1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru

Go down 
AuthorMessage
supgajah

supgajah


Posts : 21
Join date : 2010-03-14

92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru Empty
PostSubject: 92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru   92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru EmptySun Mar 21, 2010 12:33 pm

92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru 3827ea81342d7e92c774a19fc25223c9

Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Katanya, jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.

Menggalakkan penyertaan golongan muda dalam jaringan sosial, Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.

Bercakap kepada kira-kira 900 pemuda di Kongres Anak Muda Kebangsaan di Petaling Jaya, Abu Hassan berkata kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi semacam “agama” pada masa kini.

Katanya, untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama.

“Keluarlah daripada politik primitif dan majulah ke depan,” katanya yang terkenal dengan kajian masa depan melalui pusat kajiannya Zentrum Future Studies.

Sementara itu, dalam persidangan sehari anjuran sekretariat belia Selangor itu turut dihadiri beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat, antaranya Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara).

Penutupannnya petang tadi dirasmikan oleh Menteri Mesar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.

Dalam ucapannya, Khalid antaranya menyeru golongan muda supaya mengambil bahagian dalam lebih banyak aktiviti kerajaan negeri, antaranya "Jom daftar undi" dan rancangan pembangunan sektor pertanian luar bandar.
Back to top Go down
 
92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Rakyat tak nak ISA Kenapalah UMNO nie bodoh betol???..
» Perlantikan Moderator baru FORUM KHALIFAH
» Peratus Keluar Mengundi Merosot..apa kata survey!!!!!
» ADUN Lunas gugur, Kulim exco baru
» I lost my faith at my corruption agency Malaysia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: