1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Ku Li: Apakah Umno kurang calon?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 79
Join date : 2009-08-10
Location : menanti seruan dilangit

PostSubject: Ku Li: Apakah Umno kurang calon?   Wed Aug 19, 2009 4:03 pm



Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.
Back to top Go down
View user profile http://khalifah.forum.st
langau
Moderateur
Moderateur


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: Ku Li: Apakah Umno kurang calon?   Wed Aug 19, 2009 4:23 pm

dah ketandusan calun.....atau calun "pilihan" orang2 tertentu.....

nampaknya...dah kalah pusingan pertama...... Laughing
Back to top Go down
View user profile
fooxie
moderator
moderator


Posts : 40
Join date : 2009-08-13

PostSubject: Re: Ku Li: Apakah Umno kurang calon?   Wed Aug 19, 2009 4:38 pm

bukan kurang calun tapi dah memang sifat umno begitu, kebas duit ratus2 ribu ni perkara biasa jek, apa nak heran. kalau tak pandai kebas duit tu yg susah jadi calun kut.
Back to top Go down
View user profile
taufan
moderator
moderator


Posts : 23
Join date : 2009-08-11
Location : Klinik Kesihatan Jaya Gading

PostSubject: Re: Ku Li: Apakah Umno kurang calon?   Wed Aug 19, 2009 4:56 pm

umno lebih suka dengan calon kaki songlap ni. maklumlah, songlak dan rompak ni telah menjadi darah daging UMNO. kalau tak songlap bukan umno namanyer
Back to top Go down
View user profile
langau
Moderateur
Moderateur


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: Ku Li: Apakah Umno kurang calon?   Wed Aug 19, 2009 6:10 pm

taufan wrote:
umno lebih suka dengan calon kaki songlap ni. maklumlah, songlak dan rompak ni telah menjadi darah daging UMNO. kalau tak songlap bukan umno namanyer

tiba-tiba lak aku jadi rindu pada SUPERCHAI And The Gang...... Laughing
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: Ku Li: Apakah Umno kurang calon?   Thu Aug 20, 2009 5:46 am

itulah tanda2 umno sedang menuju ke lubang gaung...
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: Ku Li: Apakah Umno kurang calon?   Mon Aug 24, 2009 3:09 am

mana pandai 'politik' dia boleh tercalun
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Ku Li: Apakah Umno kurang calon?   Today at 12:32 am

Back to top Go down
 
Ku Li: Apakah Umno kurang calon?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: