1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 79
Join date : 2009-08-10
Location : menanti seruan dilangit

PostSubject: PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz   Wed Aug 19, 2009 6:57 pm



BUKIT MERTAJAM, 19 0gos: PAS mencabar media yang melaporkan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mendakwa ahli Umno tidak masuk syurga agar mengemukakan rakaman penuh kenyataan beliau untuk membuktikan kebenaran.

Naib Presiden Salahuddin Ayub dalam sidang media di Permatang Pasir hari ini berkata pihak media yang membuat laporan itu mesti bertanggungjawab dengan mendedahkan sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz.

?Media pro-Umno yang melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu mesti mendedahkan kenyataan beliau secara verbatim untuk semua mengetahui apa yang sebenarnya diucapkan,? kata Salahuddin.

Mursyidul Am yang juga menteri besar Kelantan itu dilapor sebuah akhbar harian sebagai berkata bahawa ahli Umno tidak akan masuk syurga, melanjutkan lagi serangan bertalu-talu terhadap pemimpin PAS itu.

Nik Aziz sebelum ini diserang media prokerajaan dengan laporan mendakwa beliau membiarkan DAP, sebuah parti sekutu Pakatan Rakyat, menghina Islam.

Beliau kemudian menjelaskan kenyataan itu dengan berkata tidak menghairankan orang bukan Islam yang kurang faham menghina Islam tetapi amat mengejutkan apabila Umno yang anggotanya beragama Islam sendiri menolak pelaksanaan Islam.

Umno menolak pelaksanaan hudud yang dibawa oleh kerajaan PAS Kelantan yang merampas negeri itu daripada Umno pada 1990.

Pertembungan ini sejak itu terus mencorakkan persaingan PAS dengan Umno dalam merebut undi pengundi Melayu Islam, menjadi isu agama sebagai fokus kedua-dua parti.

Semalam, Nik Aziz menafikan beliau berkata demikian dan menyatakan kesediaan menyaman media terbabit.

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya dalam sidang media di pejabatnya semalam.

Calon BN umpama padi basah

(Sidang media Salahudin dan Dr Dzulkifli Ahmad di Permatang Pasir)

Sementara itu, Salahudin juga menyifatkan, calon Barisan Nasional (BN) N11, Rohaizat Othman umpama 'padi basah' yang jika dijual pastinya rugi kerana terdapat pemotongan yang ketara.

Baginya, amat malang Umno dan Barisan Nasional (BN) memilih seorang calon yang banyak masalah dengan orang ramai apabila berbohong mengenai status kerjayanya serta pernah menyeleweng dan pecah amanah membabitkan wang Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil berjumlah RM140 ribu.

"Rakyat di Permatang Pasir harus menolak calon 'padi basah' yang dikemukakan oleh BN kali ini. Jika petani menjual padi basah pasti dia akan rugi buat apa. Lebih baik jual padi kering tentu dapat untung yang banyak, " jelasnya pada sidang media di Markaz Besar Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pagi tadi.

Sebagai rakyat yang bijak sambung Salahudin, mereka harus menilai dengan baik selari dengan pengalaman pengundi di sini yang sudah tiga penggal memilih calon PAS, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Umno lupa lokasi ini kawasan petani ujarnya, bila sebut padi basah tentu mereka lebih memahami dan tahu menilai apa yang PAS persoalkan.

Salahudin memuji langkah pemilihan calon sepertimana yang diamalkan di negara Amerika Syarikat walaupun dasar luar negara berkenaan teruk namun soal pemilihan kepimpinan negara mereka memandang tinggi dan berhati-hati.

Rakyat di sana akan mempertikaikan siapa tukang masak di rumahnya, orang gajinya, di mana anaknya dihantar kesekolah dan sebagainya bukan seperti di negara ini membuat pemilihan yang tidak kena yang akhirnya mendatangkan masalah berat pada negara.

Jesteru itu bagi pengundi di Permatang Pasir, latar belakang calon BN sudah cukup membuktitkan BN tiada calon yang berkalibar.

"Tidak timbul dia hero sebagaimana yang dinyatakan oleh kepimpinan Umno kononya calon BN telah melunaskan hutangnya. Mungkin dia melunaskan hutang sebab nak masuk calon jika tiada habislah orang yang menjadi mangsa, "jelas terangnya.
Back to top Go down
View user profile http://khalifah.forum.st
langau
Moderateur
Moderateur


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz   Wed Aug 19, 2009 8:08 pm

PAS/PR perlu menyerang mulai sekarang.....jangan berikan ruang kepada mereka...
Back to top Go down
View user profile
budakjalanan
Moderateur
Moderateur


Posts : 72
Join date : 2009-08-19
Location : budakjalanan89@yahoo.com

PostSubject: Re: PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz   Wed Aug 19, 2009 9:03 pm

hnya puok2 bengong saja yg x phm bhasa...org kias pn x phm jgk Laughing
Back to top Go down
View user profile
mujahidmuda
Moderateur
Moderateur


Posts : 107
Join date : 2009-08-18
Age : 30
Location : hujung medini

PostSubject: Re: PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz   Wed Aug 19, 2009 10:29 pm

Puak Meno dah ketandusan idea. Dah terdesak cari hujah untuk lawan PAS. tapi akhirnya membakar diri sendiri. macam la rakyat tak buleh fikir. lol!
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz   Thu Aug 20, 2009 5:06 am

mana ada berani media nak keluarkan rakaman...kalau adapun memang lari jauh dari kenyataan yg keluar dalam peper..jika salah kenyataan alamat hilanglah berjuta2 kena saman..
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz   Mon Aug 24, 2009 3:13 am

sampai la ni tak keluar lagi Shocked
nak tunggu saman dulu kot
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz   Today at 12:31 am

Back to top Go down
 
PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» McCanns to tell Levenson [sic] Inquiry of family's ordeal at hands of media
» "Flesh eating Bacteria in U.S. attracting more Media attention
» Media Bias 101: Benghazi vs. Watergate and Iran-Contra
» Should race be a factor in how the media reports crime?
» CloneBD Blu-ray Media Converter!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: