkata: "Kami ni dengan tuan rumah ni Bongsu, kami dah kenal lama, dah macam adik-berdaik!....”. Lega hati aku! ... ada chance..., kata hati!

"Habis, kalau dah tak ada flend-flend tu, kamu mahu le, ye?", tanya Mak Alang. Ayah Alang pula tanya emkanya: "Boleh kuttt kita berbesan, kan?"

Wah, mendenar kata Ayah Alang itu sidia terus bangun senyum-senyum malu, bergegas terus pergi masuk ke dalam bilik.

Ayah Alang mula buka bicara secara serius. Bincang punya bincang; aku pula kerisauan di hati sekiranya sidia taknak, kaki aku ini cacat kerana sejak berusia 2 tahun usiaku lagi, akibat aku kena demam panas diserang poliomilitis, menjadikan kaki kanan aku kecil sebelah, berjalan pun terdengkut-dengkut.

Aku ni kira-kira OKU-lah tapi aku boleh panjat pokok masa bebudak dulu, pergi curi buah mempelam pak saudara. Tetapi taklah teruk sangat kerana aku boleh berlari, dan boleh main bola semasa bebudak dulu. Cuma yang selalu aku kalah ialah tentang mengorat. .... Payah nak dapat.

Bila dah jadi cikgu, barulah sidia (yang dah batalkan perkahwinan itu) mahu menerima diriku ini bercinta sakan. Tetapi... menjadi sudah menjadi kenyataan pula bahawa aku adalah bukan insan yang mahu dia terima akhirnya. Jodoh tak ada, .. dan aku selalu ingat kata ayah itu! Kita ni tak ada apa-apa, yang ada hanya Dia, kata Ayah!

Aku rasa lega , apabila emak dan ayahnya kata bahawa di pihak mereka tak jadi hal, tiada halangan; .... nanti kena tanyalah dulu tuan punya badan.

Ayahnya minta emaknya pergi tanya. Emaknya bangun masuk ke bilik. Agak lama juga aku tunggu, aku tengok jam berulang kali, tetapi tak sampai pun 5 minit, rasa lama sungguh menunggu. Betul kata orang menunggu itu adalah satu seksaan.

Emaknya keluar dari bilik dengan senyum simpulnya. …… Dia datang.. dengan senyum simpulnya...!

Bersambung ........ ke No. 5.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Sep 05, 2009 5:12 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan.   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Aug 29, 2009 7:08 am

5.
Emaknya keluar dari bilik dengan senyum simpulnya. Dia datang.. dengan senyum simpulnya...!
___________________________

EMAKNYA itu memandang aku dan hati aku menjadi gelisah. Emaknya terus duduk di sofa di sisi suaminya.

Mak Alang bagaikan tak sabar, bertanya: "Camana, harap-harap biarlah bulan jatuh ke riba!"

Emaknya senyum dan menjawab: "Mintak maaflah ... Saya pun tak reti nak kata apa. Kita tanya dia, tapi dia pulak suruh saya tanya balik, .... Susah saya nak sebutkan, minta maaflah!"

Wah, hati aku bergelora. Habislah peluang aku... malu, sungguh, …. malu orang tak terima. Aku tahu, kakiku cacat, tak akan ada siapa pun yang bulor nak berlakikan aku ni... Emak, ayah, kenapa begini..Bongsu tak minta kaki Bongsu ni cacat, emak, ayah... hatiku menangis…

Dan aku pun menundukkan kepala merenung karpet di lantai. Di hati aku ingat kepada emak dan ayah... Emak, ayah...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

"Apa dia?", Mak Alang bertanya. Emaknya tak menjawab. Aku sempat angkat sikit muka aku untuk dapat melihat wajah emaknya. Masih juga dia senyum ....., aku hairan pula. Aku jadi bingung! Apakah ini yang dikatakan "Antara Senyum dan Tangis"; iaitu sebuah jodol filem Melayu keluaran tahun 50han yang pernah aku tontoni dulu; di mana bagaikan emaknya terus saja senyum begitu, tetapi hati aku nanti akan terus menangis apabila turun dari rumah itu untuk kembali ke rimah aku....

Suasana jadi sepi ... sepi bagaikan di pusara, walau pun di halaman rumah itu tadi aku ada lihat tadi ada banyaknya bunga mawar yang indah warnanya yang berbagai-bagai; .... namun hati aku muram durja. Teringat aku senikata lagu Di Ambang Senja yang dinyanyikan oleh Aziz Jaafar begitu.

"Minta maaflah...!", emaknya menyambung. "Saya pun tak berapa faham budak-budak sekarang ni. Tuan punya badan pulak yang mintakan jawapan di sana....Bongsu…!", kata emaknya lagi.

"Apa dia? Tanyalahlah apa-apa pun, di sini boleh jawab kut, dah lulus universiti, takkanlah tak boleh nak jawab!", sambut Mak Alang aku dengan penuh yakin, bagaikan dirinya yang tahu apakah yang hendak dijawab. Ayah Alang diam membisu, menunggu. Ayahnya juga begitu.

"Gini h'a... Dia tanya, Bongsu tu suka ke gula-gula HACKS? Kalau suka, barulah Zaarah tu setuju, suka….", emaknya tanya aku.

Terkejut aku apabila ayahnya menyampuk kuat: "Nanar sungguh budak ni! Nak buat apa gula HACKS, di kedai nun melambak ada! Beli sendiri la..!"

Mak Alang dapat aku lihat wajahnya apabila aku angkat kepala aku, kelihatan jadi macam orang bingung, terpinga-pinga. Ayah Alang aku terus membisu. Hanya tarikan nafasnya panjang-panjang yang aku dapat dengar sebab dia duduk di sebelah aku. Wajah-wajah mereka kelihatan bagaikan diperbodokan, jadi risau pula aku.

"Bongsu suka ke gula-gula HACKS tu?", emaknya mengulang-tanya. Aku hanya senyum, tetapi aku turus tunduk merenung karpet di lantai. Di hatiku... Yahooo... الْحَمْدُ للّهِ Yabedabedooo!

"Tak munasabah dik akal bebudak ni!", sanggah ayahnya. "Buat memain pulak!", sambungnya lagi.

"Tak apalah... Biar aku ke kedai sekejap belikan HACKS tu!", sampuk Ayah Alang aku sambil dia hendak bangun pergi ke kedai. Aku tarik dia supaya dia duduk semula.

"Kamu pun, jawablah saja. Suka ke tak suka!", Mak Alang aku bagaikan merayu kepada aku.

"Suka sangat!", akhirnya aku menjawab, lalu memandang ke wajah ibunya yang masih senyum-senyum manis.

"Ada lagi dia minta Makcik tanya ni!", jawab emaknya. "Dia kata suka tak pergi ke...eih susah nak sebut eh! Apa ke namanya dia sebut tadi. Nanti sekejap ye!", lalu emaknya bagun terus pergi ke bilik di mana anaknya itu berada, terus saja menolak daun pintu. Tidak berapa kedengaran perbualan dua beranak itu.

Dari pintu itu juga emaknya berkata: "Ni h'aa, suka tak ke HOLLAND?", tanya emkanya. Mendengar pertanyaan itu maka di hati aku... yahooo sekali lagi الْحَمْدُ للّهِ . Teringat Ibuku di pusara. Doa Ibuku... makbul, dan doa ayah aku juga....Emak..., ayah!
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

"Hai, sampai nak ke Belanda nun berbulan madunya! Sanggupkah kamu?", tanya Ayah Alang kepada aku.

Aku menjawab: "Suka sangat ke HOLLAD tu!", dan sekali lagi aku memandang wajah emaknya dengan senyuman, yang semuga hendaknya Allah sahajalah yang menerima bahawa senyuman aku itu nilainya adalah sedekah daripada aku untuknya!

"Kalau dah HACKS suka, ke HOLLAND pun suka, tuan punya badan kata dia setujulah. Dia kata ikut emak dengan ayahlah..!", ujar emaknya, senyum dan terus senyum.

Aku lihat Mak Alang terpinga-pinga. Ayah Alang pun begitu juga. Ayahnya pula bagaikan serba salah di wajahnya. Dalam hati aku bagaikan nak bergegar hendak ketawa; tetapi risau pula ktawa, nanti dianggap sebagai orang gila, ketawa tak fasal-fasal begitu kerana mereka tidak tahu...

"Kalau dah begitu, kita ni dari segi agama, apabila anak-anak dah berhajat nak kahwin, jangan pula kita tangguhkan!", akhirnya ayahnya bersuara sambil memandang kepada Ayah Alang. "Kita langsungkanlah Ahad satu lagi nanti. Nak tangguh-tangguh buat apa, perkara yang baik!", sambung ayahnya lagi.

"Elok sangat tu, kawan…!", terpa Ayah Alang aku. “Aku ni pun dalam hati memang berhajat sangat kita langsungkan xcepat… Eloklah pula kawan sendiri yang minta cepatkan tu…”, kata Ayah Alang aku. Mak Alang aku lihat dia bagaikan bersyukur, senang hati benar nampaknya dia apabila keputusannya sudah begitu pula. …

Memang itulah hajat kami, dapatlah juga dilangsungkan perkahwinan aku yang hari dan tarikhnya yang sepatutnya dilangsungkan dengan Normawati itu tetapi sudah tiada entah ke mana pula dia; yang ada hanya sepucuk surat membatalkan perkahwinan aku dengnnya saja.

"Kita sekalikanlah dengan kenduri kahwin Ahad depan ni! Ehhh, ada ke terima kad jemputan, aku kirim kat awak?", tanya ayah Zaharah kepada Ayah Alang.

"Tak ada pulak lagi!", jawab Ayah Alang. "Hai, baru hari ni kita putuskan nak buat kenduri kahwin diorang, awak dah hantar kad jemputan awal-awal?", tanya Ayah Alang aku, kehairanan.

"Yaaaa! Dah hantar kad tu. Aku yang poskan!", jawab ayahnya. "Kami nak kenduri nyambut menantu, anak sulung kami kawin hari Ahad depan satu lagi ni. Tu sebab aku kata, kita cepat langsungkan Zaharaah dengan Bongsu, senang!", sambung ayahnya.

Aku lihat Mak Alang dan Ayah Alang kedua-duanya gelisah. Dugaan aku tentu mereka risau sama ada diri akuini ada duitkah atau tidak untuk dijadikan sebagai hantaran. Berapa ribu, belum tahu lagi tu!

Ayah Alang terus bertanya ayahnya: "Ni, eloklah aku nak tanya saja berterus terang sekarang. Kita ni dah berkawan lama dah macam adik-berdaik. Berapa hantarnnya?"

Ayahnya jawab: "Alahai... Yang penting tu nikahnya, ijab-kabulnya; bukan hantarannya!".

Ayah Alang aku bertanya: "Seribu serba satu, boleh ke?".

"Nak buat apa seribu serba satu? Lima ratus udah le. Lagi pun dah nak buat kenduri juga, dah siap pun; lembu dah dua ekor, ada kat belakang rumah tu! Tak payahlah seribu serba satu!", jawab ayahnya lagi.

Mendengar kenyataan ayahnya itu, hati aku nak terus dirikan solat syukur, tetapi bagaimana di rumah orang, .... camana, ... lagi pun aku tak biasa di situ! Di hatiku yang sekeping ini yang ada hanyalah mengucapkan...الْحَمْدُ للّهِ..., Emak, ayah...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Bersambung ........ ke No. 6.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Sep 05, 2009 5:18 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan.   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Aug 29, 2009 7:12 am

6.
Mendengar kenyataan ayahnya itu, hati aku nak terus dirikan solat syukur, tetapi bagaimana di rumah orang, .... camana, ... lagi pun aku tak biasa di situ! Di hatiku yang sekeping ini yang ada hanyalah mengucapkan...الْحَمْدُ للّهِ..., Emak, ayah...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
_______________________________________________________

"KALAU macam itu, kita buat majlis bertunang buat sebelah pagi hari kenduri tu le, ye?", Mak Alang bertanya.

"Tak payahlah, ini kita bincang ni pun dah... dah macam majlis bertunanglah ni!", jawab ayahnya.

"Eh... tak boleh macam tu! Kenalah buat juga, anak kita tu, itu la saja pompuan sorang, bang!", ujar emakanya; tetapi dia tetap senyum juga memanjang. Di hati aku, Aduhhh bertuahnya aku dapat bakal ibu mertua yang hanya senyum saja memanjang.. Patulah aku lihat wajah bakal ayah mertua aku itu kelihatan muda.

"Takjadi masalah hal majlis bertunang tu, kami bawaklah nanti apa-apa ikut adat buat majlis tu!", jawab Mak Alang, sambil memandang kepada aku. Di hati aku, ... yahooo!
... الْحَمْدُ للّهِ, sebab aku tahu bab menyediakan hantaran pertunangan, Mak Alang memang pakar di kampungku.

Tiba-tiba aku lihat sidia aku yang baru itu keluar dari biliknya berjalan terus hala menuju ke ruang dapur rumahnya. Emaknya tanya, nak ke mana tu?

Sidia aku itu menjawab dengan senyuman kepada aku, sebuah senyuman yang aku rasa paling ikhlas yang aku nikmati di dunia ini, paling manis sekali. Lalu katanya: "Nak ke kedai sekejap! Nak beli HACKS!".

Ayahnya ketawa berdekah-dekah. Terkejut aku mendengar suaranya ketawa begitu, kuat! Cepat balik, kata emaknya kepada anaknya itu.

Ayah Alang kata: “Kalau dah begitu, kami nak minta dirilah. Elok juga aku beri wang hantaran lima ratus ringgit tu sekarang juga,” dan Ayah Alang pun menyeluk saku seluarnya nak keluarkan dompetnya. Lalu aku kata, aku ada duitnya! Aku pun keluarkan duit not lima ratus ringgit yang ada dalam dompet aku, iaitu duit yang Pak Pian (Hakim Suffian Hashim) berikan kepada aku semasa konvo dulu untuk digunakan buat kenduri tahlil untuk arwah Ibuku. ... Aku memang nawaitukan aku mesti ganti duit itu sebab dalam bank duit aku ada.

Aku pun hulurkan not lima ratus itu kepada Ayah Alang aku dan beliau pula hulurkan kepada ayah Zaharah dengan lafaz pemberian sebagai wang hantaran kerana Allah dan lafaz diterima oleh ayah Zaharah dengan kerana Allah.

Ayah Alang aku tanya pula: "Emas kahwinya tu pula berapa?". Ayahnya menjawab: "Al-Quran sebiji, mengenai duit tu, kita ikut macam biasa kita di sini sajalah, dua puluh satu ringgit!".

Bahagianya hati aku! Teringat sangat di hati ini bagaikan dilanda-landa supaya aku cepat dirikan solat sunat syukur dan solat asar. Rasa tak segan silu pula aku jadinya, maka aku pun mohon izin nak tumpang dirikan solat. Aku dipersilakan.

Ayah Alang, Mak Alang dan kedua-dua bakal mertua aku terus bersembang dengan ayah sidia aku yang baru itu. Emaknya membentangkan sejadah dan memberikan sehelai tuala dan sehelai sarung sambil melemparkan senyumannya yang paling manis sekali aku rasakan kepada aku.

Aku pergi mengambil wuduk dan mendirikan solat sunat syukur. Selepas saja aku memberi salam, aku nak tunaikan pula solat Asar. Ayah sidia aku itu kata: "Mari kita solat berjemaahlah!". Lantas kami pun solat Wusta bertiga, dan alamak aku diminta menjadi imam. الْحَمْدُ للّهِ …. Tetapi aku katakan kepadanya:Lebih afdal kalau Pakcik jadi imam, .. lagi pun Pakcik sempurna, sedangkan aku ni kaki cacat…. Dia pun jadi imam.

Selesai solat, kami kembali ke sofa. Di atas meja, sudah ada goreng pisang dan kueh serikaya serta miuman milo dalam cawan terhidang. dalam sebiji piring pula dipenuhi dengan gula-gula HACKS. Hanya Mak Alang saja yang ada di situ. Ayah Alang dan bakal ayah mertua aku masih bersembang duduk di sejadah.

Aku pun ambil 3 biji gula-gula HACKS itu dan masukkan ke saku seluar aku. Mak Alang yang melihat, menggeleng-gelengkan kepalanya. "Kamu ni Bongsu macam bebudak lagi! Suka benor kamu HACKS tu ye. Menyampah aku!", perli Mak Alang aku.

Ayah Alang meminta diri, untuk kami balik. Kedua-dua bakal mertua aku dan sidia aku yang baru itu turut mengiringi kami ke kereta. Sebelum berpisah kami bersalaman. Dan terakhir aku sempat berkata sesuatu kepada sidia aku itu.

Sebelum melangkah masuk ke dalam kereta, aku selok saku seluar aku mengambil gula-gula HACKS yang 3 biji tadi, lalu aku berikan kepada Zaharah dengan membilang... Satu untuk Abang, satu untuk sayang, dan yang satu lagi ini untuk emak dan ayah abang, dan emak dan ayah sayang…..!

Dalam perjanalan balik, Ayah Alang dan Mak Alang macam-macam boraknya, … tanya aku berkali-kali mengenai hal gula-gula HACKS itu tadi. Aku buat dalih itu dan ini. Rahsia, kata aku nak tutupkan pertanyaan mereka. Ayah Alang tak habis-habis juga menyatakan mujurlah itu dan mujurlah ini: Kalau tidak, haiii; malulah kita buat kenduri tetapi kamu tak kahwin. Selamat satu bab.

Mujurlah kebetulan tarikh majlis kenduri yang sepatutnya aku kahwin dengan Normawati yang entah ke mana itu adalah sama dengan tarikh yang bakal ayah mertua aku tadi cadangkan. الْحَمْدُ للّهِ .

Terasa sekejap saja sudah sampai ke rumah... Ehhh siapa pula yang datang tu, tanya Ayah Alang kepada aku. Ada kereta depan rumah tu, katanya. Tak kenal pulak kereta siapa pula tu!

Sampai ke rumah, masuk; ... Dan aku dapati dua orang semacam suami isteri yag aku tak kenali. Kami pun bersalam dengan yang lelaki itu. Mak Alang bersalam dengan perempuan yang seorang itu! Di bahagian ruang dapur rumah, berdiri Kak Angah, lalu dia menggamit aku ajak aku ke dapur. Wajahnya seperti orang cemas. Kami terus ke ruang dapur.

Kakak aku kelihatan cemas sungguh. Hati aku tertanya-tanya. Secara seperti suara berbisik dia memberi tahu aku. Katanya: "Itu wakil sebelah tunang kamu datang. Diorang minta ampun dan maaf kat Ayah. Diaorang minta tak jadi batalkan kenduri kamu kawin tu!"

Mendengar kata-kata kakak aku itu, aku rasa nak pitam. Nak buat macam mana ni, tanya hati aku.....

Ayah aku panggil aku dan suruh aku duduk, dan ayah memperkenalkan tetamu yang tidak diundang itu. Sungguh stress aku. Ayah kelihatan selamba saja, macam tak ada apa-apa pun yang berlaku.

Apabila aku rasa sudah selesa duduk di sofa, orang lelaki itu memulakan mulutnya membuka bicara.... yang aku sudah pun tahu, baru sekejap tadi kakak aku beritahu.

Di hati aku tertanya-tanya, apakah yang aku hendak jawab. Rasa hendak pitam semakin bertambah. Teringat aku kepada emak nun di pusara. Aku pandang wajah ayah yang hanya selamba saja.
[Ayah memang begitu sikapnya; pernah dulu sekali berlaku orang takek dahi dengan golok Abang Long aku; dan apabila Abang Cha sepupu aku datang beritahu ayah, selamba saja dia berkata: Tuhan beradun; terima sajalah. Jangan kamu balas!!!.]

Menghadapi situasi sebegini menerima tetamu yang tidak diundangi itu amat berat untuk aku menangani. Konflik antara dua-kasih; hatiku berkata: Mana satu jadi pilihan. Memang akukah yang bersalah menurutkan gelora jiwa, atau biarlah aku yang musnah; jangan dinda turut kecewa. Di hati ku...Ayah, emak.. apa nak ku jawab ni, ... Ayah... emak! Tolonglah aku ni... Ya Allah..
Emak, ayah....
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Bersambung ....... ke No. 7.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Sep 05, 2009 5:24 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan.   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Sep 05, 2009 4:59 am

7.
Mendengar kenyataan ayahnya itu, hati aku nak terus dirikan solat syukur, tetapi bagaimana di rumah orang, .... camana, ... lagi pun aku tak biasa di situ! Di hatiku yang sekeping ini yang ada hanyalah mengucapkan...الْحَمْدُ للّهِ..., Emak, ayah...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
_________________________________________________

LELAKI itu pun memperkenalkan dirinya, katanya dirinya adalah bapa saudara Normawati tunang aku itu yang ayahnya telah membatalkan perkahwinanku melalui suratnya tempoh hari. Kedatangannya adalah mempunyai hajat yang besar supaya dapatlah dibuang yang keruh dan ambil yang jernih, katanya. .... Namun di sebaliknya di hati aku terasa lain macam pula, ..Orang ini menyindir aku pula... kerana bagi aku di hatiku: Siapakah yang membuat air keruh? .... Akukah yang buat?... Air sungai mana yang aku keruhkan? Air perigi mana... air parit di mana yang aku ganggui hingga menjadi keruh kini.... ... ?

Dia memberikan kepada aku sepucuk surat yang sampulnya biru-muda, meminta aku membacanya. Dari sampul surat berwarna biru muda itu aku kenali tulisannya, tulisan Wati tunang aku. Lantas aku membuka sampulnya, hanya sehalaman saja, sungguh ringkas.... terus aku baca.... Tiba-tiba dua rasa keanehan datang di mindaku.

Pertama, walau pun masih dia menulis aku ini sebagai “Abang”, tetapi kini dia membahasakan dirinya dengan gantinama “aku”, tiadak lagi seperti lazimnnya kepadaku menuliskan namanya yang manja, iaitu, Wati seperti dulu. Kedua, sudah tiada lagi dia menuliskan “HACKS” mahu pun “HOLLAND” di bawah tandatangannya sebagaimana biasa.

Di saat aku berhadapan dengan situasi begitu, aku sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba saja keanehan terasa di hatiku itu, aku rasakan yang melanda, iaitu tiadanya langsung adanya rasa sedih, kecewa atau apa-apa; apabila ketiadaan nama manjanya, dan juga tiadanya "HACKS" mahu pun "HOLLAND" ditulis olehnya di dalam suratnya itu.

Isi kandungan suratnya itu bagaikan begitu mudah, bagaikan mengirimkan wang sepuluh sen kepada seorang pengemis saja; hanya memohon maaf kerana tidak menunggu aku semasa aku menghadiri konvo tempoh hari dengan alasan kerana dirinya terpaksa balik ke kampungnya, sebab ada menerima telegram yang memintanya balik segera kerana neneknya sakit tua, menunggu maut tiba. Sebenarnya bukan nenek sakit, katanya dalam surat itu, tetapi neneknya bagaikan orang gila mengamuk dengan tiba-tiba; tidak bersetuju dan tidak merestui perkahwinan dirinya dengan aku diteruskan kerana neneknya itu tidak mahu cucunya bersuamikan dengan “abang yang berkaki cacat”, tulisnya.
“Ayah terpaksa menurutkan kehendak nenek kerana agama mengatakan tidak menurut kata ibu adalah derhaka, tiada akan boleh membau syurga. Aku harap Abang maafkan diriku ini dan terpulanglah kepada abang membuat keputusannya.”, tulisnya.

Di saat itu aku mahu ramaskan saja suratnya itu tetapi aku tiba-tiba saja tersedar diri bahawa ayahku berada di sisiku dan di hadapan aku pula Ayah Alang, Mak Alang dan juga lelaki suami-isteri itu memerhati sahsiahku; dan juga aku sedar bahawa tetamu adalah wajib dilayani dan dihormati., walaupun hatiku tidak menyenanginya ketika itu.

Ayah Alang dan Mak Alang sejak mula lagi hanya membisu tidak berkata apa-apa. Demikianlah juga ayahku, hanya membisu bagaikan hatinya jangan diganggu, bagaikan sedang berzikir mengingati Ilahi semata-mata; umpama tiada mahu mempeduli dan mengambil tahu hal-hal duniawi yang fana ini. Di hati aku pula rasa terlalu sukar mahu menerima alasan yang diberikan oleh Wati di dalam suratnya itu walaupun ia ditulis di atas kertas biru muda, yang bagi aku sekarang merasakan membacanya hanya bersahaja saja, bagaikan bukannya surat itu datanngnya daripada orang tercinta, bukan juga ditujukan untuk aku pula.

Bermulalah di minda aku mengvisualisasikan dari sudut politiking machiaveliannisme manusia; bahawa manusia di dunia ini sanggup berbuat apa saja apabila syaitan machavellianisme dapat menguasai segala-segala. Apakah muslihat sebenarnya semua ini, aku tertanya-tanya jauh di lubuk hatiku kini.

Menyelinap satu lintasan yang pertama di hati aku; iaitu hati ini bagaikan mendesak jangan terima; .... Kalau neneknya tidak sukakan aku kerana kakiku cacat, dan ayahnya sendiri pula yang tempoh hari menuliskan surat meminta dibatalkan perkahwinan, .... lengkap dengan tandatangannya juga; untuk apa aku terima ludah orang pula?.... Ah, jahatkah hatiku ini? Adilkah aku ini?... Berputar-putar soalan-soalan bersilih-ganti melanda di mindaku. Hatiku pula bertanya-tanyai.... Zaharahkah atau Wati; Zaharah atau Wati yang akan kekal bertempat di hatimu ini.

Aku tunduk merenung karpet sekali lagi hari itu. Tadi ketika aku berada di rumah Zaharah sidia aku yang baru, yang hanya baru tadi saja aku berjumpa, tiba-tiba kini pula di rumah aku sendiri suasana menjadi begitu sepi, hanya sekali sekala kedengaran kokok ayam-ayamku yang aku pelihara. Tiada siapa pun berkata apa-apa, semuanya menunggu hanya jawapan yang keluar dari mulutku. Hati aku semakin kuat mengatakan jangan terima, jangan terima. Tetapi minda aku pula membalas, apakah adil membuang cinta pertamaku, Wati.... Dijawab pula oleh hatiku: Tetapi bukankah cinta pertama aku yang sebenarnya dulu adalah Zaharah walaupun ketika itu aku hanya masih sekadar bebudak lagi, namun ia adalah cinta pertama?

Mindaku membalas: Seandainya adalah benar apa yang tertulis dalam surat berwarna biru muda adalah fakta, bagaimana pula? Bukankah sepatutnya demi cinta, jangan pedulikan sesiapa.... Dan bukankah demi cinta berkorban apa saja.. sebagaimana P. Ramee menyatakannya dalam lagu... Berkorban Apa Saja yang sangat mengusik hati itu?

Sekarang sudah ada dua keperihalan keadaan bertelagah di antara apa yang ada di minda dengan apa yang ada di dalam hatiku... Pertama... lintasan hati yang pertama tadi iaitu jangan terima, ... dan keduanya diikuti oleh suara hatiku itu juga iaitu kena terima kerana hujah di mindaku terus berkata jika tidak terima, bahawa aku ini tidak adil, dan mata tajam panah dari akibat tidak berlaku adil itu padahnya akan pasti melantun kembali mengena kepada diriku ini, .... yang tentunya nanti akan menusuk hatiku ini sendiri.

Teringat kembali aku kepada ajaran yang istimewa yang pernah aku terima. Dulu semasa menjadi guru sebelum aku ke universiti, aku meminati seorang tua sebagai idola; yang tinggal di sebuah kampung yang jauh terpencil dari pekan Lenggong, ...yang rupa-rupanya dia adalah seorang bekas Profesor dari Universitas Gajah Madja; yang tinggal di kampung itu kerana melarikan diri dari ditangkap penjajah Belanda di Indonesia. Dia membawa diri bersembunyi di Pulau Cheri itu, membawa bersama-samanya dengannya Ilmu Tasawuf penuh di dada.

Ajarannya kepada aku bahawa hati ini adalah: Radar manusia, dapat menangkap signal yang datang dari mana-mana, sedia memberi petunjuk tepat dan nyata. Lintasan di hati yang pertama, itulah fakta. Datang lintasan di minda mahu pun di hati yang kedua dan ketiga, jangan dituruti kerana itu adalah syaitan atau petanda bahaya. Kalau mahu membuat keputusan segera, lintasan di hati yang pertama itulah yang diguna. ..... ...

Aku tanya kepadanya, adakah semua orang boleh guna kaedah begitu...? Jawabnya: Itu hanya untuk orang yang solatnya dijaga dan dipelihara saja. Itulah sebabnya adanya Allah kurniakan untk kita solat istikharah pula.... Itulah pesanan guru aku, seorang yang sudah lanjut usia, bekas Profesor dari Universitas Gadjah Mada.

Bersambung ....... ke No. 8.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan.   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Sep 05, 2009 5:29 am

8.
Aku tanya kepadanya, adakah semua orang boleh guna kaedah begitu...? Jawabnya: Itu hanya untuk orang yang solatnya dijaga dan dipelihara saja. Itulah sebabnya adanya Allah kurniakan untuk kita solat istikharah pula.... Itulah pesanan guru aku, seorang yang sudah lanjut usia, bekas Profesor dari Universitas Gadjah Mada.
_____________________

TIBA-TIBA kesunyian suasana pecah jua, apabila bapa saudara Normawati yang tidak pernah aku kenali, yang sebelum ini tidak pernah aku temui itu berkata dengan lembut sekali: “Bukan apa, ... semua persiapan kenduri telah dibuat, tak sampai pun sepuluh hari lagi dah nak kenduri. Orang-orang kampung pun sudah dijemput.”, katanya bagaikan merayu-meminta. “Betul tak, Abang?” tanyanya kepada Ayah Alang aku pula; tetapi Ayah Alang tetap tidak peduli, hanya menyandarkan belakangnya ke sofa, tidak menjawab apa yang ditanyakan olehnya tadi.

Mak Alang aku terus saja bangun dan minta diri, katanya hendak solat Asar yang belum lagi, ... lalu dia terus melangkah ke bahagian dalam rumah menemui Kak Angahku yang beerada di ruang dapur seorang diri. Ja berada di kamarnya tetapi Ta-a tiada kelihatan entah pergi ke mana-mana.... Air teh dan karipap yang di atas meja di hadapan kami bagaikan kedinginan menunggu dinikmati tetapi tiada siapa yang sudi. Ayah terus membisu, menyandarkan belakangnya ke sofa berwarna biru, selamba saja sifatnya seperti selalu apabila berhadapan dengan suasana sebegitu.

Aku diam membisu, terus merenung karpet, tunduk membisu. Hanya minda aku saja yang berkata-kata: Kau orang saja tahu jemput orang... Apakah pihak kami peghak tidak tahu menjemput orang..... apakah kami ini tiada harga diri dibuat begini sesuka hati...

“Satu lagi”, sambungnya setelah berhenti agak lama tadi, “Boleh tak, Cikgu beritahu Pakcik; siapakah tiga orang perempuan muda yang bersama Cikgu, yang ikut Cikgu semasa Cikgu pergi menerima ijazah di universiti tempoh hari?”.

Aku menegakkan kedudukan badanku lalu memandang kepadanya lalu terus terasa benci, dan aku rasa kehairanan pula, bagaimana pula dia tahu begitu?. Tiga orang gadis itu adalah anak-anak saudara aku sendiri; Ja anak Abang Long aku, Biah anak Nyah abang aku dan Harizah adalah anak Kak Angah aku, kesemuanya mahram dengan diriku... Dan yang memandu kereta adalah Kama adik angkat aku dari Lenggong.... Kenapa pula dia tanya aku hal siapakah mereka bertiga itu...

Aku diam membisu, tidak menjawab kerana tiba-tiba saja datangnya terasa sakitnya di hatiku ini. Ayah tetap diam membisu, walaupun dia tahu siapa gadis-gadis yang mengiringi aku itu... Kalau dia ayah saudara Wati, bagaimankah dia boleh tahu aku diringi oleh tiga orang perempuan muda sekiranya bukan Wati sendiri ada melihatnya di hadapan Dewan Tunku Cancelor di universiti?, tanya hatiku.

Aku kembali mebongkokkan badan dan tunduk merenung karpet; bagaikan aku ini orang bersalah sedang tersepit. Ayah Alang pula memohon diri, katanya mahu ke bilik air; kemudian terus saja dia tidak datang kembali untuk turut sama-sama berfikir. Ayahku terus juga membisu, selamba saja bagaikan tidak mendengar apa-apa yang ditanya orang itu tadi kepada aku. Aku tahu memang ayah suka begitu, ratibnya lebih penuh bererti bagi mengisi hatinya semata-mata kerana ayahku juga ada gerak-hati dapat melihat terkilat ikan di air jantan-betinanya dapat dia ketahui.

“Sekarang, bagaimana? Apakah keputusan Cikgu? Pakcik harap Cikgu lupakan sajalah ujian Allah ini, silap salah pihak kami; kami memohon maaf, maafkanlah kami.... Itu surat daripada Normawati sendiri memohon maaf, minta agar perkahwinan dilangsungkan juga...”, katanya lagi.

Aku membaca semula surat Wati itu... Mata dan hatikuku memberi tumpuan kepada apa yang ditulis oleh Wati: "Aku harap Abang maafkan diriku ini dan terpulanglah kepada abang membuat keputusannya.”... ... Lantas hatiku berkata: Kenapakah Wati gunakan perkataan "Aku"?... Dan kenapakah Wati menyerahkan kepada aku pula yang membuat keputusan?.... Keputusan tegas daripada dirinya sendiri kenapa tiada?... Tidak ada pun Wati ada mengatakan perkahwinan mesti dilangsungkan. Wati menggunakan perkataan "Aku" itu sudah cukup bagi aku mengetahui siapakah Wati sekarang ini terhadap diriku ini....

Dengan menarik nafas panjang, aku pun berkata: “Begini sajalah Pakcik!", tiba-tiba saja aku menyambut giliran setelah sekian lama membisu. Ayah membetulkan cara duduknya di sofa, bagaikan ingin sangat pula mahu mendengar daripada diriku ini, apakah jawapan daripada aku anak bongsunya ini.

“Pertama sekali...”, aku menyambung bicara: “Ayah Wati sudah beri surat membatalkan perkahwinan, tetapi saya belum memberikan jawapan kepada surat itu, sama ada saya bersetuju atau pun tidak.. Sepatutnya pihak Pakcik dan ayah Wati kena terima jawapan saya dulu. Sekarang Pakcik pula bawa perkara kedua ke sini..., iaitu pihak Pakcik menyampaikan supaya diteruskan perkahwinan kami pula sebagaimana dijanjikan semasa bertunang dulu. Jadi, Pakcik; ... Kita kena ikut urtutan satu persatu, iaitu yang dahulu kita dahulukan dan yang kemudian, kita kemudiankan; bukankah begitu?. ....

“Jawapan saya ini adalah kepada yang pertama itu dulu; iaitu surat pembatalan perkahwinan yang ayah Normawati tulis itu. Hal ini saya akan jawab tiga hari lagi, .. sama ada ia selaras atau pun tidak nanti dengan permohonan yang pihak Pakcik meminta saya teruskan perkahwinan saya dengan Wati itu. Ini adalah kerana saya perlu menunaikan solat sunat isitikharah tiga malam berturut-turut mulai malam ini terlebih dahulu.”. .... Itulah jawapan aku kepadanya.

Tiba-tiba isterinya sebak, dan terus menangis hiba. Aku tidak tahu kenapa dia jadi begitu pula. Ayahku pula, apabila mendengar jawapan aku itu, ia terus kembali menyandarkan belakangnya ke sofa. Apakah Ayah aku itu mendapat rasa kepuasan di hatinya juga atau di sebaliknya; lalu aku bertanya kepadanya: “Bagaimana pandangan Ayah pula?”, ... Aku meminta Ayahku membuka mulut agar dia juga berpeluang menyatakan apa-apa barang sepatah dua kata.

“الْحَمْدُ للّهِ”, jawab Ayahku dengan hanya sepatah kata, selamba. Istilah yang Maha Agung diujari oleh Ayahku, seorang hamba-Nya yang tinggi taqwa. Senyum saja dia sebagai tanda adanya kepuasan di hatinya, cetusan kata yang lahir dari hatinya secara selamba saja, sebagaimana perkara yang dihadapi oleh aku itu bagaikan hanya seperti biasa saja kepada dirinya.

“Begitulah, Pakcik! Itulah keputusan saya pada hari ini, di ketika ini. Pakcik pun sudah mendengar pandangan ayah saya tadi, Alhamdulillah katanya. Pakcik tunggulah tiga hari lagi.”, kataku kepada pasangan suami isteri yang berada di hadapan aku dan Ayahku itu.....Demikialah tegas dan beraninya aku akhiri bicara. Aku pun meminta nombor telefonnya; supaya senang nanti untuk aku boleh membertahunya apakah keputusan aku. Dia menuliskannya pada sampul surat berwarna biru muda yang ada di atas meja di hadapannya itu. Tanpa senyum lalu ia menyerahkannya kepada aku.

“Kalau sudah begitu,” katanya, “Pakcik dengan Makcik ni minta dirilah dulu, ya!”. .... Aku terus segara meminta mereka berdua agar minumlah dulu, air teh pun sudah dingin lama menunggu! Orang yang membahasakan dirinya Pakcik itu, lalu mengambil cawan bersekali dengan piringnya, minum teh hanya sehirup saja, dan meletakkan kembali ke atas meja; bagaikan tidak ikhlas hanya sekadar untuk tunjuk saja. Itulah kiranya prasangka aku, bila melihatnya gelagatnya begitu.

“Makcik, minumlah juga!”, sapa aku dengan cuba senyum kepadanya. “Tak apalah, Sudah minum dah tadi!”, balasnya, sambil mengesat-ngesat air matanya dengan sapu tangannya yang berbunga-bunga.

Setelah bersalaman, ayah dan aku mengiringi mereka berdua ke kereta. Mereka pun pergi, dan di hati aku, bagaikan dengan sendirinya tiba-tiba datang menerpa mengisi, iaitu: Apa aku susah, ... Mengadulah saja kepada Allah! ... adalah kalimat yang selalu dan biasa saja yang juga dipesan oleh ayahku kepada murid-muridnya setiap kali bila dia memberi kuliah Ilmu Tasawufnya.

Lembaran surat berwarna biru daripada Wati itu masih jua berada di tangan aku. Lantas Ayah dan aku kembali masuk ke dalam rumah, ... Ayahku terus pergi ke kamarnya sedang diri aku pula terus melangkah pergi ke kamarku untuk aku ingin pergi mandi saja. Tidak aku pedulikan Mak Alang dan Ayah Alangku yang berbual-bual entah mengenai apa di ruang dapur di rumah aku itu.... Cuma kepada Mak Alang, aku tanya sama ada dia sudah dirikan solat Asar... Belum lagi, katanya... Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku, lalu terus masuk ke kamarku.

Selepas saja aku mandi di bilik mandi yang ada di kamar aku itu, aku terus berbaring di katilku, wajah Zaharah saja yang memenuhi qalbuku. Tiba-tiba Kak Angah mengetuk pintu kamarku memanggil aku. Dari luar kamarku itu dia memberi tahu aku, katanya ada orang datang..... Aku terus memakai baju, dan di hati tertanya-tanya, siapakah pula yang datang itu?.... Siapa pula....? ...

Bersambung ....... ke No. 9.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan.   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Sep 05, 2009 5:32 am

9.
Selepas saja aku mandi di bilik mandi yang ada di kamar aku itu, aku terus berbaring di katilku, wajah Zaharah saja yang memenuhi qalbuku. Tiba-tiba Kak Angah mengetuk pintu kamarku memanggil aku. Dari luar kamarku itu dia memberi tahu aku, katanya ada orang datang..... Aku terus memakai baju, dan di hati tertanya-tanya, siapakah pula yang datang itu?.... Siapa pula....? ...
___________________________________

DI muka pintu seorang sahabat lama menjelma, sahabat yang begitu baik; semasa aku di sekolah menengah dulu yang dengannya aku sering bersama; bagaikan belangkas semasa remaja; dia tinggal di sebuah kampung lain di sebelah utara. Dia aku dakap kerana rindu, maklumlah sudah lama tidak bertemu. Dia seorang tentera berpangkat Leftenan Muda, kacak berbadan sasa. Ah bahagianya hati dapat bertemu, terlupa sekejap sidia aku yang baru di qalbu.

Guru idola aku mengajar aku bahawa sahabat adalah saudara; sebagaimana maksud al-hadis bahawa tidak beriman hingga menyintanya, sebagaimana menyintai diri sendiri juga. Juga sahabat itu, cubit paha kiri, paha kanan mesti terasa. Begitulah rapatnya aku dengan dia.

“Apa khabar datang mengejut ni?” tanya aku sambil mendakapi. “Aku nak kahwinlah,” jawabnya, dengan wajahnya yang berseri. “Ni... Nak minta kau jadi pengapit aku, okay, kan?” tanyanya lagi.

“No problem,” balas aku. “Bila tu?”, tanya aku pula.

“Ahad satu lagi!”, jawabnya senyum mesra.

“Ehhh, Ahad satu lagi? Laaa, aku pun nak kahwin juga. Mcam mana, pada hari yang sama juga! Kad jemputan aku dah kirim, ada sampai tak?”, aku bertanya. "Tiada!" jawabnya terpinga-pinga “Kalau macam tu, tak dapatlah aku bersamamu!”, aku memberitahu.

“Apa boleh buat, tiada jodoh kita, ya!”, katanya sambil kami ketawa terbahak-bahak; sambil bertepuk-bertampar bagai orang gila; tumbuk-menubuk badannya yang sasa, dan aku juga ditumbuknya sudah tentu, sakitnya amat terasa ke badan aku yang handsome juga! Sakit begitu tidak mengapa, itulah lambang kemesraan dua sahabat yang setia.

“Aku tengok gambar kau dalam surat khabar tempoh hari. Amboi macam VIP, di muka depan sekali, besar pulak tu!”, katanya begtiu. “Takziahlah, emak kau meninggal tu. Emak aku juga meninggal tahun lalul!!”, katanya lalu berubah wajahnya bertukar duka-pilu.

“Tidak pula sama sehari dengan emak aku, ye!”, balas aku pula; lantas teringat emak di pusara. Kami diam membisu seketika, dan di hatiku sebagaimana biasa teringatkan emak, tidak pernah lupa:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Semuga Ibu dan Ayah sentiasa bahagia, Dirahmati Allah setiap masa!

Selepas minum dan makan karipap, dia mohon diri, ada kerja nak buat banyak sekali, katanya. Aku iringinya ke kereta. Dan dia pun pergi, hati aku tertanya-tanya. .... Siapakah gadis bertuah akan bersuamikan Leftenan Muda....

Malam itu aku dirikan solat istikharah, dan apabila selesai terus tidur. Bermimpi melihat emak mendakap sidia aku yang baru. Terkejut dari mimpi, aku bangun ke bilik air mengambil wuduk untuk solat tahajud. Apabila selesai terus aku bertafakur, wajah emak datang ke hati, tiada lain yang dapat aku katakan lagi, melainkan:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Malam kedua, aku dirikan juga solat istikharah. Mimpi bertemu ibu sidia baru aku itu; insyaAllah itulh bakal ibu mertuaku; yang memandang aku selalu; hanya senyum, senyum, senyum tiada jemu.

Malam ketiga, aku dirikan solat sunat istikarah lagi, terus tidur bermimpi lagi. Bermimpi menerima surat daripada sidia aku yang pertama bernama Normawati, ... bila dibuka suratnya itu hanya tertulis perkataan “HACKS” dan “HOLLAND” semata, tetapi telah diconteng-conteng dicucuk-cucuk berlubang pula; kertasnya juga berbau busuk amat terasa. Esoknya keputusan mukatamad aku sampaikan, melalui telefon kepada Pakciknya segera. Hanya dua belas patah perkataan saja yang aku kata: "Minta maaf Pakcik, ya! Tiada jodoh kami berdua. Salam saya kepada semua!", dan terus aku letakkan gagang telefon di tempatnya, tiada lagi aku mahu mendengar apa-apa dari sebelah pihak di sana.

Esoknya sekembali dari mengajar di sekolah, di rumah ada surat - Kad Jemputan Kahwin menunggu. Aku buka dan melihat, rupanya daripada sahabat aku itu, Leftenan Muda...., pasangannya bernama....... beralamat ......... pula .... menjadikan aku terkedu tidak berkata-kata; bakal isterinya itu beralamat sama saja, dengan alamat tinggal bekas tunang aku itu juga. Tamatlah cerita di sini. ...Hanya lagu ..... If You Go Away yang sesekali berkumandang di radio dan tv; yang masih mengusik di jiwa ini, hingga kini. Inilah senikata lagu yang tidak mudah aku lupai:
If you go away
On this summer day
Then you might as well
Take the sun away
All the birds that flew
In the summer sky
When our Love is new
And our hearts still high
And the day is young
And the night still long
And the moon stood still
With the night birds song

If you go away (3)

But if you stay
I'll make you a day
Like no day has been
Or will be again
We'll sail in the sun
We'll ride on the rain
We'll talk to the trees
We'll fly with the wind

But if you go away
When I love you so
They'll be nothing left
In the world you know
Just an empty moon
Full of empty space
Like an empty look
I see on your face

If you go away (3)

But if you stay
I'll make you a day
Like no day has been
All will be again
We'll sail in the sun
We'll ride on the rain
We'll talk to the trees
We'll fly with the wind

If you go away (3)
.


Sesungguhnya bagi diriku ini cinta itu ia hanya sebagai menumpang di hatiku untuk aku nikmati semata-mata selama mana ia mahu masih mahu menjadi hakmilik aku, tetapi bila ia mahu pergi, biarkanlah ia pergi kerana ia datang hadir dalam hidupku dulu jua pun adalah anugerah Daripada Illahi, ... makanya biarlah ia kembali kepada Illahi... Itulah saja yang dapat hatiku bisikkan memujuk mindaku sendiri bahawa itulah juga bukti bahawa Allah yang menentukan segala-galanya sejak azali.

Seandainya dulu, pada masa itu sudah adanya lagu Jangan Ada Benci yang dinyanyikan oleh Casey seperti kini; maka sudah tentulah lagu inilah juga yang turut sama aku nyanyikan di hatiku ini bagi memujuk minda dan hatiku.....

"Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati."


Namun cinta... satu-satunya yang mesti aku jaga dan pelihara di dunia ini yang tidak boleh aku abaikan mahu pun tidak boleh aku melepaskannya pergi ... adalah cintaku terhadap kedua-dua Ibu dan Ayahku kerana Perintah-Nya sudah pun sedemikian begitu... .... hinggakan di dalam Al-Qur'an turut adanya doa yang Ayatnya terus kekal dan abadi iaitu:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Sesungguhnya juga bagi diriku ini jangan siapa-siapa dan apa jua sekali pun cuba mengkhianati cintaku yang terangkum di dalamnya kasih-sayangku terhadap kedua-dua Ibu dan Ayahku kerana cintaku terhadap mereka adalah amanah kurniaan murni Daripada Illahi kepadaku. Dan sebagai amanah jika tiada aku jaga dan pelihara, maka siapakah aku di dunia ini, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima sholat dan zakatnya.” [Hadis Riwayat Al-Bazar].

Bersambung ........ ke No.10.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Sep 05, 2009 5:39 am

10.
Sesungguhnya juga bagi diriku ini jangan siapa-siapa dan apa jua sekali pun cuba mengkhianati cintaku yang terangkum di dalamnya kasih-sayangku terhadap kedua-dua Ibu dan Ayahku kerana cintaku terdap mereka adalah amanah kurniaan murni Daripada Illahi kepadaku dan sebagai amanah maka jika tiada aku jaga dan pelihara, siapaKah aku di dunia ini, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima sholat dan zakatnya.” [Hadis Riwayat Al-Bazar].
_______________________________________

ESOKNYA sekembali dari mengajar di sekolah, di rumah aku dapati ada surat - Kad Jemputan Kahwin menunggu. Aku buka dan melihat, rupanya daripada sahabatku itu, Leftenan Muda...., pasangannya bernama Normawati....... beralamat ......... pula .... menjadikan aku terkedu tidak berkata-kata; kerana terpapar bakal isterinya itu beralamat sama saja dengan alamat tinggal bekas tunang aku yang pertama Normawati yang kini entah di mana.

AKU masukkan kad jemputan itu kembali ke dalam sampulnya, dan terus meletakannya di tempat aku ambil tadi semula. Sambil melangkah menuju ke kamar, hatiku tertanya-tanya bagaimanakah boleh pula jadi sebegini rupa..... apakah bekas tunangku itu dipaksa, agar jangan diriku ini menjadi suaminya..? Jika benar Normawati itu dipaksa, akulah yang sebenarnya yang berdosa, kerana membuat keputusan tergesa-gesa... iaitu menerima saja pembatalan perkahwinan aku dengannya atas alasan percaya kepada surat daripada ayahnya saja, tanpa membuat susulan bertanya sendiri kepada sidia. Sepatutnya sebagaimana biasa akulah yang mesti pergi menemuinya dahulu, untuk menyiasat supaya mengetahui ceritanya yang sebenar sebagai penentu.

Atau apakah aku yang sebenarnya tidak memahami dan menghayati erti cinta pada hal diriku ini yang memiliki cinta dan dikuasai oleh cinta....?

Tidak kusedari langkah-langkah kakiku telah membawa aku sampai ke pintu kamarku, lantas tanganku yang membuka pintu. Teringat pula aku bahawa kad jemputan kahwin itu mesti aku ambil, supaya ia tidak terbiar di ruang tamu tidak menentu. Kalau dapat dibaca oleh ayahku pasti entah apa pula yang akan terjadi. Hatiku kini mula terasa dilanda kesal yang sungguh nyata .... padahnya bermulalah aku menyalahkan diriku sendiri... kenapakah tidak kutemui Wati terlebih dahulu, ... kenapa membabi buta menerima begitu saja, lalu membuat keputusan menerima pembatalan perkahwinanku dengannya itu tanpa usul periksa?

Kad jemputan itu aku ambil dan kubawa ke kamarku, untuk kusimpan dengan selamat di dalam laci mejaku yang berkunci. Aku tidak mahu sesiapa jua dalam keluargaku tahu Wati sudah menjadi milik sahabatku sendiri, sahabat aku yang setia, iaitu seorang Leftenan Muda.

Selepas mandi aku dirikan solat Zohor. Tiada terasa lapar. Kini rumah besar yang ayah bina, punya tujuh kamar menjadi sepi pula aku rasa. Yang tinggal kini berada di rumahku hanya ayah, aku, Ja anak Abang Long anak aku yang masih belajar dalam Tingkatan 6 Atas dan Ta-a anak saudaraku seorang lelaki, anak Kak Angahku; ia gagal dalam peperiksaan LCE. Kerjanya sebagai penoreh getah di kebun getah ayahku dan juga sebagai pembantu ayahku uruskan hartanya. Yang lain-lain ramai sebelumnya berada di rumahku kerana kematian ibuku, tetapi sebagaimana biasa seorang demi seorang kembali ke rumah mereka.

Sambil berbaring-baring di katilku, wajah sidia baruku Zaharah menjelma di hati dan jua di minda ku. Teringat kembali kata-kata Ayah Alangku, bagaikan hindustan, lawa orangnya. Ahhh... apa pedulikan Normawati sidia lama yang telah diambil orang, tidak rugi rasanya ia terlepas pergi kerana ayahnya pun bukanlah seorang yang mulia-budi! ... tetapi bagaimana pula, sekiranya Wati yang sebenarnya teraniaya...... dipaksa kahwin dengan Laftenan muda?.... Aku bingung memikirkannya.

Bukankah cinta itu adalah pengisiannya berkorban apa saja..... harta atau pun nyawa.... itulah kasih mesra... sejati dan mulia... sebagaimana ungkapannya dalam lagu P. Ramleee "Berkorban apa saja"? .... Tetapi ternyata, akulah yang mengkhianati cintaku kepada sidia.... Demikian hatiku berhujah dengan mindaku. Ya.... adakah patut ayah Wati meminta bantuan yang jiwanya akan melayang jika tidak dibantu... tanya mindaku kepada hatiku, mempertikaikan hati kenapa tidak jaga cinta, sedang cinta itu adalah dimiliki oleh hati..... Bukankah Allah yang Anugerahkan cinta kepada hati sebagai amanah, tetapi hati tidak menjaga dan memelihara amanah itu... tanya mindaku kepada hatiku.

Kalaulah aku, kata minda; aku mesti bantu ayah Wati itu, itulah berkorban apa saja. Sekarang bagaimana siapakah yang menanggung derita, bukankah kamu wahai hati? .... tanya mindaku kepada hatiku lagi.

Ah.... manakah aku mungkin berkorban apa saja membantu orang yang melakukan jenayah, sebagai aku bersubahat membelanya? ..... jawab hati. Kamu bercakap senang wahai minda, tetapi di akhirat nanti aku yang diperiksa oleh Allah, bukannya kamu.... hujah hati lagi. Berkorban, ya memang betul sebagai pengisian cinta tetapi dengan tidak turut sama bersubahat dengan orang yang melakukan kemungkaran dan maksiat itu juga adalah berkorban namanya. Itulah berkorban demi memertabatkan hukum Allah, pengorbanan kita sebagai hamba-Nya.... hujah hatiku lagi.

Kini tiba-tiba saja pula, kembali hatiku rasa kasih kepadanya. Aku fikir-fikirkan apakah padahnya, seandainya dia terpaksa dikahwinkan dengan Si Leftenan Muda?... Apakah itu kesalahanku kerana aku yang tidak dapat menunaikan permintaan ayahnya, yang hanya baru sekali dia meminta enam bulan yang lalu? Apakah Leftenan Muda sahabatku itu yang ayahnya orang kaya, yang mampu telah membantu Wati, lantas menyebabkan diriku disingkirkan begitu pula?

Teringat aku kembali enam bulan yang lalu apakah yang telah berlaku. Ayahnya melalui sidiaku Wati itu, ada menyampaikan surat permintaan agar aku membantunya kerana nyawanya akan terancam dan melayang jika aku tidak dapat membantu.. Surat itu aku buka di hadapan sidiaku. Tiba-tiba aku menjadi terkedu, kerana ayah sidiaku itu memerlukan wang sepuluh ribu bagi menggantikan wang cina bagi nilai dadah yang hilang disebabkan kecuaiannya menjalankan tugas menjaga dadah itu yang di bawah jagaannya dulu.

Aku terkedu kerana barulah aku tahu ayah Wati itu terlibat dengan pengedaran dadah dengan satu sindiket; tidak cukup dengan itu ayahnya itu juga adalah penagih dadah secara rahsia. Tetapi dengan sidiaku Watiku itu, aku tetap mencintainya sepenuh qalbu kerana diikat oleh jampi sidiaku yang sering berkata kepadaku, HACKS, HOLLAND, ITALY dan I love you.....

Aku masih teringat lagi surat ayah sidiaku itu kepadaku itu, ringkas saja dan ada dinyatakannya bahawa tanyalah sidiaku yang tahu mengenai segala apa yang yang melanda dirinya itu. Kukatakan kepada Wati di manakah abang boleh mencari wang sebanyak itu, beribu-ribu? Dan masih aku ingat sidiaku berkata: “Tetapi bang, kasihanilah ayah Wati tu, nyawanya akan melayang....”, lalu dia menangis di sisiku. “Bukankah demi cinta, berkorban apa saja!?", tanyanya kepada aku.

Kenapa tidak dilaporkan saja kepada polis yang cina itu mengugut mahu melayangkan nyawa ayahmu, tanyaku kepadanya? "Bagaimana bang, cina itu kalau dilaporkan kepada polis seluruh keluarga dan rumah akan hilang dari dunia ini, jawab sidiaku sendu teresak-esak.

Tetapi entah kenapa, ketika itu, di hati sanubariku yang sebenarnya sudah sedia menetapkan bahawa aku tidak akan sekali-kali mahu bersubahat dalam apa jua yang berkaitan dengan jenayah yang ayahnya terlibat. Lebih-lebih lagi aku memahami bahawa bersubahat hukumnya adalah berdosa, akan sama dengan dosa orang yang melakukannya. Begitulah yang aku fahami apa ertinya bersubahat ketika itu dahulu. Apakah berkorban apa saja demi cinta termasuklah hingga ke tahap melanggari ajaran agama? ... Tidak sekali-kali... Demikianlah pendirian di hati dan di sanubariku. ..... .

Besambung ........ ke No. 11.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Sep 05, 2009 5:40 am

11.
Tetapi entah kenapa, ketika itu, di hati sanubariku yang sebenarnya sudah sedia menetapkan bahawa aku tidak akan sekali-kali mahu bersubahat dalam apa jua yang berkaitan dengan jenayah yang ayahnya terlibat. Lebih-lebih lagi aku memahami bahawa bersubahat hukumnya adalah berdosa, akan sama dengan dosa orang yang melakukannya. Begitulah yang aku fahami apa ertinya bersubahat ketika itu dahulu. Apakah berkorban apa saja demi cinta termasuklah hingga ke tahap melanggari ajaran agama? ... Tidak sekali-kali... Demikianlah pendirian di hati dan di sanubariku. ..... .

__________________________

“BONGSU, marilah makan ....!”, tiba-tiba suara ayah memanggilku di luar kamar, memberitahu aku agar makan bersamanya. Tiada terasa lapar, lalu aku jawab saja dengan mengatakan bahawa ayah makanlah dulu. Ajakan oleh ayah agar aku makan bersamanya itu memperkecaikan kenanganku mengenai penglibatan jenayah ayah sidiaku itu.

Aku bangun dari katilku lalu menuju ke mejaku. Aku tarik laci mejaku yang di sebelah kiriku untuk aku pastikan kad jemputan perkahwinan sahabat karibku itu tersimpan dengan selamat. Di dalam laciku itu, tersimpan juga bersama-sama surat-surat yang kuterima daripada Wati, sidiaku yang lama itu. Aku buka ikatannya, untuk mencari dua surat yang dikirim oleh Azmin kepadaku, yang turut terikat sekali dengan surat-surat Wati itu. Surat Azmin dua-duanya kutemui dan aku keluarkan dari sampul-sampulnya untuk aku baca semula.

Azmin adalah rakan sekamarku di Kolej-asrama semasa aku di universiti iaitu semasa aku di tahun akhirku. Dia adalah juniorku, mengikuti pengajian yang sama dengan Wati, yang pada Azmin aku telah berpesan supaya dia juga menjaga-tengok untuk membantu Wati semasa aku di kejauhan dengan Wati.

Suratnya ringkas, bahkan lebih merupakan sebuah nota, bukannya surat. Aku baca suratnya yang pertama:

”Maaf, jangan terkejut aku beritahu mu. Aku tidak sampai hati jika tidak memberitahu mu. Aku terpaksa memberitahumu sama ada kau suka atau pun tidak. Sidiamu itu sudah ada lelaki berbadan sasa sering datang mengambilnya di asrama diangkutnya entah ke mana-mana. Member kita ada yang berkata lelaki itu adalah tentera berpangkat Leftenan Muda. Kalau kau tidak percaya, kau siasatlah sendiri, kerana tanggungjawab aku selesai di surat aku ini”.

Begitulah surat pertama Azmin kepadaku. Waktu aku terima dan membacanya dulu, radar hatiku berkata: memang benar berlakunya cerita yang seharusnya aku percaya. Tetapi lintasan hati kedua, ketiga dan seterusnya memberitahuku, agar jangan dipercayai semua itu, sebab aku sendiri tahu bahawa sahsiah Wati sidiaku itu, adalah seorang yang terlalu jujur terhadapku. Lagi pun, apalah ertinya cinta kerana sidiaku itu setiap kali kami bertemu tidak pernah lupa menyatakan “ITALY” kepadaku.

Setiap kali dia ujarkan perkataan itu aku balasi pula dengan berkata “HOLLAND” keluar dari mulutku; dan juga diikuti dengan mengatakan kepadanya “HACKS”, yang dibalasinya jua dengan kata yang sama, yang kami berdua saling ujarkan dengan tidak pernah rasa jemu.

Surat kedua daripada Azmin yang aku terima tiga minggu selepas surat pertamanya itu, menyatakan perkara yang sama juga begitu. Ketika aku baca surat itu dulu radar hatiku tetap berkata, isi surat itu adalah fakta yang nyata. Tetapi lintasan kedua dan ketiga dari radar hatiku pula tetap juga mengatakan mana mugkin, pertunangan sudah diikat setia; gadis kampung berlagak sepeti gadis kota?.... Kedua-dua surat Azmin itu tidak aku balas dulu adalah kerana aku anggap, ya, manalah mungkin sudah bertunang boleh pula Wati yang setia jadi begitu. ..... ......

Besambung ........ ke No. 12.

.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Oct 10, 2009 9:16 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Sep 05, 2009 5:42 am

12.
Surat kedua daripada Azmin yang aku terima tiga minggu selepas surat pertamanya itu, menyatakan perkara yang sama juga begitu. Ketika aku baca surat itu dulu radar hatiku tetap berkata, isi surat itu adalah fakta yang nyata. Tetapi lintasan kedua dan ketiga dari radar hatiku pula tetap juga mengatakan mana mugkin, pertunangan sudah diikat setia; gadis kampung berlagak sepeti gadis kota?.... Kedua-dua surat Azmin itu tidak aku balas dulu kerana aku anggap, ya, manalah mungkin sudah bertunang boleh pula Wati yang setia jadi begitu. ..... ......
___________________

SEKARANG terbukti fakta yang nyata yang terkandung dalam surat-surat Azmin yang menyampaikan cerita adalah benar. Kini aku sedar bahawa kesalahanku adalah nyata kerana aku tidak mematuhi ajaran guruku yang juga seorang Profesor ideolaku yang mulia, bahawa lintasan di hati yang pertama adalah benar berfakta. Kesalahan aku juga adalah kerana aku melayani llintasan radar hatiku yang kedua dan ketiga, yang merupakan syaitan atau bahaya yang mahu memusnahkan segala, kerana syaitan itu, bukankah Allah banyak kali jelaskan di dalam Al-Qur’an bahawa ia adalah musuh manusia utama dan nyata?.

Tiba-tiba bunyi ketukan di pintu kamarku minta pintunya dibuka. Aku bangun dan kubuka, dan aku dapati ayahkku berdiri di hadapan pintu kamarku dan terus saja dia meminta agar aku menelefon kepada semua abang-abang aku supaya memberi tahu tentang perubahan pertunanganku, akibat kerana telah batalnya majlis perkahwinanku dengan Wati itu.

Aku katakan kepada ayahku bahawa nanti aku akan pergi menelifon abang-abang kandungku itu, yang tinggal jauh di mata agar mereka tidak terkejut lalu jadi tidak menentu.

Ayah kembali ke kamarnya. Melihat ayah melangkah, kasihan di hatiku kepadanya. Aku tahu bahawa ayah sudah kini amat ketara kesunyian di hatinya. Rumahku yang besar itu kini amat aku rasa sunyi kesepian pula semenjak kemtian Ibuku.

Ingin aku menemui Ayah di biliknya untuk berbual-bual dengannya...kerana akan aku tunaikan satu tanggungjawabku terhadapnya. Tetapi, masih terlalu awal untuk aku bertanya kepadanya kerana tanah yang menutupi pusara Ibuku, tentunya masih merah kerana baru. Mengenangi hal Ayah yang kesunyian itu hatiku sekaligus ingat kepada Ibuku yang kini di alam barzah...... Aku berdoa di dalam hatiku:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Hanya doa inilah saja yang aku dapat hantarkan ke persada kedua-dua Ibu dan Ayahku.

Aku kembali ke mejaku, lalu mengemas dan mengunci laci-lacinya. bagaikan harta karun yang aku simpan di dalamnya

Aku terus memakai pakaian untuk keluar, bagi menunaikan arahan ayah yang sebentar tadi aku terima. Di pondok telefon awam yang tidak jauh dari rumahku, aku menyampaikan berita, kepada abang-abangku yang bekerja jauh di mata. Semua mereka menyatakan bahawa mereka akan balik untuk bersama-sama ke majlis perkahwinanku. Kesemua mereka terperanjat mendengar cerita daripadaku yang ringkas, dan mereka meminta aku menceritakan sepenuhnya peristiwa yang berlaku tetapi aku katakan saja kepada mereka bahawa apabila abang balik nanti akan tahulah semua halnya. Tetapi apabila aku bercakap dengan Abang Chik, aku pula yang terperanjat kerana dia memberitahu aku bahawa dia mahu kenduri kahwin aku itu adalah juga merupakan kenduri kahwin bagi dirinya juga; dibuat sekali bersama-sama.

Aduhh, bagaimana? Kenapa mengejut saja, pada Ayah tidak dibeeri tahu dan diminta restu?; ... Aku tanya bilakah Abang Chik kahwin?; .... Dia memberitahu aku bahawa dia baru saja kahwin kelmarin. Memang aku terperanjat mendengar kata-katanya itu, kerana kenapa begitu mengejut perkahwinannya, dan kepada ayah pun tidak diberitahhu olehnya?

Yang aku rasa benci dengan Abang Chik aku ini apabila dia menyatakan pula bahawa sebenarnya; dia belum lagi bernikah dengan yang dikatakannya tadi bahawa dia sudah kahwin itu. Bagi aku dengan Abang Chik aku ini, aku tidak pernah mahu bergurau senda, demikianlah juga dia dengan aku, walau pun dia abang kandungku, tidak pernah dia bergurau-senda dengan aku, adik bongsunya. Lantas apa yang dia kata tadi bagiku adalah fakta, begitulah sejak aku kecil hinggalah aku dewasa.

Dan yang aku paling benci dan rasa sakit hati apabila katanya perempuan yang menjadi pilihannya itu adalah masih isteri orang, yang kini dalam proses menuntut cerai dengan suaminya. Aduh.... bagaimana akan aku hadapi, jika ayah tahu nanti! Hairannya aku, Abang Chik memberi tahu aku perempuan itu akan tinggal bersama ayah dan aku di rumah aku itu.; Aduh akan bersama-sama serumah pula dengan anak-anak saudaraku... Apakah dia ingat rumah aku itu adalah tempat perempuan simpanannya tidur baring makan dan minum?... Ayah guru Ilmu tasawuf, murid-muridnya ramai; setiap malam Ayah mengajar, bagaimana nanti di ruang tamu Ayah mengadakan majlis ilmu sedangkan di bilik tingkat atas di rumah itu bila Abang Chik balik nanti setiap hujung minggu atau cuti, lakonan drama apa pula?

Abang Chik aku itu lain daripada yang lain di kalangan anak-anak Ibu dan Ayahku. Pekerjaannya adalah seorang pegawai rendah di jabatan hutan tetapi amat aktif dalam politik, berjiwa umno.

Abang Chik memalui telefon itu juga meminta agar aku guna-pakai wang aku dulu, untuk membelikannya dua ekor kambing kerana mahu menjadikan majlis kenduri perkahwinan aku itu yang akan diadakan nanti adalah juga kenduri kahwin bagi dirinya dengan betina itu. Dia mahu betina itu akan terus duduk bersama-sama di rumah itu dengan ayah dan aku sehinggalah tuntutan perceraian oleh betina itu berjaya.

Abang Chik aku itu juga meminta supaya aku jangan beriitahu rahsia bahawa betina itu masih bini orang kepada sesiapa jua, kalau orang bertanya katakan saja mereka sudah menikah; habis cerita, katanya.; Jangan beri tahu Ayah katanya, takut ayah yang sudah pun tua jadi tidak ketentuan hala, yang juga akan mencabar ilmu tasawuf ayah di dada; dan juga jantungnya sakit mungkin membahayakan ayah pula.

Aku serba salah yang amat sangat, tetapi apabila aku fikirkan bahawa kenduri perkahwinan aku dengan Zaharah semakin hampir, gasaklah mereka; biarkan sajalah, kerana itu adalah hal diri dia. Kalau tersilap tindak, aku tahu perangai Abang Chik yang berjiwa umno ini; boleh menjadikan majlis perkahwinan aku pula nanti yang akan jadi huru-hara.

Tetapi radar lintasan pertama hatiku lain pula maklumatnya kuterima. Aku mesti jangan bersubahat dengan perbuatan mungkar dan maksiat yang keji itu dilakukan olehnya di rumahku itu. Walau bagaimana pun lintasan hati yang kedua menyampaikan ke benak aku, bahawa jangan ambil peduli hal orang punya fasal, supaya tidak jadi angkara jika ayah mengetahui rahsianya.

Aku kembali ke rumah dengan sakit hati yang amat sangat terhadap Abang Chik aku yang begitu, yang feelnya bagai lembu, tetapi aku terpaksa memilih antara dua, iaitu antara mudarat yang kecil dengan mudarat yang lebih besar. Sudah tentu aku kena pilih mudarat yang kecil, apabila dalam keadaan yang terpaksa begitu.

Setibanya aku ke rumah, aku dapati ayah sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Aku pun duduk di sisinya dengan tujuan untuk menyampaikan berita buruk yang baru aku terima, untuk ditukarkan menjadi berita baik bagi Ayahku pula menerimanya.

Aku pun memberi tahu Ayah. Mendengar cerita itu dada ayah tiba-tiba sakit bagikan ditekan-hentak oleh batu-bata katanya, lalu badan ayah berpeluh-peluh secara semerta. Aku tahu itu adalah petanda jantung ayahku serangan tiba. Aku meminta ayah batuk sekuat-kuatnya. Ayah, batuk ayah. Banyakkan batuk ayah, batuklah kuat-kuat ayah jangan berhenti!...

Ayah sudah terbaring, kepalanya di atas ribanku di sofa.; Air mataku mengalir cuba menandingi keringat Ayahku yang keluar juga. Ayah cuba batuk dan batuk mengikut arahanku. Mulutku pula membaca apa yang diajarkan oleh Profesor idolaku: Allahumma! Ya Allah! Allahhumsholi'ala Sayidina Muhammad! Tujuh kali ku ulangi sholawat atas junjungan besar Nabi s.a.w. sambil aku mengurut-ngurut dada ayahku. Aku meneruskan apa yang diajar oleh guruku: Allahumasholli'ala qalbi ..... wallahhumasholi'ala Sayidina Muhammad .... dengan menyebutkan nama ayahku. Tujuh kali aku ulangi bacaan itu sambil dada ayah aku itu aku urut-urut dengan; air mataku yang berderai menititik membasahi dada ayahku yang sudah sedi dibasahi oleh peluhnya.

Aku menjerit: Cepat pergi ambil air kelapa muda!!!..., perintahku kepada Ta-a anak saudaraku. Ta-a segera berlari mematuhi perintahku. .. Kamu pula Ja, cepat pergi tumbuk halus-halus tujuh biji lada hitam dan tujuh biji buah ketumbar, cepat isikan ke dalam gelas dan campurkan sedikit dengan air kelapa muda. Bawa sudu sekali ke sini dengan segera!; perintahku kepada anak saudaraku yang perempuan, dan ia pun terus berlari, mematuhi perintahku.

Bersambung ........ ke No. 13.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Tue Sep 08, 2009 7:28 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptyTue Sep 08, 2009 7:27 am

13.
Aku menjerit: Cepat pergi ambil air kelapa muda!!!... perintahku kepada Ta-a anak saudaraku. Ta-a segera berlari mematuhi perintahku. .. Kamu pula Ja,; cepat pergi tumbuk halus-halus tujuh biji lada hitam dan tujuh biji buah ketumbar, cepat isikan ke dalam gelas dan campurkan sedikit dengan air kelapa muda. Bawa sudu sekali ke sini dengan segera!; perintahku kepada anak saudaraku yang perempuan, dan ia pun terus berlari, mematuhi perintahku.
____________________________

AKU terus mengulang-ulangi apa yang diajarkan oleh guruku, dan bagaikan aku di medan pertarungan sedang berperang, antara mengurut dada ayahku itu, dengan berat menahan teriak tangisanku kerana bimbang, aku yang kecundang.

Air kelapa muda dengan serbuk halus rempah-lada hitam pun tiba, dan aku bancuh penawar itu dengan segeral lalu aku ulangi baca apa yang diajar oleh Professor idolaku; lantas aku beri ayahku minum tiga sudu.

Ayah meminumnya, mengikut arahanku. Bersuara ayahku: Allahurobbi diulang-ulang olehnya tidak berhenti.. Nampak ada sedikit lega, lalu aku segera minta ayahku terus batuk-batuk dan batuk lagi jangan berhenti-henti.

Jiranku dua-tiga orang datang menyerbu kerana Ta-a tadi telah pergi memberi tahu. Aku meminta mereka membawa ayahku ke hospital segera. Mereka cuba mengangkat supaya ayahku boleh duduk di sofa. Ayah pun duduk seketika, kemudian ayah pun rebah semula, di atas pangkuanku tidak berkata-kata, tetapi nafasnya masih ayahku hela.....

Aku menjerit sekuat-kuat hatiku, meminta anak-anak saudaraku datang segera membantu aku bersama jiran-jiranku yang ada, agar ayah dapat dihantar ke hospital dengan segera......

Aku tidak tahu kenapa aku kena menjerit pada halnya kedua-dua anak saudara aku itu ada di sisi mengurut kedua-dua kaki dan paha Atok mereka.

Seorang jiran apabila melihat keadaan ayahku lemah begitu mengatakan tidak perlulah hendak dihantar ke hospital ... . Tetapi aku tidak peduli, terus aku meminta jiranku yang seorang lagi itu membukakan pintu kereta tua kepunyaan ayahku, terlalu tua dan suka rosak kerana jarang digunakan itu. Mereka yang lain tolong mengangkat ayah dan memasukkannya ke dalam kereta.

Permintaan aku itu dilayan, dan aku terus ke kamarku, terus tergesa-gesa memakai baju dan seluar seadanya, mengambil dompet dan bergegas ke kamar ayahku mengambil dompetnya yang ada kad pengenalan di dalamnya; dan juga aku capai dua tiga helai kain pelekat ayah, baju melayunya, tuala, sehelai, sejadah baru dan juga kopiyah putihnya yang ada tersangkut di dalam kamarnya itu,... sebab kalau ayah hendak solat senang nanti, kata hatiku.

Aku berpesan kepada kedua-dua anak saudaraku supaya tunggu di rumah, beri ayam-ayam makan dan minum dan jangan ke mana-mana. Aku beri kepada Ja anak saudara aku yang perempuan wang seratus ringgit dengan berkata: ... untuk beli apa-apa yang perlu.

Aku dan dua orang jiran lelaki membawa ayah ke hospital. Alahai kereta yang dipandu oleh jiranku itu aku rasakan perlahan sangat, dan lori pula di hadapan dua tiga buah berderet, dan hendak memotongnya pun tidak dapat kerana ada banyak kereta dari arah bertentangan. Ini menjadikan aku rasa bertambah cemas sangat.

Di dalam kereta ayah bersandar di kerusi depan di sebelah pemandu, dan aku berada di belakang ayah. Dari belakang aku terus memeluk badan ayah yang aku selimutkan dia dengan sehelai kain pelikat. Dadanya aku terus urut dan aku bacakan ayat-ayat yang diajar oleh guruku Profesor idolaku itu. Ayah tidak bersuara, hanya nafasnya yang dihelanya.

Jiranku Jamil yang memandu kereta tiba-tiba memotong dengan laju, alamak di hadapan ada kereta datang dari arah bertentangan. Aku menjerit: Kertaaa di depan!!!. .....Piiiiinnnn , jiran ku yang memandu menekan hon kereta dan flashkan lampu sebagai isyarat meminta kereta yang dari hadapan itu memberek mengurangkan kelajuannya.... dan terhuyung hayang rasanya, apabila Jamil menekan minyak kereta untuk memotong lori dan dengan serta-merta pantas membelok ke kiri, megelakkan pelanggaran. Bunyi hon dari lori di belakang dua tiga kali memekakkan telinga bagaikan memberi amaran. Berderau darahku, panik!

Tiba-tiba ayahku bersuara: Allahurobbi berulang-ulang kali. Aku terus memintanya batuk. Ayah, batuk ayah!. Jangan berhenti batuk ayah!.... Ayah batuk... Alhamdulillah, ada respon, kata di hatiku. ... Ayah boleh batuk lagi?, tanyaku. Batuk ayah!..... Ayahku batuk dan batuk berselang seli dengan ucapannya : Allahurobbi...

Kedua-dua jiranku tidak berkata apa-apa kerana panik, mereka juga kecut perut kerana kereta yang kami naiki nyaris tidak berlanggar tadi. ......

Bersambung ........ ke No. 14.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptyTue Sep 08, 2009 7:29 am

14.
Tiba-tiba ayahku bersuara: Allahurobbi berulang-ulang kali. Aku terus memintanya batuk. Ayah, batuk ayah!. Jangan berhenti batuk ayah!.... Ayah batuk... Alhamdulillah, ada respon, kata di hatiku. ... Ayah boleh batuk lagi?, tanyaku. Batuk ayah!..... Ayahku batuk dan batuk berselang seli dengan ucapannya : Allahurobbi...

Kedua-dua jiranku tidak berkata apa-apa kerana panik, kecut perut kerana kereta yang kami naiki nyaris tidak berlanggar tadi. ......
___________________________

HANYA lima belas minit dari rumahku, sampai ke pekarangan hospital lelaki Kuala Kangsar. Kereta masuk ke pekarangan hospital lalu terus menuju ke tempat menerima rawatan. Aku bergegas turun dari kereta lalu memberi isyarat kepada pekerja hospital supaya mereka mengambil ayahku. Mereka bergegas memberi layanan dan ayah pun diusung masuk untuk mendapatkan rawatan.

Aku seorang dibenarkan masuk. Doktor tanya aku banyak juga soalannya sambil dia menangani ayahku itu. Hatiku sudah kurang rasa cemas sejak Ayah mengeluarkan suara Allahurobbi tadi semasa dalam kereta dan boleh batuk apabila aku minta dia batuk. Kemudian doktor kata: "Masuk wad!".... Aku jawab: okay.

Ayah terpaksa dimasukkan ke dalam wad. Sebelum ditolak ke wad, ayah tanya aku: "Ini kat rumah sakit ke klinik?".... Aku jawab: Rumah sakit, ada masalah dengan jantung ayah sikit, jawabku. .... "Kamu dah sembahyang asar ke belum?", tanyanya. .... "Jangan tak sembahyang!", pesan ayah, sambil matanya memandang aku. ... Sekejap lagi, sembahyang le, jawabku. ...

"Kamu ada bawa sejadah aku?", tanya ayah lagi.... Ada, jawabku.... "Aku nak sembahyang asar, dah pukul berapa ni?", tanya ayah aku lagi. ... Lima suku...., jawabku.

Doktor meletakkan rekoad yang ditulisnya ke atas kereta sorong di sebelah kaki ayahku. Aku sempat bertanya doktor mengenai keadaan ayah, dan doktor mengatakan tak perlu bimbang...tetapi dia kena masuk wad dulu, .... nasib baik awak bawa dia cepat ke hospital, tambahnya lagi.... sekarang okay... kalau awak nak balik pun boleh balik, kata doktor kepada aku.

Mendengar kata doktor itu, dalam hatiku berkata: Kalau diikutkan cakap jiran tadi, mungkin Ayah dah tak ada dah sekarang ni...

Ayah kemudiannya ditolak dengan kereta sorong oleh pekerja hospital. Aku dan dua orang jiranku mengiringi ayah sampai ke wad dan apabila sampai terus diangkat ke atas katil. Jururawat datang membaca rekod yang ditulis oleh doktor tadi, kemudian meletakkan ke penyangkutnya di kaki katil.

"Nurse, boleh tak saya baca?" dalam bahasa Inggeris. "Boleh..", jawabnya. Aku tahu kalau cakap bahasa mat salleh, istimewelah dilayan. Saya pun ambil kesempatan membacanya, sambil jururawat itu memeriksa tekanan darah dan denyutan nadi ayah. Aku faham sikit-sikit saja apa yang doktor tulis. Alhamdulillah, kata hatiku.

Aku tanya Ayah hendak makan dan minum apa. Ayah kata dahaga sangat nak minum milo, pegilah beli biskut apa-apa, kata ayahku.

Aku minta Jamil yang memandu kereta tadi tolong pergi belikan miilo dan biskut dan aku beri wang sepuluh ringgit kepadanya. Jiranku yang seorang lagi itu aku minta tolong dia mengambil kain-baju, tuala, kopiah dan sejadah yang tertinggal dalam kereta dan minta dibawa kembali ke wad. Mereka berdua pun pergi.

Tiba-tiba Ayah beri tahu aku:
"Emak kamu tu dah senang dah dia dalam kubur ...!."

Aku diam membisu. Kenapa pula Ayah, ni?... hatiku bertanya. Rasa hendak sebak dada apabila Ayah kata begitu. Rupa-rupanya Ayah tidak pernah lupakan arwah Ibuku dan mendoakan agar Ibuku itu semuga senitasa senang dan sejahtera dicucuri rahmat ke atas rohnya oleh Allah. Aku pun terus berkata:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا., yang dapat didengar oleh Ayahku.

Aku tanya Ayahku:
"Macam mana Ayah tahu emak senang dalam kubur tu?...".

"Mana emak kamu tak senang... kamu ada!", jawab Ayahku. "Kamu selalu doakan macam tadi!", sambung Ayahku lagi.

Mendengar kata-kata Ayahku itu, tidak tahan perasaanku, lalu aku sebak dan nenangis dan terus membongkokkan badanku, memeluk Ayah yang terbaring di atas katil itu.....

"Jangan nangis...", pujuk Ayahku, sambil ditepuk-tepuknya belakangku dan diusap-usapnya dengan tangannya, bagikan memujuk aku seperti masa aku berusia dua tahun apabila aku menangis dan meragam dulu-dulu.

Dalam keadaan sebak dan tangis aku itu, aku memohon ampun dan maaf kepada Ayahku.....
"Halalkan segala-galanya Bongsu ni Ayah...!".

Ayahku terus menggosok-gosok mengusap belakangku...
"Kamu tak ada dosa pada Ayah ni..." jawab Ayahku, mengalir air matanya. "Ayah ni Bongsu, setiap hari Ayah ampunkan dosa kamu, setiap hari Ayah halalkan kamu....! Emak kamu pun sama, dia ada bagi tahu Ayah, dia ampunkan Bongsu.. dia halalkan kamu dunia dan akhirat, Bongsu!", kata Ayahku kepada aku......

Semakin bergegar badanku teresak-esak setelah mendengar kata-kata Ayahku itu, dan Ayahku pun memeluk aku terus memujuk aku supaya jangan menangis.... dan waktu itu dibisikkanya kepada aku empat patah perkataan... dalam bahasa arab yang aku diajar oleh entah siapa dalam masjid di Lenggong tempoh hari yang kemudiannya Ayahku juga mengajarnya sewaktu aku bersamanya di Rumah Nyah.

"Jangan kamu lupakan sampai kamu mati.", kata Ayahku kepada aku. Aku pun dapat menahan rasa piluku dan terus aku kucup dahi Ayahku itu dan berdoa di dalam hatiku...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Aku pun bangun berdiri dan mengesat air mataku dengan sapu tangan yang aku ambil dari saku seluarku. ...............

Bersambung........ ke No. 15.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptyTue Sep 08, 2009 7:31 am

15.
"Jangan kamu lupakan sampai kamu mati.", kata Ayahku kepada aku. Aku pun dapat menahan rasa piluku dan terus aku kucup dahi Ayahku itu dan berdoa di dalam hatiku...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Aku pun bangun berdiri dan mengesat air mataku dengan sapu tangan yang aku ambil dari saku seluarku. ...............
__________________________

BARULAH kini tiba-tiba aku sedar adanya seorang pesakit yang kelihatan sudah tua duduk berada di katil di sebelah katil ayahku di dalam wad itu memerhatikan setiap gerak-geriku melayani ayahku tadi; dan dia juga teresak-esak mengalirkan air matannya.

Aku terus meraptinya lalu bertanya kepadanya: Kenapa Pakcik?... Orang tua itu berkata: "Anak-anak Pakcik datang tengok Pakcik pun tak ada.... Tak pernah peluk Pakcik!". Fahamlah aku, .... rupa-rupanya hubungan jasmani dan rohani antara aku dan ayahku baru sebentar tadi telah diperhatiakn olehnya, yang menyebabkan terharu pilu di hatinya itu.

Mendengar kata-katanya itu, aku pun memeluknya dan mengusap-nguasap belakangnya. Sabarlah Pakcik, kataku. Jangan susah hati Pakcik. Pakck ampunkanlah semua anak Pakcik, ye!... pujuk aku. ... "Ye.... Pakcik ampunkan anak-anak Pakcik semua, macam mana Pakcik dengar tadi ayah kamu ampunkan kamu"....katanya sambil mengesat air matanya dengan jari-jarinya.

Aku memberikan sapu tanganku kepadanya. Dia terima dan terus mengesat air matanya, kemudian mengujuk balik kepadku sapu tangan itu. Aku pun kata kepadanya: Pakcik ambilllah, pakai!.... Mendengar kataku itu, sekali lagi dia menangis..."Tak pernah anak-anak Pakcik beri macan ni kat Pakcik ni..", katanya. Aku memujuknya: Tak apalah Pakcik, itu saya dah bagi kat Pakcik!... dan dia pun mengesat air matanya lagi dengan sapu tangan itu, sambil mencium-cium sapu tangan itu. Pilu benar rasa hatiku melihat dia begitu.

Memang benar, nikmat hidup bagi orang yang sudah tua, juga adalah apabila ada anak-anaknya dapat mendakap, memeluk ... mengurut-urutnya; jika tiada, dunia amat sepi dan tidak bererti walau pun miliki harta dan wang ringgit yang banyak.... Harta yang banyak sekali pun, tidak akan dapat memberikan kebahagian hati yang sama nilainya dengan pelukan, dan dakapan dari anak-anak darah daging sendiri.

Kebetulan ada empat bungkus milo jiran saya pergi beli tadi dan juga banyak biskut. Aku mengambil sebungkus milo itu, dan beberapa keping biskut lalu memberikannya kepada Pakcik itu. Dia memandang wajahku dan berkata: "Alhamdulillah!" .... Aku pun bertanya kepadanya.. Pakcik tinggal di mana? .... Jawabnya: "Rumah Orang Tua! Kat hospital ni dah sebulan sakit buah pinggang. Pakcik tau tak lama lagi Pakcik pun mati, dah dua orang mai kat sini sakit buah pinggang juga dah pun mati.", katanya.

Tiba-tiba ayahku berkata: "Aku nak sembahyang asar ni..!". ... Aku pun menghampiri ayahku. Aku dan jiranku memimpin Ayah ke bilik air. Selesai aku dan ayahku mengambil wuduk, akupun pimpin ayahku berjalan ke bilik sembahyang di wad itu. Ayah boleh berdiri dan berjalan, nampaknya sehat. Ayah mengimamkan anak bongsunya ini mendirikan Solat Wusta itu hingga selesai. Ayah nampak segar kembali, dan aku pimpin dia berjalan balik ke katil, lalu ayah boleh menaiki ke atas katil itu sendiri.........

Bersambung........ ke No. 16.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Oct 10, 2009 9:17 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Sep 12, 2009 10:09 am

16.
Tiba-tiba ayahku berkata: "Aku nak sembahyang asar ni..!". ... Aku pun menghampiri ayahku. Aku dan jiranku memimpin Ayah ke bilik air. Selesai aku dan ayahku mengambil wuduk, akupun pimpin ayahku berjalan ke bilik sembahyang di wad itu. Ayah boleh berdiri dan berjalan, nampaknya sehat. Ayah mengimamkan anak bongsunya ini mendirikan Solat Wusta itu hingga selesai. Ayah nampak segar kembali, dan aku pimpin dia berjalan balik ke katil, lalu ayah boleh menaiki ke atas katiL itu sendiri.........
_________________________________________________

AKU lihat Pakcik di katil sebelah katil ayah itu teresak-esak menangis lagi. Aku pun menghampirinya semula dan bertanya: Kenapa Pakcik?, lalu aku pegang bahunya sambil menepuk-nepuknya perlahan-perlahan.

"Pakcik tak pernah sembahyang berjemaah dengan anak-anak Pakcik...", jawabnya. Aku pun bertanya: Pakcik sudah solat Asar?.... "Sudah", jawabnya.... Tak apa Pakcik, nanti kalau saya datang, kita boleh sembahyang bersama, kan?, kataku sambil melihat bilik sembahyang memang ada di wad itu. Patutlah, hatiku berkata, ...Dari katil itu Pakcik itu boleh nampak Ayahku dan aku berdua mendirikan solat di dalam bilik itu.

"Ayah ni bila boleh balik?", tanya ayahku. Aku kembali merapati ayahku.... Tak tahu lagi, ayah, jawabku.... "Kamu baliklah, nanti kamu datang jangan lupa bawa kitab aku ye!", kata Ayah... Aku bertanya kepadanya kitab yang mana satu?.... "Yang tebal yang kulitnya kulit kambing warna coklat tu!"... Aku pun faham maksud Ayah sebab aku kenal kitab itu, kitab ilmu tasawuf.

Jam sudah hampir 6.15 petang. Aku beritahu ayah yang aku hendak balik dulu. Ayah faham, dan aku pun pergi jumpa jururawat yang bertugas menanyakan sama ada makan malam ada atau tidak untuk Ayahku itu. Juruwat mengatakan biasanya kalau daftar selepas waktu pejabat, maknan tak ada. Tapi tak apa, ada banyak lebih, adalah nanti!...

Aku kembali menemui Ayah, menanyakan Ayah nak makan apa. Ayah memberitahuku dia hendak makan nasi beriani kalau ada, kurma kambing. Aku pun memberitahu ayah, banyak lemak tu, kolesterolnya tinggi; sakit jantung Ayah kena pantang makan. "Kalau macam itu apa-apa pun tak apalah." kata ayah.

Aku pun ajak kedua-jiran aku itu balik. Di dalam kereta, jiran yang memandu kereta tadi barulah mahu bercakap banyak. Nyaris tadi kita tak mati, ye? ... tanyanya kami. .... Itulah aku kata, tengok, ayah Cikgu sihat .. kalau tak payah bawa ke hospital pun tak apa. Dia sihat wal'fat; tapi kita yang semua nyaris tak mati tadi.

Aku pun membalas: "Tak macam tu, nasib baik cepat kita hantar ke hospital tadi, sebab doktor cakap nasib baiksampai cepat ke hospital!". Jiran aku itu pun senyap.

"Kenapa Cikgu suruh Ayah Cikgu itu batuk-batuk pula? Bukankah kalau orang sakit, kita kena suruh dia tenang, duduk diam-diam?", tanya jiran aku yang seorang lagi yang duduk di kerusi belakang dalam kereta itu.

"Entahlah...", jawabku. "Saya ikut apa yang guru saya ajar, kalau ada orang kena serang sakit jantung, suruh dia batuk jangan henti-henti,", jawabku. Itulah apa yang diajar oleh Profesor idolaku, Lebai Johan dulu.

"Habis, kalau kita seorang diri kena serang sakit jantung, siapa yang nak suruh kita batuk?", tanya jiranku yang memandu kereta itu.

"Kah, kah, kah.... Ala, hang ni tengin sangatlah! Batuklah sendiri, tak payahlah tunggu orang suruh, kalau dah seorang diri! ... Apa la lu!", jawab yang duduk di belakang aku itu. ...............

Bersambung........ ke No. 17.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Sep 12, 2009 10:15 am

17.
"Kah, kah, kah.... Ala, hang ni tengin sangatlah! Batuklah sendiri, tak payahlah tunggu orang suruh, kalau dah seorang diri! ... Apa la lu!", jawab yang duduk di belakang aku itu. ...............
________________________

SAMPAI saja aku ke rumah, aku lihat rumah biasa saja seadanya; suasananya sepi. Rumah saja yang besar tetapi sunyi dan sepi. Nasib baik juga anak-anak saudaraku tidak menghebohkan kepada sesiapa yang Atok mereka itu diserang sakit jantung tadi, jika tidak, akan ramai murid-murid Ayahku pula yang akan datang ke rumah dan menyerbu pula ke hospital. Bukanlah aku tidak suka orang ramai datang, tetapi aku ada banyak kerja sekolah yang masih belum aku siapkan lagi.

Aku memberi tahu anak saudara yang perempuan ku: "Ja, tolong masakkan nasi, masuk juga gulai asam pedas ikan sembilang! Lepas maghrib nanti Pakcu nak hantar kat Atuk kamu!". Ja menjawab: Yalah... ... Gulai ikan sembilang masak asam pedas memang kegemaran Ayahku. Ikan sembilang memang sentiasa ada dalam peti sejuk.; Akan aku bawa untuk Ayahku selepas aku solat Maghrib nanti. Kepada anak saudaraku yang lelaki, Ta-a;; pula aku arahkan supaya malam itu dia kena berada bersama Atoknya di wad, tidor di sana menemani Atoknya itu: "Ta-a, bersiaplah, nanti kamu tidur kat wad temankan Atok kamu tu...". kataku kepadanya. Dia pun beredar, patuh, pergi ke kamarnya,; mandi dan bersiap.

Selepas solat Maghrib, aku pun mengambil berus gigi kepunyaan Ayahku dan ubat gigi untuknya, serta sabun mandi untuk kegunaannya. Sebagaimana yang telah dijanjikan dengan jiranku Jamil, yang memandu kereta petang tadi untuk tolong bawakan kereta tua ayahku itu, kami bertiga pun kembali ke hospital. Aku ketika itu walau pun sudah berusia dua puluh lapan tahun, tetapi masih tidak pernah cuba-cuba memandu kereta kerana kakiku cacat.

Ja, anak saudara perempaun aku itu pula setiap malam mengajar tuisyen kepada tiga orang bebudak perempuan, anak-anak jiranku di rumahku itu; dan semasa ketiadaan aku, tidaklah dia takut berada di rumah pada malam itu.

Di hospital, aku lihat ayahku nampaknya sihat sahaja dan apabila aku merapatinya pertanyaan pertamanya kepadaku ialah: "Dah sembahyang maghrib?...". Sudah, jawabku! .... Ayah ni nasi, lauk ikan sembilang masak asam pedas,... sambungku lagi sambil meletakkan bekalan makanan itu di atas kabinet kecil pesakit di sisi katil di mana Ayahku sedang berbaring.

"Aku sudah makan pukul enam tadi, atendan bagi!", jawab Ayahku... "Sedap pulak makan nasi hospital ni!. Esok, kamu tak payah bawa nasilah...", katanya lagi.

"Pakcik sudah, makan?", tanya ku kepada Pakcik tua yang memerhatikan aku di sisi ayah. ... Sudah, katanya. .... "Pakcik sudah sembahyang maghrib?", tanyaku lagi... Sudah, dengan ayah kamu tadi..., jawabnya dengan senyuman... Rasa bahagia hatiku melihat senyumannya.

Dari jauh, sayu-sayup kedengaran azan, masuk waktu solat Isyaa. Ayahku diam, dan aku juga diam, masing-masing menjawab setiap ayat yang diazankan yang jelas sayup kedengaran itu. Aku memandang ke luar melalui tingkap yang ada berdekatan dengan katil di mana Ayahku berbaring. Lampu jalan dan kawasan hospital agak tidak berapa terang; suram. Dalam suasana di hospital begitu aku terkenang kembali di wad di Hospital Perempuan Kuala Kangsar yang tidaklah jauh dari Hospital Lelaki itu, kira-kira sebatu saja... Teringat aku kembali bagaimana Ibuku juga pernah empat hari terbaring di wad di Hospital Perempuan itu. Lantas di hatiku berkata: ..... Emak, .... ayah! ..... Dan aku berdoa:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Pilu hatiku mengenangkan peristiwa seekor kucing di wad itu yang Ibu aku minta aku bawa balik ..... .....

"Jom kita sembahyang Isya'", Ayahku bersuara menyekat mindaku menenangkan peristiwa itu tadi. Aku pun merapti Ayah untuk membagunkannya. "Ta-a, jom sekali, pimpin Atok ni!..", aku minta anak saudaraku membantu Atoknya itu.

"Jom kita sama-sama solat, Pakcik", aku pula menjemput Pakcik yang sudah tua yang duduk di atas katil itu. Aku masih ingat yang aku ada berjanji dengannya hendak solat bersama-samanya.

Di bilik embahyang di wad itu Ayahku menjadi imam dan Pakcik, aku dan Ta-a adalah makmum.; Jamil jiran aku tadi tiada entah ke mana perginya.

Selesai salam dan doa, serta bersalaman; tiba-tiba Pakcik itu memeluk aku dan menangis, lalu terus mencium dahiku..... Aku jadi tergamam. "Pakcik rindu kat anak-anak Pakcik,", katanya. "Pakcik pun ada anak, lelaki juga, sebaya kamu. ... Pakcik ni nak merasa kasih sayang anak yang soleh.", kata Pacik itu kepadaku lagi, teresak-esak. "Tapi..., tapi anak-anak Pakcik sendir tui....,"..... sendu esaknya: "Entah di mana.. Pakcik tak tahu...", sambungnya lagi.

"Sabarlah...", pujuk ayahku. "Walau apapun, jangan lupakan Dia ...", jelas ayahku kepadanya.....

"Tahu, bukan tak tahu...", jawabnya. "Tapi nak amalkan yang tahu tu, payah sangat!", katanya lagi..... "Adat muda menanggung la rinduuuu, adat tua menanguuuung deritaaa..", ujarnya bagikan bersyair, mengenangkan nasib dirinya jadi begitu. Aku terus mendakapnya dan aku cium dahinya..... Semakin kuat esak dan tangisannya.; Aku dan Ayahku biarkan dia melepaskan tangisannya supaya dia merasa puas.... Akhirnya: الْحَمْدُ للّهِ katanya dan terus tenag kembali.

Selesai solat berjemaah, Ta-a memimpin Atokya kembali ke katil. Aku pula, ..... aku pegang pinggang Pakcik dan berjalan seiringan dengannya di belakang Ta-a dan Ayahku. Semuga Pakcik dapat menikmati rasa sentuhan aku sebagai seorang anak.... kata hatiku.

Aku ingin balik cepat sebab persediaan mengajar masih belum aku siapkan lagi untuk aku mengajar esok di sekolah. Lantas aku memohon diri, dan aku cium dahi Ayahku, dan pada masa yang sama, hatiku ingat kepada Ibuku, lantas aku ujarkan doa:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Seterusnya aku rapati Pakcik tua yang sedang duduk di katil di sebelah katil Ayahku itu, terus aku bersalaman degannya. Sebagaimana dengan Ayahku, juga aku dakap, dan cium dahinya sambil aku ujarkan:
اللهم بارك فيه ولا يضره
Sekali lagi dia menangis... Tak apa Pakcik, aku memujuknya; tanganku masih memegang bahunya. .... Saya ni kan ada ... kataku lagi. Terasa sayu pula hatiku terhadapnya.

Anak saudara lelaki aku itu memerhatikan gelagat aku dan di dalam hati aku.. semuga hendaknya dia faham dan mencontohi aku bagaimana caranya sayangkan ayahnya, ibunya dan juga orang-orang tua, tidak kira siapa. Kalau tak larat nak amalkan sepenuhnya, amalkanlah sedikit pun jadilah, iaitu bagaimana hendak amalkan maksud al-hadis bahawa antara mu'min dengan mu'min itu adalah besaudara bagaikan satu seperti satu tubuh.......walau pun sekadar menyentuh tubuhnya.

Jiranku Jamil, yang menjadi pemandu kereta tiba-tiba muncul, bagaikan dia tahu masa sudah tiba untuk aku balik ke rumah. Sebelum meninggalkan Ayahku dan Pakcik tua itu, aku menemui jururawat, bertanyakan keadaan Ayahku. ... "Ayah you tu nampak dah okay... esok atau lusa mungkin dah boleh balik.", katanya. الْحَمْدُ للّهِ hatiku berkata.

Aku dan Jamil pergi ke kerata dan kereta pun bergerak keluar dari kawasann hospital. Dia bertanya: "Bagaimana keadaan ayah hang tu, Cikgu, ikut kata doktor?....". ...

"Tadi hang tak dengar ke, nurse tu kata?," jawabku.

"Dengar..., ", katanya. "Bukan ke aku dah kata kat hang tak payah hantar ayah hang tu ke hospital, dia sihat, tapi hang taknak dengar cakap aku!", katanya lagi. Aku diam tidak menjawab....!; Dia ingat serangan sakit jantung ni boleh dibuat main-main..

Aku rasa penat sangat, malas rasanya hendak bercakap-cakap. Hatiku kini lebih teringat kepada sidiaku; kedua-duanya.... bagaikan diriku ini memiliki dua kekasih, yang mana satu akan ku pilih..... Atau sememngnya benar hatiku ini.... hatiku ini yang terjerat dan diikati ... oleh antara dua kasih.... yang manakah satu jadi pilihanan.........

Bersambung........ ke No. 18.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Sep 12, 2009 10:17 am

18.
Aku rasa penat sangat, malas rasanya hendak bercakap-cakap. Hatiku kini lebih teringat kepada sidiaku; kedua-duanya.... bagaikan diriku ini memiliki dua kekasih, yang mana satu akan ku pilih..... Atau sememngnya benar hatiku ini.... hatiku ini yang terjerat dan diikati ... oleh antara dua kasih.... yang manakah satu jadi pilihanan......
________________________

JAMIL jiranku itu terus memandu kereta Ayahku itu, perlahan saja; bagaikan dia sudah menyedari erti betapa maut petang tadi telah hampir menerpa dan menyentak nyawa kami apabila kereta ini yang kami naiki menuju ke hospital nyaris berlanggar. Dia juga bagaikan memahami yang diriku ini sangat letih kini, lantas dia turut saja diam membisu melayani hatinya sendiri lantas terus saja dia memandu kereta tua kepunyaan Ayahku itu.

Angin panas dari luar menerjah masuk menerusi tingkap kereta bagaikan malam itu hujan akan turun. Kereta tua Ayahku itu tiada berpendingin hawa. Namun hatiku teringat kembali kepada sebuah lagu yang masih segar di dalam nostalgiaku; tetapi sudah aku lupai siapa penyanyinya, kini. Apakah... M. Bakri, eh bukan, ...... jodolnya Di antara Dua Kasih....

Lagu ini pertama kalinya aku dengari apabila para pelajar Malay College Kuala Kangsar mengadakan Malam Budaya di Hargreaves Hall, iaitu di Dewan College mereka. Seorang pelajar MCKK yang juga pandai main piano menyanyikan lagu itu, jika tiada salah ingatanku juruacara ada mengumumkan bahawa lagu itu adalah ciptaannya. Aku semasa menonton itu dulu, aku sempat salin liriknya ke dalam diari aku..
Aku pun menyayikan lagu itu di dalam kereta....
Nun di tengah samudera kasih
Aku karam di laut cinta
Lemaslah fikiran hamba
Pantai mana akan ku pilih

Di antara dua kasih
Aku lemas bersama budi
Mana satukah akan ku pilih
Dua-dua pujaan hati...


"Eh, merdu juga suara hanng ni, Cikgu! Tak sangka pulak sedap suara hang. Tak pernah aku dengar lagu tu. Apa nama lagu tu?".... tanya Jamil yang sebaya usianya denganku tetapi dia sudah pun punyai isteri, suka bertekak setiap hari dengan isterinya itu; anakya yang sulung berusia dua tahun, dan yang satu lagi baru, masih bayi.

Pertanyaannya itu tidak aku layani. Hatiku ini yang sebenar-benarnya masih diisi oleh kedua-dua sidiaku Normawati dan juga Zaharah; yang mana Zaharah akan aku kahwini dua minggu lagi, tetapi Normawati entah di mana; yang cuma aku tahu kini dia akan dimilki oleh Leftenan Muda sahabat karibku sendiri pada hari perkahwinan yang sama tarikhnya dengan tarikh perkahwinanku dengan Zaharah nanti.....
Aku terus menyanyi:
Padamuuuu aku menyintaaaa
Padanya juga ku sayangggg
Lemaslah fikiran hambaaaa
Mana satu kan ku turutkan...

Memang aku yang bersalahhhh
Menurutkan gelora jiwaaaaa
Biarlah cintaku musnahhhh
Jangan dinda turut kecewaaaa.....


Air mataku berderai bila aku nyanyikan lagu itu, tetapi Jamil tdak menyedarinya. Jamil berkata: "...... Jangannnn. Cikgu... Nak musnah-musnah apa lagi ... Hanya dua minggu saja lagi..., Kalau susah-susah sangat, ambil dua-dua sekali...", perli Jamil jiranku yang sedang memandu kereta itu, iaitu jiran dan juga sekali gus dia adalah kawanku; walau pun sebagai tetangga tetapi dia tidak tahu apa-apa cerita mengenai nasib yang melanda diriku ini.... Malas aku hendak menceritakan kepadanya. Yang dia tahu hanya bahawa dua minggu lagi, aku ini akan menjadi raja sehari.... dan dia juga akan turut sama mengiringi aku bila pergi ke majlis ijab-kabul itu nanti.

Mengenangi lagu itu, pada Malam Kebudayaan di MCKK itu, aku juga dan rakan-rakan sekolahku di asrama Clifford School turut mewakili sekolahku dalam pertandingan nyanyian kumpulan. Kami namakan Kumplan kami bertiga itu Kumpulan Tiga Serangkai, terdiri daripada Shaharudin penyanyi utama dan Wan Hashin Wan Teh serta diri aku ini sebagai penyanyi pengiring... menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh P. Ramlee itu, iaitu Nujum Pak Belalang ... . Kumpulan kami hanya berjaya mendapat tempat ketiga saja... hadiahnya hanya sebuah piala.
[... Kini aku tidak tahu Shaharudin itu di mana, tetapi Wan Hashim akhirnya adalah Prof Dr. Wan Hashim Wan Teh yang pernah hingga berjaya menjawat jawatan sebagai Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar di UKM dan juga sebagai ahli Parlimen bagi Kawasan Gerik pada penggal 2004 – 2008.]

Sampai ke rumahku.... Ja, anak saudaraku membuka pintu. Kepada jiranku itu aku ucapkan terima kasih, dan dia pun pergi. Aku lihat bebudak perempuan yang belajar dengan anak saudara aku itu masih ada sedang menulis entah apa-apa di meja...

Aku terus ke kamarku menyiapkan kerja sekolahku. Ja menghantar kopi panas untuk aku nikmati... kerja sekolah pun terus aku siapi...., rupa-rupanya aku dapati yang sebenarnya tidak banyak kerja sekolahku itu kerana telah pun aku siapkan sewaktu aku berada di sekolah pagi tadi. Ah... betapa nikmtinya bila kerja yang aku sangka banyak tadi yang belum siap, tetapi rupa-rupanya aku lupa hampir kesemuanya telah aku siapkan semasa aku berada di sekolah pagi tadi, kerana aku tidak suka membuang masa...., kata hatiku.

Aku terasa amat mengantuk pula... lalu aku pergi ke bilik air, mandi dan mengambil wuduk, dan aku terus dirikan solat witir... Sebagaimana biasa dalam sujudku, aku tiada pernah lupa berdoa:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Selesai saja solat witir itu lalu aku pun capai Al-Qur'an, .. Aku iqraq sekadar lima-enam ayat kerana mataku mengantuk amat...Akui akhiri seperti biasa berdoa, yang antara isi doaku yang tidak pernah aku abaikan, berdoa semuga pahala bacaan Al-Qur’an aku itu walaupun hanya lima enam ayat saja, akan mengalir sampai kepada roh arwah Ibuku di alam barzah, dan juga untuk Ayahku yang kini berada di Hospital Lelaki Kuala Kangsar itu.

Aku terus bangun menuju ke katilku, kiranya aku dapat terus saja melelapkan mataku karana jam di dinding kamarku sudah pun menunjukkan pulul satu pagi.... kini sudah dinihari yang sunyi sepi...

Bersambung ........ ke No. 19.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Sep 12, 2009 10:21 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySat Sep 12, 2009 10:19 am

19.
Aku terus bangun menuju ke katilku, kiranya aku dapat terus saja melelapkan mataku karana jam di dinding kamarku sudah pun menunjukkan pulul satu pagi.... kini sudah dinihari yang sunyi sepi......
_______________________

ANIH sungguh....., tadi aku rasa mengantuk amat, tetapi mataku ini tidak pula mahu pejam ... itulah jangan dinyanyi-nyanyikan lagu cinta, lagu asmara dana... kata hatiku sendiri bila tiba-tiba datangke mindaku teringat aku pernah baca karya Imam Al-Ghazali sewaktu aku di universiti berjodol Bimbingan Mukmin, yang ada menyatakan jangan dibenarkan lagu-lagu cinta dinyanyi-nyanyikan oleh kanak-kanak... kerana nyanyian-nyanyian cinta-asmara itu adalah merupakan bibit rasuah yang akan hidup di hati dan di jiwa kanak-kanak... !

Ah, kata mindaku sendiri, bahawa aku kini bukannya masih lagi kanak-kanak! Aku sudah dewasa.... Itulah kau minda, balas hatiku kepada mindaku tadi. ... Mata tidak mahu lelap itu adalah kesannya akibat hidupnya bibit rasuah tadi kerana menyanyikan lagu cinta-asmara dana di dalam kereta itu tadi ... Itulah juga bibitnya rasuah.... . Mindaku kalah berhujah dengan hatiku sendiri kerana akur apa yang dihujah balas oleh hatiku. ... Kalau berzikir, adalah juga dapat pahalnya, hujah hatiku lagi kepada mindaku sendiri.

Aku teringat kepada kucingku, malam ini masih belum datang ke kamarku... Ke mana pula perginya, tanya hatiku...... Aku teringat peristiwa di Hospital Perempuan Kuala Kangsar di mana Ibuku dirawat dulu, di mana seekor kucing dari hospital itu kini sudah pun menjadi milik aku. Biasanya setiap malam ia tidur bersama aku di atas katilku, tetapi hingga kini entah di mana dia, masih belum datang ke kamarku lagi.....

Flash-back
Teringat aku semula... April, 1972, Ibuku sakit, berada di wad di Hospital Perempuan itu.. Satu hari kira-kira jam 4.30 ptg., sedang aku bersiap-siap ke hospital Abang ku yang aku panggil Nyah, kembar Kak Angah aku, dia datang dengan kereta Moris Minor-nya dibawa bersamanya seekor kucing. “Nah kucing, Mak suruh you bela!”, katanya kepadaku. Abang aku itu seorang pegawai di pejabat pelajaran di bandar, tinggal di kuaters kerajaan di bandar.

Aku buka kotak yang dibawa oleh Nyah itu, lalu aku tengok kucing itu, aku lihat bulunya berwarna putih, sedikit bertompok warna kuning dan juga bertompok hitam; ada 3 warna; comel sungguh!.. Ia kucing betina, alahai, aku tak suka, nanti beranak banyak; susah; berak, kata mindaku! Aku pun kata kepada Nyah: "Nak buat apa kucing betina, Nyah? Nanti beranak banyak; berak sana-sini, buat susah je!”

Nyah, bagiku amat rapat, dialah yang sebenarnya yang berada di belakangku yang selalui memotivasikan aku sehingga membolehkan aku adalah anak dari kampugku yang pertama menjejakkan kaki ke menara gading, dan yang pertama memiliki ijazah. Nyah aku itu juga waktu itu adalah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak ....

Nyah seperti bertegas berkata: “I tak tau, Mak tadi di hospital suruh I bawa bagi kucing ni kat you, .... Mak suruh you bela!!”.

Mendengar kata-kata Nyah itu, aku jadi terkedu... Lepas itu Nyah terus beredar dengan keretanya. Aku pun hairan juga, nak buat apa lagi kucing, ... betina pula, sedangkan di rumahku sudah ada pun seekor kucing jantan kepunyaan jiran yang selalu datang dan tidur-baring dan makan di rumahku; kekadang kencing memancut di mana-mana ikut sesukanya?

Jam 5.00 ptg, aku masukkan kucing itu ke dalam kotak tadi juga, dan aku bawa ia menaiki bas kerana aku mahu menghantarnya balik ke Hospital itu. Di wad, aku tanya Ibuku: Nak buat apa bela kucing betina ni, mak? ... Taknaklah!. Lalu aku lepaskan kucing itu di luar wad dekat pintu yang tidak jauh dari katil di mana Ibuku itu terbaring di wad hospital itu.

Ibuku kata: “Aaiiii, kucing sekor itu pun kamu tak lalu nak bela, camana kamu nak bela aku! Kalau kamu sayangkan aku, kamu bawa balik, bela!”.

Aku tersentak hati bila Ibuku itu kata begitu... , tertanya-tanya hatiku, ... Apa halnya pula ni; ... Emak aku meletakkan syarat pula kepadaku, iaitu seolah-olah sebagai satu nilaitara kedudukan diriku pula, iaitu siapakah aku ini terhadapnya!

Jururawat yang bertugas yang berada di mejanya tidak jauh, rupa-rupanya memerhati, dia nampak dan dengar, lalu dia gamit aku, lantas aku menghampirinya. Dalam bahasa Inggeris dia kata: “I think you better keep the cat-lah, follow what your mother said-lah!”, sambil jururawat cina itu menggenyit kepada aku bagaikan memberi isyarat, dan aku pun faham bahawa kehendak ibu jangan dibantah, berdosa, itulah kefahaman maksud isyarat dari genyit matanya itu, waktu itu.

Masa itu langsung tidak ada sedikit pun melintas di hati dan di mindaku ini bahawa Ibuku itu tidak lama lagi akan pergi, jasadnya akan pergi buat selama-lamanya dari dunia ini. Mungkin jururawat itu sudah tahu yang Ibuku itu sudah tidak lama boleh hidup lagi melihat kepada keadaan kesihatannya yang dia lebih mengetahui dari segi perubatan, dia boleh tahu. Itulah sebabnya dia kata macam itu tadi.

Kemudian jururawat itu memberitahu aku, yang sebenarnya limpa Ibuku itu sudah teruk serius membengkak. Terperanjat aku bila diberi tahu begitu..... Tetapi aku tidak juga terfikir kata-katanya sebagai gesture yang bermakna dia memberi tahu aku bahawa Ibuku itu sudah tidak boleh diubati lagi, dan akan kembali kepada Allah Maha Pencipta-nya, akan pergi buat selama-lamanya, pergi ke alam barzah.

Yang si kucing itu tadi pula setelah aku lepaskan di luar wad itu; tidaklah pula ia mahu bergerak lari ke tempat lain, aneh sungguh; terus juga duduk dekat pintu di luar wad itu menjilat-jilat bulunya. Aku tak terasa pun yang tindakan aku menghantar balik kucing itu sebagai aku zalim membuangnya, sebab bukan pernah pun beri ia makan dan juga bukan pernah aku jadikan diri aku ini tuannya. Lainlah kalau kucing itu sudah sekian lama aku yang tanggung beri ia makan memeliharanya, tak patutlah dibuang pula walau pin ia buruk, walau kurap, sakit atau sebagainya sebab ia adalah kucing aku.

Masa aku hendak balik, aku mengalah, lantas aku pergi ambil kucing itu, dan aku masukkan ia semula ke dalam kotak tadi untuk dibawa balik ke rumahku. Ibuku berkata kepadaku: “Jaga kucing tu elok-elok, buat kenangan ingatkan Mak!”. Aku jawab kata: Nanti beranak banyak, camana? Berak nanti, busuk tahi kucing kat rumah!... Menyedari betapa salah dan berdosanya aku berkata begitu, lantas terus saja aku peluk Ibuku, aku mohon ampun... Ibuku memang memahami sangat bila aku peluk dirinya begitu maknanya aku ini memhon ampun terhadap segala dosaku kepadanya.

Ibuku berkata kepadaku:
“Belalah elok-elok semuanya!”.
Wajahnya aku lihat sayu, bagaikan merayu kepadaku. ... Aduh nanti beranak-berenik berpuluh-puluh ekor, macam mana?.... kata hatiku, tetapi aku hanya diam, sebagai mematuhi perintah Ibuku, kerana aku tahu, dengan Ibu dan Ayah, berkataa "ahhh" pun adalah ditegah Allah.

Ibu aku kemudiannya bertanya:
“Kamu bila nak ke Kuala Lumpur, aku nak ikut sangat, nak tengok kamu ambik ijazah?... Kamu jangan tak bawa aku sama. Bolehlah kita nanti pergi ke rumah Pak Pian kamu, dah lama aku ni tak jumpa dia.”, kata Ibuku sambil memandang sayu ke wajahku..
Aku kata lambat lagi, surat panggilan ke konvo pun belum aku terima, tidak tahu bila konovo akan diadakan.

Aku pun memberitahu Ibuku yang aku hendak balik kerana aku ada banyak kerja sekolah yang perlu aku siapkan. Ibuku memahami. Aku peluk Ibuku, dan sebagaimana biasa aku dengan Ibuku itu, aku cium dahinya, dan dibalasinya mencium dahiku dan pipiku pula, sambil di hatiku berdoa:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Bersambung ........ ke No. 20.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan.   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySun Sep 13, 2009 1:01 am

20.
Flash-back
Aku pun memberitahu Ibuku yang aku hendak balik kerana aku ada banyak kerja sekolah yang perlu aku siapkan. Ibuku memahami. Aku peluk Ibuku, dan sebagaimana biasa aku dengan Ibuku, aku cium dahinya, dan dibalasinya mencium dahiku dan pipiku, sambil di hatiku berdoa:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
________________________________________________

AKU pun melangkahkan kakiku meninggalkan wad hospital itu untuk balik ke rumahku. Aku bawa kucing itu semula bersamaku di dalam kotak itu tadi..... Di dalam bas, aku mengingati apa yang Ibuku kata tadi, iaitu: “Jaga kucing tu elok-elok, buat kenangan ingatkan Mak!”. Namun begitu tidaklah juga aku ini terlintas di fikiranku bahawa kata-katanya itu membayangkan bahawa Ibuku itu tidak lama lagi akan pergi buat selama-lamanya, .... tiada lagi akan berada di dunia ini buat selama-lamanya.

Pelik juga aku, apabila aku lepaskan kucing itu dari dalam kotak di dalam rumah, tidak pula ia seperti kucing-kucing lain, lari; tetapi terus saja ia mengiau-ngiau mendongakkan kepalanya memandang aku bagaikan meminta makan kerana lapar. Aku pun minta Ja memberinya susu.

[Kucing yang Ibuku suruh aku pelihara itu, setiap malam sewaktu aku hendak tidur, ia datang mengiau-ngiau minta aku membuka pintu kamarku untuk dapat masuk ke kamar tidur aku. Setiap malam sebelum tidur ia mahu bersama-sama dengan aku, mengiau-ngiau minta masuk ke kamarku, malah setiap malam juga sebelum tidur ia minta minum susu. Aku pun ke dapur mengambil susu lalu memberi ia minum di dalam kamarku... Begitulah kucing yang Ibuku minta aku memeliharanya itu.

Sewaktu aku hendak tidur, dia naik ke atas katilku, lalu ia tidur bersama-sama aku sampai ke pagi, selalunyalah begitu. Ia juga yang selalu melompat ke atas dadaku sewaktu aku tidur nyenyak ketika waktu sepertiga malam, menjilat-jilat pipiku, yang mengejutkan aku menyebabkan aku terjaga dan bangun... supaya dapat aku mendirikan solat sunat tahjud. Fahamlah aku kenapakah Ibuku itu mendesak aku supaya aku memelihara kucinng itu. Aku beri nama Meil, sebab ia comel sangat, bulunya gebu, matanya hijau.]

Esoknya, kira-kira jam 3.00 ptg, sedang aku membaca akhbar di ruang tamu datang sebuah jeep Polis ke rumahku. Tersentak hatiku, ... Aku ingatkan polis itu datang itu untuk memberitahu aku bahawa Ibuku itu sudah tiada lagi, sudah kembali ke Rahmatullah. Ada orang polis datang kiranya hendak memberi tahu aku berita itu begitu.

Aku pun tergesa-gesa pergi keluar rumah untuk ingin tahu, dan hatiku ini berdebar-debar. Alangkah terperanjatnya aku, bila melihat Ibuku ada terbaring di kerusi panjang di bahagian belakang dalam jeep polis itu. Pemandu jeep polis itu beritahu aku: “Encik, kami jumpa Makcik ni terbaring tadi di bawah pokok di depan hospital, dia kata dia tunggu bas. Dia kata dia nak balik. Itu sebab kami bawa dia tumpang balik ni!”.

Aku dan dua orang Polis itu pun turunkan Ibuku dari jeep polis itu, lemah sungguh aku lihat Ibuku itu.... Lalu aku tanya Ibuku: “Kenapa Mak balik? Kalau ya pun tunggulah kami ambik, Emak..”.

Ibuku dengan suara yang tertahan-tahan berkata: “Aku takut kamu taknak bawak aku ke Kuala Lumpur, ... tak nak bagi aku ni tengok kamu tu ambik ijazah!”. ....

يا الله
Emak, .... lambat lagi tu... Mak sihat nanti kita bolehlah gi!”, aku meyakinkan Ibuku, kerana bagi aku ini di hatiku memang seribu kali memang, aku mahu Ibu dan Ayahku menyaksikan aku anak bongsu mereka ini naik ke pentas menerima ijazahku di majlis konvokesyen di universiti itu nanti.

Apabila sudah masuk ke dalam rumah kami letakkan Ibuku di atas katil, dan terus membaringkannya. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada dua orang polis yang prihatin membawa Ibuku menumpang jeep polis itu dan kesudian mereka menghantar Ibuku balik hingga sampai ke rumah. .. Kedua-dua polis itu pun meninggalkan aku.

Aku membayangkan bagaimalah Ibuku itu tadi terbaring di bawah pokok di hadapan hospital itu... mungkin lama menunggu bas sambil menahan kesakitan yang dideritainya Tiada siapa yang mahu ambil tahu, bagaikan Ibuku itu seorang pengemis yang hidupnya sebatang kara; sedangkan anak-anaknya ramai tetapi bagaikan tiada seorang pun yang ambil tahu dan peduli... Bergenang air mataku ini membayangkan peristiwa itu.

“Macam mana boleh balik sendiri pulak.. kenapa tak tunggu Nyah datang,.. tak tunggu Bongsu datang?..”, tanya Ayah aku kepada Ibu aku.... Ibu aku hanya diam membisu.

Aku lihat ibuku balik ke rumah itu tadi tiada pula membawa ubat. Aku pun bertanya kepada Ibuku, mana ubat, emak? .... Doktor tak bagi ubat pun!, jawab Ibuku.

Mendengar kata Ibuku itu, aku pun jadi hot, ..... Macam mana hospital tak bagi Emak ubat pula? ... Hati ini nak marahkan pihak hospital. Macam-mana, tak beri ubat pula? .... seolah-olah aku mempertikaikan pihak hospital pula.

Aku pun terus menaiki bas pergi ke hospital, nak melenting di situ. Sampai di hospital, aku terus pergi ke wad. Aku tanya jururawat di wad itu kenapa benarkan Ibuku balik seorang diri, ubat pun tak diberi?

Jururawat beri tahu aku, katanya Ibuku itu sendiri yang nak balik juga-juga. Kata Jururawat itu lagi: “Puas kami pujuk dia. Dia kata dia nak balik juga sebab nak ikut you ke Kuala Lumpur, you nak ambik ijazah! Dia nak balik juga, takut you tak nak bawa dia! ... You tau tak, emak you menangis-nangis minta balik juga. Bila dah macam itu, doktor bagi dia balik, suruh dia sign surat dengan cap jari dia. Bila kami pergi ambil ubat nak beri dia bawa balik ubat, tiba-tiba dia sudah tak ada. Tak sempat kami nak bagi ubat, dia dah pun balik! Kami nak telefon you pun; kami tak ada nombor telefon you!”.

Aku kalah, pasrah. Bukan salah pihak hospital rupanya, dan tentunya bukan pula salah di pihak Ibuku. Sesungguhnya bagiku, Ibuku itu jika dengan diriku ini, jika dia melakukan kesalahan macam mana sekali pun, namun bagi aku, dia tetap tidak melakukan kesalahan, sebabnya satu saja, iaitu dia adalah Ibuku! ...

Yang salah adalah aku sendiri selaku anaknya, walau apa jua alasan sekalipun, kerana syurga itu di telapak kaki Ibuku sebagaimana maksud sebuah lagu yang pernah aku nyanyikan ketika aku remaja dulu, iaitu lagu yang pada masa itu asalnnya dipopularkan oleh Said Effendy penyanyi Indonesia berjodol Syurga Di Telapak Kaki Ibu... Kini lagu itu dipopularkan di antaranya oleh Aishah dan juga oleh Victor Hutabarat ...

Aku minta maaf kepada doktor yang kebetulan berada di wad itu, dan juga kepada jururawat yang bertugas di situ. Jururawat terus memberikan ubat-ubat untuk Ibuku untuk aku bawa balik.... Aku pun meninggalkan wad itu dan pergi ke jalan raya menunggu bas di hadapan hospital di bawah pokok yang sama di mana Ibuku terbaring tadi.

Sementara menunggu bas nak balik itu, sebak dadaku dan mengalir air mataku ini. Aku lihat pokok itu bagaikan ia juga turut menyaksikan penderitaan yang ditanggung oleh Ibuku yang terbaring menumpang berteduh dari kepanasan cahaya matahari di bawahnya... Pokok pun tahu mengasihani Ibuku, kata hatiku... Kenapakah sampai macam itu sekali Ibuku itu, ... nak ikut aku ke Kuala Lumpur, ... nak tengok juga-juga anak bongsunya ini menerima ijazah! .... Adik-beradik aku yang lain tahu apa?

Seorang wanita India yang sudah tua yang juga meunggu bas di bawah pokok itu melihat aku menangis lalu bertanya: "Apa pasei aya, emak ada mati ka?"... Aku jawab selamba: Tidak... emak saya sakit saja.

“Jangan susah hati aya... Macam saya juga... anak pun tiada satu mau nangis tengok saya... Apa bolehh buat... Innatahan nadakum nadakcummiii.... ”, terus saja dia menyayikan sebaris lagu Tamil yang aku sendiri faham maksudnya. Lagu itu pernah seorang kawan sekelas aku semasa aku dengannya belajar di Form 4B di Clifford School, namanya K. Krishnan.. Lebih kurang maksud baris pertama lagu itu ialah Apa yang akan terjadi tetap akan terjadi..... ...

Aku sudah lupa sepenuhnya lirik lagu itu, amat filosofikal sekali... Hingga hari ini, walau sebaris senikata lagu itu tadi aku sebutkan kepada mana-mana orang India, pasti dia akan senyum, mebenarkan bahawa itulah realiti dalam kehidupan manusia di dunia ini........

Bersambung ........ ke No. 21.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySun Sep 13, 2009 1:05 am

21.
Aku sudah lupa sepenuhnya lirik lagu itu, amat filosofikal sekali... Hingga hari ini, walau sebaris senikata lagu itu tadi aku sebutkan kepada mana-mana orang India, pasti dia akan senyum, mebenarkan bahawa itulah realiti dalam kehidupan manusia di dunia ini........
____________________________________

DI dalam bas, aku menggambarkan di mindaku... bagaimana keadaan Ibuku itu tergolek terbaring di bawah pokok di tempat aku berdiri menunggu bas itu, ... sanggup Ibuku menunggu bas sehinggalah jeep polis itu sampai menghantarnya balik ke rumah. ..... Bagailah Ibuku itu tiada seorang pun anak dan menantu, tiada cucu dan tiada sesiapa pun di dunia ini untuk menemaninya semasa dia di hospital itu, hinggakan hendak balik pun sanggup Ibuku itu terbaring di tepi jalan bagaikan pengemis tiada berharta, ... bagaikan hidup sebatang kara sewaktu-waktu di penghujung hidupnya di dunia ini! .....

Hatiku tiba-tiba tertanya-tanya.... Apakah ini rupanya tanggungjawab, hanya kepada aku sebagai anak bongsu, hanya kerana diri aku ini adalah anak bongsu bagi Ibu dan Ayahku?

Pada sebelah malamnya, Ibuku itu tidak boleh tidur, mengaduh-ngaduh menahan kesakitan di dalam perutnya. Aku juga tak tidur. Ja, anak saudaraku juga tidak mahu tidur kerana mengurut-urut perut opahnya. Aku pujuk Ibuku supaya aku hantar ke hospital semula dengan alasan kalau di hospital tentu ada ubat penahan sakit, Misi boleh suntik, tetapi Ibuku tidak mahu.

Aku suruh Ja pergilah tidur, biarlah aku saja yang menjaga Ibuku. Ayah aku minta Ibuku berzikir sajalah.... Ibuku pula yang suruh aku pergilah tidur, sebab... Esok kamu nak ke sekolah mengajar, katanya.

Aku tak boleh tidur sebab Ibuku terus mengaduh-ngaduh walaupun ubat yang jururawat di wad tadi bekalkan kepadaku sudah Ibuku telan. Ibuku kata kepada aku: “Deme lain sedap tidor pelok bini, .... Dah nasib kamu sorang je anak bongsu aku yang bela aku ni, ... Aku sakit sangat ni!”..... Parah rasa hatiku bagaikan ditusuk sembilu bila mendengar kata-katanya itu. ... Namun aku katakan kepadanya memujuk .... "Emak,.... Emak ampunkanlah anak—anak emak semuanya.... Emak janganlah kata macam tu, makkk!”, sambil aku menangis dan memeluknya, mukaku melekap di dadanya.

Ibu aku terus mengusap-ngusap membelai belakangku dengan telapak tangannya. Aku yang tidak memakai baju waktu itu dapat merasakan kesejukan telapak tangan Ibuku itu, ...... betapa ni'matnya apabila sudah dewasa begitu, masih dipeluk dan digosok-gosok oleh ibu... sebagai diriku ini masih manja, ...masih seperti kanak-kanak kecil yang masih menyusu lagi itu, digosok-gosoknya belakang aku.

Ayahku juga tidak boleh hendak tidor, hanya duduk di kerusi di tepi katil Ibuku. . Dia kata kepada Ibuku itu: “Bersabar aje-lah! Dah nak sakit, nak buat macam manaaaaa! Kita ni dah tua dah...! Semua orang macam tu bila dah tua!”, kata Ayahku.... “Ingat sajalah pada Dia, jangan lupa.., bila lupakan Dia, itu yang jadi terasa sakit tu. Ingatlah Dia...”, sambung Ayahku lagi.

Keesokan harinya, Rabu 3 Mei1972 .. Bila sampai saja ke rumah balik dari sekolah, aku lihat Ibuku semakin teruk sakitnya. Aku jadi cemas. Aku terus pujuk Ibuku agar dia mahu pergi ke hospital, tetapi dia tetap tidak mahu.

"Emak nak ikut kamu ambik ijazah.."" kata Ibuku. Itulah saja alasannya yang menjadikan air mata aku mengalir, sebak dadaku menahan diri agar aku tidak meraung.

Aku bincang dengan Ayahku hendak bawa Ibuku itu ke hospital Taiping pula kalau Ibu tidak mahu ke Hospital Kuala Kangsar. Ayahku bersetuju. Ayah aku juga pujuk Ibuku, dan aku juga sama-sama pujuk dia... "Jom pergi ke Hospital Taiping, doktor ada banyak; di sana ada doktor pakar.", kataku kepada ibuku.... Barulah Ibuku itu mahu pergi.

“Bongsu janganlah tinggal emak... Mak nak ikut tengok anak mak terima ijazah..”, kata Ibuku... Berderai air mataku bila mendengar kata-kata Ibuku itu... diulang-ulangnya kata-katanya begitu ...

“InsyaAllah emak... Emak sihat nanti, Bongsu bawalah emak, ayah sekali..”, jawabku, sambil teresak-esak.... Ayahku dan Ja hanya diam membisu melihat peristiwa itu. Ta-a juga hanya diam, dia cuma melihat dari jauh peristiwa itu.

Aku minta Jamil, jiranku pergi ke bandar untuk menempah teksi. Dia pun pergi menggunakan kereta tua ayahku itu. Aku tahu kereta tua Ayah aku itu sudah uzur, aku tidak berani hendak gunakan pergi ke Taiping, nanti hendak mendaki jalan raya di Bukit Berapit yang agak tinggi itu, kalau kereta itu rosak, payah jadinya! Tetapi setakat digunakan dekat-dekat ke Kuala Kangsar yang jaraknya dari rumahku lebih kurang 6 km itu, beranilah juga aku menggunakannya, jika Jamil yang memandunya.

Kami semua bersiap. Ja, anak saudaraku itu bagaikan tahu apa yang hendak dibawa bagi keperluan opahnya itu semasa di hospital nanti. Ayahku yang berusia 72 tahun itu pun turut bersiap memakai baju melayunya, berkopiah putih dan berseluar kelabu. Kepada Ta-a, aku berpesan supaya jaga rumah, jangan lupa beri Meil makan dan juga minum susu; beri ayam-ayam makan dan minum, .... Ada lebih 130 ekor ayam kampung aku pelihara, yang rebannya besar berada tidak jauh dalam pagar di tanah lapang di belakang rumahku.

Sungguh lama menunggu di tempat pendaftaran di Hospital Taiping itu. Tiba-tiba Ibuku rasa hendak membuang air besar. Aku pun minta Ayahku menunggu di kerusi di tempat mendaftar itu, dan aku berpesan kepadanya supaya dia jangan ke mana-mana, tunggu, ... nanti payah pula hendak mencarinya kalau dia bergerak pergi ke tempat lain dari situ.

Aku dan Ja terus pimpin Ibuku ke pintu toilet. Aku ikut sama masuk ke toilet sebab Ja tak mampu nak pimpin opahnya itu seorang. Walaupun kakiku ini cacat, aku minta Ibuku paut bahu dan leherku; tiada sempat aku mencari kerusi roda, yang memang tiada pun kelihatan di situ. Memang geram hatiku kerana tidanya kerusi roda berada di tempat pendaftaran itu.

Dalam toilet itu, Ja yang menemankan Opahnya, kerana aku tidak dapat menunggu lebih lama sebab toilet itu untuk wanita. Aku hanya dapat menunggu di luar pintu toilet itu saja.

Tiba-tiba aku dengar suara Ja memanggil aku yang sedang menunggu di luar toilet: "Pakcu tolonggg!", Ja bagaikan memekik dari dalam toilet itu..... Aku pun bergegas masuk semula ke dalam toilet itu, aku jadi tidak peduli sama ada toilet itu untuk boleh dimasuki oleh hanya wanita sahaja atau pun tidak.... Emakkk.... aku memanggil Ibuku di dalam hatiku. Dan pada masa yang sama di dalam hatiku berkata:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Rupa-rupanya Ibuku amat lemah lalu terduduk dan terkulai di atas mangkuk toilet itu, dan terselak kainnya. Emak hanya mampu berkata-kata kepadaku: “Bongsu anak makkk, Tak ke kamu rasa malu tengok emak macam nniiii begini..”.

Aku kata kepada Ibuku: “Nak malu apa, Mak.... Kan Bongsu ni darah daging Mak... Bongsu ni anak Mak, kan Mak?...”, jawabku, lalu aku cium pipi Ibuku itu, sambil aku cuba menahan diriku dari menangis walaupun dadaku sebak mahu menangis.

Setelah Ja dan aku betulkan kedudukan Ibuku itu, aku pun keluar lalu pergi mengambil tuala dan kain batik di dalam beg yang Ja sediakan tadi yang dipegang oleh Ayahku. ... Sebak dadaku, rasa hendak menangis, aku tahan kerana orang ramai memerhati.. Hanya Allah sajalah yang Tahu. ... Ayah aku tanya aku ada apa?. Aku kata tak ada apa-apa, nak salin kain emak saja... Dan aku pun terus kembali menemui Ja lalu memberikan tuala dan kain batik kepadanya untuk dia uruskan opahnya di dalam toilet itu. ......

Bersambung ........ ke No. 22.
.
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySun Sep 13, 2009 1:09 am

22.
Setelah Ja dan aku betulkan kedudukan Ibuku itu, aku pun keluar lalu pergi mengambil tuala dan kain batik di dalam beg yang Ja sediakan tadi yang dipegang oleh Ayahku. ... Sebak dadaku, rasa hendak menangis, aku tahan kerana orang ramai memerhati.. Hanya Allah sajalah yang Tahu. ... Ayah aku tanya aku ada apa?. Aku kata tak ada apa-apa, nak salin kain emak... Dan aku pun terus kembali menemui Ja lalu memberikan tuala dan kain batik kepadanya untuk dia uruskan opahnya di dalam tandas itu. .......
_______________________________

AYAHKU masih duduk di kerusi panjang bersama-sama orang ramai di tempat pendaftaran, menunggu. Setelah mendaftar, Ibuku dimasukkan ke wad kelas tiga. Aku telefon Abang Pi yang bertugas sebagai pegawai Risda di NS memberitahunya keadaan Ibu. Dia minta aku masukkan Ibu ke wad kelas 2 supaya Ibu lebih selesa. “Kamu pakailah wang kamu dulu, nanti Abang Pi bayarlah balik.", katanya.. Aku pun daftarkan minta pihak hospital masukkan Ibuku ke kelas 2, dan aku bayar wang depoistnya.

Ta-a dan ayahnya yang aku panggil Abang Ti-an serta emaknya, iaitu Kak Angah aku pun sampai bersama Nyah dan isterinya, yang aku panggil Che Nyah. Rupanya Ta-a telah memberitahu mereka, dan mereka datang dengan menaiki kereta Nyah. Kak Angah mengalirkan air mata apabila melihat Ibu kelihatannya tidak bermaya. Ayah diberikan kerusi dan duduk di tepi katil di mana Ibu terbaring. Kemudian Ta-a mengunjuk kepadaku sepucuk surat yang dihantar oleh posmen ke rumah tadi.

Dari sampul surat itu aku tahu ia adalah dari Universiti Malaya. Aku pun membuka sampulnya dan surat itu aku baca, memaklumkan bahawa aku diperlukan membuat pendaftaran sekiranya ingin hadir menerima ijazah, kerana majlis konvokesyen akan diadakan pada 12 Mei 1972 serta mengambil jubah, hood dan topi akademik. Ibuku melihat aku membaca surat itu dan dengan suara yang lemah bertanya, “Surat apa tu, Bongsu..?.”... Surat suruh ambil jubah nak terima ijzah, jawabku.

“Emak ni... nak ikut, nak tengok...., bawaklah mak ni...ye?” .... rayu Ibuku, dengan perlahan dan lemah suaranya..... InsyaAllah mak. Nanti mak sihat, Mak dengan Ayah boleh ikut, tengok Bongsu anak Mak ni terima ijazah tu!, jawabku. Hatiku juga dengan penuh harapan agar Ibuku cepat sembuh. Dan aku pegang tangan Ibuku, ... di dalam hatiku, aku ucapkan:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Nyah memberi tahu dia nak balik dulu. Dia bersalam dengan Ibu. Aku beritahu Ja supaya baliklah ke rumah dulu bersama Ayah Nyah-nya itu. Aku minta izin abang iparku Abang Ti-an, kiranya dapat Kak Angah menemani Ibu malam ini. Beliau mengizinkan.

Kepada Ayahku juga aku beri tahu kalau nak balik bolehlah ikut Nyah, Ta-a bolehlah naik bas balik nanti. Aku sarankan supaya Ayah balik dulu sebab aku lihat dia tidak begitu selesa, lagi pun Ayah bukannya sihat sangat sebab doktor sudah mengesan salur nadinya sempit serta Ayah ada darah tinggi.

Tiba-tiba Ayahku sebak, dan menangis. Nyah memegang bahu Ayah, mengusap-usapnya. Nyah terus memandang aku dan menggenyit mata kirinya. Aku faham isyarat Nyah, lalu aku mengajak semua yang ada beredar pergi jauh keluar supaya tinggalkan hanya Ayah dan Ibuku berdua sahaja.

Dari luar melalui pintu masuk ke wad, aku dapat melihat Ayah dan Ibu, tetapi tidak tahulah aku apa yang dibualkan oleh mereka suami isteri. Dari jauh itu akhirnya aku melihat Ayah bersalaman dengan Ibuku, kemudian Ayah melihat-lihat arah di mana kami semua berada. Kami semua kembali ke katil di mana Ibuku berada bersama Ayah. Semua mereka bersalaman dengan Ibu kecuali Kak Angah dan aku. Ayah dan mereka pun melangkahkan kaki meninggalkan Ibu di wad bersama Kak Angah dan aku....

Bersambung ........ ke No. 23.

.


Last edited by Ziarahmenilai on Sat Oct 10, 2009 9:19 am; edited 3 times in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySun Sep 13, 2009 1:13 am

23.
Dari luar melalui pintu masuk ke wad, aku dapat melihat Ayah dan Ibu, tetapi tidak tahulah aku apa yang dibualkan oleh mereka suami isteri. Dari jauh itu akhirnya aku melihat Ayah bersalaman dengan Ibuku, kemudian Ayah melihat-lihat arah di mana kami semua berada. Kami semua kembali ke katil di mana Ibuku berada bersama Ayah. Semua mereka bersalaman dengan Ibu kecuali Kak Angah dan aku. Ayah dan mereka pun melangkahkan kaki meninggalkan Ibu di wad bersama Kak Angah dan aku....
___________________

TIBA-TIBA seorang doktor perempuan datang melawat diiringi seorang jururawat ... aku tahu bahawa yang sebenarnya doktor biasanya bukaNnya suka ada pelawat melihatnya semasa pesakit diperiksa. Aku pun ajak Kak Angah jom kita pergi keluar. Belum sempat Kak Angah dan aku melangkah, doktor itu sudah pun menghampiri Ibuku. Aku senyum kepadanya, dan berkata: “My mother...”, dan doktor membalas senyumanku. Aku dan Kak Ngah pun melangkah pergi...

“You nak pergi mana.. tunggulah!..... Encik Shapei is your brother?”, tanya doktor itu kepadaku.

“Yes, ...”, jawabku. Lega benar hatiku. Tergamam aku. Encik Shapiei itu adalah Abang Pi aku.

“Tadi dia called saya. Dia beri tahu his mother masuk ward ini.....”, kata doktor itu. Dan dia pun membuat pemeriksaan. Aku dan Kak Angah hanya memerhati saja, tanpa berkata apa-apa. ... Selesai dia membuat pemeriksaan, doktor itu menuliskan sesuatu di kertas di papan rekod pesakit kemudian menyuntik ubat. ...

“Your brother was my classmate when we were Form Five.. Now I remember you... You masa itu Form One, kan?”, dia memberi tahu aku dan Kak Angah.

"Yes.", kata aku sepatah saja. Bangga benar hatiku apabila doktor itu kata dia masih ingatkan diri aku ini. Ibuku hanya memerhati, walaupun keadaannya lemah sangat. Lega rasa hatiku, ... terasa diri aku ini dan Kak Angah mendapat layanan istimewa. Dan aku pun mengambil peluang bertanya; apakah yang sebenarnya sakit yang dialami oleh Ibuku itu.

Doktor itu bertanya kepadaku ubat apa yang Ibuku makan? Aku memberi tahu kepadanya, Ibuku makan ubat doktor dari klinik sebab Ibuku itu ada darah tinggi. Doktor itu bagaikan tidak percaya, dan bertanya ada atau tidak makan ubat-ubat lain yang dimakan Ibuku.... Aku memberi tahu Ibuku suka mengambil ubat tradisional bermacam jenis akar-akar kayu dan herba, ubat sensih cina juga yang ada dibawa oleh penjual ubat di kampungku ke rumah, Ibuku suka sangat membelinya.

“You know...”, kata doktor itu. “Kakak... Itu ubat kampung, ubat sinseh akar kayu itu....semua juga ada racun, toksin jugaaaa. Your mother... complications sekarang ni..!”, jelasnya. “When is your convocation?...”, tanyanya aku. Aku kata on the 12th May.....

“Congratulations!”, katanya, lalu dia beredar. Hairan aku, mana dia tahu… Mungkin Abang Pi yang beri dia tahu.

Lega hati ku. Ibuku di atas katil sudah tidur, setelah doktor tadi menyuntikkan ubat. Kak Angah tanya aku itu dan ini, apa doktor kata tadi.. Aku pun memberi tahu Kak Angah.... dan aku tambah.... Kita ni kalau sakit, janganlah nak ambil makan ubat kampung, akar kayu dan ubat cina sensih itu. Tengok emak tu... sebab banyak makan ubat kampung, dengan ubat cina, Emak jadi begitu. Kalau sakit biar doktor yang bagi ubat.... kalau sudah tak boleh sembuh baru ikhtiar dengan ubat tradsional.... Kak Angah aku diam saja, mendengar. Aku sendiri sampailah sekarang ini, sorry-lah dengan ubat-ubat tradisional itu... selama mana ubat doktor masih boleh menyembuhkan iaitu Disembuhkan oleh Allah s.w.t.

Ah... aku ini masih belum solat Zohor lagi.. Aku minta diri dari Kak Angah kerana hendak mendirikan solat di surau hospital itu. ... Lepas Bongsu solat nanti Kak Angah pergilah solat pula... kataku kepada Kak Angah.

Jam sudah 4.00 petang... ramainya orang kampung datang. Buah-buah, anggur, epal, limau dan kuih-muih... mindaku berkata: Siapalah yang nak makan banyak-banyak tu...masa Emak sehat dulu taknak bawa banyak-banyak setiap hari macam tu ke rumah.......
Heh sampuk hatiku menghujah balas kepada mindaku..... Bersyukur sajalah kepada Allah orang bawa rezeki... Kalau banyak sangat... sedekahkan sajalah kat orang sakit yang ramai tu, kan dapat juga pahala..... pergi saja kat wad kelas 3 sana ada ramai pesakit yang miskin... sedekahkanlah kepada mereka.....

Aku bersalam salaman dengan mereka yang baru sampai. Tiba-tiba Abang Chik juga sampai. Agaknya Abang Pi yang telefon beri tahu dia, atau Nyah yang telefon bahawa Ibu masuk wad. Aku ini, kalau ada dia, aku suka menjauhkan diri.... pergi bersembang-sembang saja dengan orang lain. Malas aku hendak melayan sembang politiknya... projek sana projek sini, tapi tidak juga kaya-kaya.

..... Tidak sampai pun sepuluh minit, Abang Chik pun beredar.... sibuk ni, katanya kepada yang hadir. ... Macam mana boleh kaya, kata hatiku.... Emak dan Ayah siang malam pagi petang berdoa kepada Allah memohon agar anak-anak semua dapat rezeki yang halal serta berkat, tetapi dia cari rezeki yang haram dan tidak berkat. Maka bertembunglah antara halal dengan haram, lalu jadi zero!.. Dosa saja yang bertambah menimbun. Aku ini tidak tahulah kenapa, melihat Abang Chik saja pun aku rasa menyampah sangat…. …

Bersambung ........ ke No. 24.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sun Sep 13, 2009 1:42 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySun Sep 13, 2009 1:33 am

24.
..... Tidak sampai pun sepuluh minit, Abang Chik pun beredar.... sibuk ni, katanya kepada yang hadir. ... Macam mana boleh kaya, kata hatiku.... Emak dan Ayah siang malam pagi petang berdoa kepada Allah memohon agar anak-anak semua dapat rezeki yang halal serta berkat, tetapi dia cari rezeki yang haram dan tidak berkat. Maka bertembunglah antara halal dengan haram, lalu jadi zero!.. Dosa saja yang bertambah menimbun. Aku ini tidak tahulah kenapa, melihat Abang Chik saja pun aku rasa menyampah sangat…. …
_________________________________

JAM 6.00 petang, hati aku gelisah, sebab aku masih belum dirikan Solat Wusta lagi. Aku teringat syarahan Ayah kepada murid-muridnya yang aku dengar, katanya: Bab Solat ni jangan main-main. Bila masuk saja waktu, selagi kita tidak didirikan Solat maknanya selama itulah kita berhutang kepada Allah s.w.t. ... Ini jenis hutang yang tak boleh dibayar sebab Allah jadikan jin dan kita manusia ni untuk beribadah kepada-Nya. Apabila tak dirikan Solat, kita pun jadilah jin pun bukan, manusia pun kita ni bukan.... jadi syaitanlah kita. Syaitan mana mahu bayar hutang, kadha-kadha .... mana boleh syaitan bertaubat....

Ada muridnya bertanya: Tetapi kita boleh bertaubat, kan Tuan Haji?...

Ayah aku jawab: Bertaubat siapa pun boleh... tetapi bolehkah kita pastikan Allah terima, kita tak pasti. Lebih baik kita jangan harapkan pada yang tak pasti... kalau tiba-tiba kita mati, macam mana? .... Itulah kata-kata Ayahku yang masih aku tidak melupakannya.

Selepas Solat Wusta di surau, aku kembali ke wad, ke katil di mana Ibuku terbaring. Orang ramai yang datang dari kampung pun ramai yang sudah balik, yang tinggal hanya tiga empat orang. Aku pun bersiap-siap hendak balik juga, kerana ingatkan kerja sekolah banyak lagi yang masih belum siap lagi, dan esok aku kena pergi sekolah, kena mengajar juga seperti biasa. Aku kumpulkan buah-buahan dan kuih-kuih yang banyak itu aku masukkan ke dalam dua-tiga beg plastik, cuma aku tinggalkan secukupnya untuk Ibuku dan Kak Angah untuk mereka makan. Tinggalkan sikit saja sudahlah, bawa balik. kata Kak Angah.

Ibuku pula sudah membukakan matanya dari tidur. Lemah badannya... lalu dia meminta Kak Angah mendudukkannya bersandar di bantal. Orang-orang kampung yang perempuan yang masih ada bersalam dengan Ibuku. "Entah le.. aku ni, Gayah. Jenab...Penat sangat ni..", kata Ibuku.

Aku pun memberi tahu Ibuku, aku nak balik... "Balik le... esok nak ke sekolah”. Kata Ibuku, dan aku pun memeluk Ibuku, mencium dahinya, dibalasnya dengan mencium dahi dan pipiku, lalu aku seperti biasa berdoa di dalam hatiku:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Aku pun mengambil beg-beg plastik yang berisi buah-buahan dan kuih-muih tadi, lalu aku minta diri. Ibuku berpesan: "Bongsu.... Kucing Emak tu jangan lupa diberi makan, bela elok-elok...". ... InsyaAllah.. jawabku, bagaikan aku berjanji akan mematuhi harapannya itu.

Aku melangkah pergi meninggalkan wad itu dan terus pergi ke wad kelas tiga, untuk menunaikan kata hatiku tadi... iaitu sedekahkan sajalah buah-buah dan kuih itu kepada pesakit miskin di wad kelas tiga itu....

Di wad kelas 3 itu ramainya pesakit, aku lihat. Mata aku mencari-cari pesakit-pesakit yang kelihatannya keseorangan, dan yang hanya termenung... Memang ada ramai juga... Lalu aku sedekahkan buah-buahan dan kuih-muih tadi, tidak kira pesakit Melayu, Cina mahu pun India.

Aku terus pregi ke setesen bas, untuk menaiki bas... Di dalam bas barulah aku terasa risau datang melanda ke mindaku... teringat semula doktor kata tadi Ibuku itu sudah terlalu bengkak limpanya... complications pula. Perkataan complications itulah yang aku faham sangat maksudnya... iaitu susah hendak dirawat lagi.

Bas pun bergerak... dan di dalam bas aku teringatkan juga Normawati yang berada di Universiti... kenapa tak sampai-sampai lagi suratnya membalas surat aku. Yang terakhir aku terima surat daripadanya dia mengatakan yang dia akan menunggu aku di depan Bank Bumiputra yang berhampiran dengan Dewan Tunku Canselor itu bila aku datang ke majlis konvo nanti. Tetapi sejak surat Azmin aku terima memberi tahu kepada aku hal sidia aku itu ada jantan lain, sampai ke hari itu tidak pernah aku menerima surat daripadannya.

Mindaku tertanya-tanya: Benarkah apa yang Azmin beri tahu aku itu?.... Tak mungkin...sebab aku yakin tak mungkin. Mustahil Normawati ada jantan lain sebab dua minggu selepas Konvo nanti aku akan diijabkabulkan dengannya, akan menjadi suami-isteri ....

Sampai saja aku ke rumah, ada dua tiga orang murid-murid Ayahku, berbual-bual dengan Ayahku. Aku terus memberi salam kepada mereka dan bersalaman pula. Aku Tinggalkan saja mereka kerana aku ingin terus saja pergi ke kamarku. Sebelum sempat aku masuk ke kamarku, Ja datang member tahu aku: "Tadi kawan Pakcu ada datang...dua orang.".... Aku tanya dia.. Siapa?..... Ja kata:Tak tahu, orang Cina... Tak kenal pun..

Eiiih, siapa pula? .. Aku tak pernah pun ada kawan rapat dengan Cina di kampung ... Mungkin guru di sekolah hendak berjumpa... kata mindaku. Apa halnya pula....?... ...
"Dia kata, malam nanti dia akan datang lagi...", kata Ja....
"Dua-duanya Cina ke?", aku tanya Ja lagi. .... "Ha'ah...", jawab Ja, pendek....Rasa risau pula di hatiku ini ....

Bersambung ........ ke No. 25.
.


Last edited by Ziarahmenilai on Sun Sep 13, 2009 1:43 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
Ziarahmenilai




Posts : 44
Join date : 2009-08-11

©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan EmptySun Sep 13, 2009 1:41 am

25.
Eiiih, siapa pula? .. Aku tak pernah pun ada kawan rapat dengan Cina di kampung ... Mungkin guru di sekolah hendak berjumpa... kata mindaku. Apa halnya pula....?... ...
"Dia kata, malam nanti dia akan datang lagi...", kata Ja....
"Dua-duanya Cina ke?", aku tanya Ja lagi. .... "Ha'ah...", jawab Ja, pendek....Rasa risau pula di hatiku ini ....
______________________________

SELEPAS saja aku makan mee rebus yang jiran di sebelah rumah aku beri, dan minum teh; aku teringatkan ayam-ayam aku. Sudah dua-tiga hari aku tidak menjengoknya kerana Ta-a ada menjaganya. Aku pun pergi menjengoknya... Aku disambut dengan riuh rendah ketakan oleh ayam-ayamku ...

Aku masuk ke dalam kawasan pagaran yang mengepung di sekeliling reban yang berdiri panjang... menyerbulah lima enam ekor ayam yang berada di luar reban menyambut kedatangan aku itu, lalu mematuk-matuk kakiku.. Aduh, sakit, tau tak?, kataku. Seekor ayam jantan muda melompat terus hinggap di atas bahuku, ... Aku biarkan saja dia hendak bermanja. Ayam jantan yang seekor ini saja yang memang selalu begitu; sedangkan yang lain tidak begitu. Dipatuk-patuknya pula kepalaku.. Auhh, sakit laaa! ... kataku kepadanya.

Aku lihat kawasan pemeliharaan ayam-ayamku itu, nampaknya terjaga bersih, .... Ta-a anak saudaraku ni ialah anah Kak Angah aku rajin dan hendak jadi petani muda-belia. Aku hendak asuh dia supaya berjaya... kata hatiku.

Di atas tanah di dalam sepanjang reban ayam yang panjang itu, putih bagaikan bedak baru saja ditabur. Aku tahu, Ta-a sudah menaburkan serbuk kapur calcium carbonate ke atas tahi-tahi ayam itu supaya ia cepat kering dan tidak menyebabkan ayam-ayamku itu berpenyakit, dan supaya alat tidak datang, lebih-lebih lagi Ta-a sudah menyemburnya dengan larutan choloropehnol.


Di dalam tempat-tempat minuman ayam-ayamku pula, kelihatannya dipenuhi air berwarna jingga. Dari situ aku tahu, Ta-a telah menuangkan air larutan potasium permanganate, apabila diminum oleh ayam-ayamku, perut ayam menjadi bersih, tiada berkuman yang membawa penyakit kepada ayam-ayam aku itu

Ayam jantan muda yang di atas bahu terus berkokok, rasa hendak pekak bingit telinga aku, kuat suranya. Ia kemudian terus melompat turun dan terus bagaikan orang bersilat mengelilingi ayam-ayam betina. Dua tiga ekor ayam jantan juga berkokok..... Jangann...!, kataku. Tak baik senja-senja ni berkokok... orang tetua kata siyal tu...tanda perkara yang tidak elok akan datang., kataku lagi kepada ayam-ayam aku itu.

Aku pun terus mengambil makanan ayam-ayamku yang ada dalam tin, aku buka tutup tin lalu menuangkannya ke tempat-tempat ayam-ayam itu makan. Tetapi ayam-ayam itu tidak berapa mahu makan, sebab kesemuanya sudah kenyang. Itu tandanya Ta-a tadi sudah berikan ayam-ayamku itu makan. Aku simpan makanan ayam yang aku cipta sendiri formulanya. Bahan utamanya ialah ubi kayu yang aku perolehi daripada kawasan tanah di belakang rumahku, yang memang ada banyak tumbuh liar di dari tepi sungai yang tidak jauh di belakang rumahku itu juga hinggalah ke kandang-pagar ayam-ayam aku itu.

Formula yang aku cipta itu pernah aku gunakan bagi menjawab soalan dalam Ruangan Pertanian di RTM yang soalannya berbunyi: Bagaimanakah para petani di luar bandar boleh membuat sendiri makanan ayam yang berkhasiat? .... Aku menang menjadi johan, iaitu johan seluruh Malaysia ....

Selepas diumumkan kemenangan di TV, seluruh kampung riuh memperkatakannya. Ibu dan Ayahku senyum saja. Komen ayahku: "Ada ilmu terus buat, jangan tangguh; InsyaAllah dapat!"... Aku jadikan kata-kata Ayahku itu sebagai prinsip hidupku...... Telegram sampai dari stesen RTM di Ipoh meminta aku hadir menerima hadiah pada tarikh yang ditetapkan. Aku masih ingat lagi, hadiahnya adalah 20 kotak racun lalang. Nak buat apa? ....

Ayah aku kata bolehlah gunakan buat meracun lalang di kebun getahnya yang baru naik anak-anak getah.
[Itulah kebun pokok-pokok getah terakhir yang Ayah aku sempat usaha siapkan kerana Ayahku berhenti mengusahakannya bila Ayahku itu jatuh sakit, lalu Abang Pi tidak bagi Ayah berkerja. Ta-a yang terus sambung kerja menjaga kebun getah yang seluas 6 ekar itu].

Dengan rasa puas hati kerana melihat ayam-ayamku gemuk-gemuk dan dijaga-pelihara rapi oleh Ta-a.. aku kata pada ayam-ayamku: Opah tak ada .... Opah sakit, Opah dah masuk hospital. .... Doakanlah.. supaya Opah cepat sembuh.. tau?... Terasa hiba hatiku... walau pun aku hanya berkata-kata kepada ayam-ayamku itu....

Aku kembali masuk ke dalam rumah... Aku lihat di ruang tamu ada lima-enam orang murid-murid Ayahku sedang berbual-bual dengan Ayahku. Biasalah begitu mereka berbual mengenai Ilmu Tasawuf. Aku terus bersalaman dengan mereka bertegur-sapa, kemudian aku terus ke kamarku lalu ke bilik air, untuk mandi....

Kedengaran laungan azan Magrib mendayu-dayu dari pembesar suara di masjid, sayup-sayup apabila aku keluar dari bilik mandi....Aku terus menyalin pakaian untuk sku dapat bersama-sama Ayah dan murid-muridnya mendirikan solat Maghrib, berjemaah. Ayah dan anak-anak muridnya yang masih bersembang yang biasanya mengenai Ilmu Tasawuf itu ..... juga akan mendirikan solat berjemaah di ruang tamu, yang ruangnya memang luas yang juga sebagai ruang tempat ramai boleh mendirikan solat berjemaah.

Ayah masuk ke biliknya mengambil wuduk. Murid-murid Ayah pula pergi ke luar rumah kerana di luar rumah memang ada tempat mengambil wuduk. Memang ayah bina tempat mengambil wuduk itu, ada lima paip air beratur di luar rumah suapaya murid-muridnya senang boleh mengambil wuduk serentak di situ.

Di ruang tamu yang luas bersih itu, murid-murid Ayah pun membentang sejadah. Mereka tiada lagi segan silu kerana mereka sudah biasa begitu di rumahku.... Apabila siap-sedia semua, salah seorang murid Ayahku qamat, dan Ayah pula terus menjadi imam, .... kami mendirikan solat berjemaah.

Habis saja wirid dan doa, tiba-tiba kedengaran bunyi kereta berhenti di hadapan rumah. Bunyi pintu kereta itu ditutup dua kali jelas dapat didengar. Di hatiku mengatakan mungkin dua orang Cina itu tadi yang datang. Cina itu... bukan mereka tahu hendak menghormati... waktu maghrib pula datang. Sepatutnya mereka kenalah tahu bukan masanya hendak datang ke rumah orang Melayu, kata hatiku.

Aku pun bangun dan mengintai dari tingkap. Memang betul sangkaan aku, ada dua orang Cina jelas kelihatan kerana cahaya lampu di hadapan rumah cukup terang. Apakah yang mereka mahu... Bila melihat wajahnya aku tidak kenal pun siapakah mereka. Risau pula hatiku, ... apakah yang mereka mahu..... sampai mengulangi datang dua kali pula begitu?

Aku pun membuka pintu sedikit sahaja setakat boleh aku berkomunikasi dengan dua orang Cina itu. Cina itu bertanya: "Apa ini betul lumah.....; itu TV punya celita ayam punya makan bikin ka?" ... Mendengar pertanyaannya itu lega hatiku. Aku buka daun pintu dan tanya: Apa hal?

"Kita ingat kita mahu pakai itu bikin ayam punya makan lo...", jelas Cina itu. Ayahku bertanya, apa halnya kepada aku. Aku pun menjelaskan kepada Ayahku....
"Suruhlah masuk...!", kata Ayahku kepada aku. Itulah Ayah, kalau tetamu datang dia cepat-cepat suruh aku layan, suruh dijemput masuk....
Bersambung ........ ke No. 26.
.
Back to top Go down
Sponsored content





©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty
PostSubject: Re: ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan   ©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan Empty

Back to top Go down
 
©RAMPA: Kisah Si Bongsu - Dari Diari Sebuah Kehidupan
Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» Sembang Dengan Pak RAMPA
» Borak Santai - Sambungan dari TKO
» MANFAAT KESEHATAN DARI PUASA
» Gambaran Api Neraka dari ( SIMULASI MATAHARI )
» Gempa di Indonesia pengetahuan Allah signifikan dari ayat al-Quran

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: