1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 AlFatihah:Blogger Ambuyat El-Binangkit Kembali Kerahmatullah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 79
Join date : 2009-08-10
Location : menanti seruan dilangit

PostSubject: AlFatihah:Blogger Ambuyat El-Binangkit Kembali Kerahmatullah   Mon Jan 04, 2010 10:59 am

Oleh Abu Nuha



Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali. Ustaz Abidin Omar, 52 tahun, guru di Sekolah Menengah Agama Islamiah Papar kembali ke rahmatullah jam 6 pagi ini di Hospital Papar. Janazah akan dikebumikan di Taman Perkuburan Kg Benoni Papar.

Ust Abidin adalah seorang guru, otai, dan blogger yang menjadi inspirasi saya sebenarnya. Dalam blognya http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/ beliau menulis mengenai dirinya :

“TIADALAH AKU MELAINKAN SEORANG HAMBA ALLAH SWT YANG DAIF. KERANA ALLAH HAMBA BERJUANG DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI INI(BUKAN ISLAM HADHARI.)”

Mengenai blognya, beliau menulis :

Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.

Kemaskini terakhir blog beliau ialah pada 28 Disember lalu dengan memaparkan berita politik Pakatan Rakyat



Ust Abidin @ Abdin bin Umar @ Omar dilahirkan di Kampung Benoni Papar pada 27 Disember 1957. Beliau meninggalkan seorang isteri yang dinikahi pada 1984 dan 7 orang anak.

Ketika menziarahi beliau pada hari raya lalu, saya menulis :

Beliau sarat dengan pengalaman. Berada di Universiti al-Azhar 1982-1987 dalam bidang Usuluddin (Tafsir).

Dalam perkhidmatan awamnya, pernah menjadi pengetua di SMAI Tawau, SMAI Papar, Ketua Nazir Pendidikan JHEAINS, PTA JHEAINS Sandakan dan Pengetua SMAI Beaufort.

Kini beliau kembali dan memilih sebagai guru agama biasa saja atas beberapa alasan kesihatan dan kesibukan tugas.

Beliau juga adalah hakim MTQ Negeri Sabah dan Fertival Kompang, Barzanji dan Marhaban Negeri Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jangan lupa, beliau juga adalah pengendali blog terkenal : http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/. Statistik menunjukkan lebih 600 ribu pengunjung sejak november 2007.

Isi kandungan blog beliau bukan setakat berita terkini tetapi juga koleksi bahan-bahan yang boleh menjadi rujukan semua.

Berita lanjut akan menyusul. Saya hendak bergerak menziarahi janazah Allahyarham di Papar. Sama-sama kita menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

Dipetik dari
http://abunuha.wordpress.com/2010/01/02/blogger-ambuyat-el-binangkit-kembali-ke-rahmatullah/


Catatan Webmaster:

Beliau pernah datang ke Terengganu ketika bermesyuarat berkaitan Pendidikan Islam wakil Nazir Sabah. Ketika tinggal di Hotel Primula beliau sempat bertemu dengan webmaster TKO pada masa itu Tok Ayah bersama dengan webmaster Mimbar2000 Sifu.

Beliau di bawa ke Rusila pada hari Jumaat dan berjumpa dengan MB Terengganu pada masa itu Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Pada masa itu beliau ada anak belajar di KUSZA dan meminta Tok Ayah menjadi ayah angkat kepada anaknya. Tapi oleh kerana kedudukan agak jauh hampir 100 km Tok Ayah menolak permintaan tersebut.

Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau.

Back to top Go down
View user profile http://khalifah.forum.st
 
AlFatihah:Blogger Ambuyat El-Binangkit Kembali Kerahmatullah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Amazon blog
» How to Activate Blogs?
» Blogger News Network Haleigh Cummings – Radio Wrap Up – Aug/16

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: