1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Jalan berliku PAS meraih undi pos

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kingsolo
journalist active
journalist active


Posts : 68
Join date : 2009-09-27

PostSubject: Jalan berliku PAS meraih undi pos   Sat Oct 10, 2009 10:17 am



analisis PAS menempuh jalan berliku untuk memenangi hati pemilih pos dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana masih tidak berpeluang mendekati secara terbuka dan rasmi lebih 4,500 tentera dalam tempoh berkempen selama lapan hari.

Namun penyokong dan jentera pilihan raya parti pembangkang itu tetap optimis dengan peluang-peluang yang ada walaupun realiti menunjukkan kerusi DUN itu masih di genggaman BN, berkat bantuan undi pos.

Sebanyak 4,571 anggota pasukan keselamatan - termasuk dalam senarai 4,604 pemilih pos yang layak mengundi - mula membuat pilihan semalam dan mereka dibenarkan berbuat demikian hingga esok.

Lanjutan membuang undi pos sehingga 10 Oktober ini hasil kompromi yang dicapai antara PAS, setelah membangkitkan isu ini bertubi-tubi, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin.

Beberapa hari lalu, presiden PAS bersama seorang naib presidennya mengadakan satu majlis bersama sekelompok kecil bekas tentera yang menyokong perjuangan parti berkenaan.

Bekas anggota-anggota tentera yang ditemui pada majlis bersama Datuk Seri Hadi Awang dan Salahuddin Ayub kelihatan agak menikus dengan kehadiran ramai wartawan, jurugambar dan penulis blog.

Difahamkan, kira-kira 30 orang bekas anggota pasukan keselamatan yang hadir bersama pasangan masing masing di majlis berkenaan yang diadakan di sebuah hotel di Port Dickson.

Mereka diketuai Lt Kol (B) Husain Aminudin, seorang penyokong PAS, dan salah seorang penganjur majlis Ramah Mesra Pesara Tentera Bersama Presiden PAS.

Bekas pegawai di Kementerian Pertahanan itu berkata beliau berharap rakan-rakannya dapat membantu memberi penjelasan kepada teman-teman lain yang telah bersara.

"Umum tahu mengenai apa yang berlaku ke atas (calon BN, Tan Sri) Isa Samad. Beliau dilucutkan jawatan dan dihukum oleh Umno. Perkara ini tidak perlu dijelaskan lagi," kata Husain, seorang ahli jawatankuasa PAS di sebuah cawangan di Seremban.

Beliau turut menjelaskan, realiti politik pada masa kini tidak lagi memerlukan anggota keselamatan dikongkong dengan kawalan-kawalan untuk mengikuti perkembangan politik.

"Sekarang sudah tidak ada ancaman komunis, tidak perlu lagi sekatan-sekatan untuk anggota keselamatan mengikuti perkembangan politik," katanya, yang menetap di Seremban selepas bersara kira-kira 20 tahun lalu.

"Dulu memang tidak ada tekanan ke atas askar (supaya menyokong sesuatu parti). Saya tidak tahulah pada masa sekarang.

"Tapi saya nampak tentera pada masa sekarang lebih matang kerana terdapat lebih banyak saluran untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan politik."

Majlis itu diadakan sehari selepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Turut hadir di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pada 6 Okt lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di situ.

Semalam, seperti strategi kempen BN selama ini, menteri pertahanan terus menabur sejumlah janji lagi.

Antaranya beliau berhasrat menggubal akta pesara tentera agar mereka mendapat lebih banyak faedah, termasuk kemudahan rawatan, apabila meninggalkan perkhidmatan.

Beliau juga ingin membina Rumah Kelab Veteran di Port Dickson untuk memudahkan pesara tentera menjalankan rekreasi, selain janji membangunkan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk anak-anak bekas tentera di Negeri Sembilan.

Menteri besar telah bersetuju menyediakan tapak tanah untuk tujuan itu, kata Ahmad Zahid lagi di satu ceramah, kira-kira 100 meter dari lokasi ceramah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat – tempat satu ekspo Kelantan diadakan.

Janji-janji manis BN dalam pilihan raya-pilihan raya kecil tidak selalunya membuahkan hasil, pengundi membuat keputusan meninggalkan calon-calon parti itu atas sebab-sebab lain.

Di Bagan Pinang, janji-janji manis BN kepada 4,571 tentera ini diselang-seli dengan serangan bertubi-tubi PAS terhadap ketelusan dan dakwaan penyelewengan undi pos.

PAS melancarkan sejumlah isu serius terhadap sistem undi pos, sejak tiga minggu sebelum penamaan calon 3 Oktober lalu, yang mungkin mempengaruhi pengundi, di dalam dan di luar kem, untuk menolak BN.
Hasilnya, parti itu mendapat beberapa konsesi daripada SPR di tengah-tengah kesibukan berkempen.

Dalam rundingan dengan suruhanjaya itu kelmarin, PAS berjaya mendesak SPR memperkenalkan langkah-langkah tambahan ke arah mengurangkan keraguannya:


Semasa mengambil kertas undi pos, seseorang pemilih tentera hendaklah menunjukkan identiti mereka terlebih dahulu. Tidak seperti dahulu, kertas undi boleh diambil oleh wakil pemilih.


Ejen calon boleh membuat kawalan keselamatan selama 24 jam diiringi anggota-anggota polis di pusat pengumpulan kertas undi pos di Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah dan Tanah, Port Dickson.


Wakil calon juga boleh mengiringi kenderaan yang membawa kertas undi pos dari kem ke pusat pengumpulan undi berkenaan.


SPR juga bersetuju menambah setiap ejen memantau lapan saluran di di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda). Sebelum ini seorang ejen sahaja dibenarkan berbuat demikian bagi mengawasi lebih 4,500 pemilih tentera.

PAS juga berura-ura ingin mengambil langkah menunda pilihan raya kecil ini - walaupun kemungkinan besar tidak akan berbuat demikian.

Hari ini, selepas 24 jam pemilih pos membuang undi pos, ia masih lagi mendesak SPR menghentikan serta-merta proses tersebut.

Kali ini, parti itu berhujah daftar pemilih pos yang digunakan semalam tidak sama dengan senarai nama yang dikeluarkan pada hari penamaan calon - dianggap bercanggah dengan peruntukan peraturan pilihan raya.

Serangan PAS terhadap BN berhubung isu pemilih pos pula termasuklah pendedahan rakaman suara kempen Ahmad Zahid dan Mohamad – sekali gus membenarkan dakwaannya bahawa ia mempunyai "mata-mata" di kalangan askar di kem-kem untuk memantau kegiatan BN.

Persoalannya, apakah ejen-ejen PAS di kalangan tentera hanya memantau BN sahaja atau turut merayu undi bagi pihak calonnya Zulkefly Mohamad Omar, pesuruhjaya PAS negeri yang kurang menonjol berbanding calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad?

Apakah usaha-usaha PAS ini sudah memadai untuk menggugat monopoli BN terhadap pemilih polis, khususnya di kalangan tentera?
Back to top Go down
View user profile
 
Jalan berliku PAS meraih undi pos
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: