1407 - 1447في انتظار وجود المهدي

1407 - 1447في انتظار وجود المهدي


 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
langau
Moderateur
Moderateur


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM   Thu Aug 27, 2009 11:44 pm

Salhan K Ahmad
Ogos 27, 09
7:16pm
Tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah kerana ia pernah dilaksanakan di Kelantan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini.

"Pada April lalu, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendengar makluman daripada pegawai-pegawai penjara yang menyatakan bahawa mereka telah dilatih untuk melakukan hukuman sebatan ini dan bersedia sekiranya ada apa-apa hukuman dan mereka akan laksanakan," kata Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang menyebut bahawa hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan.

Mohamad Isa menambah, kegagalan melaksanakan hukuman tersebut berpunca daripada "kelemahan" Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enakmen syariah Pahang telah lama berkuatkuasa dan mahkamah tentu mengetahui wujudnya kepakaran itu.

"Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya.

"Kita kena tengok juga enakmen pentadbiran undang-undang Islam di negeri Pahang ini sudah lama, sejak 1987 lagi, tentang sebatan dan prosedur pelaksanaan hukum sebatan ini.

"Tidakkan selama ini KDN tidak menyedari tidak ada tukang sebat. Sebab itulah kami kecewa dengan kenyataan (Hishammuddin) tersebut," tambahnya.

Jelasnya, hukuman sebat secara syarie pernah dijalankan di Kelantan beberapa tahun lepas di penjara Pengkalan Chepa.

PGSM yang bergabung dalam Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur sebagai reaksi kepada kenyataan beberapa pihak berhubung hukuman terhadap model sambilan itu.

Selain PGSM, Pembela turut disertai antaranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, seorang kakitangan Jabatan Penjara Kelantan mengesahkan sebatan secara syarie pernah dijalankan di penjara di negeri itu.

Beliau, yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak dapat menyatakan tahun ia dilaksanakan tetapi yakin ia melibatkan seorang pesalah lelaki.

"Kalau ikut peraturan kita (peringkat persekutuan), memang tidak boleh sebat orang perempuan. Tapi kalau mahkamah syariah kata boleh, bolehlah," katanya lagi.

Ditanya sama ada penjara menyediakan kakitangan khas untuk menyebat pesalah wanita, sumber itu berkata: "Setakat ini kita tidak ada tukang sebat untuk pesalah wanita."
Back to top Go down
View user profile
langau
Moderateur
Moderateur


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM   Thu Aug 27, 2009 11:50 pm

yang ni baru betul.....

Quote :
"Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya.
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM   Fri Aug 28, 2009 3:32 am

senang saja...nak seribu daya...tak mahu seribu dalih...
Back to top Go down
View user profile
langau
Moderateur
Moderateur


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM   Fri Aug 28, 2009 9:16 am

patriot wrote:
senang saja...nak seribu daya...tak mahu seribu dalih...

dorang tau..kalau sorang boleh dibuat...yang lain kenapa tidak?....jadi..

...jangan mulakan.....cam tu lah lebih kurang..... Twisted Evil
Back to top Go down
View user profile
mujahidmuda
Moderateur
Moderateur


Posts : 107
Join date : 2009-08-18
Age : 30
Location : hujung medini

PostSubject: Re: Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM   Fri Aug 28, 2009 5:07 pm

UMNO tak der tukang sebat.. Tukang urut adalah.............. lol!
Back to top Go down
View user profile
langau
Moderateur
Moderateur


Posts : 253
Join date : 2009-08-15
Location : ipoh, rinching, tokai

PostSubject: Re: Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM   Fri Aug 28, 2009 5:19 pm

mujahidmuda wrote:
UMNO tak der tukang sebat.. Tukang urut adalah.............. lol!

betul dan banyak lagi tukang yang dorang ada... Twisted Evil
Back to top Go down
View user profile
patriot
Moderateur
Moderateur


Posts : 168
Join date : 2009-08-11

PostSubject: Re: Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM   Sat Aug 29, 2009 11:45 pm

langau wrote:
mujahidmuda wrote:
UMNO tak der tukang sebat.. Tukang urut adalah.............. lol!

betul dan banyak lagi tukang yang dorang ada... Twisted Evil


umno ada banyak tukang2 lain..tukang adu domba..tukang hiris batu api...tukang songlap...tukang fitnah...
Back to top Go down
View user profile
seri_bulan



Posts : 8
Join date : 2009-08-24

PostSubject: Re: Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM   Fri Sep 04, 2009 12:00 pm

hahhah... dia da kantoi...
Back to top Go down
View user profile http://www.getpay2click.com/v1/index.php?ref=port_skye
Sponsored content




PostSubject: Re: Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM   Today at 11:59 pm

Back to top Go down
 
Tidak benar tiada tukang sebat: PGSM
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
1407 - 1447في انتظار وجود المهدي  :: FORUM :: FORUM SEMBANG-
Jump to: