1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 peringatan hidup..

Go down 
AuthorMessage
kaptenpower
moderator
moderator
kaptenpower


Posts : 45
Join date : 2009-08-18

peringatan hidup.. Empty
PostSubject: peringatan hidup..   peringatan hidup.. EmptyMon Aug 31, 2009 5:29 pm

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan!!!. Aku
tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah
ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai
suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang
berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti
kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu
dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah
telah mengharamkan riba’. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba’
hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,
mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan
pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka
adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak
sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah
Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,
tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji
sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih
mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa
kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk
kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku.

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku
dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan
betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orangorang
yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang
lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang
lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya
lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu kepada
hamba-hamba-Mu.”

KHUTBATH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH
DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH
Back to top Go down
 
peringatan hidup..
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» DATUK AZEEZ TENAT.. PELUANG UNTUK HIDUP TIPIS?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: