1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Pengantin maut di hari perkahwinan

Go down 
AuthorMessage
kingsolo
journalist active
journalist active
kingsolo


Posts : 68
Join date : 2009-09-27

Pengantin maut di hari perkahwinan Empty
PostSubject: Pengantin maut di hari perkahwinan   Pengantin maut di hari perkahwinan EmptyFri Nov 13, 2009 9:46 am

Empat sekeluarga termasuk seorang bakal pengantin wanita maut ketika dalam perjalanan ke kuil bagi melangsungkan upacara
perkahwinan dalam satu kemalangan ngeri yang berlaku di Km 17 Jalan Kuantan-Gambang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, dalam kejadian pukul 6.15 pagi itu, kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki tujuh sekeluarga itu sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Gambang.

"Kenderaan terbabit kemudian dipercayai terbabas sebelum melanggar lori yang parkir di bahu kiri jalan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, mereka yang maut di tempat kejadian ialah bakal pengantin wanita K Kanmany, 19; serta anaknya Sankaran yang berumur satu tahun hasil daripada perkahwinan terdahulu, abangnya K Balamurlikrishnan, 29; dan seorang anak abangnya Hariharan berusia empat tahun.

Isteri Balamurlikrishnan, B Saratha, 25, dilaporkan mengalami kecederaan parah sementara seorang lagi anak mereka Kartik, 3, dan saudara mereka S Kogilan, 18, pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Ibu mangsa T Thamaravally, 52, berkata, ketika kejadian dia sedang bersiap-siap di rumahnya di Kampung Bintang, Maran untuk ke kuil di Gambang bagi upacara perkahwinan anaknya itu.

Namun, katanya, dia terus bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sebaik menerima berita kemalangan tersebut.

"Anak saya gembira sama seperti pengantin lain ketika hendak melangsungkan perkahwinan," katanya dengan sebak ketika ditemui di HTAA.

K Kuppusamy, 45, bakal pengantin lelaki pula berkata, dia sempat menemui bakal isterinya yang berada di rumah Balamurlikrishnan sewaktu pulang dari kerja petang semalam.

Katanya, Kanmany kelihatan gembira malah mereka merancang untuk pergi melancong selepas majlis perkahwinan.

"Tapi bila hari yang ditunggu-tunggu ini, waktu orang sedang sibuk untuk majlis kahwin, dia sudah tiada, kita tidak harap boleh jadi macam ini tapi nak buat macam mana, saya terpaksa terima," katanya.
Back to top Go down
 
Pengantin maut di hari perkahwinan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» nikah, perkahwinan Waheeda dan Akhill
» Kg Buah Pala tinggal kenangan hari ini?
» ApeR JuAdAh bErbUkA pUAsA hArI nI????
» Surah Al-Haqqah; Hari Kiamat.. Menangis..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: