1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh!

Go down 
3 posters
AuthorMessage
langau
Moderateur
Moderateur
langau


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh! Empty
PostSubject: Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh!   Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh! EmptyThu Aug 20, 2009 10:35 am

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Bagi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, calon yang kelak menerajui kawasan tersebut mestilah mampu membawa perubahan dan dapat berbakti kepada mereka.

Bukan pembangunan pesat yang mereka impikan. Apa yang mereka impikan ialah kawasan tempat tinggal mereka mempunyai segala kemudahan yang mencukupi serta prasarana awam sambil tidak mengetepikan aspek pembangunan rohani.

Utusan Malaysia yang membuat tinjauan di sekitar kawasan Permatang Pasir di sini sempat bertemu dan 'menyelami' isi hati beberapa orang penduduk untuk mengetahui harapan mereka terhadap bakal wakil rakyat yang akan dipilih tidak lama lagi.

Menurut seorang pengusaha restoran yang berasal dari Sama Gagah di sini, Mashitah Hassan, 36, dia sememangnya dahagakan pembangunan di kawasan tersebut.

"Apa yang saya perasan, di sini tiada dewan besar yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti dan riadah.

"Sekurang-kurangnya bila ada dewan besar, boleh buat gelanggang badminton atau futsal. Secara tidak langsung, boleh mengisi masa lapang masyarakat di sini khususnya kepada golongan muda," katanya.

Kawasan pilihan raya DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi terdiri daripada 72.4 peratus Melayu, 25.8 peratus Cina, 3.39 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain bangsa.

Kerusi DUN tersebut kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd. Hamdan Abd. Rahman dari Pas kerana sakit jantung pada 31 Julai lalu.

Sementara itu, pemilik kedai motosikal, Ow Wang Koe, 56, berharap calon yang memenangi pilihan raya kecil kali ini akan membantu rakyat membangunkan kawasan Permatang Pasir.

Katanya, dia yakin masyarakat di situ akan membuat pilihan yang terbaik dan bijak sekali gus memilih calon yang diyakini layak untuk memegang status wakil rakyat.

"Apa yang kita mahukan adalah pembangunan. Kita juga mahu kawasan kita maju dan setanding dengan kawasan-kawasan lain.

"Sesiapa pun yang dipilih, kita minta beliau buat yang terbaik kepada masyarakat di sini dan memikul tanggungjawab itu secara jujur," jelasnya.

Pendapat Wang Koe turut disokong oleh Zakiah Harun Chua, 20, seorang kerani yang berasal dari kawasan Permatang Rambai di sini.

Dia berharap para pengundi di Permatang Pasir akan memilih calon yang agresif untuk membangunkan kawasan tersebut kerana pada pandangan beliau, banyak lagi kemudahan yang boleh dibangunkan di situ.

"Saya teringin untuk melihat satu kawasan perumahan kos rendah dinaikkan di sini kerana ia secara tidak langsung membuka peluang kepada masyarakat di sini memiliki rumah sendiri dengan harga lebih murah.

"Selain itu, kami berharap bakal wakil rakyat itu akan mencari peluang dan jalan untuk membantu para peniaga dan pengusaha meningkatkan produk serta perkhidmatan mereka sekali gus meningkat taraf ekonomi penduduk-penduduk di sini," ujarnya.

...............................................

steady rohaizat........"baguihhhhh calun ni kak!!!!..." Laughing
Back to top Go down
awang_trasher
Moderateur
Moderateur
awang_trasher


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh! Empty
PostSubject: Re: Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh!   Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh! EmptyMon Aug 24, 2009 3:01 am

yang kaya terus kaya. yang miskin kena pijak je la Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh! 943334
Back to top Go down
patriot
Moderateur
Moderateur
patriot


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh! Empty
PostSubject: Re: Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh!   Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh! EmptyMon Aug 24, 2009 3:17 am

mampukah calun tak beramanah melakukan itu semua... scratch...projek...projek juga...songlap...songlap juga.. Basketball .
Back to top Go down
Sponsored content





Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh! Empty
PostSubject: Re: Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh!   Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh! Empty

Back to top Go down
 
Kebajikan golongan pendapatan rendah diutama...pirahhhhh!
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: