Bagaimana Rasullullah berjaya merubah manusia yang degil dan keras kepala yang dipanggil Arab jahilliah, berubah menjadi manusia yang bertamadun dalam tempoh 23 tahun?
Operasi apa yang Rasulullah mulakan ?
Pil-pil apa yang Rasullullah bawa untuk mengubat penyakit- penyakit masyarakat arab jahilliah ketika itu ?
Sudah tentu ada penawar yang paling istimewa kepada Rasullullah yang Allah bekalkan?
Tidak terfikirkah kita ingin mendapatkan rahsia penawar itu?
Sudah tentu penawar –penawar itu sesuai untuk semua dan lebih-lebih lagi penawar ini telah terbukti kejayaannya?
Tidak mungkin terpaksa mengada-gadakan penawar lain yang lebih mujarab untuk mengubati.
Kononnya..... ada pula manusia-manusia hatinya berbeza dengan apa yang ada dizaman Rasullullah.Bukankah yang berbeza hanyalah masa dan era sahaja , bukan hati-hati manusia?
Kalau hati itu baik insyaallah walau dizaman dan era mana sekalipun akan jadi baik.
Kalau hati tak baik ,tak mau jadi baik dan tertutup untuk menjadi baik walau berada dizaman Rasullullah pun tetap juga tidak baik.
Bukankah hati lah..... yang membentuk manusia baik atau jahat dan tidak zaman dan eranya.
Apakah Tuhan tidak bijak?
Apakah penawar itu hanya sesuai untuk zaman Rasullullah sahaja ?
Kalaulah penawar itu dibenarkan mengikut cara kita,zaman kita,era kita, sudah tentu bercanggahlah sesama kita dalam memperkatakan cara kita yang paling mujarab.
Betulkah?
Luahkanlah rasa hati dalam ruangan ini , nanti kita buat kesimpulan....
LAGU TERAPI CIPTAAN TABIB NUR TERIMA KASIH ATAS UNDANGAN TUAN
Jomfikir moderator
Posts : 7 Join date : 2009-08-11
Subject: Re: MERDEKAKAH KITA?-TABIB NUR Sat Oct 10, 2009 10:07 am
Selama manusia itu mengekalkan diri sepanjang hidupnya adalah manusia, iaitu (insan) mengikut sifat manusia yang dimaksudkan oleh Allah SEW, maka selama itulah ia sebagai manusia yang beroleh kemerdekaan.
Firman Allah SWT.
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦) مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦) مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ (٥٧) إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ (٥٨) “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rizki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rizki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat”[Adz Dzariat-58].
Justeru yang dikatakan manusia itu hanyalah yang beribadah kepada Allah sahaja. Yang tidak beribadah kepada Allah maka hanya batang tubuhnya sajalah ia berbetuk manusia tetapi yang sebenarnya ia manusia pun bukan, jin pun ia bukan; melainkan ia adalah batang tubuh yang bertemankan syaitan.
Bukanlah sukar bagi seseorang itu mendapat teman yang merupakan syaitan kerana Allah SWT. Sendiri yang Berikan syaitan itu kepada seseorang; apabila seseorang itu tidak mengendahkan pengajaran al-Qur'an.
Firman Allah SWT.
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦ ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
Apabila sudah beremankan syaitan maka dengan sendirinya eseorang itu hilang dan leburnya kemerdekan kerana dirinya adalah dijajah oleh musuhnya yang utama dan nyata.