1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Ada pekung tersembunyi di dadamu?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
langau
Moderateur
Moderateur


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Ada pekung tersembunyi di dadamu?   Tue Aug 18, 2009 11:45 am

Abdul Aziz Mustafa
Tue | Aug 18, 09 | 7:53:10 am MYT
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tak boleh ada pekung di dada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin.


"Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan.

"Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya.

Sehari selepas kenyataan Dr Mahathir itu, muncul pula berita dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman dipecat dari Majlis Peguam.

Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

ImageRagunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.

Apabila Ragunath menyebutkan "kesalahan yang serius" dan "sama seperti salah laku jenayah," persoalan yang timbul ialah adakah para pengundi di Permatang Pasir akan mengundi seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Adalah dipercayai, isu pemecatan Rohaizat dari Majlis Peguam akan akan menjadi isu utama yang berpanjangan sepanjang pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Satu lagi persoalan yang timbul ialah mengapa BN khususnya Umno membelakangkan ingatan Dr Mahathir dan berkeras mahu mencalonkan seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Jika dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil itu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," adakah Rohaizat "benar-benar pilihan yang sangat baik"?_
Back to top Go down
View user profile
langau
Moderateur
Moderateur


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: Ada pekung tersembunyi di dadamu?   Tue Aug 18, 2009 11:47 am

Quote :
"Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya.

lain macam pulak bunyinya bila semakin senja ni...? Rolling Eyes
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: Ada pekung tersembunyi di dadamu?   Tue Aug 18, 2009 11:54 am

betulkan diri tu dulu sebelum nak tegur org lain
Back to top Go down
View user profile
langau
Moderateur
Moderateur


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: Ada pekung tersembunyi di dadamu?   Tue Aug 18, 2009 11:55 am

Quote :
ImageRagunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

duit getah pun nak songlap?...
Back to top Go down
View user profile
langau
Moderateur
Moderateur


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: Ada pekung tersembunyi di dadamu?   Tue Aug 18, 2009 11:56 am

awang_trasher wrote:
betulkan diri tu dulu sebelum nak tegur org lain

harap-harap betul sungguh...tapi hutang lama kene lah selesai dulu..... tongue
Back to top Go down
View user profile
awang_trasher
Moderateur
Moderateur


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

PostSubject: Re: Ada pekung tersembunyi di dadamu?   Tue Aug 18, 2009 12:18 pm

betul. susah dah org nak percaya dia la ni
Back to top Go down
View user profile
fooxie
moderator
moderator


Posts : 40
Join date : 2009-08-13

PostSubject: Re: Ada pekung tersembunyi di dadamu?   Tue Aug 18, 2009 12:41 pm

berapa banyak pekung ada didada Dr.M? No
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Ada pekung tersembunyi di dadamu?   Today at 12:33 am

Back to top Go down
 
Ada pekung tersembunyi di dadamu?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: