1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Gapena bantah hapus identiti bangsa, kaum, agama

Go down 
AuthorMessage
pejuang
moderator
moderator
pejuang


Posts : 12
Join date : 2009-08-11

Gapena bantah hapus identiti bangsa, kaum, agama Empty
PostSubject: Gapena bantah hapus identiti bangsa, kaum, agama   Gapena bantah hapus identiti bangsa, kaum, agama EmptyMon Aug 31, 2009 12:25 pm

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menuntut kerajaan supaya tidak menghapuskan identiti bangsa, kaum dan agama dalam sebarang borang rasmi kerajaan seperti dicadangkan pihak tertentu sebelum ini.

"Kita tidak mahu perkara ini berlaku. Jika dihapuskan identiti, maka seluruh perjuangan untuk mengangkat status bumiputera akan terhapus atau tidak diberi penegasan," kata Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein.

Tuntutan itu terkandung dalam Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan sempena Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 hari ini, lapor Bernama.

Prof Ismail berkata, pihaknya akan menyembahkan deklarasi itu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga Raja-raja Melayu yang lain dalam masa terdekat.

Deklarasi itu juga mendesak kerajaan supaya memansuhkan segera Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sebelum bermula sesi persekolahan Januari tahun depan.

Beliau berkata, pemansuhan PPSMI yang sebelum ini diputuskan pada 2012, seharusnya dibuat serta merta dengan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dan bukan lagi secara dwibahasa.

Katanya tindakan tersebut adalah wajar dan boleh dilaksanakan memandangkan keputusan pelaksanaan PPSMI enam tahun lepas mampu dibuat serta merta.

"Dulu masa kerajaan mahu tetapkan PPSMI, boleh dibuat sekelip mata tetapi mengapa nak memansuhkannya tidak boleh pula, kenapa mesti tunggu sehingga 2012," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kandungan deklarasi tersebut.

Beliau berkata tindakan pemansuhan segera itu dilihat boleh menyelamatkan pelajar yang mungkin gagal dalam peperiksaan disebabkan kelemahan mereka menguasai Bahasa Inggeris.

Ismail berkata kandungan lain deklarasi itu ialah Gapena meminta kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi menampung kos pasarana pengajaran dan pembelajaran, elaun guru, menambah guru pakar, penterjemahan dan penerbitan buku serta penambahan peralatan multimedia.

"Kita juga mahukan Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua fakulti peringkat pengajian tinggi awam dan swasta seperti mana sebelum tahun 2003," kata beliau.

Bagi membina jati diri bangsa, beliau berkata Gapena mencadangkan mata pelajaran Sastera dan sejarah kebangsaan negara dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pengajian dan aliran.
Back to top Go down
 
Gapena bantah hapus identiti bangsa, kaum, agama
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pisah agama dan politik tidak masuk syurga - sarjana Islam
» Tanah Melayu Pernah Dijajah Oleh Bangsa Yakjuj Makjuj?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: