1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Ahli PAC: Siasat Ling berhubung skandal PKFZ

Go down 
AuthorMessage
kingsolo
journalist active
journalist active
kingsolo


Posts : 68
Join date : 2009-09-27

Ahli PAC: Siasat Ling berhubung skandal PKFZ Empty
PostSubject: Ahli PAC: Siasat Ling berhubung skandal PKFZ   Ahli PAC: Siasat Ling berhubung skandal PKFZ EmptyTue Nov 10, 2009 8:45 am

Ahli PAC: Siasat Ling berhubung skandal PKFZ F09ba1f88080d1b2ab54a108a9f26fd6

DAP menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat bekas presiden MCA yang juga bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung peranannya dalam meluluskan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ekoran pendedahan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam siasatannya terhadap skandal tersebut.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menggesa pihak kerajaan supaya mendeklasifikasikan minit mesyuarat kabinet, yang tidak diperolehi PAC ketika menjalankan siasatan tersebut.

Katanya, sewaktu dikemukakan soalan-soalan penting ketika memberi keterangannya kepada PAC, Ling menjawab 'tidak ingat' atau lebih kurang demikian, tidak kurang 11 kali, dan sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kebenaran jawapannya.

Bercakap kepada pemberita, Tony yang juga ahli PAC berkata, Ling menafikan bahawa kementerian pengangkutan - sewaktu beliau menjadi menteri - mempunyai sebarang perananan dalam memuktamadkan perjanjian membeli tanah dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Menurut laporan PAC, Ling berkata bahawa perbendaharaan - yang diketuai oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad - yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Pua berkata, keterangan pegawai kerajaan dan surat-surat Jabatan Perkhidmatan Harga (JPPH), mengesahkan bahawa kementerian tersebut yang meminta nilai tanah tersebut disemak lebih tinggi, daripada RM17 sekali persegi kepada RM25 per kaki persegi
Back to top Go down
 
Ahli PAC: Siasat Ling berhubung skandal PKFZ
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS
» Hadiah pada isteri menteri kesihatan, polis digesa siasat
» 11 tahun lagi Imam Mahdi muncul.?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: