1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Isu Kartika: Abim buat 11 laporan polis terhadap SIS

Go down 
AuthorMessage
kingsolo
journalist active
journalist active
kingsolo


Posts : 68
Join date : 2009-09-27

Isu Kartika: Abim buat 11 laporan polis terhadap SIS Empty
PostSubject: Isu Kartika: Abim buat 11 laporan polis terhadap SIS   Isu Kartika: Abim buat 11 laporan polis terhadap SIS EmptySat Oct 10, 2009 10:11 am

Isu Kartika: Abim buat 11 laporan polis terhadap SIS SIS

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Selangor hari ini membuat sebelas laporan polis terhadap NGO hak wanita, Sisters in Islam (SIS), yang didakwanya menghasut dan melakukan provokasi berhubung kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Yang dipertuanya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, lapan aduan dibuat melalui cawangan pertubuhan itu di seluruh Selangor pagi tadi.

Manakala tiga lagi dibuat petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya.

"Esok kita jangka 20 laporan lagi akan menyusul," katanya kepada Malaysiakini di depan IPD tersebut.

Mohd Zawawi yang membuat aduan polis itu bagi pihak Abim Selangor berkata, pihaknya meminta polis menyiasat SIS dan NGO lain yang bergabung dalam Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG) - kerana didakwanya, mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang Syariah.

"Tuntutan itu adalah bersifat hasutan dan menjejaskan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam, serta menghina martabat kedudukan mahkamah Syariah. Mereka yang terlibat perlu disiasat dan didakwa," katanya dalam aduan polis tersebut.

Dalam aduannya, Mohd Zawawi turut meminta pihak polis menyiasat kenyataan pengarah eksekutif Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang mendesak kerajaan negeri dan persekutuan menjalankan semakan menyeluruh terhadap undang-undang jenayah, seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 1 Oktober lalu.

Mohd Zawani turut menuntut NGO Islam lain supaya mengambil inisiatif yang sama dengan menyatakan pandangan mereka supaya "masyarakat tidak terkeliru atas perbalahan pendapat".

"Kami juga memohon Jabatan Mufti Selangor atau badan-badan rasmi yang berkaitan, supaya memberi pandangan dan panduan kepada masyarakat umum agar masyarakat tidak teraba-raba mencari jawapan yang sebenar," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Rumah Darul Wadah - sebuah agensi di bawah Abim Selangor - Hazlina Abdul Razak dan Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Islam Selangor (Pepias) Zafarullah Ariff turut hadir dan membuat laporan yang sama di IPD tersebut.

Dalam aduannya, Hazlina turut mendakwa tindakan pertubuhan-pertubuhan wanita tersebut menimbulkan kegelisahan di kalangan orang awam, khususnya penganut agama Islam.
Back to top Go down
 
Isu Kartika: Abim buat 11 laporan polis terhadap SIS
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Undi pos: PAS buat lagi laporan polis
» Perkasa dirasmikan, 13 laporan polis dibuat.
» Polis buat tak tahu ketika samseng Umno mengganas...
» PengKHIANATan Umno terhadap orang Melayu
» Bakar Al-Quran : Propaganda Illuminati Terhadap Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: