1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat

Go down 
5 posters
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 79
Join date : 2009-08-10
Location : menanti seruan dilangit

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat Empty
PostSubject: H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat   H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat EmptyFri Aug 14, 2009 5:23 pm

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat 9f63272e09d6a341c4487d11b0a37de9
H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat F45d72fb3e9713919814f2f6baf0d3b1

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat

Sebanyak 40 peratus daripada 56 korban wabak selesema A (H1N1) meninggal dunia akibat "kelewatan mendapat rawatan awal" dan sebanyak 13 peratus pula angkara "kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan".

Statistik itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hariannya berhubung wabak tersebut hari ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan (70 peratus), di samping itu juga daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 40 peratus didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan," katanya.

"Saya berpendapat, ada di antara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera."

Tambahnya, kadar penularan influenza A (H1N1) dalam masyarakat adalah tinggi dan perkembangan ini dapat dilihat daripada jumlah semakin ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.

Susulan itu, Dr Mohd Ismail menasihatkan orang ramai, terutama mereka yang bersimptom jangkitan influenza, agar mengambil tindakan berikut:

Pertama, mereka yang bersimptom selepas menerima rawatan hendaklah berehat di rumah jika tidak dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Pergerakan pesakit bersimptom ke tempat awam atau tempat kerja akan menambahkan kes penularan dalam komuniti.

Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu yang sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk/bersin.

Kedua, di sekolah atau tempat kerja, individu yang bersimptom influenza dinasihati agar segera mendapatkan rawatan dan berehat di rumah sehingga sembuh.

Mereka dinasihati agar tidak bekerja atau datang ke sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A (H1N1).

Guru besar atau ketua tempat kerja hendaklah melakukan saringan harian bagi memastikan individu yang bersimptom tidak meneruskan bekerja atau menghadiri kelas.

Jika terdapat kes dari saringan tersebut, mereka hendaklan dirujuk ke hospital atau klinik.

Ketiga, semua ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.
Back to top Go down
https://khalifah.forum.st
pensil 2B
Moderateur
Moderateur
pensil 2B


Posts : 112
Join date : 2009-08-14

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat Empty
PostSubject: Re: H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat   H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat EmptyFri Aug 14, 2009 9:19 pm

mmg pun.

mungkin doktor ingat demam biasa je. bila dah terok..baru nak bg rawatan.

hmmm Rolling Eyes
Back to top Go down
awang_trasher
Moderateur
Moderateur
awang_trasher


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat Empty
PostSubject: Re: H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat   H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat EmptySun Aug 16, 2009 6:12 pm

dah teruk baru kalut nak tambah anti virus
Back to top Go down
Syahid
Moderateur
Moderateur
Syahid


Posts : 105
Join date : 2009-08-11

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat Empty
PostSubject: Re: H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat   H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat EmptyMon Aug 17, 2009 12:13 pm

Dah kerajaan, acuh tak acuh je nak banteras
Back to top Go down
finecarbure
Moderateur
Moderateur



Posts : 65
Join date : 2009-08-13
Location : disini...

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat Empty
PostSubject: Re: H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat   H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat EmptyMon Aug 17, 2009 2:24 pm

Kerajaan BN sedang sibuk PRK Permatang Pasir dan nk ambil alih Selangor... mane diorg layan benda² alah nie
Back to top Go down
awang_trasher
Moderateur
Moderateur
awang_trasher


Posts : 206
Join date : 2009-08-10

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat Empty
PostSubject: Re: H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat   H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat EmptyMon Aug 17, 2009 10:12 pm

H1N1: 3 lagi kematian direkodkan

PETALING JAYA: Sebanyak tiga lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kini mencecah 59 kes.

Sebanyak 209 jangkitan baru direkodkan melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, hari ini.

Katanya, mangsa pertama adalah seorang lelaki menghidap obesiti berusia 22 tahun yang meninggal dunia disebabkan virus radang paru-paru.

Mangsa kedua adalah seorang lelaki berusia 29 tahun yang menghidap penyakit injap jantung.

Mangsa ketiga adalah seorang wanita berusia 44 tahun yang pernah menghidap asma dan meninggal dunia disebabkan radang paru-paru.

Dr Ismail berkata, mereka yang mempunyai simptom influenza sederhana masih mengunjungi pusat membeli-belah, melancong, bekerja, pergi ke sekolah dan mengambil pengangkutan awam.

"Kementerian mendapati kebanyakan mereka tidak memakai topeng muka sementara mereka yang memakai topeng muka adalah mereka yang sihat," katanya.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai simptom influenza supaya tinggal di rumah sehingga pulih.
Back to top Go down
Sponsored content





H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat Empty
PostSubject: Re: H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat   H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat Empty

Back to top Go down
 
H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Doa Mati Syahid dan mati di Madinah.
» H1N1..sekadar info
» Kenyataan Media - Penularan Wabak H1N1
» Jutaan penduduk dunia akan mati?.
» Inkues: SU Politik Exco Mati Jatuh Bangunan SPRM!!!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: