1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 
 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
langau
Moderateur
Moderateur

Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Wed Aug 19, 2009 8:22 pm

Ditulis oleh Wartawan Kita
WEDNESDAY, 19 AUGUST 2009 04:52

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan ”Anwar Pengkhianat”, mereka lupa bahawa Umno lah yang memulakan pengkhianatan kepada orang Melayu. Sudah cukup 17 senarai pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahatir sebagai bukti dangkalnya dakwaan mereka itu.

17 senarai itu yang dibuat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaafar sewaktu Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan pada 16 Ogos lalu di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr. Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," ujarnya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Katanya, sewaktu zaman pentadbiran Dr. Mahathir lagi, imuniti raja-raja Melayu telah dihapuskannya, padahal institusi Raja Melayu merupakan simbol ketuanan orang Melayu,nyatalah Umno sendiri telah merosakkannya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua terbesar yang dibuat Mahathir ketika itu ialah dengan merosakkan sistem kehakiman negara.

"Campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas," jelas Ahli Parlimen Tumpat itu.

Kemudian, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Walhal katanya, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu juga dilakukan oleh Dr. Mahathir. Pengkhianatan yang dibuat ini, secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu yang disenaraikan oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar di dalam Majlis Hi-Tea tersebut;-

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki
oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden
Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat
sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di
bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk
secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan
di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-
usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang
tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Kamaruddin turut menegaskan bahawa sentimen “pengkhianat Melayu” ini hanya dimainkan demi untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu besar yang melanda rakyat pada hari ini.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur

Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Thu Aug 20, 2009 5:33 am

mampukah umno untuk menjawab satu persatu persoalan itu..?? scratch
Back to top Go down
View user profile
langau
Moderateur
Moderateur

Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Thu Aug 20, 2009 8:00 am

patriot wrote:
mampukah umno untuk menjawab satu persatu persoalan itu..?? scratch

tak akan jawab...tapi cari modal lain pulak....tapi macam dah tak ada modal.... tongue
Back to top Go down
View user profile
ekin
Moderateur
Moderateur

Posts : 107
Join date : 2009-08-13
Location : kat atas buaian ni..

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Thu Aug 20, 2009 10:13 am

umno memang melayu.. tp melayu yg mengambil dan menolak islam.. mana dia nak dia ambil,mana dia x nak dia tolak dan kadang2 dia tambah(islam hadari) sedangkan agama pun dia beh tolak tambah, nikan plak bangsanya..

UMNO
Back to top Go down
View user profile
fooxie
moderator
moderator

Posts : 40
Join date : 2009-08-13

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Thu Aug 20, 2009 12:33 pm

tambah lagi

Usaha terkini UMNO untuk menghalang anak mualaf yang bawah umur dari masuk Islam dengan mewajibkan anak-anak mesti kekal dengan agama ibubapa sewaktu perkahwinan sedang direalisasikan.
Sekarang ni UMNO halang anak mualaf dari masuk Islam, jangan terkejut pulak kalau UMNO menghalang ibubapa Islam dari melarang anak mereka murtad di masa hadapan atas dasar kebebasan bersuara.
Back to top Go down
View user profile
langau
Moderateur
Moderateur

Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Thu Aug 20, 2009 12:40 pm

fooxie wrote:
tambah lagi

Usaha terkini UMNO untuk menghalang anak mualaf yang bawah umur dari masuk Islam dengan mewajibkan anak-anak mesti kekal dengan agama ibubapa sewaktu perkahwinan sedang direalisasikan.
Sekarang ni UMNO halang anak mualaf dari masuk Islam, jangan terkejut pulak kalau UMNO menghalang ibubapa Islam dari melarang anak mereka murtad di masa hadapan atas dasar kebebasan bersuara.

....makin menambahkan hangin ku pada mu........

jahannam UMNO!!!!!!
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur

Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Thu Aug 20, 2009 8:12 pm

fooxie wrote:
tambah lagi

Usaha terkini UMNO untuk menghalang anak mualaf yang bawah umur dari masuk Islam dengan mewajibkan anak-anak mesti kekal dengan agama ibubapa sewaktu perkahwinan sedang direalisasikan.
Sekarang ni UMNO halang anak mualaf dari masuk Islam, jangan terkejut pulak kalau UMNO menghalang ibubapa Islam dari melarang anak mereka murtad di masa hadapan atas dasar kebebasan bersuara.

dan usaha yg paling akhir..menggunakan talian hayat yg penghabisan - majlis fatwa !!!!
Back to top Go down
View user profile
fooxie
moderator
moderator

Posts : 40
Join date : 2009-08-13

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Fri Aug 21, 2009 1:20 am

ada lagi...

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu, terutama di Johor terserlah, pertamanya, melalui penutupan Sekolah Rendah Agama Negeri Johor. Sekolah-sekolah yang terbabit adalah:

1. Sekolah Agama Darul Ulum Sungai Mati, Muar.
2. Sekolah Agama Waddin, Kampung Melayu, Majidee.
3. Sekolah Agama Jawahir Al-Ulum.
4. Sekolah Agama Khairiah Islamiah, Mersing.
5. Sekolah Agama Tanwiriah, Parit Jawa.
6. Sekolah Agama Lughatul Arabiah, Tangkak.
7. Sekolah Rendah Agama Tanwiriah.

Pada 17 November 1995, Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Agama Johor, Mohd Tahir Shamsudin menghantar surat kepada pengetua-pengetua sekolah berkenaan mengucapkan tahniah atas penubuhan sekolah tersebut. Pada 25 Januari 2003, orang yang sama mengarahkan sekolah ditutup.

Beliau kini Mufti Negeri Johor. Sebab penutupan atas arahan Kerajaan Negeri Johor.

Penutupan operasi Amanah Saham Johor (ASJ).

Ia ditawarkan kepada orang Melayu semasa pelancarannya 15 Mei 1992 pada harga RM1 seunit. Sehingga tahun 2002, seramai 125,554 orang Melayu Johor menyertainya dengan saiz unitnya sebanyak 300 juta.

Ketika mula dilancarkan, Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman sangat optimis ia akan mencecah RM5 seunit. Sebaliknya, hingga tahun 1997 sahaja, nilainya tinggal 18 sen seunit. Seramai 4,000 pelabur menyertai ASJ dengan meminjam di bank dengan nilai 71 juta unit. Sebahagiannya menjadi bankrap. Kini, ASJ lingkup.

Penyerahan Sekolah Menengah Agama Johor (SMA).

Tawaran untuk menyerahkan SMA kepada Kerajaan Pusat melalui pendaftaran di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bermula tahun 2005. Ia membabitkan 22 sekolah seluruh Johor.

Alasan utama, Kerajaan BN Johor tidak mampu lagi membiayai kos operasinya. Sekolah Agama Rakyat di Johor sebahagiannya telah gulung tikar kerana pemberhentian geran perkapita zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tahun 2002; penyerahan 22 buah SMA pula adalah tragedi paling malang! Johor yang terkenal, kononnya, dengan model pendidikan Islam, kini sudah tidak punya apa-apa lagi.

Cuti hari Jumaat kepada hari Ahad.

Semenjak sebelum merdeka, rakyat Johor bercuti pada hari Jumaat. Pada zaman penjajahan pun ia tidak diusik. Ketika penghujung pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor (1986–1995), beliau tidak semena-semena mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu dari Jumaat kepada hari Ahad.

Bantahan luar biasa rakyat Johor termasuk dari istana, tidak dipedulikan. Inilah jasa terbesar Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika ini kepada umat Islam Johor.

Nasib peneroka Felda Cahaya Baru.

Masai Felda Cahaya Baru dibuka tahun 1960 dan menempatkan 431 peneroka Felda yang ditanam getah. Tahun 1990, tercetus idea membangunkan kawasan felda berkenaan yang diterajui pimpinan Umno tempatan dengan restu Menteri Besar Johor ketika itu, Muhyiddin Yassin.

Syarikat Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) ditubuhkan tahun 1995 dan peneroka dijanjikan pampasan sebanyak RM1.2 juta hingga RM1.4juta.Tanah peneroka telah dikaveat dan mereka diperdaya menanda tangani surat wakil kuasa (power attorney) sedangkan pampasan yang diterima hanya setakat RM120,000 sahaja. Sampai hari ini peneroka menunggu seperti buah yang tidak gugur.

Peneroka Felda Cahaya Baru hilang tanah dan menjadi miskin!

Public Utilities Board (PUB) - Lembaga Awam Singapura Empangan Linggi.

Dibina pada tahun 1988 dan siap tahun 1994 di zaman Muhyiddin Yassin Menteri Besar Johor. Ia melibatkan tanah seluas 21,600 hektar sebagai kawasan tadahan air milik Singapura dengan kapasiti simpanan air 763 juta kubik meter padu. Terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang yang berdekatan Bandar Tenggara. Empangan ini melibatkan tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing dan berada dalan koordinat 0 yang strategik dari sudut keselamatan.

Pembinaannya dibantah oleh PAS dan banyak NGO. Ia terletak berhampiran penempatan Melayu terbesar di Johor. Kawasan yang begitu luas diberi dan sejauh mana hasil balak yang dikeluarkan telah memberi manfaat rakyat negeri Johor yang dikatakan nilainya berbilion ringgit.Kezaliman ke atas penduduk Melayu Kg Plentong Tengah, Pasir Gudang (Penduduk meneroka tanah berkenaan pada tahun 1985 apabila dimaklumkan tanah tersebut tiada pemilik.

Bagaimanapun syarikat Mosbert, Jet Ace Company dan kemudiannya Oakfield mengaku sebagai empunya tanah berkenaan. Seterusnya Oakfield menjual tanah tersebut kepada Bukit Lenang Development Sdn Bhd. Sebanyak 310 rumah yang dimiliki seratus peratus orang Melayu telah dirobohkan oleh pemaju yang menang tuntutannya di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 16 Oktober 2008.

Pemimpin Umno Johor dan bahagian Pasir Gudang yang diketuai Dato' Khaled Nordin berlepas tangan manakala Menteri Besar mendakwa penduduk adalah setinggan dan wajar keluar dari tanah berkenaan.Tiada pampasan yang wajar dan segala janji-janji untuk diberi penempatan semula sampai hari ini tidak dikotakan. Nasib mereka teramat jauh lebih teruk dilayan jika dibandingkan dengan 23 keluarga India di Kg Buah Pala!
Back to top Go down
View user profile
langau
Moderateur
Moderateur

Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Fri Aug 21, 2009 9:10 am

mak ai.....banyak lagi rupanya yang tersembunyi........

boleh bukak kitab macam ni.....1001 dalil UMNO wajib di "jahannam" kan..... Shocked
Back to top Go down
View user profile
mujahidmuda
Moderateur
Moderateur

Posts : 107
Join date : 2009-08-18
Age : 30
Location : hujung medini

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Fri Aug 21, 2009 4:34 pm

Mujahid sebagai orang Johor sangat sedih dengan kejadian ini.. Apa lagi bila Mujahid tinggal dekat2 dengan Felda Cahaya Baru.. Dulu, kampung Mujahid pun kena ambil kerajaan juga. Pampasan yang diberi sikit, lepas tu penduduk diminta beli pula rumah di kawasan petempatan baru. Akhirnya, siapa yang beli rumah tu, terpaksa menanggung hutang puluhan ribu.

UMNO kejam!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur

Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Sat Aug 22, 2009 4:42 am

sebenarnya bukan setakat 17...malah beratus2 dan mungkin beribu2 yg tersembunyi... Rolling Eyes
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur

Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Mon Aug 24, 2009 2:45 am

dah lama dah tau
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content

PostSubject: Re: 17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar   Today at 6:19 am

Back to top Go down
 
17 bukti, Umno 'pengkhianat Melayu' sebenar
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: