1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Isu Nama Allah, Tuan Guru Nik Aziz Perlu Bertaubat?

Go down 
2 posters
AuthorMessage
PENDEKAR_KELATE




Posts : 3
Join date : 2010-04-30

Isu Nama Allah, Tuan Guru Nik Aziz Perlu Bertaubat? Empty
PostSubject: Isu Nama Allah, Tuan Guru Nik Aziz Perlu Bertaubat?   Isu Nama Allah, Tuan Guru Nik Aziz Perlu Bertaubat? EmptyFri Apr 30, 2010 4:55 pm

ISU NAMA ALLAH

Adakah wujud seorang pembaca beragama Islam yang mencintai Islam rela seekor anjing tua berkurap berbau busuk bernanah danur dinamakan pula sebagai Asri atau Khalid atau N. Aziz atau Pak Wahhab??! Saya sepastinya tidak suka nama baik sedemikian diberikan kepada anjing sebegitu rupa bahkan serangan habis-habisan akan dilakukan sekiranya perkara tersebut berlaku.

Nah! Samalah jua sembahan orang Kristian kafir yang mereka sendiri telah mengakui sembahan mereka itu mempunyai anak, lemah, trinity dan sebagainya dari sifat yang buruk ingin dinamakan sembahan itu pula sebagai ALLAH. Maka! Sudah pasti selemah mana iman seorang mukmin itu akan menyanggah kehendak Kristian tadi menamakan sembahan mereka yang mereka (kristian) samakan dengan makhluk lagi lemah itu sebagai ALLAH!

Hakikatnya tiada suatu dalil dari al-Quran mahupun satu Hadith pun yang mengakui sembahan orang Kristian, Yahudi dan musyrik itu bernama Allah. Sebenarnya apa yang disembah oleh agama Kristian itu bukan Allah namanya walaupun mereka mendakwa sedemikian dan dakwaan mereka tersebut tidak benar.

Dalam al-Quran Surah Al-Kafirun menjelaskan berkali-kali bahawa umat Islam tidak menyembah apa yang orang kafir sembah dan apa yang orang kafir sembah tidak disembah oleh orang Islam. Dan agama Kristian adalah agama kafir yang mendakwa Allah itu adalah Isa atau Masih bin Maryam yang telah dihukum oleh Allah sendiri sebagai kafir ke atas agama Kristian ini. Firman Allah bermaksud: “ Dan telah kufurlah (kristian) yang mendakwa Allah itu adalah Masih Bin Maryam ”. Al-Ma’idah 73. Maka jelas agama Kristian adalah kafir dan tidak menyembah Allah sebenar walaupun sembahan mereka itu mereka namakan ia sebagai Allah.


ALLAH SEBAGAI TUHAN SEKALIAN ALAM.
Ya, sememangnya kefahaman sebenar mengakui Allah adalah Tuhan ke atas sekalian alam, Tuhan ke atas manusia yang berupa umat Islam dan bukan Islam bahkan Allah adalah Tuhan ke atas jin dan syaitan. Itulah yang diakui oleh Islam dalam ertikata sebenar sememangnya Allah Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas segala ciptaanNya.

Dalam surah Al-Fatihah disebut Alhamdulillah Tuhan sekalian alam. Alam adalah apa yang selain Allah termasuk kesemua manusia, jin dan kesemua makhluk lain. Tetapi tiada suatu nas wahyupun yang mengharuskan orang kafir menamakan sembahan berhala atau nabi Isa itu sebagai Allah. Bahkan larangan dan perhukuman sebagai kafir telah diberikan bagi Kristian yang mendakwa Allah itu adalah nabi Isa seperti ayat di atas. Dan sepastinya agama Kristian menyembah sesuatu yang mereka khayalkan dengan pelbagai khayalan kemudian menyembahnya lalu pula dinamakan sembahan itu sebagai "Allah" dan ditambah lagi Allah bagi Kristian adalah Nabi Isa dan bukan Allah dalam erti kata sebenar yang merupakan Tuhan sekalian alam.


KESESATAN HUKUM YANG MENGHARUSKAN NAMA ALLAH DIPERGUNAKAN OLEH ORANG KAFIR KRISTIAN DALAM DAKYAH MEREKA
Terbaca beberapa tulisan Wahhabi toghut, saya amat kesal dan sedih. Dari sudut lain Jika dilihat mantan Mufti yang “berkepala besar tetapi berotak kecil” membawa hujah dusta memenangkan agama Kristian waktu yang sama suka mengkafirkan ulama Islam dan menyamakan Allah dengan makhluk serta sering memomokkan dengan membid’ah amalan umat Islam yang ada dalil. Sedangkan dalam Islam Allah tidak menyerupai makhlukNya, Allah tidak memerlukan tempat dan tidak harus mengkafirkan orang Islam tanpa hak.
Pabila membicara mengenai Allah, tauhid dan akidah sepastinya ayat Quran yang perlu dijadikan keutaamaan sebagai rujukan dalam hal ini adalah surah Al-Ikhlas. Dalam kebanyakan kitab Tafsir al-Quran apabila mentafsirkan surah Al-Ikhlas mereka akan menyatakan riwayat sahih yang menceritakan asbab nuzul iaitu sebab diturunkan ayat tersebut. Sebab turun surah al-Ikhlas adalah apabila orang beragama Yahudi dan beragam Kristian kafir datang kepada nabi Muhammad lantas menyatakan: “Wahai Muhammad! Beritahu kami mengenai Tuhan yang kamu sembah? Maka kemudian turunlah surah Al-Ikhlas tersebut yang bererti: “Katakanlah bahawa Allah itu Esa, Allah lah yang diperlukan oleh selainNya, (Allah) tidak melahirkan dan tidak dilahirkan dan (Allah) tidak menyerupai sesuatupun”.

Saya (Abu Syafiq) menyatakan: Jelas! dalam merenung sebab turun surah Al-Ikhlas ini menunjukkan Islam menyangkal dan menolak definisi ‘tuhan’ yang dita’rifkan oleh agama Yahudi dan Kristian. Ini kerana agama Yahudi dan Kristian mendefinisikan sembahan mereka atau ‘tuhan’ mereka atau ‘god’ mereka sebagai beranak dan menyerupai makhluk kemudian mereka menamakan ia pula sebagai Allah atau mengaitkan dengan nama Allah kononnya. Dalam kes mereka menamakan sembahan mereka yang beranak dan menyerupai makhluk itu sebagai bernama ALLAH tidak langsung boleh menetapkan bahawa mereka beriman kepada Allah yang sebenar. Sesungguhnya agama Yahudi dan agam Kristian TIDAK beriman kepada Allah bahkan agama Kristian dan Yahudi kufur kepada Allah dan langsung tidak berimana kepada Allah itu sendiri. Allah berfirman mengenai agama Yahudi dan Kristian: “ Sesungguhnya mereka yang kufur kepada Allah dan (kufur) kepada RasulNya”.Surah An-Nisa’ ayat 150.
Fokus! Allah menyatakan agama Kristian dan Yahudi itu KUFUR kepada Allah dan ayat 29 surah At-Taubah pula menjelaskan secara terang lagi bersuluh bahawa agama Kristian dan Yahudi TIDAK beriman kepada Allah sama sekali.

Firman Allah: “Perangilah (agama Yahudi&Kristian) yang mana mereka TIDAK BERIMAN kepada Allah…”.
Allah secara jelas menyatakan agama Yahudi, Kristian dan musyrik TIDAK beriman kepada Allah, malangnya wujud kekerapan teks mantan mufti “berkepala besar berotak kecik” yang mendakwa agama Yahudi, agama Krsitian dan semua agama kufur itu BERIMAN kepada Allah pula. Subhanallah! Allah sendiri kata mereka (agama Yahudi,Kristian&Musyrik) tidak beriman kepada Allah tiba-tiba puak Wahhabi toghut pula kata mereka beriman kepada Allah.
Allah kata tidak, mereka (wahhabi) pula seolah lawan firman Allah. Inilah agama Wahabi toghut yang setaraf dengan sahabat mereka dan mendahulukan sahabat mereka melebihi dan mendahului firman Allah.

Manakala firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 63 tidak langsung menyatakan agama Kristian atau agama Yahudi itu beriman kepada Allah. Yang terdapat dalam ayat tersebut adalah ungkapan pengakuan lidah SEBAHAGIAN orang musyrikin dizaman Nabi yang menyatakan Allah sebagai yang menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuhan SETELAH dijatuhkan hujjah oleh Nabi Muhammad keatas mereka. Dan ayat tersebut tidak langsung boleh dijadikan keharusan agama Kristian mempergunaka nama Allah dalam dakyah mereka kerana amat berbeza antara situasi dalam ayat tersebut dengan dakyah agama Kristian yang bertujuan menyesatkan umat Islam.
Dalam ayat tersebut mereka (musyrikin) ditanya oleh Nabi setelah dijatuhkan hujjah lantas mereka menjawab “Allah!” Jawapan mereka dengan menyebut perkataan “Allah” tidak bertujuan oleh mereka sendiri sebagai dakyah untuk menyesatkan umat Islam tetapi kerana pengakuan mereka itu disebabkan mereka telah kalah dengan hujjah nabi Muhammad yang amat diterima oleh segenap yang mempunyai akal .
Bahkan Allah sendiri menyatakan walaupun mereka menyebut dan mengakui dengan lidah mereka bahawa Allah lah yang mencipta mereka, Allah tetap menyatakan mereka itu TIDAK beriman.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum YANG TIDAK MAHU BERIMAN!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini berbeza dengan agama Kristian sekarang yang mempergunakan nama Allah sepastinya untuk menyesatkan umat Islam. Dan ketahuilah bahawa bukan hanya menyatakan atau menyebut “Allah” maka seseorang itu dikira beriman kepada Allah. Ini berbeda dengan agama Wahhabi yang mendakwa bahawa sesiapa yang menyebut “Allah” maka dia dikira beriman kepada Allah termasuk agama Yahudi & kristian.Inilah Liberal!.

Saya mengajak semua merujuk kembali firman Allah ta’ala yang menceritakan Ahli Kitab yang beragama Yahudi dan KRISTIAN itu TIDAK LANGSUNG BERIMAN KEPADA ALLAH ITU SENDIRI ( Surah At-Taubah ayat 26) secara jelas Allah menyatakan mereka TIDAK beriman kepada Allah.

“ KETAHUILAH WAHAI SEMUA BAHAWA AGAMA KRISTIAN PERGUNAKAN NAMA ALLAH BERTUJUAN MENYESATKAN AKIDAH ISLAM DAN BERDAKYAH AGAR UMAT ISLAM MASUK KRISTIAN ”

Jika direnung apakah tujuan nama Allah itu digunakan oleh agama Kristian? Sepastinya mereka ingin memantapkan akidah kufur mereka DAN mendakyah agar umat Islam masuk Kristian. Itulah tujuan utama nama Allah dipakai oleh kafir Kristian. Perlu diketahui umum juga bahawa agama Kristian dan agama Yahudi bukanlah agama samawi kerana agama samawi HANYALAH Islam dan Nabi Musa serta Nabi Isa beragama Islam dan TIDAK beragama Yahudi mahupun Kristian Nasoro.

Sekarang kita tahu bahawa agama Kristian mempergunakan nama Allah untuk dan bertujuan menyesatkan dan memasukkan umat Islam ke dalam agama mereka maka secara terang tujuan Kristian Kafir adalah jahat! Saya (Abu Syafiq) tidak mahu membicarakan mengenai perlembagaan negara berkaitan agama Islam dalam hal ini kerana dalil yang saya nyatakan hanya dari firman Allah sumber utama Islam dan ia memadai dan kepada bukan Islam untuk menghormati perlembagaan tersebut.

Dalam hukum fiqh pun (mazhab empat Hanafi, Maliki, Hambali dan Syafie’) yang juga diguna pakai hukum ini oleh yang didewakan sebagai seolah ma’sum bertaraf nabi oleh ajaran Wahhabi iaitu Ibnu Taimiah sendiri, Muhammad bin Abdul Wahhab, bin Baz dan selainnya bersetuju bahawa SEKIRANNYA SESUATU ITU DIKETAHUI IA BERTUJUAN MEMPERGUNAKANNYA UNTUK MEMUDARATKAN ORANG LAIN ATAU ORANG ISLAM MAKA IA ADALAH HARAM. Contoh sekirannya seorang pemilik anggur memberI atau menjual anggurnya kepada seorang yang dia tahu secara yakin orang yang diberi itu mahu membuat arak dan meminum arak tersebut yang diperbuat dari anggur yang diberi itu maka HARAM kepada si memberi itu memberi anggurnya kerana dia telahpun mengetahui dengan yakin anggur tersebut ingin diperbuat benda yang haram seperti juga jika seseorang itu ingin memberi naskah al-Quran kepada seseorang yang dia ketahui orang itu akan kencing dan berak serta menghina naskhah al-Quran tersebut maka diharamkan memberinya kerana dia tahu dan yakin orang itu bertujuan buruk.

Nah! Maka setelah kita semua menyakini bahawa nama Allah yang dipergunakan oleh Kristian Katolik itu bertujuan menyesatkan umat Islam, bertujuan memantapkan dan menguatkan gerakan akidah kufur mereka sudah pasti haram kita memberikan nama “Allah” itu diperkotak-katikkan oleh Kristian kafir yang tidak beriman kepada Allah.

Manakala mereka yang mengharuskan pengunaaan dan mengharuskan nama Allah disalahgunakan dan yang mengharuskan nama Allah itu disalah ertikan untuk dan bertujuan menyesatkan dan memesongkan akidah umat Islam maka orang itu bukan hanya sesat bahkan terpesong akidahnya kerana mengharuskan penghinaan kepada nama Allah adalah sesuatu pembatalan iman tanpa ada ikhtilaf dikalangan ilmuan Islam berdalilkan Firman Allah:
أبالله وآياته ورسوله كنتم تستهزؤن لا تعتذروا قد كفرتم بعد إيمانكم
Surah At-Taubah ayat 65 yang bermaksud: “Adakah dengan Allah (termasuk nama Allah), ayat-ayat Allah dan Rasul Allah kamu menghina mempersenda?!, tiada keuzuran bagi kamu maka dengan itu kamu semua telah KUFUR SETELAH MANA PADA AWALNYA KAMU BERIMAN”.
Back to top Go down
langau
Moderateur
Moderateur
langau


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

Isu Nama Allah, Tuan Guru Nik Aziz Perlu Bertaubat? Empty
PostSubject: Re: Isu Nama Allah, Tuan Guru Nik Aziz Perlu Bertaubat?   Isu Nama Allah, Tuan Guru Nik Aziz Perlu Bertaubat? EmptyMon May 10, 2010 10:51 pm

kalau lah ditulis "Allah" itu beranak..dimanakah bahas nakli yang boleh kita gunakan?
kalau ditulis "Tuhan" itu beranak..manakah dalil nakli yang wajar digunakan?

sekadar bertanya...
Back to top Go down
 
Isu Nama Allah, Tuan Guru Nik Aziz Perlu Bertaubat?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tuan Guru Nik Aziz dan maulid
» PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz
» Ramadan:..apa perlu dibuat.....
» Nik Aziz ekstrem...BH
» Nik Aziz: Biar PAS berpecah...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: